Blog Widget by LinkWithin
sediakan beg plastik.. kalau2 termuntah

Jawapan pantun

SUDAH DAPAT GADING BERTUAH,
TANDUK TIDAK BERGUNA LAGI;
PERMATANG PAUH SUDAHLA KALAH,
SUMPAH TIDAK BERGUNA LAGI.

HUHUHUHUHUHUHUHU
sumpah tak membuktikan kau bersih, kalah tak membuktikan kau telus!

aku tak puas hati kenapa tv malaysia tak buat coverage besar2an tentang pilihanraya kecil permatah pauh. nampaknya malam ni tak boleh miss Detik tentang isu kekalutan politik di Malaysia, kat channel Suria (nasib baik aku duduk johor tau! kalau tv malaysia haremmm)

Undi dan hantu

data nyang hilang 19 rows je, tapi menyebabkan aku, mala, chong dan janice balik pukul 8 malam semalam. Janice tak tahan kena usik pasal hantu. maklumlah sekarang bulan ke 7 dalam kalendar cina. aku dah kata dah kat janice, jgn risau.. hantu tak ada, depa semua dah pi permatang pauh nak mengundi kan hari ni.. hehe

selamat mengundi utk org permatang pauh. jgn hampakan harapan rakyat malaysia :)

KUIZ MARI PBERPANTUN

SILA LENGKAPKAN PANTUN DIBAWAH

SUDAH DAPAT GADING BERTUAH,
TANDUK TIDAK BERGUNA LAGI;
..........................,
..........................

jawapan akan diberikan pada khamis, 27 ogos 2008
hadiah lumayan!!! berupa REBET HARGA MINYAK!!!

2+1+1+2=sex

aku pernah kata, dalam entry dulu2.. selain kemahiran bertutur bahasa mat saleh, kita juga perlu kemahiran mendengar dan menterjemah (word processing). sebab kita bekerja di Malaysia, ada macam2 bunyi akan kita dengar yg mana membawa maksud yg sama.

semikolon;

---------------------------------------------
standard device protocol:
prefix + add + cmd + data + chksum
2 + 1 + 1 + n + 2

minimum length of the protocol:
all item - data
---------------------------------------------

"means, two plus one plus one plus two equal to sex. SEX! hmm!" chin chin angguk kepala sekali penuh keyakinan. pandang kami semua dan semua orang angguk2. chin chin angguk angguk juga. ini perbincangan teknikal dan serius, tak ada siapa pon yg gelak. atau mereka tak perasan pun agaknya.

pengajaran kisah: jangan malu sangat kalau kau selalu silap sebut perkataan inggeris. mcm aku selalu kata bila sukumar betulkan aku "sorry i'm not english, i'm jawa" :D

Semangat Ogos dalam negara kita yang kecil II

Pak menteri dah umumkan beberapa hari lalu, budget untuk sambutan 31 ogos.

"tahun ini kita cuma anggar perbelanjaan 20 juta berbanding 30-40 juta pada tahun2 lepas"

1 juta pon aku tak terbayang akan punya. ini 20 juta untuk beberapa kumpulan orang yang sebahagiannya dipaksa rela melintas pentas? dan ini sudah potong separuh dari budget tahun2 lepas. tahun2 lepas ya, bukan tahun lepas. dengar cerita tahun lepas sebab genapnya 50 tahun, kita belanja 100 juta. iye ke? kaya sangat kita ni rupanya. 100 juta tu tak ada apa pon.

katakan sambutan peringkat kebangsaan ambil 25% jadi 5 juta dan bahagikan bakinya dengan 14 (13 negeri + 2wp(putrajaya dan kl berkongsi) - negeri yg jadi tuan rumah peringkat kebangsaan) jadi 1 negeri akan dapat 1.07 juta. jadi tak payahlah kita risau, walaupon barang semua naik, kerajaan dah sediakan duit yang cukup untuk sambutan 31 ogos. ini pon kita dah jimat hingga 50%

kalau ya pon, buatla sesuatu yang berlainan sikit, ini asyik2 perbarisan yang samaaaaaaaa je, yg lain cuma baju. nasib baik tahun ni tema pon tuko

apa lagi ya sambutan yang dibuat yg makan duit sampai puluh2 juta? selain berbaris2 tu. orang kawin pon skrg belanja dah puluh2 ribu. kalau 20 juta untuk seluruh negara ok kot? ntah la aku pon tak tau, yg aku tau, 20 juta tu mungkin sampai mati pon aku tak dapat bayangkan macammana bnyknya.

kawan2 31 ogos nanti pegi mana ya? boleh bagi idea macammana kita nak dapat benefit dari sambutan 20 juta tu?

related post: Semangat Ogos dalam negeri kita yang kecil

Tag? apa tag?

Ini First Time aku kena tag.. pasal first time pulak tu tag ni dtg dari siti jijah

........................................................................

First Time...

...naik kapal terbang...
gi Kuching Dec 2004. Ini kenduri kawin paling jauh aku pernah gi (Sharin n Azmi). Masa tu Tsunami, sebab beronggeng sakan kitaorg(aku, yatt & yanti) tak aware pon stunami tu punyalah dahsyat sampaila kitaorg pegang surat khabar dalam flight balik JB 2 hari lepas tu.


...pergi overseas...
masa kecik2, aku ingat buat pasport spore - gambor itam putih. rambut tocang dua, pakai baju kelasi ;), tp tak ingat pegi ke tak. Yg aku ingat pegi dengan classmate masa form 5. Err.. spore kira oversea tak? mok kata tak kira huhu.. Selain Indonesia, spore je cop yang ada kat passport aku. (skrg kalau kena pagi spore, rasa macam bala, punyalah malas nak gi - nak menempuh jam waktu balik tu yg tak larat - bilalah boss nak suruh aku pegi Korea ke, HK ke, Dubai ke, poyo2 pon pegi Jakarta, saya boleh jadi translater pada mamat India tu, saya pandai speaking Jawa tau boss!)


...dok jauh dengan family...
tak pernah jauh sangat la, dok johor je pon dari dulu. tp dr form 1 dah dok hostel


...rasa diri gemoks...
aku mmg chumil start dari darjah 5

...kerja...
kerja kilang Fujitsu masa cuti sem tahun 1. aku tipu kata aku lepas SPM, sampai abis cuti baru diaorg tau aku budak tengah cuti haha


...bercinta....
asal kapas menjadi benang,
dari benang dibuat kain;
barang yang lepas apa dikenang,
dah jadi hak orang lain
ahaks;


...masuk panggung wayang...
ini pon tak ingat, tapi dah beso2 ni baru pandai masuk wayang


...rasa diri cantik...
pertama kali rasa diri cantik? errr.. masa buat persembahan tarian masa darjah 1 kot. cikgu solekkan punyelah tebal. pertama kali pakai blusher tu! hahaha


...melahiran zuriat...
i'm still single ok!


...masuk ward...
yg aku ingat masa darjah 3, mak bersalinkan eha, hari2 aku dengan abah gi tengok mak kat wad hospital muar.. masa tu tiap hari aku keluar masuk entah berapa kali. Zaman tu kalau dah lepas waktu melawat, kita boleh lawat pesakit ikut tingkap

nak tag sape plak ek, tag mala n
yatt n
laileng n
sharin je lah

Uncle John coming to town


Seperti diceritakan oleh uncle John

Seorang hartawan membina rumah besar ditepi pantai. Suatu pagi dia berjalan2 ditepian pantai. Seroang nelayan baru pulang dari laut sedang mengemaskan botnya.

Hartawan menyapa, "Kamu tahu, inilah gaya kehidupan orang kaya. Aku telah bekerja keras bertahun-tahun mengumpul harta. Inilah impian aku, sebuah rumah ditepian pantai. Pantai ini, indah bukan? Disini, macam syurga!"

Nelayan menjawab, "Tuan, seumur hidup saya, saya telah habiskan disyurga ini dan saya seorang nelayan".

Oh.. rupanya aku sangat2 rindukan dia

Aku jalan beriringan dengan Alin menuju ke eskalator. Aku lihat 1 susuk yang macam aku kenalll amat. Ya! betul itu memang dia!

Aku kerut dahi. Ada sesuatu menjolok2 kerongkong dari dalam, tapi betapa terkejut & gembiranya aku sampai tak boleh nak keluar perkataan tu. Menolak-tolak lagi dari dalam. Mulut aku dah terbuka, tapi kotak suara masih beku, jadi aku cuma hasilkan bunyi aaaaaaaaaaaaaaAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!

Dia melintasi aku, dia toleh sebab dengar jeritan aku. "Hey!flhri ghjfoef fghl" aku tak ingat apa dia cakap, sebab terlalulah gembiranya! haha

kami tak bersalam pon, terus je berpeluk erat sekali. Sel-sel otak terus mengumpul memory, kenangan dan melayang2 bersipang siur kemudian ruwet!! terlalu bingung nak keluarkan kata, cuma tanya khabar saja. Terlalu banyak nak di kata sampai tak terkata semuanya! Kemudian aku tekup dua pipinya dengan tapak tangan. Tekup kuat2. Lepaskan rindu heheheh

Dia sempat lagi katakan aku dah kurus (berbanding dulu la yey! yey!). Dia kata lagi kenapa kurus sampai cengkung? Aku jawab, muke je kurus haha! dia kata lagi kenapa menyenyapkan diri? aku gelak kecil..

Hari dah maghrib benar, dia bergegas nak pulang dan aku lepaskan. Tapi hati gembira.

Bila terjumpa macamtu, barula kita tau betapa kita rindukan seseroang.. miss u Dr Rose.. rindu lama tak kena marah hahaha

Pelancong Muslim ke Korea?

Bila banyak sangat menonton drama atau filem Korea, timbul pulak keinginnan kesana. Masalah lazim bila melancong ke negara luar ialah ialah MAKANAN HALAL.

Kali lepas semasa mengunjungi MITM Travel Fair di Persada Johor, sempat aku capai 2 buku kecil dari booth Korea tourism Board. Satu berjudul, The Wonderful World of Korean Food dan 1 lagi ialah Food Guidebook for Muslim visitors to Korea.

Dalam kedua-dua buku diceritakan makanan-makanan popular Korea, bahan-bahan yang digunakan dan sejarah makana serba sedikit. Dikongsikan juga beberapa resepi seperti Kimchi, Bulgogi, Samgyetang, Bibimbap, Japchae

t2 cawangan Korea Tourism Organization. Set makanan ni disediakan oleh Korean Muslim Federation.

Diahkir buku kecil ni, disenaraikan restoran2 halal dan nombor2 pejabat Tourism Board

lauk berani mati

wo! reaksi mala bila aku senduk udang.
"he he.. lauk berani mati ni.." sahut aku



Nasi putih = RM 1.20
Udang RM1.50 x 5 ekor = RM 7.50
Sayur Sawi Goreng = RM 1.00
Sambal Belacan = FOC
-----------------------------------------
Jumlah = RM 9.70
Cukai kerajaan 5% = RM 0.485
-----------------------------------------
Jumlah = RM10.185
Mudah dan senang kira = RM10.20


Aku melalui kaunter air dimana mala sedang tunggu pesanan. "Esok je lah aku minum" aku terus ke meja makan

p/s itu pon nasib baik bayar pakai voucher, kalau pakai duit sendiri memang tercekik la aku makan. aku lupa yang sekarang dah boleh redeem voucher max 4 keping sehari. aku baru redeem 2 utk nasi. tapi tiba2 je aku tak selera nak minum air oren susu yang aku idam2kan dari semalam. huhu

Sampai Nanti, Sampai Mati

aku suka lagu ni, walaupun dia guna perkataan yang tak sedap macam mati dan sial. tapi perkataan tu memang cocok betul. Para yang akhir tu, kena ingat selalu :)





Sampai Nanti, Sampai Mati

Artist: Letto
Kalau kau pernah takut mati
Sama...
Kalau kau pernah patah hati
Aku juga iya...

Dan sering kali
Sial datang dan pergi
Tanpa permisi
Kepadamu suasana hati

Tak peduli
Kalau kau kejar mimpimu salut
Kalau kau ingin berhenti
Ingat tuk mulai lagi

Tetap semangat
Dan teguhkan hati
Di setiap hari
Sampai nanti
Sampai mati

Kadang memang
Cinta yang terbagi
Karena memang
Seringkali mimpi tak terpenuhi
Seringkali

Tetap melangkah
Dan keraskan hati
Di setiap hari
Sampai nanti sampai mati

Semangat Ogos dalam negara kita yang kecil

Hari ni dah 4 Ogos. Kalau tahun lepas-lepas sejak bulan 7 lagi TV dah meriah dengan promosi sambutan Bulan Kemerdekaan yang bermula Ogos. Sekarang, semua orang macam terlupa je. Negara kita yang kecil ni, sekarang sangat sibuk dan agak kelang- kabut. Negara kita yang kecil ni, kalau ada isu sensasi sikit boleh jadi macam nak bergegar Banjaran Titiwangsa dan Kroker.

Politik Malaysia makin hari makin hangat, impak dari stunami politik yang memuncak pada pilihanraya lepas masih belum suam malah makin panas. Krisis kepimpinan [lepas 4 bulan pilihanraya masih merayu kepercayaan rakyat, sadis!]. Minyak naik mendadak. Krisis makanan dan harga barang berlarutan. Inflasi. Belum selesai kes amoi Monggolia dan C4. Timbul pulak cerita sodom.

Politik, C4, minyak, inflasi dan sodom berulang-ulang, melingkar tak keruan, berpintal-pintal, ruwet.

Bulan 8 ni, ada beberapa perkara yang jauh lebih menarik dari perbarisan hari kebangsaan.
16/8 - Penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh
24/8 - Pilihanraya kecil Permatang Pauh
25/8 - Pembentangan belanjawan

Seterusnya rakyat menuggu pengumuman penurunan harga minyak pada 1 September seperti dijanjikan. 1 September juga umat Islam mula berpuasa. Sebulan kemudian hari raya. Aku jangkakan waktu inilah waktu krisis makanan dan harga barang meruncing. Macammanalah agaknya rakyat nak menghadapi krisis ini agaknya. Kalau ikut track record menteri2 kita yang tak berapa bijak tu, bila dah ada krisis barulah sibuk nak mesyuarat cari penyelesaian. Aku tak yakin pun mereka ada fikirkan tengang gunung berapi yang sedang menggelegak ni [krisis harga barang menjelang perayaan], sebab sekarang pon mereka dah sibuk lobi sana sini menjelang pemilihan parti Oktober nanti.

Semua kita berjuang untuk survival diri. Semua kita...

Aku masih bernyawa

Mala yang beritahu, Kak Mas, dapat sms dari nobor yang tak dikenali. Berita yang aku dah meninggal dunia. Seram aku!

Aku masih bernyawa lagi, Ya Allah, panjangkan umurku dan berikan keberkatan.

MSN aku pulak problem tak dapat nak online, itu yang kelang kabut kak Mas cari Mala. Kalau dalam cerita Hollywood, tentu watak 'aku' sebenarnya memang dah mati, tapi tak sedar diri lagi yang dia dah mati. Orang Hollywood tu tak tahu betapa sakitnya mati.. adeh..

Entah siapa yang sama nama dengan aku yang dikhabarkan meniggal dunia tu, aku doakan rohnya dicucuri rahmat.

Yang suka dan yang tak suka

Aku tak suka tempat yang sesak dengan orang ramai. Contohnya PC Fair. Tapi pergi juga PC Fair Jumaat Lepas di Persada Johor dan berhabis juga RM100++ untuk 4 benda2 kecil (SD card, card reader, USB hub dan tetikus; mudahnya duit mengalir). Jadi kalau acara2 yang bersesak orang macam Jmo Heboh, Pesta itu ini, aku memang tak de interest nak pegi.

Walaupon aku tak suka suasana sesak, tapi aku suka 'big family gathering'. Jumpa sepupu2 dan mak cik2. Masa ni la nak update siapa yang sihat dan siapa yang sakit, siapa dah bertunang, siapa dah dekat nak kawin, siapa nak naik haji tahun depan, siapa tengah mengandung, siapa dah bersalin, siapa masuk universiti, siapa dapat kerja baru, siapa tukar kereta baru atau pindah rumah baru. Seronok je berbual dan layankan lawak diaorg.

Tapi, kalau pegi kenduri kawin, paling malas nak dengar soalan.. "kak awa bila?"
Paling best pulak bila dengar "kak awa, nampak kurus sikit la.." hehehe

macam tu lah ek, namanya hidup, ada yang kita suka, ada yang tidak. dua-dua pon kena hadapi juga. kalau tak berlapang dada hadapi perkara yang tidak kita suka (suasana sesak) mana dapat alami hal yang kita suka (berkumpul dengan sepupu2 atau 4G SD card utk camera - lepas ni harap2 tak de lagi masalah memory tak cukup nak ambil gambar waktu bercuti)


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki