Blog Widget by LinkWithin
Akhirnya Chong pergi jua

Tak tahulah macammana aku akan hadapi kebosanan. Mala cuti bersalin dan Chong akhirnya pergi jua. Dah 4 tahun, masa untuk dia tukar angin. Tadi masa sibuk2 nak keluar makan, aku tengah bertetingkap, dia tanya. "Dah bagi tau blom (dekat kawan2) I last day hari ni?"
Hahahaha tau2 je dia aku selalu ngumpat dia. Ahaks..

Masa mula2 kerja di sini, aku sorang2 je minah, yang lain amoi & aboy. Pertama kali makan tengahari di Pondarosa (ada majlis apa tak ingat). Dia la, tukang ambilkan lauk masuk pinggan aku (dia ingat aku tak reti guna chopstick la tu..cett) lepas tu siap terangkan apa yang dimakan + siap bagi tau jangan risau, ini semua halal punya. Cehhh.. aku tak banyak cakap masa tu, baru minggu pertama kerja.

Dulu, masa kami parking kereta di Jalan Sulaiman, biasanya kami balik beramai2. Tunggu menuggu. Kalau aku balik lambat, Chong lah biasanya yang menuggu. Janice pon selalu pesan, kalau boleh jangan biar aku atau Mala jalan seorang sebab depan kawasan parking tu kedai todi yang sibuk dalam sunyi. Hal2 kecil(tunggu menunggu & jalan 10 minit bersama2 sambil layan dia tengok amoi cun) macam tu lah, yang mengikat hubungan baik kami di pejabat ini.

Kehilangan jugak ni Chong tak ada. Mulut dia memang penyeri office. Dia sangat2 ringan tulang kalau bab tolong menolong ni. Dari hal2 kerja sampailah hal2 luar kerja. Minggu lepas aku mengadu mesin basuh rosak. Dia tanya apa yang rosak. Lepas tu dia kata "U nak hantar rumah technition(saya) ke nak technition datang rumah?". Senang je kan? tak payah mintak tolong pon, sendiri dia tawar diri. Paling terharu waktu aku sorang2 kesakitan perut yang amat sangat kat rumah. Dari pukul 3 pagi tertonggeng2. Akhirnya pukul 8 pagi aku talifon Chong. "I sakit, boleh tolong hantar pergi klinik tak?". Dia tak tanya pon sakit apa. Terus jawab "Ok, U tunggu kejap lagi I datang". Masa di klinik, aku fikir mesti orang sangka aku ni bibik. Apa yang kau fikir, bila sekeluarga bangsa cina (suami isteri dan sepasang anak2) membawa seorang perempuan melayu ke klinik?

Lepas ni, hal2 kerja tak dapat la mintak tolong kat dia lagi. Tapi hal2 luar kerja boleh lagi. Contohya kalau pengecas bateri henfon aku tertinggal kat kg, boleh je aku berjalan selang 5 rumah dari rumah sewa aku dan teriak, Chong! nak pinjam charger seminggu!

Chong.. tak akan aku lupakan, sebab aku masih ada hutang dia 4 dolar (SGD) haha..

Serangan Balas - KLIBF 09 - Pusingan Kedua

AKU telah bercahaya :)

Hari sebelum ke Pesta Buku adalah hari yang meletihkan. Balik kerja lewat, bergegas pulak ke hospital melawat Alin, dan tidur jam 2.30pagi. Keesokkannya kira-kira 6.30pagi bertolaklah dari JB ke KL dengan Kak Ani. Kami menyiggah Air Hitam, menjemput Ajar dan Intan.

Apapun, yang lebih memenatkan bukan perjalanan yang jauh tu, tapi bila melihat ramainya umat manusia bersesak2 di PWTC. Nak memilh buku pon berselit2. Bila dah mula membeli, aduhhh macam nak putus jari. Pon dalam penuh2 tangan, masih juga mahu pusing ke sana sini. Aku seronok, banyak buku menarik yang aku tak jumpa di kedai buku di sini. Ada jugak, buku2 lama yang aku rasa dah hilang (biasanya orang pinjamla.. tak reti nak pulang), jadi nak la beli yang baru. Buku Imam - SN Abdullah Hussien. Berapa kali aku ambil letak, ambil letak, ambil letak. Seronoknya berpesta buku. Tambahan, sejak beberapa tahun ni, telah banyak penerbit2 yang fokus pada buku2 Bahasa Melayu. Macam PTS, Galeri Ilmu, Telaga Biru dan banyak lagi lah. Gerai Telaga Biru sentiasa sesak. Apataknya, penulis2 Telaga Biru ramai yang bertaraf celebriti, Ust Zahzahan, Ust Zaharudin, Ustz Bahiyah, Dr Fadilah Kamsah, Hm Tuah dll. Dan waktu pesta buku begini memang masa yang sesuai kalau nak bertemu penulis kegemaran kita.

Selesai menghabiskan ratus yang pertama di Gerai Telaga Biru, seorang kawan menalifon.
"Kau buat apa kat PWTC?"
"Pesta buku lah!"
"Dah dapat apa kau cari?"
"Aku baru je mula ni, baru 1 gerai"
"Haa??... kau nak cari buku apa? cepat2la cari kemudian datang jumpa aku kat sini"
"Emm... adalah bnyk juga buku aku nak cari, lepas tu nak tgk2 jugak buku2 lain yang menarik. Banyak lagi gerai nak singgah ni".
Dia diam tak faham. Akhirnya mengalah yang kami tak dapat berjumpa. Aku lagilah tak faham, takkanlah dia tak faham yang aku ni datang begini jauh takkan lah sebab nak cari 1 biji buku saja? Mestilah kena berbaloi dengan duit minyak, tol dan saman speed trap hahaha. Ada jugak rupa2nya kawan aku yang pelik tengok orang shopping buku. Apa dia ingat perempuan cuma pandai shopping baju dan kasut saja? Cheeehhhh..

Aku mulakan serangan di tingkat dua, kemudian turun ke bawah mencari geria PTS. Sewaktu di gerai PTS, aku mula keletihan. Lihat orang macam berebut je buku2 tu semua, padahal punyalah banyak buku atas meja. aku pon dah menggigil 1 badan. Tapi aku mahu gagahkan juga ke gerai Ameen Pubh. Terbayang2 buku Ketupat Cinta berautograf FT yang yan tayang2 di blog dia. Dengan semangat 'Serangan Balas' aku pon naik semula ke tinggkat dua.

Dah lama pon sebenarnya ingin sangat berjumpa Faisal Tehrani. Ingin tu membara-bara setiap kali selesai baca karya dia. Biasalah, banyak betul pertanyaan2 yang timbul dalam kepala aku. Sebab tu, biasanya selepas selesai satu buku, aku akan luang masa pulak dengan pak cik google. Tanyalah apa-apa yang patut. Contohnya tentang peristiwa, tokoh atau lokasi latar pada cerita tu. Kesiankan aku? ikut hati nak tanya terus dengan FT, tp cuma dapat tanya pakcik google je haha. Aku selalu seloroh dangan yanti, kalau aku jumpa FT, aku nak tenung muka dia, aku nak hack kepala otak dia haha. Selalu terfikir, apalahh (macammana) yang dia fikirkan?

Ingin ingin ingin sekali aku berbual2 bukan kosong dan bersoal jawab dengan FT. Ala.. macam watak2 dalam novel2 dia tu. hehe.. tapi tentu tentu lah aku ni tak hebat berhujah dan jahil dalil. Ilmu cetak, membaca pon amatlah kurang (berbanding FT la, bukan berbanding korang! haha). Satu cara nak hack kepala otak orang pandai melalui bual2 lah, betul tak?

Dan sebenarnya.. eh.. silap plak :P. Dan akhirnya FT pon dah ada depan mata. Aku yang keletihan, minta izin duduk haha. Orang lain berdiri je di sisi meja. Sengaja biarkan orang lain potong barisan, sajalah nak berlama-lama sikit haha. FT bertongkat haritu, muka pon nampak cengkung. "Sakit kaki" katanya. Bila bercakap tentang PPSMI, bukan main bersemangat lagi FT, dah tak macam orang sakit. Sayangnya otak aku kalah dengan keletihan. Satu apa pon aku tak ingat nak tanya. Akhirya berbual begitu-begitu sajalah. FT pelawa berehat dulu di situ sebelum balik, tapi aku rasa tak tahan dah berada di PWTC tu, toleh sana orang, toleh sini orang, tak toleh pon orang (tp yg ni srg tak pening lak aku tgk haha). Aku rasa nak blink!blink! terus sampai rumah. Lagipon ada saja orang datang mahu berjumpa FT. Seganlah aku duduk berlama-lama kat situ. Dan kami pon minta diri. Lepas tu sempat pulak ke gerai Telaga Biru, rasanya ada Uts Zahzahan & Ust Bahiyah, tapi mereka belum sampai. Pukul 5 nanti ada sessi bersama Habiburrahman.. aduhai.. kenapalah lewatnya. Tak sanggup nak tunggu lagi, kami pon balik.

Esoknya, dalam perjalanan balik ke JB (smlm kami balik BP), aku pon mula lah ingat tentang nyemah mulya, tentang primbon jawa, tentang betik, tentang ulul albab dan tentang2 lainnya yang aku mahu tanya pada FT. Hadoiii sakit hati + kecewa. Aku telah di sabotaj oleh diri sendiri. Apapon, dapat berjumpa FT tentulah sesuatu yang amat menyenangkan :)

................................................
Mula2 macam pelik je FT bila aku sebut nama Teja. Nama zaman lama lah katakan haha.. FT siap eja dulu tu.

"Teja ni maksud dia.. remang remang senja"
"Iye?" Teja muncul sebelah aku, tersengih2. Aku halau Teja, kacau daun!
"Kalau ikut bahasa melayu lama, kalau ikut mana Tun Teja, nama sebenar dia Khadijah"
"Emm.. memang Khadijah pon nama dia"
Senyum je FT :)
................................................

" Teja, bk ko hrg dabel tau sbb FT sign ;) ". Aku hantar Teja SMS hahaha

Serangan Balas - KLIBF 09 - Pusingan Pertama

ooohoi.... pagi2 Neng dan Yanti dah buzz aku.. ini dia serangan balas utk korang.. haha

Dah berapa tahun entah aku tak berkesempatan ke Pesta Buku. Tahun ni, kalau ikut2 duit memang la tak nak pergi (baru berhabis ke Bangkok + baru betulkan kereta). Tapi oleh sebab 2 orang yg kat atas tu asyik2 hasut, asyik2 hembus, asyik2 bakar... akhirnya aku pon sampai juga ke PWTC :D

Ini baru serangan balas pusingan pertama - tunggu serangan balas pusingan kedua featuring FT ;)



Senarai buku KLIBF09

1. Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain
- PTS ; A Fareez Abdul Razak Al-Hafez

2. Fiqah Interaksi dengan Non-Muslim
- Telaga Biru ; Mohamad Nizam Abdul Kadir

3. Rahsia Islam di China - Gemilang di Sebalik Tembok Besar
- PTS - Ann Wan Seng

4. Ahmadminejad : Singa Baru Dunia Islam
- PTS ; Muhsin Habib ; Musa Kazhim ; Ibrahim Muharam ; Alfian Hamzah

5. Salahudin Ayubi : Penakluk Jurusalem
- PTS - Abdul Latip Talib

6. Abu Udaidah : Penakluk Parsi
- PTS - Abdul Latip Talib

7. Makkah Al-Muqarramah : Kelebihan dan Sejarah
- Telaga Biru - Abdul Basit Abd Rahman

8. Formula Solat Sempurna
- Telaga Biru - Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman

9. Bagaiman Akhirnya Saya Bertudung
- PTS - Ir Endon Sempo Mohd Tahir

10. Keagungan Tamadun Islam : Sejarah yang Digelapkan
- AB ; Ahmad Yahya

11. Umar bin Abdul Aziz : Peribadi Zuhud Penegak Keadilan
- Al-Risalah (AR) ; Abdullah Abdul Hakam

12. Rindu Bau Pohon Tin
- Gelari Ilmu ; Hasrizal Abdul Jalil (saifulislam.com)

13. Rindu Andalusia (novel terjemahan versi Bahasa Indonesia)
- Telaga Biru ; Radwa Ashour

14. Bidadari Paderi(novel)
- PTS ; Saiful A.Iman

15. Salju Sakinah(novel)
- PTS ; Zaid Akhtar

16. Tawarikh Cinta(novel)
- Utusan ; Nisah Haron

17. The Curse (novel)
- Utusan - Lee Su Ann

18. Enrique Mengundang Jauh(novel)
- Utusan ; H.M Tuah Iskandar

19. Jalur-jalur Pertentangan(novel)
- Mohd. Kassim Mahmood

20. Saasatul Ibaad(novel)
- ABERDEEN - Faisal Tehrani

21. Rawa - Tragedi Pulau Batu Putih(novel)
- Ameen Kreatif - Isa Kamari

22. Ketupat Cinta(novel)
- Ameen Kreatif - Faisal Tehrani

Nota: Dengan 18 & 19 maka lengkaplah koleksi Buku-buku pemenang Hadiah Sako Utusan 2002
- walaupon no 18 aku dah baca :P

Mudah2an aku dapat kongsikan buku2 ni semua kat sini nanti :)

Kesan Parsi di Bangkok dan presiden kecil yang bersuara lantang

Tak habis lagi nak cerita pasal Parsi dan Bangkok ;)

Sebenarnya sewaktu kami sampai dipintu gerbang Grand Palace kami sudah amat keletihan. Ada pengawal yang memantau pakaian pengujung. ramai mat2 dan minah2 saleh tak lepas piawai kod pakaian utnuk masuk ke Grand Palace. Tapi ada kedai untuk membeli seluar atau skirt labuh di situ. Lebih kurang 200 meter dari intu gerbang, barulah berjumpa kaunter tiket, 350 bath untuk pelancong dan percuma untuk warga Thai. Melangkah saja ke kompleks istana, kami disambut dengan bau dupa. Penjual kuntum teratai tak putus2 menyambut duit dari pembeli yang berpusu-pusu. Pantang jumpa tempat untuk berteduh, kami pon duduk. Kompleks istana dipagari tembok yang terlukis padanya ilustrasi2 yang membayangkan kehidupan istana masa silam. Kami berjalan dan berjalan. Aku dan Yatt cuba mengenalpasti binaan-binaan yang terdapat dalam komplks tersebut berdasarkan lakaran peta yang disertakan dengan tiket masuk tadi. Matahari betul2 atas kepala dan udara semacam tak bergerak. Betul-betul panas. Kompleks pon pehun dengan pelawat.

Bila berjalan, aku selalu berganding dengan Yatt, Nott pulak dengan Oly, mcm automatik gitu haha. Tapi kami jarang berjauhan pon. Tapi sepanjang di sana aku sebilik dgn Oly dan Yatt dgn Nott :).

Kemudian, aku terlihat 1 binaan, sekali pandang macam masjid. Pelik juga, dalam kompleks yang penuh dengan patung2 dan pagoda ni, ada pulak bangunan yang ada ciri2 arkitek Islam. Kecuali identiti Thai pada bumbungnya dan 2 patung penjaga di pintu masuk, yang lain2 betul2 mcm senibina Islam. Aku ambil gambar sambil lalu saja, sebab penat + panas = tak selesa.


Lepas balik sini barulah aku tanya pak cik google. Rupa-rupanya, orang2 Parsi sudah sampai ke negara gajah putih sejak zaman kerajaan Ayutthaya lagi. Kesannya dapat dilihat di Atutthaya sendiri.

Perhatikan pintu yang menajam ke atas, pintu wat2 lain biasanya berbentuk segi empat.


------------------- cerita sisi ----------------------
Presiden Iran, Ahmadenejad kelmarin mengegarkan sidang PBB bila berkata israel adalah ‘rejim paling kejam dan kuat menindas’. Juga Holocaust cuma alasan untuk menzalimi rakyat Palestin. Wakil2 negara EU telah keluar dewan sebagai tanda protes (nampak sgt diaorg bela israel). Rakyat Iran, seperti dijangka menyokong penuh presiden mereka (bila tentang menentang US & Israel, seluruh Iran akan melupakan berpezaan politik dan mengeluarkan suara yang sama - hebatkan?)
Obama sendiri berkata dia akan memboikot sidang tersebut. Kawan2 yang masih menyanjung Obama cuma kerana ada Hussien pada namanya, sedarlah. Berhentilah berharap Obama akan bawa penyelesaian pada konflik barat-Islam.

Travelog Iran - Menyingkap Misteri Bumi Ahmadinejad

Aku kira, penggunaan nama Ahmadinejad pada buku ini adalah untuk tujuan komersil sahaja. Mengmbil kesempatan atas populariti beliau sekarang. Ahmadinejad memanglah seorang tokoh, tapi pada aku dia masih terlalu baru berbanding dengan tokoh2 Iran lain memandangkan sejarah Parsi dan Iran yang panjang. Sebenarnya, nama Ayatollah Khomeini lebih sesuai digunakan memimbangkan pengaruhnya yg sangat besar pada sejarah dan politik Iran. Tetapi memandangkan orang sebelah sini semacam 'serong' dengan Ayatollah Khomeini (takut dilabel sebagai Syiah), maka tidak sesuai juga digunakan (untuk tujuan pemasaran). Setelah membaca buku ini, aku lebih suka kalau diletakkan tajuknya sebagai "Menyingkap Misteri Bumi Persepolis".

Buku ini ditulis oleh suami isteri (Dina Sulaiman & Otong Sulaeman) warganegara Indonesia yang bermastautin di Teheran selama 8 tahun. Sebelum pulang ke tanah air, mereka mengambil keputusan untuk mengembara keseluruh Iran dan menulis tentangnya. Buku yang aku baca ini adalah terjemahan ke dalam bahasa Melayu. Cantik dan baik sekali terjemahannya, ayatnya mudah dan santai tetapi terperinci.

Bnyk fakta yg memeranjatkan ttg iran yg aku tak tau (atau sangka sebaliknya)

1. SUFREH dalam bahasa parsi bermaksudkain pengalas makanan. Orang jawa panggil SAPRAH - ini mesti dari perkataan Parsi ;)

2. PARADISE(English); PARADIS(French) adalah dari perkataan Parsi. Dalam setiap binaan agung orang Parsi kuno biasanya terdapat taman2 yg luas dan indah. Inilah di panggil Pairidaeza.

3. BOLVAR adalah perkataan Parsi yang bermaksud jalan besar. BOULEVARD (Perancis) juga mempunyai maksud yg sama - tp dr sumber internet, BOULEVARD dipinjam dari Dutch, Bulwerk.

4. Wanita Iran mempunya kedudukan yang tinggi. Ramai wanita Iran dominan dalam keluarga mereka - selama ni, aku ingatkan Iran pon mcm negara2 Arab, selalu ada double standard terhadap wanita cth tak boleh drive dsb. Mas kawin di Iran ditaksir dalam bentuk syiling emas.

5. Wanita Iran dibenarkan menceburi apa saja pekerjaan (termasuk mencalonkan diri sebagai presiden!), sukan dan seni pertahanan diri; tetapi dgn syarat mesti menjaga aurat. seperti di Malaysia, bilangan mahasiswi di Iran melebihi bilangan mahasiswa

6. Walaupun wanita iran menyelubungkan diri bila keluar rumah, tetapi mereka sentiasa anggun bergaya dan memakai pakaian mengikut fesyen dan seksi juga bila berada dirumah atau majlis2 kaum wanita. Salun2 dan pusat kecantikan menjadi bisnes yang memberi keuntungan yg besar kerana wanita Iran mmg suka berdandan. Pemakaian tudung adalah wajib tetapi cadur (kain kelubung hitam) tidak diwajibkan.

7. Selain warga Islam yang bermazhab Syiah dan Sunni, ada juga penganut Kristian dan Zoroaster (kali pertama aku dgr nama agama ni - sebenarnya agama majusi). Orang Syiah(biasanya berbangsa Parsi) dan Sunni(biasanya berbangsa Arab) hidup aman damai saja malah berkahwin antara mereka. Anak2 diberi kebebasan memilih mazhab yg mereka suka. Walaupon ada perbezaan dalam perlakuan solat, mereka boleh bersolat sebelah menyebelah dalam masjib yg sama (bukan solat jemaah)

8. Iran/Parsi terlibat secara dekat dengan perkembangan Agama Islam, malah ramai tokoh2 zaman kegemilangan Islam dtg atau lahir atau dikebumikan di sini. Kuburan tokoh2 ini diperindah dengan bangunan yg cantik dan menjadi tempat beriadah dan istirehat. Pelikkan? bersantai bersama keluarga dikuburan hehe.

9. Tinggalan sejarah paling menarik di Iran tentulah runtuhan Istana Persepolis. Istana zaman Parsi purba. Dapat tak korang bayangkan, 5000 tahun sebelum masehi (2500 tahun kemudian, barulah bangsa melayu mula menyebar di semenajung tahan melayu - http://id.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Asia_Tenggara). Bangsa Parsi ini telah membina satu Istana yang megah. Istana ini kemudiannya dihancurkan oleh Alexzander the Great lah kononnya. dikenali sbg 'The Richest City Under The Sun', Persepolis juga ada sistem wang, pengairan dan pos laju! selain itu sudah ada sistem gaji untuk pekerja dan elaun bersalin untuk pekerja wanita (aku kira org Parsi sejak dulu mmg mengagungkan wanita mereka)

Kesimpulan aku:
Sejarah negara dan bangsa Parsi yang panjang dan Agung, telah membentuk satu jati diri dan 'pride' yg mantap dalam diri mereka. Sebab itu dalam beberapa isu nasional,nuklear & pilihanraya misalnya (ada juga dibincangkan dalam buku ini) semangat orang Iran menentang Amerika begitu kuat sekali. Lebih bnyk tekanan, lebih kuat mereka menentang.
Walaupon ada bangsa2 lain di Iran seperti arab, semangat keiranan mereka jelas dalam isu2 tersebut.

ini ialah link youtube tentang Istana Persepolis. Para ahli sejarah cuba mevisualkan kembali keadaan asal istana ini. betul2 megnagumkan (tengokla berapa tinggi saja prof tu dgn tiang dia)

Klik -> Bahagian 1
Klik -> Bahagian 2

Bahagian 3


Klik -> Bahagian 4
Klik -> Bahagian 5

BangKOQ~!: Tuk tuk rides : I no english version

Percubaan menulis dalam Bahasa Inggeris: Cikgu Qim, sila semak ;)

Me: Khao San Road?

Tuk tuk driver: OK!

Me: How much?

Tuk tuk driver: 60 bath

Me: 60 bath? ( i asked the other girls)

The others: OK!

The other girls jump into the tuk tuk. The driver stars the engine and pulls the gear.

Me: Wait! Wait! Take Photo First! Okkkkkkkkkkk.... done!

Our first ride with tuk tuk at Bangkok

..........................................Epilog...........................................

"AAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!" Kami menjerit. Berderau darah. Pemandu tuk tuk buat korner baring pulak. Dah 4 orang dara chantek kat belakang ni, tak sempat kontrol ayu. Nasib sempat berpaut mana-mana yang patut. Kalau tidak mau ada yang tercampak keluar. Pemandu tuk tuk ketawa kecil. haha. Kami ketawa besar. HAHA

Ayutthaya : Bahagian 1


Kami sampai di Stesen Keretapi Hualamong kira-kira jam 8.15. Setelah bertanya itu ini di kaunter Informasi Pelancong (kaunter / pusat informasi pelancong bersepah2 di Bangkok - itu yang aku katakan Bangkak "Tourist Friendly" - walaupon staf dia pon tak begitu fasih berbahasa Inggeris - sah sah mereka tak belajar Math dan Sc dalam BI :P) kami punya 2 pilihan; sama ada menaiki teksi yang disewa melalui agen pelancongan atau pergi sendiri dengan keretapi. Dengan teksi, untuk kembara sehari (pergi balik dan lawatan sekitar Ayutthaya) kosnya ialah 650 bath setiap orang. Mudah dan berpatutan. Pergi sendiri dengan keretapi kelas 2 tambang sehala ialah 245 Bath setiap orang. Bila sampai sana perlu sewa tuk tuk lagi (+ pemandu pelancong kalau perlu).

Akhirnya kami berkeputusan menaiki keretapi. Saja-saja nak merasa dan melihat-lihat suasana sepanjang perjalanan. Dengan segera kami bergegas ke kaunter sebab masa bertolak ialah 8.45 pagi. Ada kaunter tiket khas untuk pelancong (Tourist friendly kan? haha), aku rasa tambang untuk pelancong lebih mahal dari warga Thai. Kami menunggu di platform 11.


Keretapi lewat 20 minit. Aku duduk dengan yatt di kerusi terakhir kereta no 3. Nott dan Oly pula duduk jauh ke depan. Yatt mengira-ngira anggaran masa tiba dan berapa perhentian yang akan kami lalui (supaya tidak terlepas) berpandukan jadual perjalanan keretapi yang diberikan oleh staf di kaunter informasi pelancong tadi . Bila kami rasa telah melepasi perhentian terakhir sebelum Ayutthaya, aku pon ke depan memaklumkan Nott dan Oli. Aku bertanya pada pekerja yang berjalan mundar mandir dari koc ke koc dari awal perjalanan tadi, kebetulan dia berada di sebelah aku. "Next station, Ayutthaya?". Dia mengangguk. "Ok Yatt! sah, kita turun lepas ni". Bila keretapi berhenti, aku bertanya lagi pada pak cik didepan aku. "Ayutthaya?". "Ayuttaya.. ayuttaya.." Kemudian, beberapa orang pak cik disekeliling pon turut menjawab "Ayuttaya.. ayuttaya..". Masing2 memberi kami jalan. Kami berbahasa sambil turun.

Ini baru sampai Ayutthaya.. aku dah cerita 3 perenggan.. haha.. penat ke baca? Jauh lagi ni perjalanannya ;).

Chopp!!! aku belum cerita sikit sejarah Ayutthaya. Walaupon kita pernah belajar masa sekolah, tapi mesti dah lupakan? Hahaha. Ingat tak kita ada belajar sejarah Asia Tenggara? Aku tanya pak cik google, rupanya kita belajar masa tingkatan 1. Ayutthaya ialah contoh kerajaan Agraria. Ini wiki (bahasa indonesia tentang Ayutthaya - http://id.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Ayutthaya)



Turun je dari keretapi, masing2 ambik gambar dulu. Sekarangkan zaman blog dan facebook, gambar tu mesti hehe. Aku cari kaunter informasi tapi tak berorang pulak. Orangnya pergi tandas kot haha. Tak lama mundar mandir, seorang perempuan mendatangai kami. Kecil dan rendah orangnya, lebih kurang aku je (rendahnya lah :P). Agak fasih juga berbahasa Inggeris. Dia menunjukkan tempat2 yang akan dilawati dengan merujuk peta dan poskad (poskad gambar wat2). Kami tawar menawar harga tuk tuk. Mulanya, 300 bath sejam. Aku ikut tips dalam internet, boleh tawar 1000 bath untuk 4 jam. Dia pon bersetuju. Pemandu tuk tuk seorang lelaki tinggi agam berkulit coklat.

Kami pergi ke wat pertama. Apatahnamadiamemangsusahnaksebut. Wat tersebut masih digunakan untuk upacara keagamaan. Bahagian depan ada Buddha berbaring. Wat untuk lawatan pelancong berada di sebelah belakang. Bangunan utamanya bertingkat-tingkat, dibuat dari batu bata. Tangganya agak curam dan sudah tak rata lagi. Waktu naik aku tak ada masalah, tapi masa nak turun tu macam seram plak. Rasa macam nak tersungkur kedepan pon ada. Ramai orang keluar masuk.


Kami tak boleh berlama2 sebab masa terhad dan banyak lagi tempat yang hendak dilawati. Pemandu tuk tuk mencadangkan kami pergi ke tempat naik gajah. Ok, kita pegi la tengok dulu. Masuk je lorong ke tempat gajah tu, hidung dah dapat tangkap sesuatu bau. haha.. Woh... ramainya gajah, ini kali pertama aku tengok gajah depan mata. Aku tak dapat ingat bila kali terakhir aku pergi zoo (errr... pernah ke pegi?). haha. harga tanya kali pertama 1200bath untuk sejam hadoi... aku tanya stgh jam, 800 bath. ini harga sorang tau bukan harga naik sekor gajah. aku cakap ngan yatt, kalau 800 bath, dapat paling kurang 4 helai baju kat platinum huhu.. (perlu diingat, membeli-belah bukanlah aktiviti biasa bakpakers :P). Aku bagi tau akan siam yang manis tu, kami tak ada budget sebanyak tu, kami cuma nak rasa naik gajah je, kejap pon tak pe lah.. tak perlu jalan berejam2. Lagipon ada banyak tempat lagi nak pergi. Kami pon mohon diri dan ingin pergi dari situ. Akak tu cepat2 panggil kami semula, dia tawarkan 200 bath untuk 10 minit. Seorang pak cik datang mendekati kami dan memberi salam. Oh.. ada muslim rupanya di Ayutthaya. Kenapa pak cik google tak beritahu nih.. Pak Cik tu meyakinkan kami, dia cakap lagi, ada kepercayaan sesiapa yang naik gajah akan beroleh nasib baik. Pak cik tu waktu itu sedang mengunggu pelancong yang dia bawa dengan tuk tuknya bergambar dengan gajah.

Bayar hutang : TAG Dari DHAN

1)Apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu?
Kembara Kejayaan Awa - sila baca post yang pertama untuk tahu sebabnya

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://limatahun.blogspot.com
roadmap kembara kejayaan awa patutnya dalam lima tahun. tp mcm makin jauh la pulak

3) Apakah method dalam penulisan blog anda?
ikut suka hati aku je nak tulis. aku tulis ikut tema label yg aku tetapkan. tak suka ada bnyk2 label

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?
selain blog ni, ada banyak blog lagi yg dah terhapus huhu

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
ko nak aku puji ko ke han? hahahaha.. blog han suwetttt. yg pth dpt tau khabar terkini ko han ;)

6) Senaraikan calon yang akan di tag: Nak tag brp org?
tak de penamaan calon (aku takut diaorg kutuk blog aku utk soalan no 5 haha)

Bangkok : Yang Lucu

Drug Store ialah Farmasi ya cik-cik akak sekalian.. hehe

Perhatikan simbol lelaki dan perempuan untuk tandas. Tandas ini untuk orang yang betul2 tak tahan nak membuang saja haha

KOQ~!

Diaorg ni lebih sengal dari Cik Sengal haha. Si Anas Tahir KOQ~! dan Akbar Azmi KOQ~! telah mengepos video-video KOQ~! di youtube. Nampaknya sedang hangat. FB Group KOQ~! Akbar dan Anas dengan sekejap masa mencanak2 ahli yang sertai.

Tengok dan dengarlah sendiri. Aku rasa nak tapok je mulut si Anas tu hahaha



apa yg diaorg karurkan tu?... tgk video ni..



fav aku ialah lagu anak ni.. aku suka part translation tu heh heh



ada 9 klip semuanya... sila tgk kat related video

Bangkok: Kisah Teksi dan Baju Merah

Jalan sesak yang teramat. Pemandu teksi seorang pak cik lewat 50an aku kira. Orangnye berkulit cerah dan tidak kurus. Pemandu teksi tidak melalui jalan biasa, ketika melalui Democracy Monument, dia membelok ke kiri. Pakcik teksi menunjuk sebelah kiri jalan dan berkata "mob! mob" (aku dengar mok, tapi yatt dengar mob haha). Kami semua menumpukan perhatian ke kiri. Ramai orang bersimpang siur seperti ada pesta.

"Apa ni? kenapa jalan tutup?.....Pasar Malam kottttt..." Aku bersoal sendiri dan menjawab sendiri hehehe.. Nott cepat2 setuju. haha
Muka Pak Cik teksi macam tak puas hati, seolah-olah faham yang kami sudah salah faham. "Mob, mob... lepastudiateruscakapthai yangtentutentukamitakfaham dankamijadipening. Siapdengantangan2sekalipakciktumemberipenerangan." Muka kami masing2 berkerut. Kereta bergerak perlahan.
"Eh.. red shirt lah!" Ujar Oli. Barulah kami perasan, semua orang di kawasan itu memakai baju merah. Beberapa meter di hadapan dapat dilihat orang2 berjual beli t-shirt merah di tepi jalan.

"OOOooooooooo....Taksin?" Aku menyoal pakcik teksi
"Aaaaaaaaaaa.... Taksin, Taksin.." Gelak kecil pakcik tu, muka dia cerah serta merta, puas hati akhirnya kami memahami. Serta merta aura tegang dalam teksi tadi mengendur. Hahaha

"Taksin.. pakciktuteruscakapentahapadaaaaa". Aku pon apa lagi.. cepat2 ambil gambar, rasa diri wartawan Al-Jazeera pulak :P. Ini perlu dibloggkan haha

Beberapa meter dihadapan sekumpulan polis jalan iseng-iseng. Mungkin baru habis giliran. Cool je polis kat sini, tak ada water cannon pon :)


Gambar terakhir, diambil pada hari terakhir, ketika kami baru selesai makan di gerai bersebelahan Biro Pelancongan Bangkok di jalan Phra Athit. Alhamdulillah, Allah yang mengaturkan dan memudahkan perjalanan kami. Bangkok mula kecoh pada hari kami bertolak balik. Semasa kami di sana keadaan aman damai dan langsung tak ada huru hara. Sekarang pemerintah mula ambil tindakan tegas pada penunjuk perasaan. Bangkok sudahpun darurat.

Mat Rempit di Bangkok

Di Bangkok, selain teksi, tuk tuk, BTS dan MRT (subway). Ada jugak teksi motor. Kota Bangkok memang terkenal dengan jalan sesak. Teksi motor boleh cilok, lebih ekonomi untuk seorang penumpang. Semua pemandu memakai jaket warna terang dan bertopi keledar, tapi pemunpangnya santai je. Tengoklah macammana mak cik ni, siap duduk bersimpuh lagi.


Abang2 teksi motor sedang tunggu penumpang. Ini berdekatan dengan kawasan zoo. Sejak terjun di kutub, tak ada lagi projek juta2 untuk mat-mat rempit. Mungkin Khairi Jamaludin boleh pertimbangkan idea ni untuk memenuhi masa mat-mat rempit di Malaysia. Dapat juga duit. Tapi siapa yang berani membonceng moto mat rempit? hehe

BN + PAS di Bangkok

Ini ialah papan tanda yang mula2 sekali menarik perhatian kami ketika mula2 memasuki bandaraya Bangkok. Lambang dacing berwarna hijau. Pas masuk BN? hahahaha
Papan tanda ni, bermaksud kawasan penjaja :)


...............................................................
Masa aku di Bangkok, 3 pilihanraya kecil berjalan di Malaysia. Keputusannya setiap parti yang bertanding dapat 1 kerusi. Kira adillah tu. Disebalik kemenangan dan kekalahan tu sama-samalah kita fikirkan apa yang tersurat dan yang tersirat.

Sawadee kaaaaaaaaaaap.. kap kun kaaaap


Semua yang dalam gambar, harus dan perlu kalau jalan-jalan ke Bangkok. Kalau kau jenis yg meronda macam kami (geng backpakersss kononya). Peta sangat penting. Boleh dapat di lapangan terbang atau mana2 pusat informasi pelancong yg banyak disekitar Bangkok. Kecuali ke tempat jauh baru kami naik teksi, tuk tuk atau BTS (Bangkok Train Skyway). Kalau tidak, kami jalan iseng2 saja. Cermin mata hitam dan Kipas adalah kemestian kalau ke Grand Palace dan Pasar Minggu Chatuchak. Ramai yang cemburu dengan kipas kami hehe.. Sesiapa yang tak berbungkus kepala, silalah pakai topi.

Jalan mesti bergaya, jadi mesti merancang tempat mana nak di jejak. Satu lagi yang tak ada dalam gambar ialah senarai kedai makan halal yang aku sediakan dari hasil carian di internet. Dalam peta ada lokasi masjid sekitar Bangkok, jadi rancanglah perjalanan supaya tak terlepas kewajipan. Kalau ada masjid, mesti ada makanan halal di sekitarnya.

Orang Bangkok, rata-rata tak berbahasa Inggeris walaupun pelancong bersepah2. Sah sah mereka tak belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Bahasa Inggeris. Nak tanya arah pun susah, tapi nak tawar menawar harga boleh pulak haha

Kalau kita ke sana, diaorg akan sangka kita orang Thai, sebab tu dibelasah je cakap Thai. Sebab Muslim Thai, muka memang memper2 kita2 jugak. Gaya tudung pon sama.

Insyaallah aku akan kongsikan episod2 menarik ksepanjang 6 hari di sana. Semoga diberi kesempatan oleh -Nya


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki