Blog Widget by LinkWithin
Kawan2 ku yang baik hati

Kawan 1

aku : Hello.. kat luar ke? driving?
dia : iyalah..
aku: hari ni masuk Landmark tak?
dia: Hari ni.. dah keluar dah, tak masuk lagi
aku: Esok?
dia: Esok ada.
aku: Nak kirim, SD Card 4G 2 keping, SD Card besar tau bukan kecik! dgn card reader sekali.
dia: ok! Kenapa tak beli 8G terus kan senang. Card reader buat apa?
aku: 8G my camera tak support. My laptop tak boleh bacalah 4G.
dia: ok, ok.
aku: ok, thanks, bye

Bestnya ada kaki kat Landmark. Boleh kirim2. Dah la home delivery, dah dapat barang pegi pulak minum kat mamak of coursela dia belanja hehe



Kawan 2

aku: Tadi I pergi kedai camera, tak ada waterproof casing yang macam you punya. Casing dia nak buka tutup macam skru, lecehnya. Mahal pulak tu, dekat 200.
dia: Oh.. I tau tu, memang susah. My brother pon ada satu macam tu. Susah maintenance. Tak bagus la yang macam tu.
aku: Tu la, nak cari yang macam you punya, tak ada pulak. Dulu you beli kat Lelong(lelong.com) kan? Tak sempat la pulak nak beli kat Lelong, weekend ni dah nak pergi.
dia: Nak pinjam ke? hehehe
aku: Hehehehe
dia : Cakap saja lah nak pinjam, besok I bawak
aku: Hehehehe, thanks.. bagus betul kawan aku ni

p/s: kawan 1 = chong; kawan 2 = chen

Certot Eksperimen : Siapa salah pakai tudung?

Dari kisah benar yang ditokok tambah sesedap rasa :)

Gedot terjaga. sejuk lantai marmar surau Al-Fallah sangat2 menyamankan. Gedot depangkan tangan. sepuluh jari diregang seregang2nya kemudian menggenggam. Gedot bengkokkan siku hingga genggaman bertemu separas dada. Arghh.. gedot pusinkan badan ke kanan dan kekiri, melonggarkan otot-otot pinggang.

Gedot gerakkan ogy. "Gy......." mahu tak mahu saja gedot seru mana ogy. Tidak boleh panggil kuat2. Mereka dalam operasi bawah tanah, tidak boleh sampai ketahuan. Manalah tau Che Din sedang baca tafsir Quran di tingkat bawah surau. Ogy berkalih tapi tak ada tanda nak buka mata. Roh ogy berjalan jauh agaknya hari ni. Balik kampung mungkin. Maklumlah, di kampung sekarang musim durian luruh. 3 kali tukar bas baru tiba kampung, nak balik semula ke sekolah jadi 6 kali tukar bas. Adakah roh juga naik bas? Entah-entah Ogy sudah sampai exit tol Port Dickson, menyusur jalan lama ke Lukut. Di situlah, menurut Ogy, durian Udang Merah gred D24 paling sedap sedunia. Ya tak ya saja Ogy ni, bila masa pulak dia keliling dunia? Kata Ogy lagi dia impikan suami yang sama hobi dengan dia, suka makan durian! Bagi Ogy suasana paling romantik ialah makan durian di gerai2 durian tepi jalan. Romantik bercampur akustik. Ah, Ogy kalau cerita tentang durian saja boleh ngences dan terbawa2 mimpi.

Gedot gosok2 mata macam anak kucing. Ruas jari gedot macam bayi, pendek padat. Empuk kalau disalam. Gedot panjangkan tangan kanan, meraba-raba tudung yang tertebar macam roti canai kedai mamak. Antara sedar dan tidak, Gedot capai tudung dan terus dipakainya. Kenapa rasa pelik sikit tudung ni, macam tak terletak dimuka. Gedot biar saja tepi tudung tidak berlipat. Hari panas, tudung ini pon ibarat pelindung matahari jua. Gedot turun tangga tinggalkan ogy. Biar Ogy tidur puas-puas, kalau dia sedang mimpi makan durian, biar dia makan puas2. Tak ada apa yang nak ditakutkan seorangan di surau tu. Sekarang jam 3 petang bukan 3 pagi. Lagi pon hantu setan mana nak masuk surau. kalau ada pon semua tengah sibuk bergayut dipelupuk mata ogy, tu yang ogy tak mau sedar2 tu.

Gedot singgah bilik air, basahkan muka, kemudian membetulkan tudung dicermin besar. Gedot tepuk2 pipi sebelah kanan yang merah. Itulah, kalau tidur mengiring berbantalkan sejadah dilipat lapan. Ah.. tak apalah, comel juga fikir Gedot, ala2 macam Chibi Maruko Chan. Gedot menyeringai dan memuncung, berulang2 kali sehingga longgar otot2 muka. Tak adalah nampak sangat macam orang bangun tidur. Selepas puas hati, Gedot pon mendapatkan kasut hitamnya. Lenggang2 Gedot jalan dalam baju seragam pengawas, baju kurung ungu dan tudung putih bernila ujala. Angin tak berapa kuat haritu, tapi matahari panas macam biasa. Gedot toleh sekali, tak ada siapa di ruangan sembahyang lelaki. Sekarang ialah waktu belajar petang.

......................

Gedot!!!!!!!!!!!!!! Melantun suata nyaring Ogy didedengang telinga Gedot. Gedot nampak Ogy baru selangkah masuk kelas. Serius habis! Alamak, Ogy marah sebab ditinggal ke? Gedot! Ogy tepuk meja gedot. Gedot anggkat muka, belum sempat mata Gedot sampai ke muka Ogy, matanya melintas sesuatu yang terpin di tudung Ogy. "MUSLIHA". Terus keluar dari mulut Gedot, "Eh! Kenapa kau pakai name tag aku?"

Lagi Pesta Buku (Popular)


POPULAR
PAMERAN BUKU
GIANT TAMPOI (NEW WING), RUANG LEGAR
2.6.09 - 14.6.09
10am - 10pm


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki