Blog Widget by LinkWithin
BUKTI-BUKTI SAINS DAN SEJARAH KERASULAN MUHAMMAD SAW

Masa aku beli buku ni (kira2 5 tahun lepas), aku belum kenal siapa dia penulisnya. Yan dah banyak kali tanya tentang buku ni. Aku pulak punyalah lembab nak ingat yg mana 1. Korek punya korek aku jumpa juga buku ni. Bila aku tengok balik, laa buku ni Dr Danial Zainal Abidin yg tulis rupanya.

Uniknya buku ni, dia tak melihat kerasulan Muhammad SAW dr sko Islam dan Quran saja tapi mencakupi juga agama-agama lain. Muhammad di dalam Bible, Vedas dan Puranas (Hindu), Buddha dan Maitreya (Buddha).

Sesuai dengan tajuk, disertakan juga kandungan ajaran Muhammad yang berkaitan Sains, kejadian langit dan bumi, embriologi dsb (penulis mmg terkenal dlm topik2 sebegini).

Akhir sekali dihuraikan pandangan 13 orang paderi dan tokoh2 barat tentang Muhammad sebagai pemimpin dan pembawa risalah agama.

 

6 corat coret:

Anonymous said...

salam,,,
wa..ada satu buku yg sgt famous untuk kita selusuri dan mengambil aura positif..
tentulah from our Prophet Muhammad S.A.W,buku seerah yang sangat bagus untuk kita baca- iaitu Raheeq Makhtum-
he3..buku yang tengah aku hadamkan buat masa ni,iA.
Dulu2 masa belajar tak suka sejarah..tapi sekarang sangat suka nak tahu sejarah,aku rasa jika kita ingin mengubah keadaan manusia esp, muslim hari ini kita kena tahu sejarah sebabnya apa yang berlaku sekarang kadangkala telah berlaku di masa yang lalu,cuma kita tak peduli,

sitinurulhawa said...

Btol tu, aku pon skrg minat plak baca buku ala-ala sejarah. ini lebih reality dan emosi dari reality tv show.

Pendapat aku, sejarah masa sekolah membosankan sebab IA BUKAN SEJARAH SEBENAR.. sejarah ialah hidup manusia. Mesti ada turun naik dan pergolakan. Tak ada ideologi 100% benar dan 100% salah. Bila sejarah diguna untuk paksa kita menerima 1 ideologi/kekuasaan, itu yg jadikan sejarah kat sekolah membosankan.

Lagi2, kita asyik2 disuruh menghafal tarikh, dan nama org itu ini. Tapi jarang kita disuruh berfikir kenapa terjadi dan apa kesannya? Periksa dapat A tapi otak kosong.

Kemudian generasi otak kosong ni lah yang diharap memacu negara pada masa depan. Sadisss..

yantie said...

haaa yg ni la..

aku nak cari kat mana ek?

sitinurulhawa said...

yan, dekat ujanailmu ada. cover dah baru

http://www.ujanailmu.com.my/pd_buktibukti.cfm

Anonymous said...

iskk.,. aku plak baru nak berkecimpung dgn dunia sejarah.. puncanya...
aku dpt forward email pasal cucu Nabi Muhammad S.A.W dan 10 Muharam.. termenung sejenak pada kisah yg aku hampir lupa tu.. teringat lak masa kat sek. agama.. belajar sejarah.. byk yg dah lupa.. kena cari balik tu utk panduan.. huu..huu..

-abidrahmat-

sitinurulhawa said...

ko baca pasal karbala ke?

itulah bid, kalau org yg tau dan kenal sejarah. tak hingin diaorg nak tgk A Famosa tu semua. runtuhkan je buat balik Masjid atas dia.

silapnya kita dulu pandang matapelajaran sejarah tu utk cukupkan kredit dan tolong bagi aggregate lawa je. Kita tak lakukan Sejarah dengan adil mcm subjek Math dan subjek2 Sains. Kononnya sejarah tak guna untuk masa depan.


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki