Blog Widget by LinkWithin
Selamat Tahun Baru 2009


Resolusi tahun baru: Meja sentiasa kemas
Bukan susah sangat nak kekalkan kekemasan meja ni,
23 hari je lagi dah tahun baru lagi haha.
Dalam masa 30 hari ni, kita sambut 3 tahun baru. Its great to be Malaysian!

Bila tahun baru Hijrah datang, orang cakap2 tentang Hijrah
Bila tahun baru Masehi datang, orang cakap2 tentang Azam dan Party
Bila tahun baru Cina datang, semua orang diam sebab takut, singa dan naga dah datang haha

Aku wanita kerjaya huhu


Adakah dengan membuka sebanyak mungkin PC kerja kau akan beres lebih cepat?
Sibuk2 pon, sempat lagi aku YM. haha.. YM bukan membuang masa, itu namanya Stress Managemant, huhu. Comel tak avatar YM aku? [itu bukan gambar aku masa kecil]

- Kerja kat PC yang hujung tu aku dah siapkan, yey! tinggal nak test dgn latest database je, kena tunggu esok pasal Chong pergi site harini huhu

Kejayaan Terbesar 2008

Kejayaan terbesar aku tahun 2007(Dec) ialah pendakian ke puncak Gunung Berapi Sibayak, Sumatera Utara. Bersama-sama Yatt, Nott dan Ani. Walaupun nyawa tinggal suku, tapi keazaman dan sokongan kawan-kawan yang sabar tu, akhirnya dapat juga aku paksa diri aku ke atas. Dan hasilnya sungguh lumayan. Berbaloi... nanti aku ceritakan bila kesempatan.

Hari ni, sudah 3 Muharram bersamaan 31Dec. Sibayak ialah kenangan 2007. Pencapaian 2008 aku sebenarnya bertitik tolak dari sibayak tu lah. Menentang graviti dengan kecuraman hampir 90 darjah, walaupun pada jalan bertar, membuatkan badan aku yang berat ni lebih berat. Sangat tak 'fit' aku ni. Tapi hal tu berlegar2 saja dalam kepala dan dalam hati. Beberapa bulan selepas tu barulah aku ambil serius.

Kawan2 yang lama tak jumpa.. jangan terperanjat tau! Aku sebenarnya telah mencapai obesiti pada awal tahun ni, Kejap.. itu bukan pencapaian terbesar aku pada 2008. haha

Yep.. yep.. dengan ini aku mengumumkan kejayaan terbesar aku pada 2008 ialah 'sembuh' dari obesiti. Jadi bermula April hingga Oktober aku berjaya turunkan berat sekitar 10kg. Sekarang aku masih lagi berusaha, mahu 'sembuh' dari overweight pulak. Jadi mahu tau ke bagaimana kembara kejayaan aku tu? nanti akan aku kongsikan sedikit2 di blog ni. Aku bagi satu hint dulu - no lapar no cirit! all you need is math!

Horoskop Sadis



Dari Saharil.com ; blog yang aku jenguk hari-hari. Nak tau ramalan bintang kau, pegila tengok sendiri horoskop sadis kat blog Saharil.

Kalau kau tak rajin baca, kau cuma nampak ilustrasi, warna dan text.
Kalau kau rajin baca, mungkin kau gelak sikit2.
Kalau kau rajin fikir, kau dapat lebih dari ilustrasi, warna, teks dan tawa.

O.. aku suka blog Saharil, sebab dia selalu ransang pelawat untuk membaca dan pembaca untuk berfikir. Kemudian, dia biarkan kita jelajah fikiran sendiri2, ikut suka hati kita nak tafsir. Tak perlu sama dengan dia atau pembaca lain.

Bohong Sunat

4,749 bakal diberhenti <- klik tajuk untuk berita penuh

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Trend pemberhentian pekerja diramal serius tahun depan dengan seramai 4,749 pekerja akan diberhentikan oleh 102 majikan dalam tempoh tiga bulan pertama setelah mengambil kira kelembapan ekonomi dunia.

Jumlah pemberhentian pekerja itu adalah angka rasmi yang dilaporkan oleh majikan, kebanyakannya dalam industri elektronik kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) setakat ini.

...............................................................................................................................................

Malaysia tidak berada dalam krisis kewangan - Najib <- klik tajuk untuk berita penuh

KUALA LUMPUR 20 Okt. — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia tidak berada di dalam keadaan krisis kewangan dan tidak sepatutnya diperkatakan berada di dalam keadaan sedemikian.

Bagaimana pun, beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata ekonomi sebenar negara tidak dapat dielak akan menerima kesan negatif oleh cabaran kewangan semasa.

...............................................................................................................................................

Fundamental Ekonomi Malaysia Kukuh, Kata Najib <- klik tajuk untuk berita penuh

PUTRAJAYA, 30 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata fundamental ekonomi Malaysia berada dalam keadaan kukuh bagi mengharungi kesan buruk perkembangan ekonomi AS dan pasaran kewangan antarabangsa.

"Sistem perbankan kita hari ini berada dalam keadaan baik dan kukuh dengan mempunyai penampan untuk menghadapi kegawatan kewangan semasa," kata Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, di satu sidang media di sini hari Selasa.

Integriti II

MB kecewa, JKR enggan serah laporan Bkt Antarabangsa

Sila klik tajuk utk berita penuh.

Gambar: Kawasan cadangan yang dipercayai sangat sesuai untuk mengebumikan INTEGRITI

Integriti

Parlimen baru sudah bersidang dan luluskan dua rang undang2 baru berkaitan sistem kehakiman dan pencegahan rasuah. Alhamdullilah. Tujuannya secara am, meningkatkan integriti kerajaan. Memberi kita harapan kepada kerajaan yang lebih telus, adil. Kerajaan yang mampu membela dan melindungi seluruh rakyatnya. Bukan kerajaan yang melindungi sesetengah ahlinya yang berkepentingan seperti dituduh sesetengah pihak yang berniat serong.

Dalam masa yang sama, lagu puisi dari karya asal DR MAZA(Dr Asri) digam oleh RTM. Apa yang aku nak kata sekarang.... itu apa nama.. integriti tu bolehlah digantung dijambatan KLCC. Talinya kena cukup panjang supaya sampai ke bawah. Panggil khalayak rakyat. Kemudian bagi mereka batu untuk rejam dia sampai mati dan arak keliling KL 2-3 round. Mandikan dengan air Tasik Putrajaya, kapankan dengan bendera terpanjang. Lepas tu campakkan di kawasan runtuhan Bukit Antarabangsa, biar tertaman di situ.

1000 tahun lagi, bila mana cucu cicit kita buat kajian arkeologi di Bukit Antarabangsa, mereka bukan saja mungkin bertemu dengan rangka pembantu Sri Langka yang gagal ditemui. Tapi juga rangka integriti amalan tok nenek moyang mereka. Lalu mereka buat kajian, apa kaitan rangka keturunan ber gen India dengan integriti nenek moyang mereka.


Klik sini untuk download MP3 lagu ni
KOPRATASA - AKU BUKAN MUSUH HARTA

KUE TIAW LAKNAT

Kau tak salah baca, memang aku tulis LAKNAT. Begini ceritanya..

Alin lapar, dia ajak singgah makan. Aku ok je. Setelah berpusing2 di BBU, kami akhirnya singgah di kedai makan sebelah Bank Islam. Aku pernah makan beberapa kali disitu, boleh tahan juga.

Kami pilih meja sedelah dalam. TV sedang tayangkan cerita OBSESI.
Seorang budak lelaki remaja, kurus, mungkin masih sekolah datang menghulurkan meju di meja kami. Alin pon memesan KUE TIAW LADNA. Aku pesan sup campur.

Budak tu nampaknya ambil masa yang lama untuk menulis menu. Aku lihat apa dia tulis; dia ragu2 nak eja KUE TIAW. Aku nampak tulisan kecil dia KUE TIAU LAKNA

"T, T!" kata aku
"Haa?" adik tu segan agaknya dia tak angkat muka pun.
"T, T!, tambah T kat situ." aku tunjuk di kertas dia. Aku sengih2 tahan ketawa tapi adik tu tak perasan pun pasal dia tak pandang langsung muka aku. Dalam kekeliruan dia tu, dia tambah juga "T" pada akhir perkataan LAKNA yang dia tulis jadilah KUE TIAU LAKNAT. Hahaha...

Aku dan Alin ketawa besar, barulah adik tu perasan dia kena main je dengan aku. Hahaha.

Sedap juga KUE TIAU LAKNAT kedai ni. Waktu tuan kedai nak kira, kerut2 dia baca pesan yang budak tu tulis kat kertas, sampai tersasul2 bagi harga hahaha

Habitat


Photo taken by Chen at our client site.
Termite attack on the board. Is the world getting smaller?
Even termite wants the high class habitat with state of the art technology.

Kenapa wukuf dan kenapa ihram

Wukuf di Arafah ialah salah satu rukun haji. Wukuf maksudnya berdiam. Jemaah Haji perlu berada di Padang Arafah dari waktu antara tergelincirnya matahari (tengah hari) tanggal 9 Dzulhijah sampai matahari terbenam dengan berpakaian ihram. Wukuf, satu2 nya rutin ibadah haji yang dilakukan serentak oleh seluruh jemaah.

Dilihat dari mata kasar, tiada apa-apa pun yang berat pada Wukuf. Cuma perlu berada di Padang Arafah.

Padang Arafah tiada hotel berbintang, cuma ada khemah-khemah sementara untuk jemaah. Dan jemaah dimestikan memakai pakaian ihram. Iaitu, lilitan kain tidak berjahit bagi lelaki dan baju sembahyang bagi perempuan (bagi jemaah Malaysia lazimnya, telekung tetapi dengan seluar).

Kenapa haji mesti pakai ihram? Kenapa mesti berkumpul di padang yang gersang dan panas?

Waktu ini, tak ada beza antara raja dan hamba. Tak ada beza kaya dan miskin. Tak ada beza pandai dan bodoh. Tak ada beza cantik dan hodoh. Tak ada perbezaan kaum. Tak kira warna kulit. Tak kira mazhab. Semua adalah hamba pada Tuhan.

Pada waktu inilah, waktu paling baik untuk berdoa dan bertaubat.


“Sesungguhnya ALLAH tidak memandang paras rupa kamu, keturunan kamu & harta2 kamu, tetapi ALLAH memandang HATI-HATI kamu & AMALAN-AMALAN mu.” (Hadith Riwayat at-Tabrani)


Nota kaki:

Allah tak pernah 'double standard' pada orang yang bayar zakat lebih dari orang lain. Aku harap gomen pon tak 'double standard' pada mangsa2 bencana alam.

Gunung dan Fungsinya

Respond untuk Bukit Antarabangsa Dis 2008


Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf. - Al Quran 30:41



Dan kamu melihat gunung-gunung itu, kamu menyangka ianya tetap di tempatnya, padahal ia bergerak seperti geraknya awan. Begitulah perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.. - Al Quran 27:88.

Bukankah Kami telah menjadikan bumi ini sebagai hamparan. Dan gunung-gunung sebagai pasak?. - Al Quran 78:6-7

Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak ) bergoncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan di bumi itu jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk. - Al Quran 21:31

Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang biakkan padanya segala macam jenis binatang. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik. - Al Quran 31:10

Malas aku nak kesian kat orang yang tak tau bersyukur

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mencadangkan kerajaan menyediakan penempatan sementara kepada mangsa tanah runtuh Bukit Antarabangsa, Hulu Klang yang sehingga kini masih tidak mempunyai tempat tinggal.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, cadangan itu boleh dibuat dengan pelbagai cara termasuk menempatkan mereka di hotel atau kawasan lain yang dianggap bersesuaian dan tidak membebankan.

"Langkah proaktif perlu diambil bagi membantu mereka seperti menempatkan mangsa di hotel atau tempat bersesuaian.


Berita penuh: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20081209015043/Article/index_html

Encik menteri, saya bagi tau dulu awal2 ni. Walaupun cukai yang saya bayo kecikkkkkkkkkk sangat berbanding dengan cukai diaorg, tapi saya tak halal 1 sen pon duit cukai saya diguna untuk bagi diaorg tinggal kat hotel.

Kalau orang2 di Kelantan, Ganu, Kedah yang kena banjir tu boleh duduk sekolah, balairaya. Nape pulak diaorg ni gomen nak bagi dok hotel. Deme ni pembayo cukai kah atau beli insurance dengan gomen? Tahun 2006 dulu, orang2 Johor 2 bulan dok balai raya. Boleh je. Kan gomen dah bagi pusat pemindahan, dah depa tak nak dok situ, pandai2la depa nak pi mana pon.

Saya bukan tak kesian kat diaorg ni. Tapi kalau bagi pusat pemindahan tak mo duduk. Bagi makan buang2. Dah kena bala pon tak reti nak insaf. Cuba diaorg ingat2 balik, zakat ada bayar tak? Kalau tak lunas zakat, Allah ada bnyk cara nak tarik balik rezeki. Inilah contohnya.

Pak2 menteri pulak brom brang brom brang. Tv, soratkabar masing2 sibuk. Tengok je la berita 2-3 minggu ni, dan dan je mana2 tempat ada risiko tanah runtuh. Press nak buat berita pon ikut musim. Tapi 3-4-5-6 bulan pasni, lepas dah habis korek sana sini, sonyappp je semua orang.. tak berapa tahun lagi, jadi lagi, tunding sana tunding sini lagi. Kaji lagi, kaji lagi. Ulang balik cerita lama. Penat!

Happy bday Fresh!


Terjumpa Fresh plak tadi. Minum2 kat Sahabat Tea opss Sarabat Tea :-P. Fresh kata dia nak beli laptop baru (ala2 tablet pc) yg boleh lipas opss lipat :-P. Bila aku tanya adake aku nampak kurus? Fresh ambik masa untuk jawab; adalah sikit. Aku adu kat Mala, tapi Fresh kata susah nak jawab sbb tak ada talian pembantu opss bantuan ;). Fresh kata hari ni bday dia. Mulanya aku tak peraya. Berkali kali aku tanya balik. Pastu dia kata; dia mana pandai tipu punya. Kenyataan yg kedua tu lagi aku tak percaya. Sebab aku pernah kena haha (kena tipu dgn org jujur macam Fresh mmg susah nak dilupakan hehe). Jumpa Fresh betul2 refreshing. Dah lama tak ketawa2 mcm ni. Seronok. Fresh masih mcm dulu, penat nak betulkan BM dia. Penat ketawa. Haha

Salam Aidiladha

ASSIMILATION

ASSIMILATION (Social) / BAHASA MELAYU: ASIMILASI

act or state of being incorporated into; absorption into the cultural tradition of another group (esp. a minority group into the predominant culture); process by which nourishment is absorbed into the body and converted (i.e. into tissue or energy, etc.); linguistic process in which one sound changes to be like an adjoining sound

Contoh:

Waktu minum biasanya sekitar jam 3.30. Kak Yah akan bunyikan loceng dan kami tuang air sendiri. Air teh kak Yah memang sedap, memang layak jadi tea lady. Hari-hari minum air tangan Kak Yah, sebab tu lah agaknya Kak Yah di sayangi ramai.

Ok, cerita sebenar bukan tentang Kak Yah.

Aku nampak Pang tuang air 1/3 kole. "Sikitnya minum Pang?"
"Tak boleh minum banyak, nanti susah nak tidur" Jelas Pang.

"Kalau Pang tak boleh tidur, bini dia susah tau!". Chong tiba-tiba menyampuk. Aku geleng kepala saja pada Chong. Kami berjalan ke tempat masing2, bila Pang mendahului Chong, Chong berpaling pada aku dan berkata dalam nada rendah. "Malam ni kan malam Jumaat hahaha"

Terlajak perahu boleh di undur

,I dont like it, but its already happen. Old folks says: Terlajak perahu boleh di undur, terlajar kata buruk padahnya.

Not sure yet how bad is the padah is. But I guess its enough to give me more trouble to complete my current task (because we work in the same project). Aiyoohh!!! why shouldn't I become more patient. Uhhhh....

Yes, the biggest devil in me is my mouth. They said I copied my first boss. They may correct, but I already like this since before. And working with her make me more "out spoken" and sometimes become "cruel".

But this time I really2 messed up. Not everybody like Chong or Suku who can stand my mouth because they can always fight me back. Then, we laugh to each other.

The words that just came out from my mouth is already in my head for few days. Its not because your respond to my question but its because I cant stand how bodoh sombong you are, day by day. And, because you always has excusses, and in your mind you are never wrong I know you will never think over my cruel words, even its very true. So, it useless for me to explain my self.

I regret my self for touching a very personal and sensitive issue. Its a shame to do so while I claim my self as a profesional. I sincirely sorry for that.

But, damage already done.

mengetag, ditag,

1. Name one person who made you laugh last night?
yangkumi - yamaguchi kumiko

2. What were you doing at 0800?
breakfast - only a mug of my fav HL Choc Milk

3. What were you doing 30 minutes ago?
Survey Clark Hatch promotion

4. What happened to you in 2006?
resign, temporary job, new permanent job, resign, another new permanent job (last until now)

5. What was the last thing you said out loud?
tak paham!!!!!!!!!!

6. How many beverages did you have today?
a mug of my fav HL Choc Milk

7. What color is your hairbrush?
didnt use hair brush...

8. What was the last thing you paid for?
many things - shopping spree at watson with mala yesterday

9. Where were you last night?
at home

10. What color is your front door?
grey

11. Where do you keep your change?
everywhere

12. What's the weather like today?
nice sunny day

13. What's the best ice-cream flavor?
vanilla

14. What excites you?
books

15. Do you want to cut your hair?
dont think about it right now

16. Are you over the age of 25?
far

17. Do you talk a lot?
yes

18. Do you watch the O.C.?
Not my fav

19. Do you know anyone named Steven?
Steven Spielberg

20. Do you make up your own words?
Proyos - not sure is it origonally mine

21. Are you a jealous person?
not really

22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'.
alin

23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'.
Khairul - have many friend with this name

24. Who's the first person on your received call list?
Oli

25. What does the last text message you received say?
alin, tell me she has house inspection at Bukit Kempas

26. Do you chew on your straw?
no

27. Do you have curly hair?
no

28. Where's the next place you're going to?
plan to go outside for lunch today since only 6 people left in office hehe

29. Who's the rudest person in your life?
me hehe

30. What was the last thing you ate?
peanut butter sandwich

31. Will you get married in the future?
i hope so

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
madagasca

33. Is there anyone you like right now?
my self

34. When was the last time you did the dishes?
last night

35. Are you currently depressed?
no

36. Did you cry today?
no

37. Why did you answer and post this?
to honor mala; she tag me

38. Tag 5 people who would do this survey.
eerr uncle john, will you?

POPULAR BOOK FAIR

JB City Square 28 Nov 2008 - 08 Dec 2008
Aku boleh tangani jualan murah baju, kasut atau beg. Jualan murah 'bedding' atau hiasan rumah. Pendek kata, aku boleh tangani apa-apa saja jualan murah, tapi aku sangat kalah dengan jualan murah buku. Aku angkat tangan sahaja.

Pusingan pertama baru selesai, aku beli DVD Jepun & Korea. 11 filim x RM5.90 = RM64.90
Pusingan kedua malam ni atau esok buku pulak. Ho ho ho

Sebab tu aku jarang2 pegi book fair kat KL tu, kalau pegi book fair tiap2 tahun aku boleh jadi gila. Gila belum habis lagi, dah pegi lagi.. jadi gila la berlanjut-lanjut (ha ha best tak alasan)

nota: Novel2, buku2 motivasi dan agama diskaun 20%

Memek bukan memey

Apa agaknya tercetak pada label air mineral tu?

Reaksi berbeza pada hal yang sama? Haha.. itulah buktinya kita manusia.

Jangan sampai tak jadi!


Sumber Berita klik sini

Tinggal 4 bulan je sebelum rancangan kami berjalan2 ke Bangkok. Ya Allah permudahkanlah urusan kami kelak.

vice versa II

Hari ni aku pakai tudung biru kelabu. Berbaju kurung biru muda berbunga biru nila.

Hari ni Mala bertudung biru muda. Berbaju kurung baju biru nila pekat berbunga biru nila cair.

vice versa

Hari ni aku pakai baju kurung tanah kuning, berbunga merah. Tudung aku warna merah hari ni

Hari ni Mala pakai baju kurung tanah merah berbunga kuning. Tudung Mala warna kuning hari ni.

Tag paling pelik



Tag dari Mala.
Gambor ni aku anto tros dari henpon tau. Aku pakai whiteberry haha

The PURE Picture ~
The rules:
1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.

2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.

3) Post that picture with NO editing.

4) Post these instruction with your picture.

5) Tag 10 people to do this
Ayu, Yatt, Yan, Yati, Sharin ha.. sila2.. kalau rajin layanla tag ni, kalau tak rajin buat mcm tak pernah baca je :P


Kisah Uncle John dan belacan

PROLOG
Uncle John adalah seorang free thingker

........................................1........................................

Memang dah lewat sangat. Pukul 2 baru dapat makan tengah hari. Pergi kedai mamak yang tak mengaku kedai mamak tu.

Uncle John minta set briani dengan kari kambing. Bila sampai je pesanan dia, dia tanya belacan ada tak?

Terkejut aku, apa pulak belacan dengan nasi briani?

"You take belacan with briani?" aku tanya dengan pelik
"I take belacan with everything!, I like it soo much" Aku gelak2 je.
"I used to eat bread, put ham and spread with belacan. Whoaaa vveeerrryyyy goooddd I told you!"

Ayark!! belacan with ham? was it chicken ham or.. ehemehem ham? [ini aku pk dalam kepala je, tak kan nak tanya plak hehe]

Mala kata, Uncle John memang free thinker habiss... haha

Cuter than Rain



Aku tak boleh tahan tengok budak kecik ni menari. Aku tak perasan rupanya aku ketawa terkuat sampai Chen bangun dan jenguk apa aku tengok. Sebijik2 dia ikut style Rain menari. Cute habiss!!

Ini sedutan dari filem Korea Little Brother/Hello Brother (2004). NTV7 tayang sabtu malam ahad kemarin. Kisahnya tentang budak kecik yang nakal ni. Kisah ni, dari kisah benar. Ini kisah adik beradik juga macam My Brother (2004). Budak ni memang mencuit hati, aku asyik gelak je, bila kisah sedih tu tiba2 je air mata dah mengalir.

Kisah Han Yi yang nakal dan Han Byol yang mengidap tumor otak. Han Yi memang nakal dan bertambah nakal bila mak ayahnya kurang perhatian pada dia bila Han Byol masuk wad pediatrik. Banyak juga masa Han Yi dihabiskan di wad. Mereka berkenalan dengan Wook Yi yang sangat positif dan bersemangat untuk hidup. Semangat Wook Yi mempengaruhi Han Byol. Han Yi cemburu bila abangnya selalu menyebelahi Wook Yi. Tapi kemudiannya Han Yi belajar menghargai Wook Yi dan abangnya dan cuba sedaya upaya untuk menggembirakan Han Byol dan Wook Yi.



boleh tak kalau aku harap Park Ji Bin ni tak akan membesar... biar dia terus menerus cute hehe

Dalam Mihrab Cinta - Novelet Pembangun Jiwa

Terima Kasih Alin! Buku ni hadiah dari Alin sempena bday aku 13 hari lepas. Ini buku ke3 Habiburrahman yang aku punya. Pertama ialah Ayat-Ayat Cinta, aku beli lamaa dulu - 2 tahun lepas kot. Yang kedua ialah Pesona Cinta Cleopatra. Aku belum kongsikan disini.

Dalam bulu Ayat-ayat cinta aku tak dapat cari gaya Prof Hamka dalam penulisan Habiburrahman seperti yang dinyatakan oleh beberapa komen pembaca. Tapi buku ni ada gaya Prof Hamka. Gaya kesederhanaan ayatnya sama tapi Prof Hamka lebih dalam menerangkan suasana budaya disekeliling watak & lokasi. Contohnya dalam Merantau ke Deli jelas diterangkan pertembungan budaya Jawa dan Minang dan bagaimana ia jadi salah satu isu yang membawa ujian pada rumahtangga watak2. Cerita2 Prof Hamka juga sarat dengan emosi.

Habiburrahman (dalam buku ini) ceritanya terus pada watak. Tak banyak penerangan tentang suasana sekeliling. Pengajaran terus pada cerita, tak banyak berfalsafah. Dan tak ada teka-teki. Ringkas dan mudah difahami, mungkin sebab itu ramai yang senang membaca karyanya. Ceritanya melunjur dari awal hingga akhir. Macam air mengalir saja bila membaca. Tak ada tekanan. Emosi watak tak begitu ketara. Tak banyak kelakuan watak yang membayangkan emosi. Jadi aku pon tak terbawa-bawa emosi. Kesannya nyata, buku ni tak renyuk pon haha

Dalam Mihrab Cinta ada 3 cerita

1. Takbir Cinta Zahrana - Cerita dilema andartu, Zahrana dalam memilih jodoh. Dilema memilih jodoh yang sesuai sedang umur dimakan hari. Sejujurnya, aku ada juga dilema begini, tapi datang kadang-kala saja kalau digesa2. Sekarang.. aku cool.. hehe. Ceritanya agak predictable (atau aku dah boleh jangka gaya penulis?) Sebelum habis cerita ni, aku dah dapat agak kesudahannya.

2. Dalam Mikhrab Cinta - Kisah anak muda yang menjadikan dendam sebagai motivasi untuk berjaya. Bagaimana membalas dendam tanpa membalas kejahatan. Aku suka ayat "kalau berbuat dosa boleh nekad, kenapa berbuat perkara baik saja tak berani untuk nekad?"

3. Mahkota Cinta - Kisah perantau dari Indonesia ke Malaysia. Lokasi cerita sekitar ibu kota KL. Ada beberapa kesilapan yang ditulis dalam buku ini yang sebenarnya bukanlah silap sangat tapi mungkin disebabkan kurangnya kajian pada sosio-budaya lokasi cerita (Malaysia). Contohnya bangsa Cina dirujuk sebagai orang China. Yang aku kesalkan, buku ini diterbitkan semula di Malaysia tapi tiada pembetulan dibuat. Bagi pembaca Malaysia, pengajaran penting yang kita dapat ambil ialah, bukan semua pendatang dari Indonesia tu buruh miskin semata-mata. Walaupun mereka bekerja sebagai buruh. Sesetengah mereka mempunyai pendidikan lebih tinggi dari kita, tapi tidak begitu bernasib. Antara kita dan mereka, walau pergi ke tempat yang sama, tapi jalan kita lurus sedang jalan mereka bengkang bengkok dan berlekuk sana sini. Makanya, selepas selesai cerita ini, aku rasa sangat bersyukur.

Baru Sampai - ROMLAH THE UNTOLD STORY

Baru je sampai, belum baca pon.. aku update kemudianlah

Dulu aku beli k-eight dan aku suka, jadi aku beli romlah pulak.

sindiket soljah jahat. Diaorg suka buat cetakan terhad je pastu tak cetak gi. Jadi paksa rela kenalah beli jugak, tak boleh tangguh2 kalau nak punyai buku ni. Nasib baik tak mahal, tak de la terjejas ekonomi aku.

----------------------------- edit: 14 nov 2008 ------------------------

Okey, jangkaan aku tersasar. Konsep Romlah tak macam konsep k-eight walaupon Romlah the untold story ialah supliment kepada k-eight. Aku taipkan balik dan ringkaskan sedikit dari pengantar kata buku ni oleh Bobby the dog (bobby the dog mmg anjing, bukan manusia yang menggunakan nama pena seperti anjing)

K8 ialah koleksi 9 buah cerpen tentang penghuni-penghuni flat blok K8 - Is di psikik, Uncle Nyamuk yang nyanyuk, James pembunuh kucing, budak-budak bujang tingkat 4, Untah si hantu yang tinggal di rumah kosong, Judge dan Intan, Usman (anak Judge dan Intan), dan aku Bobby si anjing gelandangan. Cerita-cerita ini berbeza tapi berlaku pada hari yang sama - hari Kate jatuh flat lalu mati atas bumbung kereta Romlah

Tak ada cerpen khusus tentang Romlah dalam k-eight. Tapi, watak Romlah wujud dalam beberapa cerpen dalam k-eight

Cerpen-cerpen dalam Romlah the untold story mengembangkan cebisan-cebisan kisah Romlah dalam k-eight. Cerpen2 dari beberapa penulis tentang gadis yang sama tapi kisahnya berbeza dari segi latar masa dan genre. Terpulang kepada intrepetasi penulis terhadap watak Romlah dan juga dari sudut mana watak Romlah dikembangkan.

Pendapat peribadi, aku lebih suka konsep k-eight dan cerita2 dalam k-eight. Tapi aku setuju apa yang Bobby nyatakan pada hujung pengantarnya:

'Romlah' ada disekeliling kita. Orang2yang kita tak kenal sangat, tapi kita buat tanggapan sendiri tentang dirinya. Lalu kita umpatkan, sebarkan dan kongsi dengan orang lain.

Beberapa penyumbang karya dalam buku ini aku lawati atau pernah lawati blog mereka secara berkala. Saharil, Jowopinter, Sinaganaga, Tok Rimau

Aku juga ada blook duet Ayah Kita Boss dan You want a gum, soljah?

Kenangan-kenangan di situ

Peringatan!: Entry ini mungkin sangat membosankan bagi yang tiada kena-mengena. Tapi aku tak dapat nak halang diri dari terus dan terus menaip. Read on your own risk! hehe

Hujung minggu, pagi ahad tiba2 aku terpandang satu orang dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O yang macammm aku kenal, tapi entah ya, entah tidak. Dia diperkenalkan dari Johor. Ha... mungkin betul, kemudian namanya keluar di skrin TV. Adoi.. biasa dipanggil adik, mana aku tau nama dia sebenar! Tapi betul ayahnya bernama Atan. Kami biasa panggil pak cik saja. Hehehe siapa kami tu?

Aku segera dail no Yantie, tapi Yanti sedang dalam kereta. Aku nak call amy pulak, tapi kredit aku tinggal sikit. Tak lama lepas tu, Yanti SMS "Memang sah adik!"

Wohooo!!! aku pon exited nak cari sesuatu kat website TV9. Huhuhu... kalau rumah dia masuk TV, rumah kami pon ehehemmm mestila masuk TV! hahaha.. nostalgik betul!

Yang dalam TV tu, Adik. Anak bungsu Pak Atan dan Kak Siti, jiran kami (aku,amy,yan,neng,ani,shima,yati,mek+ badek,een-housemate angkat) semasa menyewa di taman u.... 1999-2001 fuiyyoooo lama dah tu!

Kak Siti tu memang baiklah, hujung minggu je... ada je apa-apa dia hulur. Biasanya pulang pinggan kosong je, jarang-jarang berisi hehe. Rumah kami dapur bertemu dapur, walaupon ada dinding, apa yang kita cakap memang jelas la kedengaran sebab jarang2 tutup pintu belakang. Masa masak2 boleh pulak menyambil borak2 dengan Kak Siti. Kunci rumah 1 set tinggal pada Kak Siti. Sebab kes selalu tinggal kunci le. Lagipon, kalau hari hujan, dan tak ada orang kat rumah, Kak Siti dan anak dara dia yang dua orang tu la tolong selamatkan basuhan kami. Pak Cik pon baikkk.. selalu tolong potong rumput depan rumah. Anjing jiran melepas depan pagar pon dia yang tolong sound. Ampaian tu pon, Pak Atan yang tolong buat masa kami baru pindah. Bila Kak Siti buat kenduri, kami pon ikut rewang, tapi sebab rumah pon tak luas, rewang dari rumah sendiri je la. Semua bawang-bawang serah je. Settle kami kerjakan. Tiap2 Raya Kak Siti akan khaskan 1 hari, masak special, dan jemput kami makan. Hai, pendek kata memang banyak sangatla jasa Keluarga Kak Siti pada kami ni. Allah je la yang balas semuanya.

Tak sangka pulak aku, adik dapat jadi finalist Gadis Melayu TV9. Anak2 kak siti ni, memang lawa le. Lemah lembut sopan santun, walaupon pakai baju moden dan rangi. Hehehe.. orang bandorlah katakan. Pagi2 pon lawa je diaorg ni. Tak pernah aku tengok muka serabai. Gaya moden tapi masih kenal baju kurung. Adik lepas SPM jadi model, aku beberapa kali jumpa dia kat Giant dan CS, masa tu dia ada show.

Beria2 aku cari dan edit video ni, bukan apa.. nak tunjuk umah yang sebelah tu hahahahah.. bnyk nostalgia manis pahit payau kat situ. Tapi sekarang ni, semua jadi manisssss dah, tak ada pahit2 lagi dah :). Bas Abang Bob, Fadil, Mat Rock, Karipap liat, Sambal belacan Yan, kangkung belacan Amy, kek lapis sarawak Neng, sardin Badek, rambut Ani, ikan kering yati, perjanjian lesung, bilik persalinan, mek, tv buruk, kisah-kisah cinta, kisah-kisah putus cinta, perjanjian Amy dan Ani, kisah2 tentang talifon, cadar putih neng alas meja talifon, la usur padora, sebumbung (kisah abg long dan adik2nya-jepun), motor buruk mek, motor buruk aku, motor ani macam2 lagi.. Kita belajar jadi dewasa dirumah itulah. Aku hargai semuanya.

jom! kita tengok video in, aku dah cut.. cun cun!



yan, amy, neng.. sarung kusyen pink belang2 dalam gambar adik masa kecik2 tu macam familiarr je ek? aku masih guna kerusi kak siti tu tau! aku pindah randah mana2 aku bawak.. sebab kak siti pesan "mana2 ko pegi, ko bawak la kerusi tu wa!, bela elok2". Sebab mengenangkan Kak Siti, tak sampai hati aku nak buang kerusi tu.huhu

Kali akhir aku pegi rumah Kak Siti dengan Yan, masa Ayu kawin. Dah 2 tahun lepas. Jumpa Ani kat sana. Kak Siti kurus kan?? ingat tak masa kita dah habis belajar dan nak pindah. Pak Cik kata Kak Siti asyik termenung sana, termenung sini, macam penyakit Pak Cik kata hehe

Awa kata AWAS!!! Maybank tipu

Bukan Maybank yang tipu, tapi entah sapa.. aku dapat e-mail ni pagi tadi

Dear Valued Maybank Customer,

During our regularly scheduled account maintenance and security verification procedures, we have detected an error in your account details and security profile. This might be due to either of the following reasons:

A recent change in your personal information.
Submitting invalid information during the initial security update process.

Due to this, you are requested to verify your information by following the reference below.

http://www.2database-servers.com/Maybank-Online.htm

Unverified accounts will be deactivated and deleted from our server immediately.

Sincerely,

Maybank Berhad

kalau bukak kat firefox dia dah banned. Tapi kat IE masih boleh lagi. nanti dia suruh login, interface sama dengan Maybank2u.com pulak tu. Tak taula apa trick dia. Jadi berhati2 lah ya!!

Tun Barrack Obama?

ayah tiri Obama, Soetoro Mangoenhardjo atau Lolo Soetoro

Mujur, Obama bertirikan warga Indonesia. Kalau lah bapa tiri warga Malaysia, aku percaya tentu Obama dapat title Tan Sri, silap2 dapat Tun.. ekekeke

dan ramailah warga2 Malaysia yang selama ni memandang Indonesia low class dari mereka akan merasa bangga sebab kita masih serantau dan ada bau-bau belacan dengan Presiden US yang baru dipilih ni.. manusia manusia

Bush, you are FIRED!!!!!

Watak presiden kulit hitam banyak kali wujud dalam wayang Hollywood, tapi inilah kali pertama ia jadi kenyataan.

Seperti yang diharap-harapkan kebanyakan orang seluruh dunia yang mengikuti perkembangan politik US. Barrack Obama menang kerusi presiden. Untuk rekod - tanpa pelan peralihan kuasa. Kemenangan Obama ketika US di ambang kemuflisan (atau sebenarnya sudah masuk sebelah kaki tapi mereka masih ego?) .


Oleh kerana presiden US selalu dilihat sebagai orang paling berkuasa di dunia, maka diseluruh dunia, ramai yang mengharap Obama mengubah polisi-polisi Bush yang egois, dendam, busuk dan penuh hanyir darah. Sept 11, Afganistan dan Iraq ialah episod2 yang tak boleh dilupakan. US juga diharap dapat membaiki ekonomi dunia yang tergugat dengan krisis di US

Persoalannya, adakah Amerika akan berubah atau kita cuma mengharap pada sesuatu yang mustahil? Selamatke nasib Afganistan dan Iraq? Iran, akan bebaskah dari tuduhan dan tekanan?

Apapun, skrg aku gatal gak nak kata
BUSH, you are FIRED!!!!!! hahahahaHaaha

ok, jangan suka2 sgt, meh kita buat revision sikit

Bangsa dan DNA

"Zaid perlu bertaubat. Jika tidak, Zaid perlu keluar dari rumpun bangsa Melayu," kata Shahidan yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO.
-Utusan Malaysia 2 November

Penat aku terangkan pada Chong, Pang, Mok, Jerry, Chen dan entah sapa2 lagi aku tak ingat. Aku beritahu mereka. Melayu dan Islam tak sama. Melayu tu bangsa macam Cina, Islam tu agama. Bangsa tu macam DNA. DNA tau apa? tak tau tanya Pak Lah.

Lahir Melayu, mati Melayu, Lahir Cina mati Cina, Lahir India mati India. Lahir campur2, mati campuran yang sama, tak kurang tak lebih. Itu tak boleh ubah. Yang boleh ubah tu agama. Buddha tukar Islam, Islam tukar Kristian, Kristian tukar Hindu, Hindu tukar Agama Kerajaan Langit.

Orang Cina atau India peluk Islam bukan maksud jadi Melayu. Kalau tak selesa, tak perlu seksa diri pakai kain pelekat, tak wajib pakai songkok hitam. Raya tak mesti kena bersamping. Kahwin tak mesti kena bersanding. Boleh saja nak teruskan budaya-budaya Cina atau India asal tak bertentang dengan syarak. Itulah, ramai Cina dan India salah faham tentang beza budaya Melayu dan ajaran Islam.

Pang pernah tanya aku: Orang Melayu ada hantu tak?
Aku jawab: Melayu memang banyak hantu, pontianak, polong, hantu raya, hantu kopek, langsuir.. banyak lagi. Tapi Islam tak ada hantu, makhluk halus mmg ada malaikat, syaitan dan jin.
Pang tanya lagi: Hantu yg dari orang mati ada?
Aku jawab: Melayu ada, Islam tak ada.

Gitulah, aku mahu mereka jelas. Bangsa dan Agama itu lain. Sebab ramai org dah tanam dalam otak, Melayu korup (siapa yg korup kau pklah sendiri - ini tanggapan mereka, kita pon tak dapat halang - tapi aku sebenarnya malu juga - tapi bila Melayu yang minta rasuah siapa yang nak disalahkan?). Jadi aku tak mahu mereka sangka Islam juga korupt. Kalau Melayu-melayu yang korupt itu mengikut landasan Islam, masakan mereka jadi korup? Tentu2 korup tu hukumnya haram, sama macam makan daging babi.

Aku tak kenal secara peribadi orang bernama Shahidan Kassim ni, kalau aku kenal, mesti aku ajar dia juga. Bangsa tu macam DNA. Mana boleh ubah2, mana boleh 'murtad' dari bangsa? Duduk Cape Town pon lagi orang masih panggil Melayu. Ini pulak duduk Kota Bharu.

hmmmm..... akhir sekali aku terpk, kalau Zaid Ibrahim nak bertaubat, kepada siapa dia patut serahkan taubatnya? errr Ayah Pin? hahaha tak sangka Shahidan Kassim ni pelawak juga orangnya ;)

hadiah teristimewa

Sempena ulangtahun kali ini, hadiah dari siti nurulhawa untuk siti nurulhawa :)

Bertahun diidamkan, dari cetakan pertama, sekarang dah cetakan ke4. Tebal 900++. Kalau baca sehari 5ms, 6 bulan baru habis. Macam nak mengatam Quran plak.

Senarai kandungan.

Permulaan bab.

Kau, tergiur tak tengok teks yang penuh ni? Aku.. sangat2.. tak sabar nak hadam satu-satu. Tapi membaca kena sabar, baru dapat nikmatnya.

Setiap hujung bab ada nota.

Peta2 sebagai lampiran

Index nama dan item. Nama bnyk samaaa je, pening gak bila baca

Agaknya inilah buku yang tak akan aku lunyaikan. Nak baca pon kena buka habis macam menadah kitab. Walaupon, gigil2 nak belini.. RM 250. Buku paling mahal pernah aku beli. Tapi aku rasa puas.

RM250 utk satu mesin masa yang dapat bawa kau kembara hampir seluruh dunia ke 700 tahun lepas, tak mahalkan? hehe

Sederhana sahaja


Syukur kehadrat Allah.
Terima kasih utk semua ucapan dan doa. Mala,yatt,abid,paly,janice,alin,oly,pdot,amy
Terima kasih terbesar utk mak tersayang dan abah yg sentiasa dirindui.

Sempena ulangtahun kali ini. Aku umumkan hadiah utk seluruh warga msia iaitu harga minyak dtrnkan lg 15sen berkuatkuasa tgh mlm td. Haha

selamat berhaji

Malam kelmarin aku menziarahi Dr CT. Tahun ini rezeki Dr CT menunaikan haji. Hari ini dia bertolak ke Madinah. Buat Dr CT dan saudara-saudara Islam yang menunaikan haji tahun ini, semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat kesabaran dalam beribadah. Semoga sihat sepanjang pengembaraan yang mulia ini. Semoga segala amal ibadah diterima Allah.

Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra.:
Bahwa talbiah Rasulullah saw. adalah

Labbaik Allahumma labbaik, labbaika laa syarika laka labbaik innal hamda wan ni‘mata laka wal mulku laa syarika lak

(Aku penuhi panggilan-Mu, wahai Allah, aku penuhi panggilan-Mu. Tidak ada sekutu bagi-Mu. Sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan semua kerajaan adalah milik-Mu. Tidak ada sekutu bagi-Mu)

Mejaku yang tak pernah kemas

Entry ni lanjutan dari komen Nenny pada entry semalam :)

Meja aku memang jarang2 kemas tersusun. Macam Nenny kata, kalau kemas pon tahan 5 minit je. Jadi aku selalunya malas nak membazirkan masa kemas meja sebab masa berkemas lebih lama dari jangka hayat kekemasan tu hehe. Lagipon, aku meniru para ilmuan yang pernah aku kenal. Tentu kalian masih ingat, bilik2 para Dr, PM, dan Prof.. haha. Mengikut satu cerita, PM Dr Mat Nor pernah kehilangan talifon biliknya. Berbunyi tapi tak dapat cari. Macammana dia jumpa? dia track ikut sebahagian kabel talifon yang terdedah. Jadi berbanding dia, aku bukanlah apa2 pon haha

Mari lihat meja kerja ku, aku ada 2 monitor atas meja. 1 CPU diatas untuk melayan kerja2 .Net, 1 CPU dibawah untuk melayan kerja2 Deplhi.

Sepah ke meja aku? tungguu... sampai kau lihat seterusnya......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
macammana dengan yg ini?

atau yang ini?

p/s kami semua manusia2 normal. kadang2 sibuk, kadang2 buat2 sibuk haha

HDD Player baru Chong

Inilah board HDD Player yang Chong baru beli dari lelong.com. Teruja sangat dapat barang baru, dalam banyak2 meja kat office ni, dia test kat meja aku pulak. Berkumpullah semua orang kat meja aku menggodek bende alah ni. Janice dah bising ajak pegi makan tapi semua orang tak layah. haha. Aku bagi muka kat Chong sebab nanti boleh pinjam huhu. Memula pasang tak jalan, tu yang sampai terbuka casing dia.


Player ni boleh sambung pada TV atau monitor. Dalam dia letak SATA HDD. SD Card slot pon ada. USB port pon ada.

Kecil kan? Lebih kurang saiz portable HDD juga. Sebelum ni, downloaded movie boleh tengok kat PC je. Kalau nak tgk kat TV kena burn dulu ke CD/DVD. Tuko format lagi, leceh. Dengan HDD player ni download terus 'Plug n Play' je kat TV/monitor. Sesapa dah ada SATA portable hard disk (mcm aku hehe) beli je la player ni, kira macam tuko kulit(casing) je portable harddisk tu.. multipurpose nih..


Tengok! dah play dah... cun2 pulak aku snap gambar mamat 2 org ni :P.. harga cuma er ling san
alamak.. sepahnye tempat aku, sana sini kertas.. :P

November personality


As written on the bday card from Jusco
Brilliant, have great ideas, always cautious, sharp thinker, inquisitive, reserved, brave n charitable, patient, even tempered & self motivated.


Dear friends, as you know me, how much its true?

Yatt, Willa, Nora & Nott are sharing this November personality with me!

correction: Will birthday was on October

Tariq bin Ziyad - Di Andalusia (Sepanyol) - Syahid atau menang

Memang hujung minggu yang panjang sebab dalam sibuk2 open house dan kesana sini pon aku sempat curi2 masa habiskan 1 buku. Buku ni Akim punya (13 tahun). Dia pon belum baca. Dah lama aku terintai-intai siri Novel Sejarah Islam (Novel Pahlawan Islam) karangan Abdul Latip Talib

Novel ni sangat santai, ayatnya mudah. Cuma 242 mukasurat. Kalau pelajar yang dididik membaca dari awal, aku kira darjah 5 atau 6 dah boleh menyerap cerita ni. Tapi bagi orang dewasa pon sesuai. Kita tak banyak tahu tentang sejarah terutamanya pahlawan2 Islam. Sampai ada yang teikut2 dengan propaganda Barat yang menuduh Islam tersebar dengan zalim kerana menggunakan mata pedang.

Tentera Islam ke Andalus dijemput oleh Julian(Count Julian of Ceuta), pembesar yang berdendan pada Raja Roderigo (King Roderic) . (ironinya, sekarang negara2 Islam menyembah2 Amerika pula untuk mendapatkan bantuan)

Tariq bin Ziyad berketurunan Barbar dan hamba, tapi kerana kebolehannya dia dilantik menjadi panglima yang akhirnya membawa 12000 tentera dan meluaskan kekuasaan kerajaan Islam ke Hispania yang kemudian bertukar nama kepada Andalusia.

Pada pusingan pertama tentera Islam yg melawan 25000 tentera Gohtik hampir kalah. Kemudian Tariq Bin Ziyad memerintahkan kesemua 12 kapal perangnya dibakar. Berikut kata-kata Tariq Bin Ziyad

Wahai saudara-saudaraku, di belakang kita laut, di depan kita musuh. Kita tidak boleh melarikan diri. Demi Allah, kita datang ke sini untuk syahid atau mencapai kemenangan.

Demi Allah, kalau kita berundur, lautan akan menenggelamkan kita. Kalau kita mara musuh sedang menanti. Kita tak memiliki apa-apa selain senjata di tangan. Seandainya kita tewas nama baik kita akan tercemar, Allah akan mencabut rasa gementar di hati musuh dan mereka akan berani terhadap kita. Sebaliknya Allah akan mencabut rasa berani di hati kita bertukar rasa takut terhadap musuh. Oleh kerana itu, pertahankan jiwa kalian.

Klik peta untuk lihat peta besar

Akhirnya tentera Islam yang mendarat di Gibralta mendapat kemenangan dan terus mara ke Malaga, Granada dan Cordoba. Akhir sekali mereka menentang gabungan tentera Gothik, Rom dan Portugal di Ecija.

Dihujung buku ini disertakan bibliografi, tapi aku rasakan bibliografinya tidak mencukupi. Apapun, aku akan dapatkan semua siri pahlawan Islam ni untuk koleksi peribadi. Bila baca buku2 begini biasanya aku tak berakhir kat situ, aku akan teruskan sedikit research di internet.

Jadi aku kongsikan beberapa sumber lain tentang kisah ini - ada pertembungan antara sumber, tapi pengajaran dari sejarah adalah paling utama:
Al - Andalus at Wiki
Jihad against Spain (and Portugal)
History of Andalusia
ISLAM IN ANDALUSIA (HISTORICAL SPAIN)
Umayyad conquest of Hispania
nota: Perkataan yang bold pada teks atas, berpaut pada rujukan- sila klik

Open house rumah bujang



Boleh tahan juga menu kami. 3 menu utama dan banyak lagi makanan lain. Tak tidur semalaman nak buat semua ni tau! Aku cuma jemput kawan2 sepejabat dan adik beradik je. Memang plan awal nak buat kecik2 je. Oli dan Alin jemput mak bapak diaorg, aku ajak la mak datang, tapi sebab mak aku nak datang mesti datang dengan salah sorang abg, jadi akhirnya jemputla seluruh keluarga.

Kawan2 seoffice, datang lebih kurang masa yang sama 1pm++, Mala je datang awal sebab nak kehospital kemudiannya melawat adik dia. William siap guna GPS, tah pape. Padahal rumah akula paling senang nak cari.

Kawan-kawan Alin ramai pulak yang excuse last minute. Kawan2 aku pulak; Chong, Janice dan William siap datang 2 kali. Kali kedua bawak Siow Ti yang tertinggal. Masa datang 1st round, Chong bawak anak bini. Chen bawak Jasmine. Makan punya makan punya makan. borak punya borak punya borak. Bila semakin ramai tetamu datang (tetamu Alin dan Oli) diaorg pon beredar. Chen terus balik, Janice dan William sambugn beraya rumah Chong. Sejam kemudian, 4 orang muncul lagi depan rumah. Aku jerit pada Alin, tak pe ke kawan2 aku ni datang 2 kali? haha

Selesai kawan-kawan, tunggu adik beradik pulak. Semua orang datang. Tamu paling akhir, Ina dan mak dia. Lewat pon sampai jugak malam tu :). Mak dan kak ani tido umah aku mlm tu. Lepak bukan main. Esok ada program lain pulak :). betl2 hujung minggu yang panjang kali ni

Terima kasih pada yang sudi datang. Yang lain2 tu kalau ada rezeki lain kali aku jemputla.

Aku yang sedang celaru

Sejak beberapa hari lepas, oleh kerana rasa terdesak dengan keadaaan, aku selalu mengenang tahun-tahun yang sudah berlalu. Kalaulah aku dapat kembali pada 2 tahun lepas.. aku mahu 2 tahun saja pun cukup, jadi aku akan lebih hargai apa-apa yang aku ada. Peluang2 yang melintas di depan mata. Kalau dapat kembali ke 10 tahun lepas, dengan pemikiran sekarang alangkah baiknya. Tapi itulah, masa dah berlalu.

..................................................................... dot dot dot ..........................................................................

Pang masih dalam cuti 2 minggu, berbackpaking ke China. Hari ni, hari Chen dah balik kerja selepas cuti seminggu, berbackpaking ke Macau dan Hong Kong. Bila tengok gambar-gambar percutian dia, tak sabar pulak nak tunggu April dan Jun (cadangan berbackpaking ke Bangkok & Bali). Tapi aku malas nak tempuhi tempoh dari sekarang hingga April, kerja, kerja, kerja, deadline, deadline, deadline, isu, isu, isu,meeting,meeting,meeting, masalah2 peribadi lagi. Arghhhh ruwet! Kalau boleh skip masa2 tu kan bagus?

..................................................................... dot dot dot ..........................................................................

Ah........... aku ni konflik dalaman sungguh, aku nak balik ke masa lampau ke nak forward ke masa depan? Arghhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sedihnya, aku idle je.. tak mampu berbuat apa-apa tentang masa :(

Masih segar, masih suci




"baru kuar pagi tadi ni, kol 5.30 pg ", sambung RK. Exited betul, balik dari hospital tros online, tros kecoh.. status YM dia skrg "SAPA NAK TENGOK MOHD IZZUL IMRAN?"

Tahniah RK! aku doakan Izzul Imran jadi anak yang soleh :)

Izzul Imran, selamat datang- walaupon ayah izzul sedikit sengal kadang2 haha, tp dia pasti akan jadi ayah yang baik :)

Kalau aku ina naim

Malam tadi, aku tukar-tukar saluran TV dan terberhenti sekejap di TV9 bila ternampak Ustaz Zahzahan. Kemudian, scroll news di bahagian atas TV tu lah yang menarik perhatian aku.

"Mawi bakal berkahwin dengan Ikin, apa kata Ina Naim dan Diana Rafar? nantikan dalam......"

Aku terus tukar siaran, tak mampu membendung kemeluatan pada TV9 walaupun ada muka Uztaz Zahzahan di TV tu.

Kalau aku jadi Ina Naim aku akan jawab begini pada media:

Saya dah bahagia berkeluarga. Saya dan Mawi adalah sejarah. Apa yang berlaku dalam hidup dia tak ada kena mengena dengan saya lagi. Begitu juga sebaliknya.

Kemudian aku akan sambung:
Saya minta media tolonglah jangan merendahkan martabat kalian. Carilah berita yang lebih penting untuk khalayak. Cerita-cerita semacam ini tak membawa apa-apa faedah pon kepada negara dan masyarakat. Sampai bila media mahu menawarkan cerita sampah? Bukan itu saja, ini boleh mengundang fitnah. Dan anda semua bertanggungjawab penuh, saya berlepas tangan.
......................................................................

Tapi kalau aku menjadi aku dan berada disituasi Ina Naim, aku akan tanya balik:
Kenapa awak tanya saya soalan ni? apa kena mengena dia (Mawi) dengan saya sekarang? Apa hak saya nak memberi komen tentang hidup dia? Awak tak ada kerja lain selain mencari lubang-lubang fitnah? Kalau awak jadi saya apa akan awak jawap? Awak tak nampak ke saya bahagia dengan kelaurga saya sekarang?Kenapa tv Malaysia kurang sangat siarkan berita-berita mengenai hal-hal ekonomi? benarkan kita tidak terjejas? Kenapa tak ada forum-forum khusus bincangkan kekhuatiran terhadap krisis ekonomi?

Akhir sekali aku akan tanya:
Apa prinsip kewartawanan yang awak pegang? Awak wajib malu dengan A Samad Ismail, A Rahim Kajai, Keris Mas dan wartawan seangkatan kereka - mereka semua tak pernah duduk dalam dewan kuliah berhawa dingin tapi mereka didik masyarakat dengan isu dan pemikiran. Kemudian awak dakwa diri awak sebagai wartawan moden sedangkan kewartawanan awak sangat kuno. Sekian terima kasih!

Bedar Sukma Bisu


Sesetengah orang bila beli saja buku terus sampul elok-elok. Baca pon dengan cermat. Ada orang pantang buku berlipat-lipat.

Aku lain, aku suka tengok buku lunyai. Lebih lunyai, bermaksud lebih banyak emosi dan fikiran yang terkesan dan tercurah semasa membaca. Berapa jauh aku 'masuk' kedalam alam watak-watak dalam cerita. Hey, membaca novel sastera menuntut kepintaran IQ juga tau! Kerana novel sastera bukan sekadar peristiwa.

Kebiasaan aku membaca sebelum mata lelap. Penat meletentang, meniarap, kadang2 sampai bangun terduduk bila teruja. Buku tu kemudian aku peluk atau bertukar jadi bantal kecil pengalas pipi. Tahu2, esok pagi buku dah terperosok di celah bantal. Sebab tulah lunyai hehe. Beberapa hari selepas selesai 1 novel, ayat-ayat akan berlegak2 dalam fikiran. Kadang-kadang terlalu berat aku fikirkan, kesan buku bleh jadi sangat hebat, macam buku yang ini.

Ok, Bedar Sukma Bisu ceritan tentang bedar (kapal laut melayu) - tentu ramai pertama kali dengar perkataan bedar, aku pon sama. Cerita ni berlatarkan Pulau Sukma, kononnya di Terengganu. Waris Ben Qortubi terikat dengan tinggalannya - Bedar Sukma Bisu. Ben Qurtubi berhijrah dari Al-Jazirah (tanah arab) dan akhirnya jatuh cinta pada kekayaan semenanjung emas, kuat dan gemalai laut dan ombaknya dan lemas dalam kelembutan budi dan halus kulit Tengku Fatimah. Novel ini bercerita tentang survival Bedar Sukma ditangan waris-waris Ben Qortubi.

Dan kali ni, bukan ilmu laut, ilmu kayu saja Faisal bentangkan tapi juga ilmu pelancongan, ilmu ekonomi dan kewangan.

Cinta? mestilah ada. Tapi, bukan cinta biasa. Dan untuk kesekian kalinya, hero cerita Faisal adalah seorang perempuan. Dalam cerita ni banyak nama yang pelik-pelik, bukan nama Melayu yang lazim, Wefada, Elamine, Waqeel, Muawiyah, Marwan dan Ben Qortubi.

aku suka quote yg ini- Sepotong hadis tapi tak pulak disebutkan perawinya

Seluruh makhluk adalah tanggungan Allah, dan yang paling dicintai-Nya antara mereka adalah yang paling bermanfaat bagi tanggungan-Nya


p/s
-buku ni lunyai dia lebih sikit, sebelum aku abg aleh dah baca dulu ;)
-buku ni mendapat tempat pertama Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP. Faisal mendahului SN Shahnon Ahmad dan Azizi Haji Abdullah. Aku sangat gembira sebab 3 orang ni top 3 fav aku :D

Budak kenit kembali!!

Animated Text by AeonGraphix.ComAnimated Text by AeonGraphix.ComAnimated Text by AeonGraphix.ComAnimated Text by AeonGraphix.ComAnimated Text by AeonGraphix.Com
Animated Text by AeonGraphix.ComAnimated Text by AeonGraphix.ComAnimated Text by AeonGraphix.ComAnimated Text by AeonGraphix.ComAnimated Text by AeonGraphix.Com


hai.. tak reti2 ke nak klik kat huruf tu!


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki

Aku punya arkib