Blog Widget by LinkWithin
Realiti yang keliru

sila baca semua kalau rajin, kalau malas bacalah yang bahagian yang aku tebalkankan dan merahkan sahaja
Sumber: Dari Utusan Malaysia Ahad 24 Mei 2009

Gambar aku tangkap didalam lift, pakaian budak perempuan ini membawa mesej 'orang Islam juga boleh menjadi moden dan berhubung dengan dunia hari ini'

Realiti TV Islam

RANCANGAN realiti tv sememangnya sudah menjadi fenomena di seluruh dunia. Di mana-mana masyarakat dunia kini semakin teruja dengan rancangan televisyen yang menonjolkan kisah atau pertandingan realiti yang berlaku yang membenarkan orang ramai memberi pandangan atau sokongan mereka terhadap undividu yang bertanding.

Contoh terbaik di Malaysia pastinya Akademi Fantasia (AF7) yang baru melabuhkan tirainya minggu lepas.

Lambakan program sebegini bukanlah sesuatu yang baru dan ia kini semakin menular dan mendapat perhatian ramai bersesuaian dengan kehendak semasa dan kecanggihan teknologi sekarang.

Namun bukan semua masyarakat dan negara menerima perkara ini sebagai satu keperluan dan bagi negara-negara Arab mereka masih belum dapat menerima rancangan-rancangan sebegini untuk disiarkan di negara mereka.

Namun langkah sebuah stesen televisyen satelit Mesir, 4shbab menyiarkan sebuah program realiti yang dikenali sebagai Islamic Idol yang mengikut format American Idol dilihat cuba memecah dominasi konservatif.

Stesen 4shbab yang membawa maksud "Untuk Pe muda-pemudi" adalah hasil cetusan idea seorang petugas media Mesir, Ahmed Abu Heiba yang menegaskan misinya adalah untuk menyebarkan mesej bahawa orang Islam juga boleh menjadi moden dan berhubung dengan dunia hari ini.

Selain itu rancangan ini dilancarkan bagi mencari dan mempromosi bakat baru untuk saluran video berunsur Islam yang pertama dalam dunia Arab dan semua lagu yang disampaikan berbentuk keagamaan dan nasihat.

"Sebelum ini, kita gagal menyebarkan mesej ini. Apa yang saya cuba lakukan adalah menggunakan bahasa universal muzik untuk menunjukkan rupa sebenar Islam," kata Abu Heiba semasa ditemuramah baru-ba ru ini.

Saluran baru yang dilancarkan pada Februari lepas dan dapat ditonton di negara-negara Arab adalah satu usaha untuk menarik perhatian anak muda yang mementingkan agama namun pada masa sama, berhadapan dengan pengaruh pop Barat.

Dari segi konsep persembahan mereka mengikut rentak terkini dunia hiburan seperti hip hop serta rock namun lirik yang dinyanyikan cenderung kepada keagamaan seperti mengajak manusia berpakaian menutup aurat dan kesukaran dalam menunaikan sembahyang lima waktu, membantu ibu bapa membantu ahli keluarga dalam menyiapkan kerja rumah dan sebagainya.

Terdapat antara mereka yang berpakaian ranggi seperti seorang artis dan ada antara mereka yang berpakaian tradisi masyarakat arab.

"Saya mengakui Allah sebagai Tu han, agamaNya sebagai anutanku, dan Pesuruh-Nya sebagai ikutanku," demikian antara lirik nyanyian yang didendangkan oleh salah seorang peserta.

Bagaimanapun hakikat kehidupan kebanyakan penduduk masih dibayangi kelompok majoriti yang berpegang teguh kepada ajaran Islam konservatif dan golongan wanita masih lagi dilarang mengambil bahagian dan penonton wanita dipisahkan dengan lelaki.

"Saya cuba untuk memasukkan wanita dalam program sebegini namun saya percaya masyarakat kita masih belum bersedia untuk ini.

"Perkara ini merupakan sesuatu yang sangat serius namun perkara ini tidak mustahil untuk berlaku. Ia akan mengambil masa dan fasa tertentu dan ia akan mengambil masa yang sangat panjang," kata Abu Heiba. - Hafizahril hamid

-------------------------------------------------------------------

1. Keliru sungguh mereka ini. Apa maksud orang Islam juga boleh menjadi moden dan berhubung dengan dunia hari ini? Apakah ajaran Islam kuno? Terdesakkah kita mengikut2 cara dunia barat untuk menjadi moden? Kenapa perlu kita menggunakan tafsir moden barat sebagai penanda aras moden. Cuba kau perhatikan soalan2 dibawah. Mempunyai ramai anak dari perkahwinan yang sah atau mempunya seorang anak tetapi keluarga erantakan? Berkahwin pada usia muda atau hidup dengan pergaulan dan sex bebas kerana tidak mahu komitmen? Menjaga maruah dari bermabuk2 (menghindar minuman keras) atau terkinja2 seperti beruk dengan mabuk di kelab2 hiburan? Antara perempuan yang menjaga pergaulan, tidak sewenang2 keluar larut malam atau perempuan 'sporting', 'out going' yang mudah diusung ke sana kemari, mana satukah yang moden? Antara perempuan dengan pakaian menutup aurat dan perempuan yang baju dan seluarnya londeh hingga menampakkan lurah penanggung susu dan penanggung najis, mana satukah yang moden? Homosexualiti adalah lambang kemodenan? moden ke jika seorang anak keliru kenapa dia punya ayah dan ibu yang kedua-duanya mempunyai jantina yang sama. Jika kita guna kayu ukur barat untuk menafsir kemodenan maka telanjang ialah paling moden. Apa Islam terpisah dari dunia luar kerana amalan agamanya? apa yang lebih utama, duniakah atau akhiratkah? kenapa akhirat perlu menghulurkan diri pada dunia?

2. Apa pula maksud menggunakan bahasa universal muzik untuk menunjukkan rupa sebenar Islam? apa rupa sebenar Islam? hiburan? nyanyi2? suka2? kinja2? gila2 menghantar undi? fanatik pada peserta? mengagungkan rupa penyanyi? mengagungkan suara penyanyi?

3. Lirik Islami saja cukupkah untuk menjadikan sesuatu Islam. Aduh... penyanyi tersohor negara juga tak lupa mengucap Alhamdulillah setiap kali menerima anugerah. Tetapi masih jauh dari bertudung yang sempurna. Apa lagi menunjukkan rupa sebenar Islam dalam menutup aurat.

4. Ajaran Islam konservatif? ahah! ya.. ajaran Islam kopnservatif ialah lawan kepada ajaran Islam moden. Dan mengikut artikel di atas salah satunya ialah wanita masih lagi dilarang mengambil bahagian dan penonton wanita dipisahkan dengan lelaki.


Nak berbuat sesuatu boleh, nak berhibur ke, nak berfesyen ke, tetapi syarat utama ialah apa-apa hal itu mesti disesuaikan dengan Islam. Bukan sebaliknya - Islam disesuaikan ikut mahu mahu kamu. Sedap2 je ek..


 

5 corat coret:

Bb Hussain said...

awa..betullah dikata..ramai yang masih keliru dengan apa yg perlu dilakukan mengikut cara Islam.

Qimy said...

bebaru ni ada dengo arab saudi wat ratu cantik..tp ratu cantik tu dinilai bedasarkan kecantikan rohani. hik3..

Haikaliium said...

Manusia dah rasa lebih hebat dari Allah SWT, boleh 'edit' agama Allah supaya 'lebih moden & terkini', walhal teramat-amat jahilnya kita nak dibandingkan dgn Ilmu Allah SWT.

Bb Hussain said...

awa..tengok gambar kat lif yang kau masukkan tuh..teringat kawan kazakhstan aku tanya.. kenapa org malaysia ni pakai tudung tapi berbaju lengan pendek..huh.. tersentak aku..nasib aku dah tak pakai camtu dah..insya Allah..

mamajannah said...

pada pendapat aku...itulah pentingnya faham dan ada ilmu sebelum buat sesuatu, bukan sekadar trend.
mungkin org yg pakai lengan pendek tu mcm tu faham..tutup aurat adalah pakai tudung semata gaknya.

lagi satu sekarang ramainya berlumba2 guna Islam dihujungnya sebagai penyedap rasa, itu yg guna akal semata dan tidak bersandarkan quran dan sunnah. Ya Allah tunjukilah kami jalan yang lurus...


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki