Blog Widget by LinkWithin
Keracunan 'Laskar Pelangi'


Baru menonton saja, belum lagi baca novelnya. Aku keracunan betul. Betul betul keracunan. Berapa kali tah aku nangis hua hua. Nangis ketawa nangis ketawa nangis ketawa. Penat.

org belitong ni telo cakap dia lebih kurang macam orang Johor rupanya. Kite, semue..

selebihnya pandai2la google sendiri ya..

gambar dari :http://www.flickr.com/photos/laskarpelangi/


anak-anak pelakon Laskar Pelangi


Anggota Laskar Pelangi
http://id.wikipedia.org/wiki/Laskar_Pelangi

Serahkan pada Mahar dan Alam..

- aku baru ngeliat kuku tercantikkkkkk sedunia
- apa kau pernah keliling dunia?

Lagi Pesta Buku (MPH)



MPH J%MAT BOOK FAIR

29 MAY - 9 JUNE

10AM - 1OPM

ATRIUM
JOHOR BAHRU
CITY SQUARE

Bangkok: Lagi insiden kedai makan

Selepas melalui pengalaman air mata (sebab gelak terlampau) di Restoran Mak yah. Sila baca sini. Kami secara tak sedar mendapat 1 teori bahawa muslim di Bangkok berasal dari selatan Thai, dan boleh bertutur bahasa Melayu mirip dialek Kelantan.

Malam berikutnya, kami sekali lagi mahu ke Petchaburi Soi7 untuk makan malam. Kami naik tuk tuk. Tuk tuk ni kalau tak berhati2 mau dapat yang kuat menipu. Pemandu tu awalnya mengaku tahu tempat yang kami nak pergi, tapi di bawaknya kami berpusing2 kemudian berhenti di hadapan restoran Cina. Dah terpampang iklan Carlsberg dan tanglung di depan kedai. Kami berkeras tak mahu turun. Kemudian dia teruskan perjalanan dengan syarat tambang harus ditambah 40bath menjadi jumlah semuanya 100bath.

Akhirnya dia berhenti di depan Soi7. Dia menagih tambahan 40bath. Tapi aku bagi ceramah dulu. Bahasa Inggeris budak ni agak baik. Dia berkeras nak juga duit tu. Aku katakan yang aku tahu dia menipu dan aku tahu kami akhirnya masih berada di Jalan Petchaburi yang sebenarnya dia cuma perlu jalan terus kedepan tapi dia yang bawa kami pusing2. Yatt mula naik seram dengan keberanian aku. Akhirnya aku tambah 20bath saja. Bila fikir2 2 ringgit pon aku nak bising haha. Tapi bukan hal duit sangat, tapi sebab kena tipu. Saja nak bagi pengajaran huhu.


Kami menyusur Soi7. Kami temukan Masjid gelap, waktu jemaah Isyak dah lama berlalu. Ada kedai makan disebelah Masjid. Seorang perempuan muda yang sedang memasak (kedai2 disana dapurnya di hadapan kedai dan tempat makan di dalam kedai) menyapa kami dengan salam. Tapi kami tak singgah. Kononnya nak tengok hingga hujung jalan kerana macam ada banyak lagi kedai di depan.

Akhirnya kami masuk satu kedai makan yang 'nampak sedap'. Ada ramai muda mudi duduk makan dan berborak2 dalam kedai tu. Semua perempuannya bertudung kecuali pekerja kedai yang kerja tukang ambil pesanan. Kami duduk berdekatan dengan kaunter bayaran. Oleh kerana kedai agak sibuk, aku bangun dan capai menu di atas kaunter. Hah!! terperanjat aku. Nah! ambik ko! aku letak menu tersebut atas meja. Atas bawah kiri kanan semua tulisan Thai hahaha...

Nott melambai pembantu kedai untuk buat pesanan. Budak perempuan togel tadi datang kemudian dia letakkan satu buku nota kecil dan pensel di meja kami. Huaaaaaaaaaaaaa!!!!!! macammana nak tulis?? Dah standard Vivo nih, tulis sendiri hahaha..

Kemudian berlakulah perbualan biasa bila berlaku situasi ini. 'Sorry, we are not local, we dont speak Thai, do you speak English?' tapi budak tu ber krungkrapkrungkrap dengan kami. Sudahhhhhhhhh....... 'Is anybody here can speak English?' kami buat muka kesian. Kecoh sebentar kedai makan tu. Seorang lelaki muda yang sudah mahu pulang menawarkan diri. Walaupun bahasa inggerisnya tak begitu baik dan dia macam tergesa2 nak balik, tapi baik sungguh hati dia nak menolong. Dalam kecoh2 tu, tiba2 seorang remaja lelaki bersuara 'Nak make gapo?'

Hahhhhhhhhhhh.......... serentak kami melepas lega. Tersandar aku. Lelaki yang menolong tadi terus minta diri memandangkan ada orang lain yang boleh menolong. Rupa2nya budak tu berasal dari Narathiwat. Sepanjang budak lelaki tu bercakap2 dengan kami, kawan disebelahnya melopong mulut. Mungkin kerana tak pernah dengar kawannya bertelo sebegitu. Bila saja kawannya menoleh dia membuat simbul jempol (macam iklan Bank Rakyat - saya mesti pilih tu!). Hahahaha gelak besar aku.

Yang pakai windbreaker ni la org Narathiwat. Si baju biru tu ialah budak Bank Rakyat - saya mesti pilih hahaha.

Aku rasa terkilan sikit tak berikan kad nama. Manalah tau bila2 dia datang Johor dan ada apa2 masalah. Boleh aku balas budi dia yang besar tu. Besar tau! menyelamatkan orang dari kelaparan. hehe :)

Dan teori yang aku nyatakan pada awal tadi adalah salah :P

Ceramah, Buku dan CD Travelog Haji

Entry asal dihantar pada Sabtu 23 Mei 2009 selepas Isyak.



Aku dan Ina, sedang mengikuti ceramah Travelog Haji oleh Prof Muhd Kamil. Wanita berjubah hitam ialah isteri beliau Pn Roza. Aku akan kongsikan ilmunya isnin nanti. Insyaallah :)

Kemaskini: 26 May 2009

Secara ringkasnya apa yang diceramahkan oleh Prof Kamil malam itu ada didalam buku ini. Kalau sudah membaca buku ini lalu mendengar ceramahnya adalah kelebihan. Sebab Prof bukan saja bercakap, tapi siap dengan lakonan! haha tak sangka Prof Kamil pandai berlakon.

Buku ni menceritakan pengalaman haji Prof Muhd Kamil. Selalu kita baca kisah2 haji. Yang lebih kerap ialah cerita2 pelik dan cerita2 seram. Ini sempat Prof siniskan dalam ceramahnya. Cerita2 begini sebenarnya banyak membuat orang menangguhkan haji. Dengan alasan - belum cukup baik, nak taubat dulu, nak berubah dulu. Nak nak nak tapi tak gerak2 pon :P

Lebih dari pengalaman fizikal (ibadah haji kan sangat fizikal), juga pengalaman kerohanian. Yang mana bermula lama sebelum beliau menunaikan haji, malah sebelum beliau terdetik menunaikan haji pon.

Dari orang yang buta Al-Quran, hingga khatamnya beliau di Masjidil haram. Prof sungguh tak malu2 menceritakan zaman kejahilannya. Tapi, bukan maksud dia bangga dengan itu. Dia mahu beritahu dia sudah menebus kejahilannya. Kalau dia boleh kenapa kita tidak. Orang2 seperti Prof ramai, termasuklah orang yang menaip ni. Jahil tapi tak perasan jahil. Kisah2 haji yang biasa kita baca kebanyakannya dari Ustaz2, yang menceritakan pengalaman orang lain yang bersama mereka ketika disana. Kisah Prof muhd Kamil rasa dekat dengan kita sebab dia bukan Ustaz. Lebih kurang macam kita-kita juga.

Kalau nak dengar celoteh Prof Muhd Kamil, carilah CD Motivasi Haji atau dengarkan carita beliau di Astro Awani - jangan tanya aku bila siarannya. Aku pon tak langgan Astro.

Malan itu, beliau berceramah 2 jam lebih. Jam 11 mlm barulah berhenti. Itu pon macam tak mahu berhenti saja hehe.

Setelah membaca buku, menonton CD dan mengikuti ceramahnya juga ikuti blognya http://muhdkamil.net/kehidupan/ ,aku dapati Prof Muhd Kamil memang punya sifat2 orang cemerlang. Sebab tu apa pon yang dia azamkan dia lakukan dengan cemerlang.

Selesai majlis, kami bersalam dengan Pn Roza. Ina malu nak mengaku yang dia ni staf UITM Segamat. Padahal dah makan beriyani 3 pinggan kat rumah Prof haritu. Entah apa2 haha. Puan Roza tanya kami, semua ni nak pergi haji ke? hehe.. baru pasang niat saja, aku jawab.


Realiti yang keliru

sila baca semua kalau rajin, kalau malas bacalah yang bahagian yang aku tebalkankan dan merahkan sahaja
Sumber: Dari Utusan Malaysia Ahad 24 Mei 2009

Gambar aku tangkap didalam lift, pakaian budak perempuan ini membawa mesej 'orang Islam juga boleh menjadi moden dan berhubung dengan dunia hari ini'

Realiti TV Islam

RANCANGAN realiti tv sememangnya sudah menjadi fenomena di seluruh dunia. Di mana-mana masyarakat dunia kini semakin teruja dengan rancangan televisyen yang menonjolkan kisah atau pertandingan realiti yang berlaku yang membenarkan orang ramai memberi pandangan atau sokongan mereka terhadap undividu yang bertanding.

Contoh terbaik di Malaysia pastinya Akademi Fantasia (AF7) yang baru melabuhkan tirainya minggu lepas.

Lambakan program sebegini bukanlah sesuatu yang baru dan ia kini semakin menular dan mendapat perhatian ramai bersesuaian dengan kehendak semasa dan kecanggihan teknologi sekarang.

Namun bukan semua masyarakat dan negara menerima perkara ini sebagai satu keperluan dan bagi negara-negara Arab mereka masih belum dapat menerima rancangan-rancangan sebegini untuk disiarkan di negara mereka.

Namun langkah sebuah stesen televisyen satelit Mesir, 4shbab menyiarkan sebuah program realiti yang dikenali sebagai Islamic Idol yang mengikut format American Idol dilihat cuba memecah dominasi konservatif.

Stesen 4shbab yang membawa maksud "Untuk Pe muda-pemudi" adalah hasil cetusan idea seorang petugas media Mesir, Ahmed Abu Heiba yang menegaskan misinya adalah untuk menyebarkan mesej bahawa orang Islam juga boleh menjadi moden dan berhubung dengan dunia hari ini.

Selain itu rancangan ini dilancarkan bagi mencari dan mempromosi bakat baru untuk saluran video berunsur Islam yang pertama dalam dunia Arab dan semua lagu yang disampaikan berbentuk keagamaan dan nasihat.

"Sebelum ini, kita gagal menyebarkan mesej ini. Apa yang saya cuba lakukan adalah menggunakan bahasa universal muzik untuk menunjukkan rupa sebenar Islam," kata Abu Heiba semasa ditemuramah baru-ba ru ini.

Saluran baru yang dilancarkan pada Februari lepas dan dapat ditonton di negara-negara Arab adalah satu usaha untuk menarik perhatian anak muda yang mementingkan agama namun pada masa sama, berhadapan dengan pengaruh pop Barat.

Dari segi konsep persembahan mereka mengikut rentak terkini dunia hiburan seperti hip hop serta rock namun lirik yang dinyanyikan cenderung kepada keagamaan seperti mengajak manusia berpakaian menutup aurat dan kesukaran dalam menunaikan sembahyang lima waktu, membantu ibu bapa membantu ahli keluarga dalam menyiapkan kerja rumah dan sebagainya.

Terdapat antara mereka yang berpakaian ranggi seperti seorang artis dan ada antara mereka yang berpakaian tradisi masyarakat arab.

"Saya mengakui Allah sebagai Tu han, agamaNya sebagai anutanku, dan Pesuruh-Nya sebagai ikutanku," demikian antara lirik nyanyian yang didendangkan oleh salah seorang peserta.

Bagaimanapun hakikat kehidupan kebanyakan penduduk masih dibayangi kelompok majoriti yang berpegang teguh kepada ajaran Islam konservatif dan golongan wanita masih lagi dilarang mengambil bahagian dan penonton wanita dipisahkan dengan lelaki.

"Saya cuba untuk memasukkan wanita dalam program sebegini namun saya percaya masyarakat kita masih belum bersedia untuk ini.

"Perkara ini merupakan sesuatu yang sangat serius namun perkara ini tidak mustahil untuk berlaku. Ia akan mengambil masa dan fasa tertentu dan ia akan mengambil masa yang sangat panjang," kata Abu Heiba. - Hafizahril hamid

-------------------------------------------------------------------

1. Keliru sungguh mereka ini. Apa maksud orang Islam juga boleh menjadi moden dan berhubung dengan dunia hari ini? Apakah ajaran Islam kuno? Terdesakkah kita mengikut2 cara dunia barat untuk menjadi moden? Kenapa perlu kita menggunakan tafsir moden barat sebagai penanda aras moden. Cuba kau perhatikan soalan2 dibawah. Mempunyai ramai anak dari perkahwinan yang sah atau mempunya seorang anak tetapi keluarga erantakan? Berkahwin pada usia muda atau hidup dengan pergaulan dan sex bebas kerana tidak mahu komitmen? Menjaga maruah dari bermabuk2 (menghindar minuman keras) atau terkinja2 seperti beruk dengan mabuk di kelab2 hiburan? Antara perempuan yang menjaga pergaulan, tidak sewenang2 keluar larut malam atau perempuan 'sporting', 'out going' yang mudah diusung ke sana kemari, mana satukah yang moden? Antara perempuan dengan pakaian menutup aurat dan perempuan yang baju dan seluarnya londeh hingga menampakkan lurah penanggung susu dan penanggung najis, mana satukah yang moden? Homosexualiti adalah lambang kemodenan? moden ke jika seorang anak keliru kenapa dia punya ayah dan ibu yang kedua-duanya mempunyai jantina yang sama. Jika kita guna kayu ukur barat untuk menafsir kemodenan maka telanjang ialah paling moden. Apa Islam terpisah dari dunia luar kerana amalan agamanya? apa yang lebih utama, duniakah atau akhiratkah? kenapa akhirat perlu menghulurkan diri pada dunia?

2. Apa pula maksud menggunakan bahasa universal muzik untuk menunjukkan rupa sebenar Islam? apa rupa sebenar Islam? hiburan? nyanyi2? suka2? kinja2? gila2 menghantar undi? fanatik pada peserta? mengagungkan rupa penyanyi? mengagungkan suara penyanyi?

3. Lirik Islami saja cukupkah untuk menjadikan sesuatu Islam. Aduh... penyanyi tersohor negara juga tak lupa mengucap Alhamdulillah setiap kali menerima anugerah. Tetapi masih jauh dari bertudung yang sempurna. Apa lagi menunjukkan rupa sebenar Islam dalam menutup aurat.

4. Ajaran Islam konservatif? ahah! ya.. ajaran Islam kopnservatif ialah lawan kepada ajaran Islam moden. Dan mengikut artikel di atas salah satunya ialah wanita masih lagi dilarang mengambil bahagian dan penonton wanita dipisahkan dengan lelaki.


Nak berbuat sesuatu boleh, nak berhibur ke, nak berfesyen ke, tetapi syarat utama ialah apa-apa hal itu mesti disesuaikan dengan Islam. Bukan sebaliknya - Islam disesuaikan ikut mahu mahu kamu. Sedap2 je ek..


PESTA BUKU JOHOR


27 Mei - 1 Jun
Danga City Mall
Johor Bahru
http://dangacitymall.com/

Jommmmmmmm!!! Pesta Buku!!

[tak yah pi pesta jom heboh la :P pi pesta buku je hehe]

Jambatan Gantung?

maafkan gambar yang terlalu terang, betul2 mengadap matahari pagi. jalan atas(jambatan?) yang separuh siap. menjulur dari CIQ baru merentasi Tanjung Puteri.

Bincang jambatan baru – Najib


NUSAJAYA – “Jambatan bengkok ke, lurus ke, atas tanah atau bawah tanah akan dibincangkan.” Baca Selanjutnya

..............................................................

Sama ada bengkok, lurus kita belum tahu lagi, tapi di yang gantung memang dah ada - sila renung gambar yang tak jelas tu. Harap2lah PM kita dapat selesaikan 'segala yang tergantung tu ya!' aja aja fighting our PM!!

Meraikan Tag Han

...10 Facts About Me...

itu tajuk asal TAG dari HAN aku ubah .. 10 fakta tentang kegilaan aku pada bacaan

1. Susah nak terangkan bagaimana rasanya menikmati novel/cerpen sastera.

2. Aku tak kisah perlu baca 1 ayat / perenggan berulang kali untuk nikmati bahasanya, fahamkan isi & maksud. Kadang2 perlu rujuk balik kebahagian awal. Aku dapati nikmat membaca datangnya dari situ.

3. Oleh kerana no 2, maka aku membaca agak lambat.

4. Aku selalu terpegaruh dengan apa yang aku baca. Contonhnya novel Ayahnda; Azizi Hj Abdullah - menjadikan aku sangat memahami abah - walaupun ketika itu sudah sedikit lewat.

5. Membaca tak akan selesai pada muka terakhir, selalunya akan diikuti dengan 'googling' atau carian buku-buku lain yang berkaitan, atau soalan2 pada orang yang arif.

6. Aku suka bahan bacaan yang 'memaksa' kita berfikir. Boleh jadi seminggu aku termenung.

7. Aku suka akhiran yang bebas - terpulang pada pembaca sendiri tafsirkan.

8. Aku biasanya membaca sebelum tidur. Kadang2 sehari cuma 1/2 muka saja. Ikut mood juga, kalau tengah 'mood' membaca bersengkang mata pon tak apa :). Kadang2 berminggu berbulan pon pernah juga tak membaca bila tak ada 'mood' atau tak ada bahan/buku yang menarik waktu itu atau musim hari2 bawak balik kerja dan tertidur disisi laptop yang terpasang. Kalau lamaaa tak membaca akan rasa 'kosong' dan 'bosan'.

9. Perkara yang aku sesalkan ialah bila tiba2 terpaksa menunggu sedangkan aku tak bawa apa-apa untuk dibaca. Jadi biasanya aku sentiasa bawa buku bersama2. Tetapi kadangkala, tempat suasana menunggu tu, tak selesa untuk nikmati bacaan.

10. Menemui bacaan yang diidamkan atau buku/novel terbaru dari penulis yang digemari boleh membuatkan aku gembira sepanjang hari. Aku mementingkan kreadibiliti penulis buku yang aku baca.

11. Extra sikit - aku tak suka baca suratkhabar :P

Nota kaki:
Aku selalu sengaja 'over' bila bercerita tentang buku dan tentang penulis. Haha. Ramai kawan2 walaupun duduk serumah dengan aku 'takut' nak usik buku2 aku. Padahal jarang aku simpan buku dibilik. Terlalu sasteralah, beratla dan macam2 lagi. Jadi bercerita dengan 'over' aku harapkan boleh menambah bilangan kawan2 yang berkongsi minat. Bila orang melihat aku makan, mereka akan kata makanan tu nampak sedap dan menyelerakan. Jadi bila aku memilih buku, aku juga harap orang yang melihat/mendengar juga terliur untuk baca buku tersebut.

Minggu lepas aku bersarapan dgn Dr Ct setelah lamaaaaaa tak berjumpa. Aku ceritakan yang aku telah ke KLIBF bulan lepas, berjumpa dengan penulis pujaan hehe. Tak sangka Dr Ct pon ingat siapa orangnya. Aku suka diingati begitu ;)

Membaca dan berfikir ialah senaman untuk otak. Sama seperti badan, semakin banyak senaman, semakin cergas dan bertenaga - hasilnya badan & otak tidak mudah letih. Sebaliknya ramai orang percaya membaca ringan-ringan ialah untuk merehatkan otak, manakala bacaan yang berat adalah membebankan - iya, itu betul kalau otak itu tidak dilatih untuk berfikir.

Membaca dan berfikirlah! ia ubat semulajadi untuk mengelak nyanyuk!

Lagi Kitab Klasik


Atas permintaan Qim. Aku persembahkan kitab-kitab buruk yang ilmunya tak pernah lapuk.
Sebahagian kitab-kitab sekolah agama negeri Johor. Semua kitab2 ni cetakan sebelum aku lahir. Dan sesetengahnya dikarang seawal tahun 1956!

SELAMAT HARI LAHIR QIM!

err... ini boleh kira sbg hadiah besday tak? hehehe

Cerpen - Pendedahan

Hahaha.. aku betul2 kemaruk sejarah. Tapi kali ini ialah cerpen. Okey.. ini ialah petikan dari cerpen PENDEDAHAN, disiarkan di Mingguan Malaysia 3 Oktober 2004. Pengarang: Zaid Akhtar ; pengarang Sesegar Nailofar, Rona Bosphorus & Salju Sakinah

Saya tidak bercakap tanpa ada bukti. Dalam buku 1421: The Year China Discovered America tulisan Gavin Menzies yang saya kaji, tidak tercatat pun nama Tan Sri sebagai Laksamana Melaka.

Sah! Memang awak ni barua. Fasal apalah saya layan awak dari tadi?

Juga ada yang mendakwa, Tan Sri ini penderhaka kerana menjalin hubungan sulit dengan Puteri Gunung Ledang yang sangat diingini sultan.

Siapa upah awak untuk memfitnah saya, hah?

Malah saya dapati Tan Sri juga seorang pengecut dan pengkhianat kerana berpura-pura uzur tetapi sebenarnya lari dari peperangan menentang Feringgi.

Kurang ajar!

Cerpen penuh di http://www.geocities.com/zaid_akhtar2003/pendedahan.htm

dua org yang aku teringat masa siapkan entry ni.
Teja -> sibuknya kau ye Teja.. sonyappp je
Yati Rasip -> Teringat masa kita 'gila' Sesegar Nailofar dulu hehe

Rindu Andalusia

Aku kemaruk novel sejarah. Sama ada novel sejarah dengan watak yang sebenar seperti Siri novel Sejarah Islam karangan Abdul Latip Talib atau novel yang berlatarbelakangkan tempat dan zaman tercatatnya sesuatu sejarah.

Tajuknya, 'Rindu Andalusia' saja cukup untuk menarik minat aku memilih buku ini antara buku2 lain dirak. Ringkasan pada kulit hadapan tertulis
'Meyingkap penindasan sebuah keluarga muslim di granada setelah empayar muslim runtuh. Porak peranda. Hancur tidak berbentuk..'

TERSENTAP!.. mulanya aku sangakakan ini tentu cerita tentang zaman kegemilangan Islam di Andalusia. Rupa2nya kisah zaman kejatuhan. Manusia memang lebih suka mengingat hal2 yang manis. Berapa ramaikah antara kita yang tahu sejarah pahit manis bangun jatuhnya Islam? Kita tahu Islam pernah gemilang, Islam menaung 1/3 dunia. Tetapi kita(akulah tu) tak begitu ambil tahu perit dan payahnya semasa membangun apalagi semasa meruntuh.

Kemaskini:
Sebelum ini aku baca Tariq bin Ziyad - Di Andalusia (Sepanyol) - Syahid atau menang. Itulah awal Islam datang ke Andalusia. Dan buku ini adalah saat akhir Islam tumbang.

Kisah Rindu Andalusia bermula dengan Boabdil el Chico 'menggadai' rakyatnya dan kunci2 kota AlHamra melalui perjanjian terbuka dan rahsia dengan raja dan ratu Katholik. Raja dan pemimpin berpindah dengan selamat manakala rakyat ditinggal kekeliruan. Dengan itu bermulalah kerumitan dan penderitaan umat Islam Granada. Bermula dengan perampasan masjid, pembakaran kitab hinggalah pemaksaan menganuti Agama Kristian yang akhirnya menjadikan amalam Islam bahkan bercakap dalam bahasa arab pun adalah satu jenayah! Seolah2 lahir sebagai seorang Arab adalah satu dosa! Tragedi demi tragedi dari pembakaran kitab hingga ke pembakaran manusia hidup2 sebagai hukuman. Sesungguhnya iman menuntut bayaran yang mahal sekali waktu itu. Ramai yang bertahan, ramai juga yang kecundang.

Ceritanya sekitar kehidupan keluarga Abu Jaafar;Ummu Jaafar, Ummu Hassan, Saleemah, Hassan. Kisah keluarga itu berkembang dengan kehadiran Abu Mansour, Naeem, Said dan Mariama. Kisah pertemuan, perpisahan, percintaan dan perjuangan. Kisah2 meruntun jiwa, mereka menduakan muka. Mereka menyembunyikan iman, bahasa, budaya malah kitab-kitab untuk 'kebenaran' terus hidup dikampung sendiri. Malah mereka rela dibabtiskan, bertukar nama dan mengunjugni gereja saban minggu. Bermacam2 perasaan timbul ketika kembara buku ini. Kadang cemas, kadang suka, kadang geram, kadang gelihati, kadang sedih, kadang hairan, kadang kecewa.

Buku ini berakhir dengan tragedi. Bukankah tragedi 'runtuhnya' Islam masih berlangsung hingga sekarang?

Buku ini adalah terjemahan versi Bahasa Indonesia. Pengarangnya ialah Radwa Ashour, seorang profesor kesusasteraan Inggeris di Mesir. Membacanya perlu sedikit sabar, keterangan suasana terutama rekabentuk bangunannya agak terperinci. Oleh kerana ia asing bagi kita jadi susah sedikit untuk dibayangkan. Bertuah aku kerana Jawaku, maka perkataan2 seperti bocah, jagal,sabuk,sumpek tidak janggal bagi aku. Namun banyak juga perkataan yang asing. Makanya sila rujuk pada glosari dimuka2 penghabisan. Mudah-mudahan kesabaran engkau berhasil dan mudah2an engkau akan dapati kesabaran itu sangat berbaloi.


Kitab Klasik :Ringkasan Sejarah - Kerajaan Bani Umayyah


Tiba-tiba aku teringat kitab sejarah lama yang diguna masa sekolah agama darjah 4/5. Err.. itu ialah 20 tahun dulu! biar betul.. aku tau mak tak pernah buang kitab. Kalau buku ada jugak yang dia buang (padahal kitab tu bukulah kalau diterjemahkan ke bahasa melayu). Tapi kitab2 sekolah agama mmg tak pernah buang, jadi semalam aku pon mengorek stor emak. siap emak pesan, jaga baik2 dan jangan hilangkan!.. okey mak..

memang klassik.. cetakan pertama 1961 dan naskah yang aku pegang ni, cetakan ke 4, tahun 1978. Adus.. aku belum pon lahir.



Dulu menatap kitab ni waktu sekolah mmg membosankan dan mudah saja mata jadi mengantuk. Tulisan halus lepas tu macam putus2. Gambar pon tak terang.

Bukti kitab karangan Ust Mustafa Abd Rahman ni klasik, aku kongsikan seperenggan dari intro dia:

Ini adalah buku daripada siri "Ringkasan Sejarah Islam". Yang diterbitkan sesuai dengan sukatan pelajaran agama islam yang terpakai kepada semua sekolah2 di Persekutuan Tanah Melayu. Dengan pengharapan dapat dijadikan buku panduan didalam mengkaji sejarah Islam

alhamdulillah.. aku masih lancar membaca jawi! ;). Nostalgia betul kitab lusuh ni - terlalu lama; 20 tahun.. untuk aku sedar ada banyak hal(ilmu) yang aku tidak begitu hargai dulu

Rindu Bau Pohon Tin


Rindu bau pohon tin, bukan ditulis asalnya untuk buku. Ia adalah koleksi entry2 di saifulislam.com yang berkaitan dengan kembara Ust Hasrizal semasa menuntut di Universiti Mu'tah Jordan. Koleksi entry2 blog yang dibukukan dipangggil orang sekarang blook; blog + book?

Oleh kerana ia adalah susunan entry2 blog, maka ceritanya bukan mengikut alur masa tetapi mengikut subjek, isu dan peristiwa. Walaubagaimana pun, susunannya kemas. Dari kisah mula2 samapainya Ust Hasrizal ke bumi Jordan/Israk/Syam. Aku tak puas sebenarnya, mesti banyak lagi kisah2 bumi Syam yang menarik dan boleh dikongsi. Pada bahagian ke-2 buku, kembara beliau ke Qatar yang diakhiri dengan ayat - Perjalanan ke tanah arab kali ini, menyembuhkan rinduku pada bau pohon tin.

Cemburunya.. Ust Hasrizal dari remaja sudah pandai menghayati ilmu dan perjuangan. 18 tahun sudah pandai menjejak ilmuan, mencari alim ulama. Aduhh.. malu pula aku, umur 18 apa ya yang aku dapat ingati? errr... waktu itu zaman kegemerlapan Siti Nurhaliza, orang selalu buat2 tersalah sebut nama aku. Duduk dirumah saja menunggu keptusan SPM. Berkeras nak bekerja tapi abah tak izin. Kemudian mula pengajian di UTM. Hidup ku hampir garis lurus.

Berada di lokasi perang Mu'tah, diapit oleh makam2 para shudada terutamanya 3 panglima yang shahid; Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah. Dan tidak sampai 100km dari Masjidil Aqsa. Memang patut sesiapa yang berada disana punya semangat juang yang penuh. Beliau sempat merasai zaman transformasi Jordan; sebelum dan selepas 'Perjanjian Damai' antara Jordan dan Israel. Diceritakan dalam bab Mimbar Jumaat Yang dikhianati. Sedikit tentang Palestine dalam Agar Kaumku beringat2.

Aku teruja sekali dengan susasana kelas diuniversiti seperti yang di ceritakan. Pensyarah selalu mencabar pelajar. Memanglah seramm.. tapi seronok pula bila dipaksa berfikir dan mengeluarkan fikiran sendiri. Aku pernah juga merasai suasana kelas macam tu, kelas Ust Hasanudin (syariah) dan Kelas ayah mayti. Pendek kata macam2 kisahlah, yang lucu, yang kecewa, yg bersemangat ada belaka.

Diingatkan, buku ini ialah himpunan enrty blog, jadi babnya pendek2. Malah terlalu pendek - sampai aku rasa tak puas membaca. Buku ini, lebih mendatangkan banyak soalan berbanding menjawab persoalan.

Aku baca buku ini 2 kali. Kali pertama, baca secara teratur dari kulit kulit, kali ke dua, baca tebuk2.

................................................
Aku hampir2 terlupa, jika bukan Mayti yang mengingatkan. Dulu2 tiap2 hari aku menunggu bas di bawah pohon tin. Bukan di Jordan, tapi di UTM skudai. Tapi tak perasan pulak daun tin berbau harum. Agaknya dah bertukar dengan bau asap kenderaan kot? hehe.
Bila cerita tentang tunngu bas, teringat pulak PM Dr Mat Noor, semoga tabah dan cepat2 sembuh!

Ketupat Cinta



Dulu2 Cinta Rendang Kasturi, sekarang Ketupat Cinta pulak daahhh. Tak perlu lagi perkenalkan pengarangnya ;)

Bagi emak emak, kakak kakak dan pencinta dapur, Ketupat Cinta adalah buku resepi tanpa gambar
Bagi pencinta Bahasa Melayu, Ketupat Cinta bukti kaya, indah dan seronoknya bahasa kita :D
Bagi penggali sejarah,Ketupat Cinta adalah buku sejarah yang tak pernah terungkap
Bagi pengekor sitcom2 politik dan isu semasa Malaysia, Ketupat Cinta adalah satira yang sinis dalam lucu (amat-amat lucu)
Dan walau dari segi mana pun kita nikmati Ketupat Cinta, akhirnya kita akan jumpa satu yang merangkum semua - agama.

Pada awal novel, disertakan kata-kata hikmat dari Saidina Ali - tiada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian. Ambil masa dan nikmati setiap ayat. Sedappppppppp sekali rasanya cicici....
30 bab, semuanya dinamai dengan judul resepi. Aduhh.. buku ini memang bisa buat kita lapar. Ibarat karung musang berjanggut. Lebihnya, karung Ketupat cinta bukan ada bahan2 masakan saja, siap2 dengan cara-cara memasak lagi!

Disebalik watak2 dalam Ketupat Cinta dapat ditemukan banyak watak-watak disekeliling kita dari ahli politik hingalah artis popular - datuk siti, faizal tahir, fasha sanda, bunga cinta lestari dan ramai lagi. Mak cik Musalmah Lebar pon tumpang sekaki. Angkasawan negara Dato Sheikh Muzaffar pon ada juga sebagai orang kayangan cicici. Juga lagu-lagu popular yang selalu singgah di telinga kita. Nananera - Erra, Awan yang terpilu - Ning, Rama rama - Ella. Inilah, yang selalu menjemput senyum, senyum kambing. Ingat! baca dengan perhatian. Nama-mana yang pelik dalam Ketupat Cinta juga kalau diperhatikan ialah nama nama biasa yang dipelikkan. Munira Kurin (Maya Karin?), Daun Lestari Citra Sikler (Bunga Cinta Lestari Sinclair?) cicicici

Kita suka sekali dengan ungkapan2 macam derhaka rasol, gelojoh nuar, angguk acip, goncang inul.. cicici sungguh2 lucu dan sinis. Tapi maaflah, kalau kamu tak ikuti gelombang isu semasa Malaysia, mungkin tak gelak cicicici sekerap kita, tiap mukasurat ada saja yang kita nak gelakkan. Kita terlalu kuat berimaginasi agaknya, sampai anjing Paramesara terkehel tulang punggung pon kita gelak membayangkan.

Ketupat Cinta dianyam dengan Bahasa Melayu lama, bertalarbelakangkan pula zaman Sultan Alaudin dan Parameswara. Tapi bila diselit dengan elemen-elemen moden sungguh2 mencuit hati. Cuba kamu bayangkan Parameswara menyebut dengan pongah "Civiliazation Hindu". Cuba kamu bayangkan kereta lembu pun ada model, cicici.. macammana tu? Kita biasa dengar Hang hang berkata Ciss!! tapi Parameswara dalam Ketupat Cinta suka menyebut Cettt!!.. cicici.. serupa macam Cik Sengal.

Dalam sinis politik, keletah Paramesara dan isteri-isterinya dan orang sekeliling yang asyik mengundang gelak cicici. Ada banyak ilmu yang dikongsi pengarang. Ilmu masak memasak sampailah ke ilmu tauhid. Ada yang disampaikan santai, ada yang disampaikan serius dengan dalil dan perbincangan(ini lah ciri khusus novel faisal yang aku suka). Jika benar2 mahu menggali seterusnya Faisal sediakan rujukannya bersama; nama kitab, bab dan mukasurat. Bagi firman, dinyatakan surah dan ayat.

Begitu banyaknya kita dapat temui dalam Ketupat cinta, tapi sampailah ke penghujungnya, sebiji ketupat pon kita tak jumpa. Dan kalau, kalaulah.. faisal tersesat di blog ni, ini dia kita cadangkan hidangan Sambal Godok sesuai dimakan dengan ulam-ulaman ;)

Kamu pelikkah, kenapa kita asyik ketawa cicici bukan hahaha? Cicicici... Kena baca barulah tau! ;)

*** Ketika kita menaip ini di Tv9 sedang diiklankan Akademi Memasak tajaan Babas diberi nama Akademi 1001 Rasa. Adakah hadiahnya selumayan Madrasah Makan zaman Parameswara? Kereta Lembu rekaan terbaru, wang seribu dinar, sepuluh persalinan pakaian, menyertai rombongan diraja Parameswara ke negeri China dan biasiswa untuk mengaji ilmu masak memasak. Paling penting, adakah pelajarnya akan diuji soal2 falsafah sebalik masakan ketika ujibakat sepertimana di hadapi oleh Pandan Pudina Seraiwati binti Ahmad, Munira Kurin dan Daun Lestari Citra Sikler. Adakah juri2 mereka sehebat Dato' Musa Al Kadzim dan Dang Shakuntala a.k.a Tun Halimah?


Ketupat Cinta dan kontroversi.
Ketupat Cinta mula disirikan di Harian Metro sejak Januari 2009. Sebab itu banyak sinis-sinis politik dalam anyamannya. Maklum saja waktu itu kan bahang PRU sudah mula dirasa. Ala-ala macam kempen pilihanraya pon ada. Dr Maza (bekas mufti perlis), telah menulis surat mengatakan Faisal telah mempromosikan ajaran Syiah, menggunakan hadis palsu dan menipu. Beliau merujuk pada bab Bubur Ratapan Assyura. Aku berlepas diri dari mengatakan hal yang aku tak arif; Syiah dan Hadis. Lagipun, Dr Maza sendiri tidak nyatakan dengan tepat mana satukah hadis yang palsu yang dirujuk Faisal. Memang asyik diulang2 tentang ahlul-bait; kalau itu yang dimaksudkan dengan jarum syiah.
Selitkan - Temuramah Ummuhani Abu Hasan dengan FT -FT Betul bermazhab Syiah?

Okey, di bawah ni cuma kata2 2 sen ku. Tak ada maksud nak berlawan dengan sesiapa lagi2 ust Maza yang tinggi ilmu agamanya

Kalau tentang penipuan dalam Ketupat Cinta, ia bukan saja ada pada bab Bubur Ratapan Assyura. Memang banyak 'penipuan' yang Faisal sengaja adakan. Ini memang style dia. Fakta dan fiksi bercampur2. Perlulah kita jadi pembaca yang pintar (general statement je ni ya.. bukan tuju pada ssiapa). Kalau nak di kata asal usul bubur assyura adalah tipu, asal usul ayam buah keluak dan roti canai juga aku kira satu penipuan. Ada banyak peristiwa terjadi pada hari Assyura. Kita disunatkan berpuasa. Bubur Assyura yang kita buat setiap 10 Muharram itu selalu dikaitkan dengan selamatnya bahtera Nabi Nuh berlabuh (bubur assyura tu bukan adat Melayu je ke?). Rupa2nya ditarikh yang sama mencatit satu sejarah yang pahit. Sejarah kan tetap sejarah, dah terpalit tak boleh nak diubah2. Sejarah punya banyak muka (kata Faisal). Meminjam teks dari Ust Hasrizal saifulislam.com; Kita tidak jujur pada sejarah lantas kita dan umat susah hendak belajar dari sejarah (Ms 38:Rindu Bau Pohon Tin - Sikap Terhadap Sejarah). Entahlah, aku pon tak pasti adakah hanya dengan mengenang sejarah tragedi karbala kita boleh bertukar kepada mazhab syiah. Setakat ini saja, aku berlepas diri dari membincangkan hal yang aku sendiri jahil.

Siri Ketupat Cinta di Harian Metro akhirnya diberhentikan. Bab-bab terakhir Ketupat Cinta semakin serius, senyum2 kambing dan dan cicicici berkurang. Mungkin suasana masa ia di tulis agak tegang. Sempat juga pengarang muatkan 1 bab untuk menjawab kontroversi ini. Apapun, aku kira kerana kontroversi inilah penerbitan novel Ketupat cinta dipercepatkan - hikmahnya mungkin?.


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki