Blog Widget by LinkWithin
Ceramah, Buku dan CD Travelog Haji

Entry asal dihantar pada Sabtu 23 Mei 2009 selepas Isyak.



Aku dan Ina, sedang mengikuti ceramah Travelog Haji oleh Prof Muhd Kamil. Wanita berjubah hitam ialah isteri beliau Pn Roza. Aku akan kongsikan ilmunya isnin nanti. Insyaallah :)

Kemaskini: 26 May 2009

Secara ringkasnya apa yang diceramahkan oleh Prof Kamil malam itu ada didalam buku ini. Kalau sudah membaca buku ini lalu mendengar ceramahnya adalah kelebihan. Sebab Prof bukan saja bercakap, tapi siap dengan lakonan! haha tak sangka Prof Kamil pandai berlakon.

Buku ni menceritakan pengalaman haji Prof Muhd Kamil. Selalu kita baca kisah2 haji. Yang lebih kerap ialah cerita2 pelik dan cerita2 seram. Ini sempat Prof siniskan dalam ceramahnya. Cerita2 begini sebenarnya banyak membuat orang menangguhkan haji. Dengan alasan - belum cukup baik, nak taubat dulu, nak berubah dulu. Nak nak nak tapi tak gerak2 pon :P

Lebih dari pengalaman fizikal (ibadah haji kan sangat fizikal), juga pengalaman kerohanian. Yang mana bermula lama sebelum beliau menunaikan haji, malah sebelum beliau terdetik menunaikan haji pon.

Dari orang yang buta Al-Quran, hingga khatamnya beliau di Masjidil haram. Prof sungguh tak malu2 menceritakan zaman kejahilannya. Tapi, bukan maksud dia bangga dengan itu. Dia mahu beritahu dia sudah menebus kejahilannya. Kalau dia boleh kenapa kita tidak. Orang2 seperti Prof ramai, termasuklah orang yang menaip ni. Jahil tapi tak perasan jahil. Kisah2 haji yang biasa kita baca kebanyakannya dari Ustaz2, yang menceritakan pengalaman orang lain yang bersama mereka ketika disana. Kisah Prof muhd Kamil rasa dekat dengan kita sebab dia bukan Ustaz. Lebih kurang macam kita-kita juga.

Kalau nak dengar celoteh Prof Muhd Kamil, carilah CD Motivasi Haji atau dengarkan carita beliau di Astro Awani - jangan tanya aku bila siarannya. Aku pon tak langgan Astro.

Malan itu, beliau berceramah 2 jam lebih. Jam 11 mlm barulah berhenti. Itu pon macam tak mahu berhenti saja hehe.

Setelah membaca buku, menonton CD dan mengikuti ceramahnya juga ikuti blognya http://muhdkamil.net/kehidupan/ ,aku dapati Prof Muhd Kamil memang punya sifat2 orang cemerlang. Sebab tu apa pon yang dia azamkan dia lakukan dengan cemerlang.

Selesai majlis, kami bersalam dengan Pn Roza. Ina malu nak mengaku yang dia ni staf UITM Segamat. Padahal dah makan beriyani 3 pinggan kat rumah Prof haritu. Entah apa2 haha. Puan Roza tanya kami, semua ni nak pergi haji ke? hehe.. baru pasang niat saja, aku jawab.


 

8 corat coret:

Marriatyi Morsin said...

awa best x? huhu...aku nk pi tp xde rezeki. waaaaaa

blackpurple @ jowopinter said...

Alhamdulillah......

Teja said...

Awa,ni ceramah yg kat UDA tu ke? kakak ipar aku yg dok UDA td bgtau aku dgn bangganya dia pergi dengar ceramah prof ni.....hua.......dah pegi br bgtau aku, sungguh aku ketinggalan zaman tau..geram aku ngan dia, sajek jek nak jeleskan aku. Kebetulan pulak buku travelog aku mmang ada pada dia....wah....lg beriya2 la dia....aku yg bengang!!!!

sitinurulhawa said...

Mayti, best le, bersemangat Prof tu. Tak sedar tiba2 dah dua jam. Dia pulak tak boleh berenti cakap.

BP, :) Alhamdulillah juga.. doakan sy cepat2 dpt invitatin ke Mekah

Teja, aku lupa nak sms ko lerrr.. alahai.. bersalah pulak. aku ada anounce kat FB mesti ko tak perasan. Kat YM pon aku letak gak haritu. Tak pe, lain kali kalau ada kesempatan bleh pi. Kalau tak ko cari CD dia. Dia pon skrg ada kat ASTRO Awani

Teja said...

La ye ke? salah aku lah....x bukak fb, x on ym, aku x sempat nk online...mmg terbz sket....x pe la...kang ko ulas byk2 eh...

Umah aku mana de astro :p

Qimy said...

awa,

semoga tecapai hajat nak pi haji..:)

Homestay Kuala Terengganu said...

Bila baca buku travlog haji ni, rasa macam betapa lemahnya amalan masa buat umrah dulu. Prof sangat determined apabila membuat sesuatu..

sitinurulhawa said...

teja, tu ah ko, sokmo bajet bz :p

terima kasih hajah qim ;)

yati, mmg terserlah Prof ni org yg bersikap org2 cemerlang :). bila dia lakonkan macammana dia mendekati kaabah tu kelako pon ada, kagum pon ada. kalau org lain belum tentu tak segan nak buat mcm tu :)


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki