Blog Widget by LinkWithin
Langkah Pertama Untuk Lebih Sihat

Kita tak perlu cantik untuk hidup, tapi kita perlu sihat. Orang yang berkeyakinan diri cuma bila dia kelihatan cantik, sebenarnya bukan berkeyakinan pada dirinya, tapi pada 'tambahan' yang dia letakkan pada diri dia. Sebaliknya, jika kau cukup sihat fizikal dan mental, dan sentiasa bersyukur, kau akan sentiasa kelihatan cantik dan menawan.

Untuk mempunya keyakinan diri sejati, pertama-tamanya kita mesti menerima diri kita seadanya seperti yang Tuhan kurniakan. Kalau kita berjerawat, terimalah sebagai rahmat, kalau kita gemuk juga terima sebagai rahmat. Tapi jangan sampai hidup dalam penafian (in state of denial).

Menerima diri kita bermaksud, terima kelebihan dan kekurangannya sekaligus. Dengan menerima kenyataan inilah, yang memungkinkan kita untuk berubah. Terima tanpa sinis dan penuh ikhlas. Bukan sekadar penyedap hati.

Pesakit barah misalnya, harus menerima hakikat sakitnya, barulah dia mahu berubat untuk sembuh. Kalau dia duduk dalam penafian, dan berlakon sihat, dia tak akan mahu untuk sembuh.

Penagih dadah atau arak, langkah pertama untuk pulih ialah sedar diri mereka ketagihan. Dan itu ialah pesakit psikologi yang membawa pada kemudaratan fizikal.

Orang yang sayangkan dirinya dan bersyukur dengan hidup pendek yang dikurniakan Tuhan, mesti sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik dan lebih sihat. Apa guna kita berdoa setiap hari, minta sihat dan panjang umur, juga mohon murah rezeki untuk kita nikmati. Tetapi dalam masa yang sama, kita terus terusan merosakkan diri sendiri. Usaha, Doa dan tawakkal, itu peraturannya. Ironinya, kita lebih berusaha untuk murah rezeki. Tapi selalu lupa rezeki tak akan dirasa nikmatnya tanpa sihat. Dan sihat ialah asbab panjang umur.

Aku pon pernah bertahun-tahun tidak sedar keadaan diri. Mungkin sudah terbiasa saja begini. Aku menerima diri aku seadanya, selesa dan yakin. Tanpa sedar, aku sebenarnya hidup dalam penafian. Menafikan diri berpenyakit dan enggan untuk berusaha menjadi sihat.

Ya! gemuk ialah penyakit.

Berani tak kau menyatakan "Ya aku gemuk, dan aku sedar itu. Aku tahu aku sedang menjahamankan diri sendiri". Setiap lebihan gram yang terkumpul menjadi racun. Umpana larva gunung berapi.. sedikit-sedikit membuak, membentuk lohong dan lorong dalam gunung, akirnya dia menguasai seluruh gunung sebelum meletus. Bagi kita, bilakah letusan tu? Bila doktor sahkan "SAKIT JANTUNG","KENCING MANIS","DARAH TINGGI".

Percayalah! aku faham apa perasannya menjadi gemuk. Mulai sekarang kau mesti pandang cuma pada diri kau. Lalukan perubahan cuma untuk diri kau. Kau mesti berkeyakinan penuh untuk bergerak sendiri. Kalau tiada orang menyokong engkau, kau cari aku. Aku punya banyak dorongan untuk dikongsi. Setiap kali aku berkongsi, dorongan2 itu berganda pula. Maka aku tak kehabisan.

Kalau aku boleh sembuh dari obesity, kau juga boleh!

Langkah pertama, keluar dari penafian!

 

0 corat coret:


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki