Blog Widget by LinkWithin
SELAMAT HARI RAYA!!!

Photobucket

Gerhana Terpanjang



gambar cilok dari:http://rukyatulhilal.org/artikel/gerhana-ferry.html

Gerhana berkalu bila bumi, bulan dan matahari berada dalam 1 garis lurus. Kau perasan tak sekarang sedang berlaku satugerhana yang sangat panjang, ambil masa 30 hari?

Kalendar Hijrah adalah berdasarkan pergerakan BULAN dan kalendar Masehi pula berdasarkan pergerakan MATAHARI.

Tahun ini 1429/2008, lebih tepat Ramadhan dan September ini, sangat istimewa. Ramadhan dan September kedua2nya adalah bulan kesembilan dalam kalendar masing2. Tahun ini, Ramadhan dan September bermula pada hari yang sama. Selari. Seolah2 Bulan dan Matahari yang sedang gerhana.

Tiru macam nonie

aku tiru macam nonie




Your Personality Profile



You are happy, driven, and status conscious.

You want everyone to know how successful you are.

Very logical, you see life as a game of strategy.



A bit of a loner, you prefer to depend on yourself.

You always keep your cool and your composure.

You are a born leader and business person.







Your Hidden Talent



You have the power to persuade and influence others.

You're the type of person who can turn a whole room around.

The potential for great leadership is there, as long as you don't abuse it.

Always remember, you have a lot more power over people than you might think!

16 Sept. D-DAY?

apa tu D-Day?

The Oxford Pocket Dictionary of Current English | Date: 2008

D-Day • n. the day (June 6, 1944) in World War II on which Allied forces invaded northern France by landing in Normandy.
∎ the day on which an important operation is to begin or a change to take effect.

Jawapan penuh kat sini


Aku tak letak harapan tinggi pada 16 sept. Jadi aku bersikap tunggu dan lihat. Selain itu, apa yang aku mampu? oo.. mungkin beberapa post di forum. Marilah kita sama2 doakan yg terbaik saja Allah beri untuk Negara kita yang tercinta ni.

Kelebihan orang berpuasa

Di pejabat aku, cuma 2orang je yang puasa. Aku dan Mala

Janice beri kami keistimewaan sempena bulan puasa ni

1) Dibenarkan balik seawal jam 5.30ptg
(setakat ni baru je 2 kali aku balik 5.30ptg, malas nak meredah jam. Baik2 masa perjalanan 20 minit jadi 1 jam lebih. lagipun, kerja banyak lorr.. Janice pulak yang bising pasal aku balik lambat. Hari-hari dia halau aku balik hehe)

2) Janice keluarkan arahan pada Siow Ti, untuk beri bantuan kecemasan, kalau kami terpaksa tak puasa
(Apa lagi tolong pick up order dari bawah le, atau belikan air di Kapitan Mart, contohnya hehe)


Best tak boss kami? hehehe

Aku juga pendatang?

Masih isu yang sama, tapi aku tak mau tulis panjang sangat, jadi aku pendek2kan jadi beberapa entry.

Aku ni sebenarnya berketurunan Jawa. Mak dan abah dua-dua berketurunan Jawa. Menurut ceritanya, Nyai Sadah (sebelah emak) dibawa oleh bapanya ke sini waktu dia masih bayi. Jadi sahlah, buyut aku seorang pendatang.

Kesan pendatang2 Jawa di sekitar Batu Pahat, Pontian dan Muar memang jelas. Parit Kaspan, Parit Madirono, Parit sonto, Parit Jawa, Parit Kadir, Parit Semarang, Parit Ponorogo dan banyak lagi Parit-parit lainnya. Sampaikan kebiasaan orang tak bertanya duduk kampung mana? tapi duduk parit mana?. Orang Jawa bawa ke sini sistem pemempatan berjajar dengan sistem parit. Sebab itu kalau kau lihat kampung-kampung di Johor, strukturnya tak sama dengan kampung-kampung di Pantai Timur atau Utara contohnya. Selain pendatang Jawa, Johor juga dimeriahkan lagi dengan pendatang Bugis, Banjar dsb.

Apakah oleh sebab buyut aku seorang pendatang maka aku bila-bila masa suka boleh "balik" ke Jawa? hello.. kalau aku kesana aku tetap perlu bawa passport yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia. Ada ke kastam Indonesia akan tanya sama ada buyut aku datang dari Jawa atau tidak, kemudian aku dapat keistimewaan?

Kuasa Allah telah menggerakkan buyut aku dan ramai lagi buyut2 lain merantau hingga berjejak dibumi bertuah ini. Takdir Allah telah mentapkan kami lahir dan berwargenegara disini. Ini bumi Allah. Dia akan beri pada siapa yang Dia suka, dan Dia akan tarik dari siapa2 ikut suka Dia.

Kalau kau pernah baca karya2 Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, dia sebutkan berkali2 ayahnya ialah seorang bangsat yg lari dari tekanan Belanda di tanah seberang. So what? Malaysia sekarang memang dipenuhi oleh keturunan pendatang. Yang keturunan asal penduduk Malaysia tercinta ni mungkin yang pangkah parti cucu Dato Onn tu, yg duduk kat Semberong tu. Sebab tu mereka dipanggil orang asli. Dan kalau ikut cara Ahmad, bukankah meraka patut mendapat keistimewaan yang paling teratas dalam rangking pembahagian keistimewaan di Malaysia bumi bertuah ini?

Sayang, kau bukan orang asing

Seorang kawan, terusik hatinya dengan gelaran pendatang. Isu ini menjadi-jadi. Pon bukanlah isu baru. bukan tak biasa kita dengar orang Melayu marah2 hingga keluar ayat "balik negerilah!" pada bangsa lain.

Aku secara peribadinya tak setuju dengan kedegilan Ahmad tu. Asyik2 pertahankan adat Melayu tak perlu minta maaf kalau tak salah. Dia agaknya terlupa peribahasa Melayu, ULAR MENYUSUR AKAR TAKKAN HILANG BISA. lagi2 dalam Ramadhan ni, sama2lah kita berlapang dada.

kita dah 50 tahun merdeka, tapi masih ramai yg tak boleh terima kenyataan Malaysia ni, negara berbilang bangsa. Masing2 prejudis. Bukan sebelah pihak saja tau! bila aku jumpa orang yang berlebih racistnya hingga mudah sangat mengeluarkan ayat "balik negerilah!" contohnya, aku akan tanya dia balik. Adakan dia punya kawan2 rapat dari bangsa lain? dan biasanya seperti yang aku jangka jawapannya ialah TIDAK. Kerana kalau dia punya tentu dia tak sampai hati berkata begitu.

*Lai Leng salah satu kawan aku dari bangsa lain. Kami pernah main, belajar, makan, tidur dan masak bersama2. Lai Leng suka makan sambal petai dan rendang. Dia ajar aku buat sup kuah Yong Tau Foo dan guna cucuk sanggul macam amoi2. Lai Leng penganut Kristian yang taat. Kami setuju agama perlu dalam hidup dan menolak pegangan free-thingker. Aku hormati pilihan agamanya tapi ini tidak bermaksud aku setuju dengan konsep liberalisasi agama. Bagi aku agamaku, bagi dia agamanya.

Bahasa kita bahasa dia

Kita dok gaduh2 kata bahasa kita tak "world". Bahasa kita tak internasional. Bahasa kita tak boleh bawak kita pergi jauh.

.................

Aku tengah berlakon, konon-konon tengah buat kerja. Padahal aku tengah buat entry baru untuk blog ni. Harus aku berlakon, sebelah aku bilik berdinding kaca. Pintunya terbukak. 3 orang bos. Bos aku dan 2 orang bos siapa aku tak tau. Dah dekat sejam mereka cho che cho che. Entah cerita tentang apa tapi pastinya bukan cerita peribadi atau politik (sebab aku tak dengar nama abdullah atau anwar atau najib). Tentu mereka sedang bincang kerjasama bisnes.

.................

Boss aku genius orangnya. Ada memper2 Pak Lah bila senyum. Muda lagi tapi dah bawa syarikat ke sana-sini. Dari Spore, Indonesia, Afrika Selatan, Dubai, Korea, US dan UK. Dia memang fasih berbahasa Inggeris.

.................

Boss aku dan 2 orang rakan kerjasamanya dari tadi cho che cho che cerita bisnes dalam bilik berdinding kaca sebelah aku ni. Dari awal sampai sekarang, 1 patah perkataan Inggeris pon aku tak dengar. "I" dan "U" pon tak dapat aku dengar. Aku dapat tangkap "wo" dan "ni" saja.

................

Kau biasa tak jumpa minah-minah yang janguk habis. kasut runcing,rambut karat, muka Jawa habis tapi cakap "I U" "I U", cerita pasal artis tu bercerai artis ni kawin baru. Tafifon bimbit paling canggih keluaran terbaru. Aku sangka dia exec, tapi bila kesempatan ke pejabat dia, dia duduk mejadepan sekali.. penyambut tetamu da rupanya.. hehe


p/s sikit lagi aku kantoi dgn boss masa tulis entry ni hahaha

Ramadan Mubarak



gambar aku cilok dr blog mala

ramadhan kali ni pon sama je rasa dgn yg lepas2. aku cuma harap aku tak akan kecewakan diri sendiri buat sekian kalinye ramadhan ni

selamat beramadhan semua

tiap kali ramadhan, kami sekeluarga akan bahagi2kan juzuk Al-quran untuk tadarus. tp baca sendiri2 la. saja nak kongsi idea, dapat imarahkan ramdhan dan eratkan hubungan kekeluargaan lagi. semoga amalan diberkati Allah

1 lagi tahun ni kami dah buat cabutan awal. tahun lepas cabut masa raya bnyk hadiah yg takmatch dgn orgnye. kesian eha dapat set teko ahaha.. emm fyi, undi ni utk tuko2 hadiah antara adik beradik (jeles la asik2 sikenit kenittt je yg dapat hadiah haha.. si tua2 pon kepingin juga)


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki