Blog Widget by LinkWithin
Hati2 ber Facebook ;)


Ya Allah.. ampuni kami dari kesalahan yang kami tidak sengajakan kerana kejahilan kami sendiri.

Kalau sudah tak ada jodoh


Beria2 aku promo tapi aku jugak yg tak dapat ikuti temubual FT di ikim.fm. Frekuensi 106.2 direbut oleh siaran radio Indonesia. Radio kereta, alarm radio, talifon bimbit dan pemain MP5 semua tak boleh dapatkan ikim.fm. Yanti pulak asik2 hantar SMS berapi. Saja nak bakar aku.

Bukit Selambaaaaaaaaaaaaaaau Star : Road To Exco Seat (betul tak A tu ada 15?)

Aku nak buat entry pasal buku, tapi sekarang sedang HOT pasal pilihanraya. Jadi nak menyibuk jugalah :P

Jangan salah pandang tau.. ini bukan peserta2 Bintang Klasik, Bintang RTM, One In A Million, Mentor atau AF. Ini ialah 15 orang calon pilihanraya di Bukit Selambau, menunjukkan Malaysia adalah negara berbilang kaum yang aman harmoni. Ahaks..

Sila undi sekali saja. Pemenang ialah calon dengan undi terbanyak. Yang lain terus kita hantar balik. Senang, mudah, tak banyak drama tangis menangis. Tak ada juri profesional. 100% guna undi.

Apa betul ke, sesiapa menang di tawar jadi EXCO? dan sepatutnya ada calun ke 16 tapi di tolak sebab mahu menggunakan logo kapal selam? ai.. tgk gambar kapal selam pon sentap ke? hahaha

Malaysia memang suka yang TER TER kan... boleh la masukkan dalam rekod dunia, pencalonan pilihanraya TERBANYAK, berbanding ratio pengundi ahaksss... Malaysia mmg world! yang penting politik Malaysia mmg TERKELAKAR sekali dalam dunia fana ini :P

Faisal Tehrani di IKIM.FM


Malam ini (30/3/09), jam 9.15-10.15. Berbicara tentang buku Tunggu Teduh Dulu.

Habahan asal di sini -> blog Faisal Tehrani

Radio IKIM dapat dicapai di frekuensi berikut:

Lembah Klang 91.5 FM
Perlis/Kedah/Langkawi/ Pulau Pinang 89.0 FM
Ipoh 102.7 FM
Negeri Sembilan 102.7 FM
Melaka 89.5 FM
Johor Bahru 106.2 FM
Kuantan 89.6 FM
Kuala Terengganu 100.2 FM
Kota Bharu 89.8 FM
Kuching 93.6 FM
Kota Kinabalu 93.9 FM

Doa Untuk PM Dr Mat Noor

Satu perkata aku ingat tentang dia ialah, dia pernah kata "Bersusah-susah dahulu, bersusah-susah kemudian" aku rasa apa yang dia maksudnya ialah, bersedia untuk perkara yang terburuk. Dan jangan mudah rasa selesa.

PM Dr Mat Noor, sekarang dalam keadaan koma di Hospital Sultanah Aminah. Aku sempat melawat sebentar tengah hari tadi. Bersua muka dengan Abang Dolah lagi :)

Hari ni masuk seminggu, dia dikhabarkan jatuh kemudian darah membeku dalam kepala. Satu pembedahan telah dibuat dan dia telah sedar dan kelihatan memulih. Tapi sejak 3 hari lepas dia kembali tidak stabil. Sudah 3 hari tidak sedarkan diri.

PM Dr Mat Noor orangnye kecil, jalannya laju, biliknya bersepah penuh dengan ilmu. Bila bercakap tak pernah tinggi suara. Mudah senyum dan ketawa2 kecil. Dia tidak memandu, jadi bertahun2 kami menaiki bas yang sama - berulang dari Taman U ke UTM. Sampailah aku bermotor dan berkereta, dia masih menaiki bas. (Dari aku tahun 2 sampai aku buat master)

Tadi dia terbaring saja. Insaf aku melihat dia. Badannya ditutupi kain hijau, dengan penyokong leher terpasang dan alat bantuan nafas yang tersedia. Salur2 agak banyak juga, dan mesin entah apa di tepi katil. Sesekali isteri dia berbisik padanya, agaknya memberi tahu ramai yang berziarah hari ini. Soalan, cerita, simpati, dan doa berlegar2.

Aku doakan PM Dr Mat Noor kuat semangat juangnya. Semoga Allah berikan kekuatan dan segera sembuh. Semoga keluarganya mendapat kekuatan.

Lepas bersalam, isteri Dr Mat Noor memeluk seorang demi seorang agak lama juga. Aku kira dia minta kekuatan emosi. Lepas tu lutut aku ketar. Nak ambil gambar pon tak larat.

Pm Dr Mat Noor pernah mengajar aku ketika ijazah pertama dan pasca ijazah. Penilai projek master aku juga. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun

Serangan Balas - Nasi Ambang

Ini ialah entry serangan balas untuk blog Teja.

Presenting the famous Ummi Komtar Nasi Ambang hehe.. harga dah naik eh.. RM 4.30


Tambah air jagung.. sapa ah.. yang cakap teringin nak minum air jagung kat KOMTAR hari tu?

Sambal godok istimewa


Ini adalah menu yg aku tak akan tolak walaupun aku sebolehnya mengelak santan. Apa? Diet? Cuti a hari ni haha.
3 pilihan ulam rebus. Pucuk kates(betik), pucuk singkil(bebuas) dan pucuk ubi. Lawannya ialah sambal godok(rebus) dengan bahan istimewa lombok rawit(cili api), bilis hitam, tempe dah cendawan liar yang selalu tumbuh kat kayu getah. Aku tak tau apa nama dia. Lombok rawit dan pucuk2 adalah rezeki yang Allah tumbuhkan disekeliling rumah. Jangan tanya berapa kali aku tambah nasi hehe

Bunuh membunuh

Ada banyak hal aku nak kongsikan di blog ni. Kewujudan blog ni sebagai tanda aku masih hidup dan bertindakbalas dengan persekitaran :)

Malam tadi, aku tiba rumah jam 8.15 malam. Seluruh taman gelap gelita. Aku dan Alin keluar semula dan pulang jam 10.30, tapi masih gelap gelita. Jam 11.15 barulah letrik menjalar semula. TV di bawah terpasang dengan sendiri. Aku pun turun, tonton TV sekejap. Jam 12, basuh cawan2 yang tersisa dalam singki. Kemudian, telinga aku menangkap nama "Mohd Ali Rustam" di sebut. Kemudian nama "Khairi Jamaludin" dan "Khair Toyo". Aku teringat tentang desas desus pertuduhan politik wang yang aku baca siangnya di blog Zulkifli Nordin.

Aku menonton TV kembali. Persoalan yang ditimbulkan wartawan: Kedua-dua Ali Rustam dan KJ membuat kesalahan yang sama - politik wang. Tetapi mengapa Ali Rustam digugurkan kelayakan untuk bertanding di perhimpunan agong UMNO akan datang, sedangkan KJ cuma diberi amaran?

Apa yang tersirat dikepala kau (jawapan soalan tu), sama dengan apa yang tersirat dikepala aku :)

Tapi encik terhormat yang menjawab soalan tu lebih bijak, dia beri 1 perumpamaan. Ringkasnya begini:
"Kalau ada dua kes pembunuhan, 1 kes, dia tikam sekali, 1 kes lagi dia tikam 20 kali secara kejam, takkanlah hukumannya tak sama. Tak kan tikam sekali dan tikam 20 kali nak hukum sama?"

errkkk... ayoyo.. ini olang tua sudah nyanyok ka? kalau membunuh, 1 kali tikam ka, 20 kali tikam ka, bom ka, kalau sabit kesalahan tetap gantung juga dia punya hukum. Kalau ini macam punya perlaksanaan hukum, masalah rasuah (politik wang konon! rasuah lah!) dalam UMNO sampai kiamat pon tak selesai. Kalau ya pon, bagi la contoh perbandingan kesalahan orang curi durian jiran yang jatuh kat laman dia dengan orang pecah rumah.

Kebetulan pulak, malam tadi aku bacaan aku sampai di bab "Golf" dan "RM1, Tak Mengapa" dalam buku Travelog Dakwah. Penulis ceritakan tentang tabiat kaki2 golf yang suka bertaruh. Walaupun cuma seringgit selubang, judi tetap judi, haram tetap haram, dosa tetap dosa.

Dan pagi tadi, melalui radio, aku dengar yang Pak Lah sekarang berada di Jakarta.
Dalam kepala aku.. "Oh, patut la.. kesian menantu babah"
Adakah apa yang tersirat dikepala AKU, sama dengan apa yang tersirat dikepala KAU? :)

Antara yang benar dan yang wajar



Mamat yang baling kasut ni, dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun kerana menghina pemimpin luar. Perbicaraannya pendek. Dia mengaku tidak bersalah walaupun satu dunia dapat lihat video dia baling kesut pada Bush.

Ok, sama ada dia melakukan pembalingan kasut tu. Itu tak dapat disangkal, jadi dengan mudahnya dia disabitkan dengan kesalahan. Jadi dia telah salah. Tapi adakah tindakannya itu wajar? Itu adalah persoalan yang lain.

Kalau tanya aku, adakah wajar Bush dibaling dengan kasut? Jawapan aku, bukan takat kasut, kalau baling dengan tanah dasar longkang belakang rumah mak aku pon sesuai :)

If I were a boy



Macam tak percaya pulak ek, puluhan ribu orang2 MELAYU berdemo dan ditentang polis di Tanah MELAYU yang pentadbirnya diterajui oleh Pertubuhan Kebangsaan MELAYU Bersatu. Yang masih menjunjung daulat Raja Raja MELAYU. Cuma untuk mempertahankan bahasa MELAYU. Ironinya, Pertubuhan Kebangsaan MELAYU Bersatu pun tak guna bahasa MELAYU untuk akronim mereka.

Gambar2 dari lensa Mimaq-Jinggo

Blog yang harus dilawati:
Isi penuh memorandum yang dihantar pada Yang DiPertuan Agung
Sinaganaga - Sidang Media GMP
Sinaganaga - GMP Dihujani Gas Pemedih mata
Dari blog Faisal Tehrani - Katak dll
Universiti Terbuka PTS

Epilog.....................
Kalau aku lelaki... mungkin aku pegi ikut berarak. Tengah malam 7 hb tu, abang Abu sampai ke rumah dari KL. Dia menyertai perarakan di atas. Cemburu aku lihat dia memakai baju-t dengan ilustrasi wajah Pak Samad. Err.. baju dengan muka abg Faisal tak ada ke?
...........................

Cakap-cakap bahasa

sebenarnya, aku nak cari video tentang A Samad Said dan GMP (Gerakan Penamsuhan PPSMI)

kemudian, aku jumpa video ni, agak lama juga. Inilah titik tolaknya perhimpunan raksaksa GMP 7 Mac yang lepas. Yang menarik minat aku ialah salah satu komen yang diberikan ke atas video ni. Sila scroll ke bawah sikit ya! dan dengarkan juga komen khalid Saleh.



alyo07 (2 weeks ago)
If all use BM than how to globalize ! Dont forgot this world are going globalization where all the nation got no border . Yes BM is important ! Important during my school time only la ! since i enter University i hardly use BM ! Blame the system if u wan ! But Dont ever say my BM is shit man ! I got A for all BM subject for ur information ! But reality is reality ! Accept the true man !! Is time to look front !!!

Nak gelak aku baca komen budak tak sedar diri ni. Agak2 dia ni Melayu ke bukan ek? Mungkin bukan kot. Tapi English pon berterabur. Jadi, bahasa apa dia pakai semasa di Universiti? Kalau dia masuk universiti awam dia Malaysia, mestilah masih guna Bahasa Melayu. Kalau dia masuk universiti luar negara atau universiti swasta yang menggunakan bahasa penggantar Bahasa Inggeris, kenapakah begitu teruk sekali Bahasa Inggeris dia?

Memang naif dan bongok + poyo juga budak penulis komen ni. Apa maksud globalisasi? Apa arah globalisasi? Apa asas dan acuan globalisasi yang kita nak ikut? Acuan US? acuan Jepun? acuan China? Globalisasi tu apa? Macam agama baru ke? Kalau semua negara menerima globalisasi keseluruhannya dan tak perlu ada sempadan. Atau sempadan hanyalah dokumentasi sejarah dan geografi yang tidak penting dalam era globalisasi, tak adalah krisis Israel-Palestine, India-Pakistan, Rusia-Georgia, krisis Pulau Batu Putih dan beratus lagi krisis yang melibatkan sempadan. Kalau bahasa dan bangsa tak penting tak adalah bangsa2 minoriti yang berjuang secara gerila semata-mata nak memperjuangkan bangsa dan tanah mereka. Kalau betul tak ada sempadan tak payah susah2 nak cetak pada passport kita: Passport ini sah digunakan disemua negara kecuali :Israel. Tak payah nak minta visa untuk ke negara2 tertentu. Tak perlu berdepan birokrasi semata2 kerana kita Muslim bila ke US atau Europe.

It's time to look forward! hehe

Jalan jam


Aku kluar dr parking td pkl 7. Jalan jam terkemut2. Skrg 7.37 br smpi kg pasir. Slow sgt smpi aku bleh berblog

Persidangan di bawah pokok!


Haha aku nak jadi org pertama yg post entry ttg reunion ni :D. Yg gambar bwh pokok tak ada pulak (dah letakkan dah - sila scroll ke bawah). Ini gambar dkt wakaf yg mulanya x lalu aku nak jejak tp che din, wak lan n kosni (somi teja) + am ngan che da yg bersihkan haha. Mak2 n the anak dara tgk je dr bwh pokok :p. Yg dtg kali ni YP Kulai - Mayti, YB Kluang - Che Din, YB Prt Raja - Am (& Che Da), YB Mersing - Amin, YB Rinting - Teja, YB Sri Alam - Lyn, YB Perling - Lily, YB Bdr Tenggara - Rehan, YB Senggarang - Aku. Wak Lan sebagai setiausaha dewan. Ye ke? Nanti aku check blk kat FB :P. Buat yg jauh tu.. Hehe rugi x dtg!












Hadiah untuk pengantin baru!


Akhir2 ini, aku suka berikan buku sbg hadiah. Salah satu sbbnya ia benda plg mudah untuk aku dapati. Ada 2 kedai buku berdekatan aku. Buku2 di atas hadiah utk pengantin baru; Pipi dan suami - semoga jodoh berkekalan. Satu buku untuk isteri dan satu lagi untuk suami. Sesuai juga utk hadiah ulang tahun perkahwinan.

3 bulan lepas, aku berikan 3 buah buku untuk kak azah (sepupu) termasuk 1 buku resepi juga sbg hadiah perkahwinan.

3 minggu lepas aku habiskan masa 45mnt berlegar di MPH memilih buku untuk Rayyan yg baru melihat dunia. Geram betul dgn buku2 yg comel2 tu. Siap dgn lampu dan bunyi. Jgn sangka bayi terlalu awal untuk punya buku!

Dan baru td, untuk perjumpaan semula kawan2 sekolah, aku juga beri buku sbg hadiah. Amin penerimanya. Harap2 mereka suka buku2 yg aku bg dan semoga bermanfaat :)

Weight for Woman

Inilah buku yang aku teruja sangat nak beli. Buku kulit keras harga RM16.90 je! wow!
Isinya menarik, sebenarnya banyak step ada belajar kat kelas X tapi ada banyak juga informasi berguna untuk diketahui.. contohnya.. know your mucles

diterangkan work out untuk setiap bahagian otot. 13 bahagian semuanya. Hamstring, quadriceps, gluteus muscles, calf muscles, adductors, abductors, back muscles, shoulders, triceps, biceps, chect muscles, abdominal, obliques.

selain senaman kardio yg berfungsi utk pecahkan lemak2, weight training pon perlu untuk badan yang mantap haha geli pulak aku nak nyebutnya. org german kata firm body. walaupun otot 2 kali berat dari lemak, tapi otot sentiasa menggunakan kalori walaupun kita duduk diam. lean mucles ni elakkan penggeleberan kulit bila saiz berkurang. kalau search kat youtube ada banyak free video untuk senaman. selamat bersenam!

Mahathir - An ilustrated biography

Menarik betul buku ni. Kreatif. Dato Lat pon pernah mengilustrasikan Tun dalam bukunya. Peminat che det, boleh la beli buku ni :).

Aci tak aku letak buku yg aku tak baca dalam ni? hehe

HAMAS - Buku lama berwajah baru


Dulu tajuknya HAMAS : Daripada underground kepada Parti Pemerintah. Sekarang bertajuk HAMAS : Pejuang Kota suci Baitulmuqaddis. Aku belek2 isinya macam sama. Sila ke entry lepas tentang buku ini sini! sini!

PPSMI - akankah Melayu hilang didunia?

klik gambar utk baca isi keseluruhan poster!

Aku pon tak faham, mereka dakwa diri paling mempertahankan Melayu, tapi tak mampu mempertahankan bahasanya. Jadi apa makna bangsa tanpa bahasa?

Isu ni berlarutan dah lama. Aku malas nak komen panjang2. Cakap orang pandai Prof Diraja Ungku Aziz pon diaorg buat tuli je, lagi pulak aku. Tapi entry ni bukan untuk2 orang2 yang duduk dekat kerusi empuk diparlimen tu. Ini untuk kau! :). Kalau kau sedar PPSMI cuma salah satu cara tanda ketidakbijakan kerajaan dari banyak lagi ketidakbijakan yang lain dalam menangani isu. - isu pertol, isu dakwat pilihanraya, isu tol, isu royalti minyak, isu beras, isu gula, isu minyak masak, isu rasuah, isu kreadibiliti perundangan, isu bunuh dan bom oppsss terlebih sudah..

selanjutnya sila baca wawancara dengan Prof. Dr Ir Wan Abu Bakar Wan Abas dari Jabatan Kejuruteraan Bio Perubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya yang mengajar subjek kejuruteraan dalam bahasa Melayu di universiti. di sini. Tumpang lalu ya abang faisal ;)

sila ambil tahu isu semasa disekeliling, ini akan menentukan bagaimana survival anak2 generasi mendatang. anak cucu kau juga.

P Ramlee yang sentiasa relevan

Ha.. nak tengok adakah seseorang itu betul2 seniman atau tak, tengokla berapa lama karya dia boleh jadi relevan.

Baru2 ni, persidangan dewan undangan negeri perak berlangsung di bawah pokok. ramai orang2 umno ketawa teringatkan lawak P Ramlee tentang kisah negeri pasir dua butir. Cuba dengarkan dialog dan isinya. Apakah sebenarnya maksud PRamlee atau sekadar lawak2 standard filem Abd Razak Mohidin?



Ini pulak 1 lagi video tentang UMNO, galak diedar oleh PR waktu musim PRU yang lepas. Yang ni tak de tapis2 pon, Selamba je PRamlee, kutuk terang2. Tapi berkali2 orang tengok pon ramai tak perasan termasukla aku.

Cincin perak belah rotan

Malas nak cakap lebih2 pasal Perak, tapi memang haru biru betul sekarang ni. Tak taulah apa status kerajaan Perak skrg. Tarik menarik lagi mereka. Mudah-mudahan kemenangan berpihak ada pihak yang benar. (haha.. aku tak sebut pon pihak mana, tp kau dah terfikir sendiri kan? sama ada kau setuju atau terasa pedas)

Selama bertahun2. Pengamal undang2 di Malaysia rasa sistem perundangan telah dicabuli oleh campur tangan kuasa politik. Sekarang, ini lah masa yang tepat untuk bersihkan nama sistem perundangan Malaysia. Sapa lagi nak bersihkan kalau bukan pengamal undang2 tu sendiri. Tak kan terus menerus nak tunggu orang politik bersihkan (setelah gagal berkali2). [hikmah 1]

Sama ada suka atau tidak, ramai yang mula menganggap institusi raja tak begitu lagi relevan sekarang. Inilah masa nya Sultan mengembalikan kewibawaan dan kepercayaan rakyat. [hikmah 2]

Bila kita renung dalam2, ada banyak lagi hikmahnya. Yang busuk terkuap, yang hanyir meleleh. Bangkai gajah takkan dapat selamanya ditutup. Harapan aku, satu je. Semoga apa pun keputusan diakhir nanti adalah apa yang terbaik untuk rakyat Perak

Muhammad SAW; insan teladan sepanjang zaman

Kebetulan pulak kita menyambut Rabiul Awwal sekarang. Cantik betul timing hehe.

Dari tajuk pun kita dah tahu, buku ni, buku sirah Rasulullah. Tapi ini bukan sirah yang kita biasa baca. Tak ada cerita tentang gajah Abrahah, nazar Abdul Mutallib, anak panah Abdullah, mimpi Siti Aminah dan cerita2 lazim kita dapat tiap kali baca buku sirah nabi, atau dengar ceramah sepanjang Rabuil Awwal.

Buku ini tentang "KISAH HIDUP NABI SERTA PEPERANGAN DIZAMANNYA". Bagi yang tertanya-tanya bagaimana pandangan dan sikap Islam terhadap peperangan, inilah buku yang sesuai dibaca. Bukan saja kisah, tetapi kisahnya diulas dengan terperinci menjadikan buku ini tebal dan padat. Sebab tu dah sebulan aku ulit buku ni, tapi tak khatam2 lagi.

Aku kira buku ini sebenarnya buku politik (sila lihat politik sebagai subjek dan cabang ilmu, kalau kau masih jumud, nyah kau dari sini!). Inilah kisah politik Nabi. Kenapa penulis memilih subjek perang? Mungkin kerana ketika perang lah keadaan politik paling kritikal bagi sesebuah negara. Dan siapakah yang paling wajar kita contohi kalau bukan Nabi Muhammad? Perbuatan Nabi Muhammad ialah sya'ariat. Apa kau rasa kita tak mungkin berperang lagi? Ya, mudah-mudahan, aku juga sangat harap begitu. Tapi tak bermakna ajaran Nabi tidak lagi relevan. Masih sangat relevan dalam banyak situasi. Ada perang ada damai, buku ini ada kedua-duanya :)

Pun begitu, tidak semua perang dicatat dalam buku ini. Antara perang yang dibincangkan ialah Perang Ahzab/Khandaq, Perang Khaibar, Perang Muktah, Perang Hunain. Selain itu, ada juga cerita tentang damai iaitu Perjanjian Hudaibiah, pembukaan kota Mekah, Strategi dakwah Nabi dengan menghantar duta dan surat2 Nabi untuk pemimpin kerajaan2 luar.

Dua dari perang diatas, iaitu Perang Khaibar dan Perang Muktah. Ialah peperangan antara tentera Muslimin dengan bangsa Yahudi kerana mereka meludah perjanjian yang telah dipersetujui. (Sinis sekali. Cuba kau ingat berapa kali Israel meludah perjanjian damai Pelstine? Yang terbaru, dia terus membedil Gaza padahal persetujuan gencatan senjata baru beberapa jam disetujui. Semoga Allah melaknat mereka)



.........................Sedikit tentang penulis................................

Aku telah tahu lama dulu, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat ialah seorang penulis aktif dan disegani. Prof Emeritus Sasterawan Negara Shahnon Ahmad sangat mengagumi karya Nik Aziz sampai kan ada satu ruang khusus dirumahnya yang menempatkan koleksi karya Nik Aziz dan diberi mana "Pustaka Tok Guru". Agak memalukan bagi diri aku, inilah pertama kali aku membaca buku karangan beliau. Sekiranya semua ahli party pimpinan beliau membaca dan menghayati ilmu yang beliau kongsikan, PAS akan sekuat HAMAS di Gaza.

Mengimbau 1998. Ketika orang Malaysia mula ghairah ke caramah-ceramah politik, aku pon selit2 juga mengikut abang-abang aku. Sajalah nak tahu apa yang dikecohkan dan bagaimana rupanya ceramah politik sampai polis tak kering tangan. Tapi malam tu aku balik dengan sedikit keliru, adalah aku telah pergi ke ceramah politik atau kuliah tafsir? Penceramahnya tak lain tak bukan ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Malam itu beliau kuliahkan 7 ayat surah Al-Fatihah. Tak ada langsung cerita politik. Sebut nama Anwar pon tak. Pelik aku.

Aku lihat dia sebagai tokoh dan orang berilmu. Kalau kau mahu baca buku dia, harus kau akui itu walaupun pandangan politik kau tak sehaluan. Sebab kita mahu keberkatan dalam menimba ilmu. Dan yang menyampai ilmu adalah guru. Sekian


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki