Blog Widget by LinkWithin
Nyai Sadah Dalam Kenangan (1909-2007)

7 Muharaam 1428,Nyai Hajah Musahadah bt Alwee, akhirnya meninggalkan kami. Nyai yang terakhir antara saudara-saudaranya. Kami merelakan pemergian dia dengan rehda. Pemergian nyai tidak kami sesali. 98 tahun! Dia ratu pada keluarga besar kami, 4 generasi. Waktu aku lahir, 10 tahun selepas dia menunaikan haji, nyai sudah lama hidup sebagai ibu tunggal. Bertahun-tahun kami melihat nyai menua dan kembali kepada fitrah kanak-kanak. Dia pun sedar itu, bila nyanyuknya hilang.

Nyai Sadah, adalah perempuan biasa. Dia tidak meninggalkan harta yang banyak, tiada pingat, pangkat dan kedudukan yang boleh dikenang. Dia ialah orang biasa yang menghabiskan umurnya di satu ceruk bumi Allah ini. Yang selalu berjuang untuk hidup, yang merasa zaman pelarian, zaman kolonial Inggeris, zaman Jepun, zaman darurat, zaman Dato Onn, zaman Tunku sampailah zaman Pak Lah. Pada hari pemergiannya, aku telah melihatnya sebagai individu yang sangat berjaya.

Walau sekaya mana seseorang, ketinggi mana darjatnya di dunia ini, seluas mana kuasa dan pengaruh, tak akan dapat menandingi apa yang dinikmati nyai pada hari pemergiannya.

Seusai nyai pergi, urusan mandi dan kafan, dipegang anak-anak dan menantu perempuan. Bergotong royong, anak dan menantu yang masing-masing sudah beruban, memberi khidmat terakhir pada seorang ibu. Sungguh nyai bertuah, tangan anak-anaknya yang memberi belaian terakhir.

Kemuadian, solat terakhirnya diimami oleh anak lelakinya sendiri, dan doanya di baca oleh anak lelakinya yang lain. Perjalan terakhir di bumi ini menunggang kenderaan cucunya, diiringi oleh anak, cucu dan cicit terus mereka selesaikan khidmat akhir mereka pada nyai tua berumur 98 tahun. Nyai walaupun tua tetapi tak pernah dia tak terbela.

Itulah nyai yang suka tersenyum dan bercerita, walaupun dia tua, tetapi kasih sayangnya mampu menghimpun anak, cucu dan cicit penuh rukun. Aku asyik terfikir-fikir. Sekiranya umurku panjang, dikurnia anak dan cucu seumpama nyai, adakah aku mampu menjadikan mereka anak-anak soleh dan solehah supaya mereka dapat menyudahkan urusan terakhirku nanti?

Ya Allah, tempatkan mereka (yai2, nyai2, buyut2 ku) dalam lindungan rahmat Mu.

Mari cuti-cuti Malaysia

Hampir setiap hari aku dengar promo di TV nasional. Tahun ini, tahun 2007, Jubli Emas kemerdekaan Malaysia dan TAHUN MELAWAT MALAYSIA. Itu informasinya. Aku tertanya-tanya, selain Eye of Malaysia yang sedang berpusing tu, apa lagi yang akan berlaku sepanjang TAHUN MELAWAT MALAYSIA ni? Promosi di media elektronik dan cetak sangat biasa. Video klip tarian Melayu, Cina, India, Dayak. Kesimpulannya, aku yang bertaraf rakyat biasa yang tak terlibat secara langsung dengan program-program kerajaan atau swasta, langsung tak terasa pun akan bahang Tahun Melawat Malaysia ni. Hmm.. mungkin duit yang berkepok-kepok tu untuk promosi di keluar negara kot.

Sebaliknya, walaupun tahun ini bukan tahun melawat Singapura nampaknya dari segi promosi di TV mereka (dan di TV Malaysia-NONA), rancangan-rancangan ala jalan-jalan dan ala makan-makan dan kempen-kempen kreatif mereka mendahului Malaysia.

Pihak kementerian harus lebih kreatif untuk melibatkan rakyat sebagai media kempen.
Contohnya kempen poskad di Spore-hantar poskad pada kawan diluar negara, jemput mereka datang, kalau mereka datang melawat, akan dapat hadiah; poskad dan pos PERCUMA!.

Rancangan-rancangan explorasi, dapat pula menarik pelancong dalam negara. Emm.. memang ada rancangan sebegitu, tapi masih tahap biasa-biasa saja, tak ada keunikan, tak kreatif, waktu tayangan tak sesuai, dan tak ada promosi. Tak meninggalkan kesan untuk menonton lagi. Kecuali jalan-jalan cari makan yang agak segar. Aku kagum juga, Singapura tu punyalah kecik, tapi rancangan-rancangan explorasi mereka tu menampakkan setiap inci pulau tu ada sesuatu yang boleh ditonjolkan dan dihargai.

Opss.. aku bukan pro Singapura. Malaysia tanah air ku tercinta.

Dunia baru

Lamanya aku bercuti dari menulis di blog ni. Tiba-tiba je dah tahun baru. Akhir tahun ni bermacam-macam kejutan datang.

Pertama, tiba-tiba aku bertukar kerja lagi. Rezeki yang susah nak tolak. Datang secara tak diduga. Apapun, Alhamdulillah. Yang ditinggalkan, seribu kenangan manis walau cuma 3 bulan bersama.

Kedua, banjir besar di Johor, yang tak pernah aku lihat seumur hidup. Dan juga segala macam cerita-cerita disebalik banjir di Johor (tentu yang tak ditayang di TV). Aku rasa masa inilah, wakil rakyat nak menunjukkan keperihatinan pada pengundi mereka. Atau mungkin juga masa untuk membalas demdam pada bukan pengundi. Masa untuk hamba mengingat semula Rajanya. Masa untuk kita beza, silaturrahmi dan nafsu-nafsi.

Hari ni, dalam Utusan, PM mahu beri berita gembira. Tapi aku ada sedikit kerisauan tentang itu. Sama kerisauan pada skim PTPTN, Beli komputer dgn KWSP dan pejabat pos dan lain-lain.

Aku teringat satu tengahari aku tanyakan pada Kak Normah tentang pejabat Tenanan(bukan nama sebenar) yang jarang-jarang aku nampak dibuka.
"Ingat nak pergi Tenananlah, nak tanya kot-kot ada skim2 menarik ke apa"
"Ko ahli ke?"
"Ha??".. aku dongak. Macammana aku boleh tak terfikir tentang papan tanda atas papan tanda Tenanan tu. Betul aku ni lurus jugak kadang-kala. "Jomlah kita pegi makan!"


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki