Blog Widget by LinkWithin
Bangkok: Lagi insiden kedai makan

Selepas melalui pengalaman air mata (sebab gelak terlampau) di Restoran Mak yah. Sila baca sini. Kami secara tak sedar mendapat 1 teori bahawa muslim di Bangkok berasal dari selatan Thai, dan boleh bertutur bahasa Melayu mirip dialek Kelantan.

Malam berikutnya, kami sekali lagi mahu ke Petchaburi Soi7 untuk makan malam. Kami naik tuk tuk. Tuk tuk ni kalau tak berhati2 mau dapat yang kuat menipu. Pemandu tu awalnya mengaku tahu tempat yang kami nak pergi, tapi di bawaknya kami berpusing2 kemudian berhenti di hadapan restoran Cina. Dah terpampang iklan Carlsberg dan tanglung di depan kedai. Kami berkeras tak mahu turun. Kemudian dia teruskan perjalanan dengan syarat tambang harus ditambah 40bath menjadi jumlah semuanya 100bath.

Akhirnya dia berhenti di depan Soi7. Dia menagih tambahan 40bath. Tapi aku bagi ceramah dulu. Bahasa Inggeris budak ni agak baik. Dia berkeras nak juga duit tu. Aku katakan yang aku tahu dia menipu dan aku tahu kami akhirnya masih berada di Jalan Petchaburi yang sebenarnya dia cuma perlu jalan terus kedepan tapi dia yang bawa kami pusing2. Yatt mula naik seram dengan keberanian aku. Akhirnya aku tambah 20bath saja. Bila fikir2 2 ringgit pon aku nak bising haha. Tapi bukan hal duit sangat, tapi sebab kena tipu. Saja nak bagi pengajaran huhu.


Kami menyusur Soi7. Kami temukan Masjid gelap, waktu jemaah Isyak dah lama berlalu. Ada kedai makan disebelah Masjid. Seorang perempuan muda yang sedang memasak (kedai2 disana dapurnya di hadapan kedai dan tempat makan di dalam kedai) menyapa kami dengan salam. Tapi kami tak singgah. Kononnya nak tengok hingga hujung jalan kerana macam ada banyak lagi kedai di depan.

Akhirnya kami masuk satu kedai makan yang 'nampak sedap'. Ada ramai muda mudi duduk makan dan berborak2 dalam kedai tu. Semua perempuannya bertudung kecuali pekerja kedai yang kerja tukang ambil pesanan. Kami duduk berdekatan dengan kaunter bayaran. Oleh kerana kedai agak sibuk, aku bangun dan capai menu di atas kaunter. Hah!! terperanjat aku. Nah! ambik ko! aku letak menu tersebut atas meja. Atas bawah kiri kanan semua tulisan Thai hahaha...

Nott melambai pembantu kedai untuk buat pesanan. Budak perempuan togel tadi datang kemudian dia letakkan satu buku nota kecil dan pensel di meja kami. Huaaaaaaaaaaaaa!!!!!! macammana nak tulis?? Dah standard Vivo nih, tulis sendiri hahaha..

Kemudian berlakulah perbualan biasa bila berlaku situasi ini. 'Sorry, we are not local, we dont speak Thai, do you speak English?' tapi budak tu ber krungkrapkrungkrap dengan kami. Sudahhhhhhhhh....... 'Is anybody here can speak English?' kami buat muka kesian. Kecoh sebentar kedai makan tu. Seorang lelaki muda yang sudah mahu pulang menawarkan diri. Walaupun bahasa inggerisnya tak begitu baik dan dia macam tergesa2 nak balik, tapi baik sungguh hati dia nak menolong. Dalam kecoh2 tu, tiba2 seorang remaja lelaki bersuara 'Nak make gapo?'

Hahhhhhhhhhhh.......... serentak kami melepas lega. Tersandar aku. Lelaki yang menolong tadi terus minta diri memandangkan ada orang lain yang boleh menolong. Rupa2nya budak tu berasal dari Narathiwat. Sepanjang budak lelaki tu bercakap2 dengan kami, kawan disebelahnya melopong mulut. Mungkin kerana tak pernah dengar kawannya bertelo sebegitu. Bila saja kawannya menoleh dia membuat simbul jempol (macam iklan Bank Rakyat - saya mesti pilih tu!). Hahahaha gelak besar aku.

Yang pakai windbreaker ni la org Narathiwat. Si baju biru tu ialah budak Bank Rakyat - saya mesti pilih hahaha.

Aku rasa terkilan sikit tak berikan kad nama. Manalah tau bila2 dia datang Johor dan ada apa2 masalah. Boleh aku balas budi dia yang besar tu. Besar tau! menyelamatkan orang dari kelaparan. hehe :)

Dan teori yang aku nyatakan pada awal tadi adalah salah :P

 

9 corat coret:

Marriatyi Morsin said...

hahaha..nak make gapho...siap nk bg kad...:p

Haikaliium said...

agaknye kenapa dia wat simbol jempol tu? sama ada dia kagum dgn kehebatan dia selesaikan masalah kelaparan korang atau dia suka kt slh sorang...
Klu aku pegi mana2, first sekali aku belajar cakap thank you...senang nk mintak tolong...

sitinurulhawa said...

mayti, bila kita susah, Allah gerakkan orang tolong kita bukan kebetulan.

che din, dia bg jempol kat kawan dialah, bukan kat kiteorg. haha
che din, mula2 sekali kena belajar ucap selamat/hello. Pastu barulah ucap terima kasih. Masalahnya apa yg nak di mintak tolongkan tu macammana nak ucap? hehehe

Bb Hussain said...

siannyer awa..nasib ada mr mussel aka org yang nak bantu..kalau tak kebuluq la yerk..hehhehe

Qimy said...

hahaha...aku nak gelak kuo air mata gak bleh? ;)

sitinurulhawa said...

bb, sebab tu kena 'expect the unexpected' hu hu

qim, jangan lupa munim bnyk air untuk ganti balik air mata yang keluar tu :P

Marriatyi Morsin said...

awa...itu yg benar...

CikSengal said...

rugi tak nampak saya mesti pilihhh... dok membelakang kan..

nott said...

awa, aku tak leh lupe gaya mulut terlopong bdk baju biru tu...mmg amazed betul bile tgk kawan dia cakap melayu...aku baca entry ko ni pun aku dah tergelak2 dgn insiden ari tu...


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki