Blog Widget by LinkWithin
Meraikan Tag Han

...10 Facts About Me...

itu tajuk asal TAG dari HAN aku ubah .. 10 fakta tentang kegilaan aku pada bacaan

1. Susah nak terangkan bagaimana rasanya menikmati novel/cerpen sastera.

2. Aku tak kisah perlu baca 1 ayat / perenggan berulang kali untuk nikmati bahasanya, fahamkan isi & maksud. Kadang2 perlu rujuk balik kebahagian awal. Aku dapati nikmat membaca datangnya dari situ.

3. Oleh kerana no 2, maka aku membaca agak lambat.

4. Aku selalu terpegaruh dengan apa yang aku baca. Contonhnya novel Ayahnda; Azizi Hj Abdullah - menjadikan aku sangat memahami abah - walaupun ketika itu sudah sedikit lewat.

5. Membaca tak akan selesai pada muka terakhir, selalunya akan diikuti dengan 'googling' atau carian buku-buku lain yang berkaitan, atau soalan2 pada orang yang arif.

6. Aku suka bahan bacaan yang 'memaksa' kita berfikir. Boleh jadi seminggu aku termenung.

7. Aku suka akhiran yang bebas - terpulang pada pembaca sendiri tafsirkan.

8. Aku biasanya membaca sebelum tidur. Kadang2 sehari cuma 1/2 muka saja. Ikut mood juga, kalau tengah 'mood' membaca bersengkang mata pon tak apa :). Kadang2 berminggu berbulan pon pernah juga tak membaca bila tak ada 'mood' atau tak ada bahan/buku yang menarik waktu itu atau musim hari2 bawak balik kerja dan tertidur disisi laptop yang terpasang. Kalau lamaaa tak membaca akan rasa 'kosong' dan 'bosan'.

9. Perkara yang aku sesalkan ialah bila tiba2 terpaksa menunggu sedangkan aku tak bawa apa-apa untuk dibaca. Jadi biasanya aku sentiasa bawa buku bersama2. Tetapi kadangkala, tempat suasana menunggu tu, tak selesa untuk nikmati bacaan.

10. Menemui bacaan yang diidamkan atau buku/novel terbaru dari penulis yang digemari boleh membuatkan aku gembira sepanjang hari. Aku mementingkan kreadibiliti penulis buku yang aku baca.

11. Extra sikit - aku tak suka baca suratkhabar :P

Nota kaki:
Aku selalu sengaja 'over' bila bercerita tentang buku dan tentang penulis. Haha. Ramai kawan2 walaupun duduk serumah dengan aku 'takut' nak usik buku2 aku. Padahal jarang aku simpan buku dibilik. Terlalu sasteralah, beratla dan macam2 lagi. Jadi bercerita dengan 'over' aku harapkan boleh menambah bilangan kawan2 yang berkongsi minat. Bila orang melihat aku makan, mereka akan kata makanan tu nampak sedap dan menyelerakan. Jadi bila aku memilih buku, aku juga harap orang yang melihat/mendengar juga terliur untuk baca buku tersebut.

Minggu lepas aku bersarapan dgn Dr Ct setelah lamaaaaaa tak berjumpa. Aku ceritakan yang aku telah ke KLIBF bulan lepas, berjumpa dengan penulis pujaan hehe. Tak sangka Dr Ct pon ingat siapa orangnya. Aku suka diingati begitu ;)

Membaca dan berfikir ialah senaman untuk otak. Sama seperti badan, semakin banyak senaman, semakin cergas dan bertenaga - hasilnya badan & otak tidak mudah letih. Sebaliknya ramai orang percaya membaca ringan-ringan ialah untuk merehatkan otak, manakala bacaan yang berat adalah membebankan - iya, itu betul kalau otak itu tidak dilatih untuk berfikir.

Membaca dan berfikirlah! ia ubat semulajadi untuk mengelak nyanyuk!

 

7 corat coret:

Marriatyi Morsin said...

Aku lama x menjawab tag orang huuuuuu....

yantie said...

awa, ada ke kawan2 kita yg tak igt gilanya ko pada FT?...bukan kawan sejati la tuuuu...

sitinurulhawa said...

mayti, minggu ni musim malas update blog :P

hahaha yan.. ani pon ingat ek hari tu hak hak.. over sgt ke aku ni? har har. sib baik FT tak de sesat kat sini, wat segan jek ^_^.

Aku pon suka gila baca Shahnon Ahmad ngan Azizi Hj Abdullah. Tp tak bleh tunjuk over nanti korang kata aku gile org tua haha

Qimy said...

tp dlm hati beharap3 tu bila laaa FT nak jenguk blog aku..:P

sitinurulhawa said...

harusla Qim.. bertahun2 aku promote dia ni. tak caya tanya yanti hehe. btw dia kat India la skrg.

yantie said...

aha sikit2 FT..penat eh...hehehe..tp ada bagus jgk last2 aku pun terminat sama FT, opss minat baca buku dia...

sitinurulhawa said...

dulu silap langkah la yan, apesal ko baca buku 1515 tu dulu kan dah pening, haha.. dah la baca kat bilik loteng aku yg panas :P


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki