Blog Widget by LinkWithin
Jiwa apa yang mereka punya?

Anas Salim, 10 Tahun

Kalau kau tonton Buletin Utama malam tadi, kau tentu perasan budak Palestine yang ditemuramah wartawan TV3. Hidungnya berparut, dan dahi masih bertampal. Parut seumur hidup tentunya. Tapi mukanya berseri-seri dan tersenyum bila disapa wartawan.

Aduh.. jiwa apa yang dia punya?

Dan bila si wartawan bertanya, takut atau tidak dia dengan serangan Israel?
Dengan senyuman juga dia menjawab.. Tidak, tidak, tidak.

Aduh.. jiwa apa yang dia punya?

Mungkin si wartawan pun seperti aku, terkejut dan kagum dengan reaksi anak lelaki 10 tahun itu, lalu bertanya lagi. Dia menjawab, Saya tidak takut dengan Israel. Cukuplah Allah sebagai pelindung saya.

Aduh.. jiwa apa yang dia punya?

Menusuk2 kehati. Sebak, terharu dan juga malu. Sesungguhnya, budak yang belum baligh ini, mempunyai iman lebih kuat dari aku.

Lebih ramai lagi kanak-kanak seperti Anas di Palestine, tidakkah kita malu?

Ayuh... cepat2 kita berderma.. yang sudah berderma, tambahkan lagi. Rezeki di tangan Allah. Kalau saja Anas boleh tawakkal pada nyawanya, kenapa kita sukar untuk tawakkal pada harta? Yakinlah, Allah akan gantikan dengan yang jauh lebih baik dan berlipat kali ganda. Usah fikir panjang lagi. Mari cepat- cepat berderma.

Jangan pandang rendah pada syuhada Palestine

Barkali2 aku dapat fwded message dari Ym, entah dari mana asalnya, aku pon tak tau. Begini bunyinya:

UCAPAN PALESTIN KPD KITA: Kalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya..Doa orang yang teraniaya amat makbul "Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di GAZA, hancurkanlah rejim zionis..amin. .. Assalamu'alaikum, Please don't break or putuskan mail ni...keep on fowarding to ur friend insyallah, Allah aminkan doa kita..

Aduhhh.... janganlah memandang rendah pada para syuhada Palestine. Mereka syahid dengan kegembiraan yang tak dapat kita bayangkan. Mereka redha. Bukan mudah, lagi2 pada zaman kini, untuk dapat tiket kelas pertama untuk bertemu Dia. Jadi mana mungkin mereka mencela kita kerana kelembapan kita menyebabkan mereka syahid? Mereka tidak sedikit pon kesal kerana syahid.

Mereka sedar, mereka orang-orang yang terpilih, untuk menentang Israel terkutuk dan mempertahankan bumi suci para ambiya'. Mereka tak minta apa-apa selain doa, bukan doa untuk Allah panjangkan umur mereka, tidak.. tetapi doa supaya Israel laknat lumpuh dan kesucian kiblat pertama kita kekal terjamin.

Senjata Untuk Gaza

Mana satu yg kita nak hantar?

Ini? Uhhh.. ketinggalan zaman..

Ini? Terkemut-kemut

Ini? Musuh tak gerun pon


Ini? Ahh Israel punya yang lebih canggih

Lalu? Senjata apa yang boleh kita hantarkan? Yang tak dipunya Israel?

Inilah dia
Addua Silahul Mukmin - Doa itu senjata bagi setiap orang beriman

BUKTI-BUKTI SAINS DAN SEJARAH KERASULAN MUHAMMAD SAW

Masa aku beli buku ni (kira2 5 tahun lepas), aku belum kenal siapa dia penulisnya. Yan dah banyak kali tanya tentang buku ni. Aku pulak punyalah lembab nak ingat yg mana 1. Korek punya korek aku jumpa juga buku ni. Bila aku tengok balik, laa buku ni Dr Danial Zainal Abidin yg tulis rupanya.

Uniknya buku ni, dia tak melihat kerasulan Muhammad SAW dr sko Islam dan Quran saja tapi mencakupi juga agama-agama lain. Muhammad di dalam Bible, Vedas dan Puranas (Hindu), Buddha dan Maitreya (Buddha).

Sesuai dengan tajuk, disertakan juga kandungan ajaran Muhammad yang berkaitan Sains, kejadian langit dan bumi, embriologi dsb (penulis mmg terkenal dlm topik2 sebegini).

Akhir sekali dihuraikan pandangan 13 orang paderi dan tokoh2 barat tentang Muhammad sebagai pemimpin dan pembawa risalah agama.

Selat Tebrau, Airnya Biru


Tau tak lagu lama Si Bongkok Tanjung Puteri?
Ada baris-baris tentang Selat Tebrau dan Pantai Lido.
Agaknya, macam manalah rupa Pantai Lido dan Selat Tebrau masa lagu tu dicipta ek?

Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Teberau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu


Ini gambar semalam. Air pasang besar. Tinggi sampai sama paras dengan jalan.
Tapi cuaca panas teng teng teng.. kalau banjir dan melimpah memang la sadis..
bumi kita dah tua



Ini pertama kali aku tengok air naik tinggi mcm ni kat Lido.
Semala-lama ni tak pernah, kalau air melimpah pernah sekali dulu aku alami,
air naik dua anak tangga bas.
Tapi masa tu musim hujan lebat sehari-hari + dengan air pasang besar kot.

Kertas kerja: Awas siapa yang kita 'kawan'

Abstrak:
Dulu-dulu.. ramai orang kemaruk Friendster. Sekarang ramai orang ketagih Facebook. Sama ada lelaman sosial mcm Multiply, MySpace, Friendster, Facebook etc. atau Instant Messanger macam Ym, MSN, Skype etc. itu lah cara orang zaman sekarang berhubung dan bersosial.

Dalam keghairahan kita menambah kenalan dalam Facebook contohnya, adakah kita benar2 hanya menerima 'kawan' yang kita kenali? Bayangkan, kita letak hal2 sehaian kita, gambar2 keluarga dan kawan2. Apakah kita sedar risiko menjadi terlalu terbuka dalam jaringan sosial internet ni?

Kajian Kes 1:
Facebook akan beritahu siapa 'kawan' kita yang on-line. Ada tak agaknya yang teradd boss sendiri? kemudian kantoi? Contohnya macam kat bawah ni, tp MAMAT TUKANG STALKER atau singkatannya MTS, (bukan nama sebenar) ni, bukan lagi boss aku, selamat.. haha.


Kajian Kes 2:
Yay, (bukan nama sebenar) berasa sangat mengantuk selepas makan tengah hari. Dia mahu lelapkan mata sebentar. Lalu dia berfikir untuk berpesan pada rakan sekerja yang duduknya di laluan hadapan. Lebih kurang begini;

Yay (MSN) - Kalau mr manager datang, bg tau tau! nak tido kejap
Mr Manager(MSN) - Tidolah, I tak kisah, janji bila I mintak, kerja siap!

Woh!! terbuntang mata Yay. Macammanalah dia boleh klik pada nama Mr Manager tadi???

Kesimpulan:
Ingat pesan mak masa kita kecik-kecik dulu, berhati-hati memilih kawan. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar

Rujukan:
Mr manager = mts
Yay <> nurulhawa

JB Central 1

Dah lama nak buat entry ni, tapi tapi asyik lupa je nak ambil gambar.


percaya tak, kalau aku ambik gambar ni sambil berkayuh basikal? haha


Jejantas ni yg hubungkan CS dgn JB Central. Banyak betul tangga nak kena lalu.


Akhirnya, setelah berkali2 'terkena' lubang dan menyumpah lubang depan kaunter Imigresen kat CIQ Tanjung Puteri, CIQ yang baru ni siap juga. Memang gah CIQ baru ni. Bangunan baru, mestilah bersistem baru dan canggih. Harapnya, dengan CIQ baru ni, semangat2 pegawai imigresen kita pun upgrade juga. Jangan lagi bagi orang keliru.. pegawai ni, sedang bekerja atau sedang melepak?

Berbanding dengan CIQ dulu sangat jauh berbeza. Besar, selesa, moden, berhawa dingin, tak ada lubang depan kaunter, tak ada bau hancing di tempat pejalan kaki. CIQ jadi rahmat bagi ramai orang. Pegawai2 imigresen, warga Malaysia yang berulang alik Jb-Spore saban hari, pekerja-pekerja baru CIQ, peniaga2 yang baru buka kedai dan tak warga spore yang berulang alik isi minyak sambil henjut kereta di JB. YB Saharil Samad pun senyum lega :)

Sejak CIQ ni dibuka, Jalan Tun Razak depan stesen keretapi tak sumbat lagi. Tiap hari aku pergi kerja tak ada risiko tersangkut dalam jam kereta2 yang nak ke Spore. Petang, nak keluar dari CS pun mudah sikit, kereta dah tak sebanyak dulu. Tapi...

Bagi peniaga2 di Jalan Wong Ah Fook dan Jln Meldrum, terutamanya pengurup wang, ramai yang tutup kedai. Sebab orang tak lalu lagi. Dengar2, sewa pulak mencecah 16k sebulan.

Bila aku fikir2 kan, tak boleh ke JB jadi makmur tanpa terlalu bergantung pada kemasukan dan keluaran dari spore? Walaupun, JB sangat bergantung, kenapa berbanding spore, JB masih jauh kemakmurannya? Bila route kenderaan ke CIQ berubah, seolah2 pusat bandar JB sudah mau mati. Seolah2 JB tak mampu berkembang sendiri.

Meraikan kejayaan orang sekeliling

Kadang2 (mungkin juga selalu) yang blog ni asalnya untuk meraikan cerita-cerita kejayaan aku dan juga orang disekeliling. Jadi, 1 label aku namakan wall of fame yang dikhaskan untuk kejayaan-kejayaan yang aku raikan. Semoga dapat jadi penyuntik semangat dan inspirasi.

Jadi tahniah aku kali ini untuk;

1. Yati dan Kak Lin yang kembali menjadi pelajar dan bakal bergelar Dr falsafah beberapa tahun lagi. Aku doakan mereka sentiasa tabah dan sabar menempuh perjalanan yang baru bermula ni.

2. Lai Leng yang baru saja bergelar ibu untuk Daniel Egbert Adolf.

3. Dr Siti yang baru pulang menunaikan haji. Itulah kejayaan dalam Ibadah seorang Muslim. Semoga, cepat2 aku dipanggil bertamu kesana :)

4. Terlambat sikit, tapi tahniah juga untuk kak ani, abg aip dan abg abu yang berjaya mempunyai kebun sendiri. Semoga murah rezeki!

Komtar terbakar!


Dari tingkat 12 CS

The Girl Who Leapt Through Time

klik gambar utk ke wiki!

William bagi aku task ni (arahan untuk menonton), tapi berminggu-minggu lepas tu, lepas dia penat bertanya sama ada aku dah tonton ke belum, barulah aku sempat menonton. Difilemkan pada 2006, tapi karya asal dari novel 1965. Bior betul! aku blom lahir pon masa tu.

Menarik juga ceritanya, budak perempuan ni, boleh kembali kemasa lampau dengan cara melompat. Lagi jauh dia melompat, lagi lama dia balikkan masa. Jadi dia pun suka2 melompat kalau terjadi hal-hal yang dia tak suka. Tapi, sebenarnya, dalam pada tu, ada bnyk kesan pada orang lain pulak termasuklah 2 orang kawan baik dia. Kemudian, dia cuba betulkan balik. Tapi macam2 la masalah la pulak. Sebab sebenarnya, dia bukan boleh melompat sesuka hati, ada hadnya.

Agak2 kalau aku terjun dari tingkat 31 ni, berapa tahun aku boleh kembalikan? Kalau setingkat boleh balikkan setahun, aku kena turun sikit la, dan balik pada waktu umur 6 tahun. Bestnya! Lepas tu asal lepas umur 20 tahun, aku lompat lagi, berulang2 hahaha

.......................................................

Ada satu lagi task William bagi, tapi aku belum tonton lagi. Sebagai balasan William minta aku carikan Sepet. Dah bagi pon kat dia semalam.

Sekarang aku tengah tention sangat, sebab tu aku blogging. Bukan sebab aku free tak de kerja. Tapi aku mcm dah nak give up la dgn kekasih gelap. Nak je aku fire diaorg ni.. hadoiiiii
Rasa cam nak nangis baca balasan e-mail tadi... :((. Rasa nak tarik2 rambut pon ada.

KENALI HAMAS

Aku mula kenali tulisan Ust. Maslee Malik dari Majalah I. Dan beberapa bahagian dalam buku ni tak salah aku dari Majalah I juga. Banyak yang kita pelajari tentang HAMAS dari buku ini. Asal-usul, ideologi dan semangat perjuangan, pemimpin2, gerak kerja, organisasi dan sebagainya.

HAMAS mengambil masa untuk berkembang, mendewasa dan mengukuh. Ia bukan bermula sebagai gerila, tapi organisasi kebajikan. Oleh kerana gerak kerja kebajikan yang mendarah daging dalam HAMAS, maka ia di mendapat sokongan rakyat. Sebab itu, bukan sesuatu yang mudah bila Israel atau FATAH sendiri mencabar HAMAS.

Selepas selesai membaca buku ini, aku rasa sangat kecewa. Bukan, bukan buku ini yang mengecewakan. Tapi kecewa kerana tajuk buku ini yang tidak kesampaian.

[Waktu aku baca buku ni, pilihanraya Palestin baru berlalu. Konflik HAMAS-FATAH berlarutan. US yang kononya pengamal demorasi terunggul dunia, membayangi kedegilan menerima HAMAS sebagai pilihan rakyat Palestin - dan nyata sekarang, US tetap menganggap HAMAS sebagai pertubuhan gerila, bukan Parti yang layak memerintah]

Al-Fatihah untuk para syuhada Palestine.

Impian Palestine

Aku naikkan balik entry ni (entry asal: 8/20/07),
Bacalah! dengan nama Tuhan, semoga kita tahu bersyukur!! Randa Ghazi, jauh lebih matang dalam menilai isu Palestine berbanding usianya ketika menulis buku ini. 15 tahun! Aku ingin sekali tahu bagaimana remaja berusia 15 tahun ini kemudiannya menghadapi tentangan dan kontroversi yg lahir selepas bukunya. Pelajar IPT kita, aku sendiri pon belum tentu dapat mengupas dan berbincang tentang isu jihad, iman, hak, patriotisme, kasih sayang dan cinta seperti yang beliau lakukan dalam buku ini. Akhirnya air mata tumpah juga


'Mereka tidak lain hanyalah tentera-tentera miskin yang memikul senjata kecil dan membawa sedikit kereta-kereta kebal untuk bertempur. cuba lihat lawan mereka, orang-orang Palestin. Mereka adalah pembunuh yang haus darah.. dengan senjata-senjata yang dilengkapi dengan teknologi tinggi berada di barisan depan pasukan pemberani. Peralatan-peralatan canggih yang proses pembuatannya begitu rumit. Apa itu? Batu?'
...................................................

'Ibumu.. mana dia sekarang?! Apakah menyenangkan bagimu kalau aku kirimkan anakku mengejarnya sambil membawa senjata di tangannya? Apakah menyenangkan bagimu anakku mengusir dari rumah dan mengancam hidupnya?!'
.....................................................

" Dan janganlah engkau sekali-kali menyangka orang yang terbunuh(yang gugur shahid) pada jalan Allah itu mati,(mereka tidak mati)bahkan mereka adalah hidup(secara istimewa) di sisi Tuhan dengan mendapat rezeki" (Ali-Imran[3:169])


AMARAN!: Jika engkau berpandangan sempit tentang cinta. Menafsir cinta seperti dalam lagu-lagu pop. Menganggapnya cumalah tuntutan emosi dan seksual. Engkau akan temui banyak watak-watak homoseksual dan cinta bersegi-segi dalam buku ini.

ARE WE WITH THEM?

LONDON - FULL STORY

JORDAN -
FULLSTORY

ALBUQUERQUE - FULL STORY
WASHINGTON
- FULL STORY

LEBANON - FULL STORY

NEWCATSLE - FULL STORY

CANADA - FULL STORY

NEW YORK - FULL STORY

SURABAYA - FULL STORY
ISTANBUL - FULL STORY

TORONTO - FULL STORY

Cabaran 1515

Pemandu lelaki selalu memandang rendah pada pemandu perempuan. Begitu juga pembaca lelaki (walaupun ramai lelaki tak suka membaca haha). Mereka selalu menganggap perempuan cuma suka baca novel. Dan novel maksudnya cerita-cerita yang tiada maksud apa-apa kecuali emosi. Ya, dalam cerita tentu ada pengajaran, tapi mungkin mereka rasa novel tak cukup ilmiah.

Novel biasa dikategorikan kepada dua kumpulan besar. Novel pop dan novel sastera. Pembaca novel sastera sangat kurang sebab ramai orang tak faham tentang sastera. Aku ingin tuliskan tentang ini bila kesempatan.

Ayat-ayat sinis seperti, "Kau ni, apalah... asyik-asyik baca novel" atau "Aku tak baca buku-buku macam kau baca" atau "Kau baca.. buku apaaaa...." biasa dah aku dengar.

Ini termasuklah dari kawan-kawan rapat macam Wak Leh, Yadi, Azlan dan juga Fresh. Aku pernah berbincang dengan Azlan tentang ini. Akhirnya dia setuju dengan aku. Pembaca ada banyak jenis. Bukan semua orang boleh faham semua buku. Dan setiap pembaca ada kecenderungan masing-masing yang perlu kita hormati. Tetapi ya, aku suka galakkan kawan-kawan mengenal sastera. Dan aku bukan hanya membaca novel, tapi novel sasteralah yang aku gilai.

Lelaki-lelaki yang tak pernah ke rak 'Novel Melayu' ni lupa, betapa belum ada seorang pon perempuan pernah menang gelaran Sasterawan Negara. Apakah Prof Emeritus Shahnon Ahmad, Arenawati, Keris Mas, A Samad Said, Abdullah Hussien, Usman Awang tergamak untuk menghasilkan novel tak berilmiah?

Makanya, aku mahu mencabar Wak Leh dan Yadi untuk baca buku dibawah ni. Karya penulis muda saja, bukan sasterawan negara pun. Azlan aku kecualikan, dan Fresh.. oh.. penat aku kena jadi kamus dia nanti haha

Pemenang Pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002, kategori novel remaja.
1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman.
Dan buku ini, sangat popular di google Rajin-rajin pilih link yang kau suka!

Manikam Kalbu

Pemenang Tempat Pertama Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP

Apa erti kita memakai baju kurung dan baju melayu?
Apa falsafah disebalik fesyen dan berpakaian?
Berapa jenis kain yang kau tau?
Macammana orang zaman dulu-dulu menghasilkan warna?
Semua jawapan ada dalam buku ini. Buku ni cerita 2 zaman. Ala-ala Ilmare/Lake House tapi penghubungnya ialah kucing biru yang comel ni. Kucing Comel ni, hasil kreatif sinaganaga.

Ini novel remaja. Mudah dan santai, tapi sarat dengan isi. Ya, Faisal menang kedua-dua kategori; Novel Dewasa (Bedar Sukma Bisu) dan Remaja

Lagi-lagi jualan murah!


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki