Blog Widget by LinkWithin
TOL the Movie!


Kerajaan hari ini mengumumkan kadar tol di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan dinaikkan akan dinaikkan antara 0.68 sen dan 50 sen.

Bukan, bukan hari ini, itu berita semalam. Berita hari ni lain, berita hari ni kata kerajaan tarik balik keputusan kenaikan tol. Aduh.. beruntung kita punya kerajaan yang mengerti masalah rakyat. Dan kerajaan kita sentiasa mahu mendengar suara rakyat. Rakyat kata tak mahu! tak mahu! mereka pun batalkan. :). Sekalung tahniah aku ucapkan pada kerajaan Malaysia.

Dan bila berita sebutkan, KERAJAAN HARI INI MELULUSKAN, siapakah dalam kerajaan itu? bunian kah? Semalam kerajaan luluskan, hari ni pulak.. beratur menteri dari yang bapak sampai ke anak, buat muka sesal. Oh.. ini tak patut berlaku, ini tak selaras dengan rancangan ransangan ekomoni waktu kemelesetan. Oh.. itu, Oh..ini. Errr yang umumkan semalam tu kerajaan Venezuela kot. Kira diaorg ni selamatkan kitalah ni.

Okey, benarlah kata Dato Dr Fadhilah Kamsah, orang yang lahir awal Nov memang ada daya firasat tinggi :D. Memang aku dah jangka semuanya, cuma meleset sikit dari segi masa. Aku sangkakan, seawalnya Mac nanti. Bila hari persidangan Agong Umno mendekat. Atau paling lambat April, bila kempen pilihanraya kecil Perak berlangsung. Tapi meleset betul sangkaan aku. Semalam umum hari ni dah tarik balik :)

Sapa lah tulis storyline dgn skrip yang hampeh ni. Pelakon pulak lebih kayu dari Yusri KRU. Kalau buat cerita mcmni, David Teo pun boleh bankrupt. Ramai orang taubat terus tak nak masuk panggung!

TIME : Why Facebook Is for Old Fogies

Why Facebook Is for Old Fogies

Tersenyum aku baca tajuk ni. Tapi betulla, lebih ramai orang dewasa di Facebook dari Friendster. Macam persepsi orang tentang kereta Merc dan BMW. Tapi persepsi boleh je bertukar.

Ok, 10 sebab kenapa Facebook digemari Old Fogies
[klik sini utk baca artikel penuh di Time]

1. Facebook is about finding people you've lost track of.
2. We're no longer bitter about high school.
3. We never get drunk at parties and get photographed holding beer bottles in suggestive positions.
4. Facebook isn't just a social network; it's a business network.
5. We're lazy.
6. We're old enough that pictures from grade school or summer camp look nothing like us.
7. We have children.
8. We're too old to remember e-mail addresses.
9. We don't understand Twitter.
10. We're not cool, and we don't care.

kejapp.... soalannya sekarang.. we really love facebook, are we Fogies ? hehe
fogies: an extremely old-fashioned person

Someone is turning 25

Inilah William yang selalu jadi mangsa jerit aku. Engineer paling muda kat sini. Ulangtahun kelahiran dia semalam. Aku harap dia akan lebih cool dan kerja keras untuk angan-angan dia yang macam-macam tu. Oh... juga dapat tumbuh lebih banyak rambut tahun ini ;)

Yep.. semalam aku makan kek, dan hari sebelumnya aku makan donut ;). Chong bagi guarantee aku takkan gemuk balik tapi aku akan tetap rendah. Hmmm... ada je dia nak kutuk aku.

Hadiah dari jauh


Dah lama nak letak entry ni, tapi lupa je. Lambat pun, nak letak jugak sebagai tanda terima kasih muah muah muah pada kak su, abg aid, haziq, kakak dan wawan.

Doakanlah, Cik Awa murah rezeki, mudah-mudahan dapat Cik Awa jenguk haziq, kakak ngan wawan kat sana :)

- William tak puas hati ni, aku dpt parcel dr Aus. Dia kan selalu perasan Aussie. Adake dia kata aku beli kat eBay

Nak kurus macam nak kaya juga. Fokus & kerja kuat

Memang betul, nak kurus macam nak kaya juga. Tak boleh main hentam, tak boleh tergesa2. Dan prinsip aku bila kita mahu lakukan sesuatu, buatlah denga bergaya (baca:berilmu). Sebab dalam sesuatu hal yang kita nak capai, kita akan temui pelbagai masalah. Dengan ilmu, kita akan tahu bagaimana menghadapi masalah2 yang timbul. Setiap masalah, kita perlu cari PENYELESAIAN bukan ALASAN. Dan berdiet ialah satu kembara yang panjang dan berterusan.

Sebenarnya, minggu pertama aku mula berdiet, berat aku naik sekilo. Sebab aku salah cara. Jadi aku pun mulalah tanya pada pak cik google. Baca sana, baca sini, fikir, fikir, fikir dan aku mula balik.

Nah! ini aku nak kongsikan sedikit ilmu. Aku akan terus kongsikan sedikit demi sedikit kalau kau suka silalah baca. Aku akan membebel, pandai2lah kau tapis isinya. Kalau kau mahu aku senaraikan 1 demi 1, hahahaha in your dream.. unless you are willing to pay my consultation fee.

Dan, kalau kau malas nak baca link atau artikel yang aku kongsikan.. TOLONG .. jangan beritahu aku. Kalau untuk bermula pun kau punya banyak alasan, seterusnya kau akan terus beralasan.

Koleksi artikel ni, bagus untuk permulaan. Dan blog DailyMucles ini pon bagus untuk diikuti. Sila klik dan selamat membaca!

DailyMucle's Compilation of Everyday Weight Loss Tips

Kisah baju kurung ku..

Aku kan dari dulu2 memang la comel dan montel gitu. Aku ni pandai beli baju kurung siap lepas habis belajar la. Walaupun rangka aku kecil, tapi lemak aku kandel (jawa: tebal). Jadinya, bila beli baju kurung siap, aku beli saiz M. Memangla panjang sikit serba serbi (tangan, badan dan kain) tapi aku selesa je.

Masa bulan 7, 2007. Aku beli 3 pasang baju kurung. Semuanya saiz L. Memang tak sangka aku tak muat saiz M. Sangkut tang dada. Akak yang jual baju tu kata, "Baju ni pesak gantung (potongan Riau), tak ada kekek, jadi memang kecil sikit bahagian dada dia". Pandai akak tu sedapkan hati aku.

Tahun 2007 jugak, aku beli sepasang baju untuk raya di pesta konvo UTM. Pesta Konvo manalah ada fitting room. Penuh keyakinan aku beli saiz M sebab baju tu baju kurung Johor. Lepas beli tu, ala-ala muatla jugak, walau ada kesedendatan sikit. Tapi masa raya langsung tak muat da... :((. Nasib baik la aku ada baju lain.

Sejak tu bila beli baju kurung, aku beli saiz L :(.

Awal 2008, aku dapati, aku dah obese. Aku terima hakikat dan berazam nak diet. Bulan 4, 2008 aku mula. Dan hasilnya, raya 2008 aku dapat pakai balik baju raya tahun lepas yang tak muat. Aku gantung je baju tu kat dalam almari, pembakar semangat beb! Eha(adik aku) plak tunggu2 bila baju tu nak jadi hak dia.. Sorry...

Malam tadi, aku, alin dan oly pegi Angsana. Walaupun dekat je Angsana tu dan lalu hari-hari tapi jarang betul pegi sana. Biasalah kalau dah merambu dgn diaorg ni, tak nak beli apa2 pon terbeli jugak. Pilih punya pilih, kitaorg nak beli baju yang sama corak tapi lain warna. Poyo tak? hahaha. Macam masa sekolah-sekolah pulak. Warna yang aku pilih, tak ada pulak saiz M. Alin kata, cuba je la baju S tu, nampak macam boleh muat. Heh heh.. nak terlompat keluar aku dari fitting room. Aku muat baju saiz S tu hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah. Yang bestnya, baju tu pon potongan Riau, pesak gantung. Ehem.. walaupun, tak lah selonggar baju M, tapi aku beli jugak. Ini boleh jadi indicator dan next goal, nak bagi selesa macam pakai saiz M. Buat masa ni kena pakai sport bra dulu. Kandel btol lemak2 kat badan ni hahaha.

Tak sabar nak telefon Eha. Aku sekarang sama saiz dengan dia hahahahaha... mencanak2 semangat aku nak pi gym ni. hehe

Hm... Alhamdulillah.. atas kesihatan yang Allah kurniakan. Walaupun aku belum lagi mendapat berat idaman, atau sekurang2nya kembali macam masa belajar dulu. Tapi aku tak pernah rasa lebih sihat dari sekarang :)

Harap2 cerita ni boleh la sedikit sebanyak membakar kawan2 yang sedang berusaha untuk jadi lebih sihat juga. Nenny, Yan, Yati, Abid, Amy dan lain-lain. Can we fix it?? Yes we can!! :D

Ciss!! Menggoda btol chees tart ni


Jauh2 ni teja dtg hantar. Siap kena ambk gambar bukti lg tu. Mekasih teja! Mmuahhh...

Yan, ujian dan Tuhan Manusia

Yan suka uji adakah aku betul2 pengekor setia Faisal Tehrani. Haha.. aku memang suka kecoh pasal Faisal. Bukan apa pun, pertama memang tak dapat dinafikan dia memang seorang pemikir dan penulis yang hebat. Kedua, aku bosan budak2 zaman sekarang ni mengidolakan orang-orang yang haprak. Dulu dia uji sama satu quote dalam buku Tunggu Teduh Dulu. Aku lulus ujian dia. Hari ni, pagi2 lagi dia nak uji aku lagi sekali.

klik gambar ni, barulah nampak butir kata kami

klik -> ulasan Yan tentang Tuhan Manusia
aha.. rupanya aku tak kongsikan pon tentang Tuhan Manusia ni. Bila diingat2 aku baca buku ni waktu Ramadhan tahun lepas. (maaf - semalam, aku tersilap bagi link buku Bila Tuhan Berbicara - keliru sebab ilustrasinya hampir sama)

Kesimpulan aku pada Yan, "Buku ni kalau dibaca oleh orang yang malas berfikir, tak akan habis. Tapi kalau kita dah habiskan buku ni, kita tak akan berhenti2 berfikir"

LANGKAH 2: ADAKAH KITA 'NORMAL'

nota: ini cuma catatan berdasarkan pengalaman dan ilmu dari bacaan aku sendiri. Untuk nasihat dari profesional, sila berjumpa doktor anda.. hehe

"Macammana diet? tak makan nasi ke? tahan lapo ke?" Itu soalan pantas la org biasa tanya. Nanti.. sebelum aku cerita macammana nak diet, kita kena tau dulu status kita. Cara-cara ni cara yang biasa, ada bnyk alatbantu (toolkit) kat internet. Kalau pengiraan yg tepat, kenalah jupa physician, tapi ini lebih kurang je la ek. Nak sihat, nak kurus, macam nak kaya jugak, kena pelan2, jangan gopoh. Yang penting istiqamah :)

Semua alatbantu kira2 aku rujuk dari website ni http://www.freedieting.com. Klik pada gambar alatbantu untuk ke terus ke website.

Untuk pertukaran unit matrik, klik sini -> World Wide Metric

Bagaiman kita tahu kita perlu berdiet?

1. BMI
paling mudah dan popular. Rumusnya senang, berat dalam KG dibahagi dengan kuasa dua tinggi dalam meter. Contoh 55/(1.5x1.5). Atau boleh guna online kalkulator.

BMI 18.5-25 ialah normal (ada yg guna 18.25-23)
BMI 25.1 - 30 ialah berat berlebihan (ada yg guna 23.1 - 27.5)
BMI 30 ke atas ialah obesiti (ada yg guna >27.5)


2. WAIST TO HIP RATIO

Bukan berat dadan je yang kena jaga. Ukuran pinggang dan punggung pon penting.
Perempuan mesti tak lebih 0.8
Lelaki mesti tak lebih 1.0


3. BODY FAT

Sila guna kalkulator ni :) Ringan tak semestinya sihat. Berat tak semestinya tak sihat. Ada orang berat otot, ada orang berat lemak (air kata org melayu). Otot membakar kalori lebih banyak walaupun kita melahu.
MEN WOMEN
Exceptionally Lean 6-10% 10-15% **
Very Lean 11-14% 16-20% **
Lean 15-18% 21-25%
Moderate 19-24% 26-29%
Overfat* 25%+ 30%+

2 DOUBLE CHEESE BURGER, PLEASE!

DOUBLE CHEESE BURGER 1
Tinggal aku, Mala dan William saja yang belum makan tengah hari. William ajak makan McDonald. Sekarang semua set besar Value Meal berharga 5.95 pada waktu makan tengah hari. Adakah McDonald telah merasakan kesan boikot produk berkaitan Zionist?
5.95 memang berbaloi. Kalau dapat double cheese burger memang la sedappp. Tapi aku tak mau pergi.

"Come on.. it wont make you fat.." William cuba pujuk. Dia boleh habiskan 4 ketul BigMac sekali hadap. "Its not about the fat, its about blood". William tak faham tapi aku malas nak cerita panjang. Akhirnya pergi makan tempat lain. Biasalah, aku gunakan mak buyung Mala dengan alasan Mala teringin makan chicken chop hehehe.



DOUBLE CHEESE BURGER 2
Bersemangat aku nak pegi kelas TKO. Dah beberapa kali termiss. Kelas pukul 7.30-8.30. Jadi aku salin baju siap2, azan je solat, pastu pecut ke gym. Sampai agak lewat, tapi tak apa. Ramai pulak orang berkumpul depan studio. Kelas macam belum mula, tapi aku tak nampak pulak jurutunjuk (instructor) TKO. Rupa2nya jadual dah berubah, ada kelas baru dan jurutunjuk baru. Lelaki Philiphinos yang cute. Nama kelas tu BodyAttack. Belasahh... aku join je.

Selepas 15 minit, peluh dah menitik. Step lebih kurang je, tapi intense lebih sikit.
"Okay, guys.. get some mats.. we have to do sit up!" Dan (nama jurutunjuk) beri arahan.
"Aaahhh...." Perempuan India depan aku mengeluh.. kuat pulak tu. Minah ni, memang kuat keluh. Kali lepas dia keluh kesah pasal kelas TKO, tapi ngadu kat Kak Zana (kelas step aerobic). Tak disangka-sangka Dan menyahut "If you want to get rid those DOUBLE CHEESE BURGER, you have to do this". Hahaha.. aku gelak je pelan-pelan. Nasib baik la Dan tu comel, jadi ayat dia yang sadis tu pon bunyi cute je. Kalau aku yang mengeluh tadi agaknya dia cakap BIGMAC instead of DOUBLE CHEESE BURGER. Haha

Sultan Muhammad Al Fateh Penakluk Konstantinopel


Adohai.. lama baru berkesempatan update blog :)

Turki, salah satu tempat yang aku nak pergi lawat. Salah satu sebabnya, hari2 tengok selat Tebrau, nak tengok selat Bhosphorus pulak hehe. Selebihnya mahu melihat sejarah di sana. Sayang Baghdad hancur dibom Amerika, Baghdad juga padat dengan sejarah kegemilangan tamadun Islam.

Sultan Muhammad Al-Fateh, baru berusia 21 tahun semasa menawan Kota Kontantinopel (Istanbul) yang dikuasai oleh Raja Kontantine dari kerajaan Rom. Sejak zaman Nabi lagi, kerajaan Rom memusuhi Kerajaan Islam Madinah. Raja Rom waktu itu telah mengoyak2 surat yang dikirim Nabi Muhammad SAW. Dan selama beratus tahun selepas itu, Kerajaan Rom kerap kali menjadi ancaman kepada kerajaan Islam yang semakin berkembang luas.

Diceritakan Rasulallah SAW mengatakan Kota Kontantinopel hanya akan dapat ditawan apabila wujudnya pemerintahan dengan pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.
m/s 6

“Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan”. [HR Ahmad bin Hanbal, Al-Musnad 4/335]

Kriteria pemilihan tentera bukan saja dari kemahiran ilmu perang, tapi mereka disaring dengan 3 syarat utama
1. Tak pernah meninggalkan solat wajib 5 waktu
2. Tak pernah meninggalkan solat sunat rawatib
3. Tak pernah meninggalkan solat sunat tahajjud

Subhanallah.. tentera2 yang baik mudah mendapat pertolongan Allah

Oleh itu banyak usaha dilakukan bermula seawal zaman Saidina Ali(34H), Muawiyah(84H), Sultan Sulaiman(91H), Khalifah Harun Al-Rashid(165H),Sultan Beyazid(1391,1397,1400M). Dan akhirnya Kontantinopel jatuh ke tangan Sultan Muhammad Al-Fateh pada 20 Jamadil Awal 857H bersamaan 29Mei 1435Masehi.

Salah satu kisah peperangan ini yang terkenal ialah muslihat Sultan Muhammad Al Fateh melayarkan kapal perang didaratan. Merentasi gunung dalam 1 malam

................................................

Lelaki Turki 21 tahun.. hmmm bagaimana kau bayangkan orangnya? Merah.. putih.. tinggi.. tegap.. orang Turki biasanya lawa-lawa :). Macammanlah rupa Sultan Muhammad al Fateh, dia naik takhta pada usia remaja 19 tahun. Ambil masa 3 tahun sebelum menawan Gereja Aya Shopia yang kemudian ditukar fungsi sebagai masjid. Beliau kemudian menitahkan pembinaan Istana Topkapi yang terkenal. Sampai sekarang, Istanbul menjadi ibu negeri Turki.

Hm... apa aku buat masa umur 19 tahun? baru terkedek-kedek mengenal dunia kampus. umur 21 tahun? belum pon sudah pengajian. Aduhaii.. kalau lah kita jadi remaja seperti baginda.

BIG BEAR HUG


TERIMA KASIH TEJA MUAHHHHHH...............

Tag paling aku suka setakat ni :)

Rules: The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people.


I AM...

i am full of colours.. ececeh..


I REALLY WANT TO GO TO…

Turki, nak cari jejak Sultan Muhammad Al Fateh :)


MY FAV PLACE IS…

Beaches.. fuhhh.. dramatik betul pokok kelapa ni..


MY FAV COLOR IS…

Blue and Green - Langit dan Laut


MY FAV FOOD IS…

asam pedas ikan sembilang.. perrgghhhh....


MY FAV DRINK IS…



I ATTENDED…

FSKSM, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
apa kelam sangat gambor ni.. tapi aku tak studi kat bagunan ni masa undergrad dan post grad. bangunan lama, D07


MY FAV STORY IS…

Orang lain letak movie, aku letak novel, sebenarnya autobiografi SN shahnon Ahmad.


I WAS BORN AT...

Can you spot Senggarang, in the map?


MY HOBBY IS…

Amaran: jangan tiru aksi dia atas


I LIVE IN…

Seberang jalan Kip Mart Tampoi ni,

I WISH FOR…

A Family :) .. again... at the beach hahaha



I TAG... ahli majlis mensyuarat tingkap, facebook group, SMKABP-SPM96


Teja terkedu aku tgk Teja ni ;)


Maity - dasattt Mayti.. korner baring tu..



Rehan - amboii hidung dia..



Qim - ini lagi korner baring compare dgn gambar mayti tadi hehe :P

Rontok - Arenawati


Gambar kanan : Faisal Tehrani dan SN Arenawati. Cilok dari blog Faisal. Halal ya bang..


Pertama kalinya aku kongsikan Karya Sasterawan Negara Arenawati. Istimewanya buku ni pada aku, inilah karya beliau yang pertama sekali aku baca. Terlebih dulu, doa untuk Allahyarham SN Arenawati yang baru pergi menemui penciptanya minggu lepas.

Rontok kisah anak gelandangan, tak punya emak bapa dan rumah. Adik-beradik mereka ialah anak-anak gelandangan lainnya. Watak utama Umar dan Tijah, bagaimana mereka berjuang untuk hidup sehari lagi. Bukan untuk maa depan yang terjamin.

Umar, bertubuh kecil, umur 12 tahun. Bekerja apa saja, untuk upah 10 atau 20 sen. Atau sepotong daging atau lemak, apa-apa saja dia terima. Makan makanan lebihan semalam dari kedai-kedai makan. Tijah lebih tua dari Umar, tapi Umar bertindak sebagai lelaki. Melindung dan mempertahankan Tijah. Dan masyarakat, bagaimana mereka melihat anak2 ini? Sebagai manusia atau sebagai parasit cuma kerana mereka tak punya sijil kelahiran?

Novel ini berlatarbelakangkan Labuan. Ironinya, masih banyak kes-kes anak-anak tidak bersijil kelahiran di Sabah. Yang dikatakan pendatang dari Filifina. Mereka seperti Umar, tidak bersekolah dan tak bermasa depan. Untungnya mereka mungkin ada keluarga.

Ini ialah karya Arenawati yang pertama aku baca. Kau lihatlah sendiri berapa lusuhnya buku ini. Ini cetakan pertama , tahun 1980. Dulu-dulu aku tak mampu punya buku sendiri. Aku baca apa saja buku yang ada di rumah. Ini ialah buku Kakak, dan aku adiknya yang no 5. Umur aku waktu aku baca buku ni? aku pun tak pasti bila tetapi aku belum lagi remaja. Justeru jika adik-adik atau anak-anak kau usik2 buku 'dewasa' kau, jangan halang dan jangan memandang rendah pada mereka! ;)

Sekarang begitu banyak anak baru mendapat status gelandangan di Gaza. Semoga Allah melindungi mereka.


Langkah Pertama Untuk Lebih Sihat

Kita tak perlu cantik untuk hidup, tapi kita perlu sihat. Orang yang berkeyakinan diri cuma bila dia kelihatan cantik, sebenarnya bukan berkeyakinan pada dirinya, tapi pada 'tambahan' yang dia letakkan pada diri dia. Sebaliknya, jika kau cukup sihat fizikal dan mental, dan sentiasa bersyukur, kau akan sentiasa kelihatan cantik dan menawan.

Untuk mempunya keyakinan diri sejati, pertama-tamanya kita mesti menerima diri kita seadanya seperti yang Tuhan kurniakan. Kalau kita berjerawat, terimalah sebagai rahmat, kalau kita gemuk juga terima sebagai rahmat. Tapi jangan sampai hidup dalam penafian (in state of denial).

Menerima diri kita bermaksud, terima kelebihan dan kekurangannya sekaligus. Dengan menerima kenyataan inilah, yang memungkinkan kita untuk berubah. Terima tanpa sinis dan penuh ikhlas. Bukan sekadar penyedap hati.

Pesakit barah misalnya, harus menerima hakikat sakitnya, barulah dia mahu berubat untuk sembuh. Kalau dia duduk dalam penafian, dan berlakon sihat, dia tak akan mahu untuk sembuh.

Penagih dadah atau arak, langkah pertama untuk pulih ialah sedar diri mereka ketagihan. Dan itu ialah pesakit psikologi yang membawa pada kemudaratan fizikal.

Orang yang sayangkan dirinya dan bersyukur dengan hidup pendek yang dikurniakan Tuhan, mesti sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik dan lebih sihat. Apa guna kita berdoa setiap hari, minta sihat dan panjang umur, juga mohon murah rezeki untuk kita nikmati. Tetapi dalam masa yang sama, kita terus terusan merosakkan diri sendiri. Usaha, Doa dan tawakkal, itu peraturannya. Ironinya, kita lebih berusaha untuk murah rezeki. Tapi selalu lupa rezeki tak akan dirasa nikmatnya tanpa sihat. Dan sihat ialah asbab panjang umur.

Aku pon pernah bertahun-tahun tidak sedar keadaan diri. Mungkin sudah terbiasa saja begini. Aku menerima diri aku seadanya, selesa dan yakin. Tanpa sedar, aku sebenarnya hidup dalam penafian. Menafikan diri berpenyakit dan enggan untuk berusaha menjadi sihat.

Ya! gemuk ialah penyakit.

Berani tak kau menyatakan "Ya aku gemuk, dan aku sedar itu. Aku tahu aku sedang menjahamankan diri sendiri". Setiap lebihan gram yang terkumpul menjadi racun. Umpana larva gunung berapi.. sedikit-sedikit membuak, membentuk lohong dan lorong dalam gunung, akirnya dia menguasai seluruh gunung sebelum meletus. Bagi kita, bilakah letusan tu? Bila doktor sahkan "SAKIT JANTUNG","KENCING MANIS","DARAH TINGGI".

Percayalah! aku faham apa perasannya menjadi gemuk. Mulai sekarang kau mesti pandang cuma pada diri kau. Lalukan perubahan cuma untuk diri kau. Kau mesti berkeyakinan penuh untuk bergerak sendiri. Kalau tiada orang menyokong engkau, kau cari aku. Aku punya banyak dorongan untuk dikongsi. Setiap kali aku berkongsi, dorongan2 itu berganda pula. Maka aku tak kehabisan.

Kalau aku boleh sembuh dari obesity, kau juga boleh!

Langkah pertama, keluar dari penafian!


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki