Blog Widget by LinkWithin
hujung mingu yang panjang - cuti 4 hari daaa.. dan aku masih orang kampung

hari pertama puasa

buka puasa sederhana. ketika aku kocoh-kocoh menyarung telekung, kedengaran azan isyak dari surau di baruh. emak menunggu di luar, sambil makan kurma. bising mulut emak, khuatir tak sempat nak solat sunat rawatib. aku lekas-lekas mengambil kunci motor dari tangan emak, sorong tolak motor, hidupkan enjin dan sedia menanti emak. Effa, sibuk melompat-lompat dan melambai-lambai macamlah kami nak pergi explore race. aku labuhkan kain dan telekung supaya menutup apa yang patut. Emak duduk mengiring selesa (kedua-dua kaki sebelah kiri). Dalam ragu-ragu dapat juga aku mendaki bukit naik ke jalan depan rumah kami.gelap dan curam. Tak dapat ingat bila kali terakhir aku menunggang motorsikal apalagi membonceng emak seperti ini. Dalam gelap, berkibar-kibar telekung aku dan mak. Kalau orang bandar jakun tentu dia ingat hantu macam dalam cerita susuk. Aku pula tak reti nak bawak motor perlahan. lepas gian...hahaha. Tak sampai lima minit, kami sampai ke kelab ekslusif emak - surau. Motor aku lajakkan ke belakang, terus di depan pintu jemaah perempuan. Aku turun motor dengan bergaya. Kain batik di balik kain telekung sikit pon tak londeh. LULUS! alhamdulillah.. aku masih orang kampung hahaha


hari kedua puasa

kira-kira jam lima petang. kak ani dah mula sibuk membuka bunga silat di dapur.

"nak masak apa?"
"tu ha, kelapa tu parutkan!" dia tak menjawab sebaliknya memberi perintah.

aku jengukkan kepala. mesin parut mak betul-betul di sebelah pintu. sebiji kelapa terletak atas mesin parut. aku pegang. hmm.. masih bulat lagi. aku tak dapat ingat bila kali terakhir aku menetak kepala ehh kelapa. aku ambil pisau daging di atas rak. kelapa di tangan kanan, pisau ditangan kiri.maaf, aku kidal. aku berdiri di atas simen, sempadan bangsal dan tanah.

tukkk... belakang pisau bertemu tempurung kelapa. melantun.
tukkk... tukk.. tuk.. tukkk ..melantun lagi. aku agak ragu-ragu jadi terlalu berhati-hati menetak.
tukkk.... krakkk... ah.. dah retak sikit. aku senyum sendiri.
biji kelapa aku pusing pusingkan dengan sebelah tangan. macam pro!
tukk... air kelapa meleleh ikut celah jari..
tukkkk.. makin banyak air yang keluar.. sedapnya!!! patutnya aku sediakan jag untuk tadah air ni.. ah.. tadah dengan mulut saja. opsss... puasalah.. alahai.. puasa-puasa gini, air kelapa tua pun nampak sedap.
bila air kurang menitik, aku bawa kelapa ke sinki, dengan pisau yang sama, aku kopakkan kelapa terbelah jadi dua. Ah.. LULUS! alhamdulillah.. aku masih orang kampung hahaha

Selamat Datang Ramadhan


MARI DEKAT DENGANKU. AKU MAHU PELUKMU. RINDU. AKU MAHU KECAPI SETIAP SAAT. PANGGIL BILA AKU JAUH. KEJUT BILA AKU LALAI. JANGAN BIAR AKU LEPAS LEKA. JANGAN PERGI CEPAT-CEPAT. NANTI AKU RINDU LAGI

Selamat hari lahir ke berapa ya?

Tahun lepas pagi-pagi lagi Dr Ct talifon, ingatkan supaya jangan lupa ucapkan 'Selamat Hari Lahir' pada Dr Rose.

Tahun ni aku lupa lagi.. hehehe.. tapi kali ni dia sendiri yang ingatkan :p

dr rose
09/06/07
10:08AM
U lupa birthday I semalam! Merajuk tau!....


"Sorrylah dr, semalam saya I pergi oversea hehehe"... baikk punya alasan ...
pergi oversea ke? setengah hari dah balik huhuhu

Selamat Hari Lahir ke4?
Semoga bahagia selalu, terus ceria dan terus berjaya.
Semoga main beriman, makin solehah dan sihat sejahtera.
Doa istimewa: Semoga ada rezeki menunaikan haji tahun ini!

cakap-cakap bahasa asing

Bila kau kerja so called international company, orang kata mesti lancar berbahasa Inggeris. Sebenarnya mereka salah (kecuali kau dalam bidang pemasaran). Sebenarnya kau lebih perlu skill mendengar dan mengenalpasti perkataan-perkataan yang keluar dari mulut-mulut orang-orang original/internasional. [50% efford aku semasa mesyuarat ialah memahamkan perkataan, kemudian barulah cerna isi]

Sebagaimana kau sabar mendengar sebutan mereka yang pelik-pelik dan pelat-pelat tu, begitu juga mereka akan sabar mendengar kau sebut ..aa..aa..

Kami ada seorang staff, yang kalau kau dengar dia cakap inggeris pun kau dengar macam cakap tamil. Dia meletakkan jawatan dengan alasan mahu balik kampung (India). Tetapi rupa-rupanya dia sekarang berkerja di US.

Jadi adik-adik, jangan rasa malu dan rendah diri kalau tak lancar bebahasa Inggeris. Namun, pastikan sentiasa majukan diri. Yang kita patut rasa malu patut jika kita tak menghormati bahasa sendiri.

Epal Fuji yang manis

Selesai makan, aku dan mala menyinggah di pasaraya UntungOrangramai. Aku bukan peminat epal tapi entah kenapa aku tiba-tiba terluir melihat epal fuji yang berloggok di atas para. Aku pegang. Agak sejuk. Sebiji epal fuji, RM 1.60.

Epal fuji pada tangan kanan, pisau kecil pada tangan kiri. Jadinya aku menyuap dengan tangan kiri. Tentu emak marah kalau lihat aku begitu. Aku tak pandai memotong dengan tangan kanan dan terlalu malas untuk memindahkan potongan epal dari tangan kiri ke tangan kanan. Potong dan gunakan pisau menyudu epal ke mulut.

Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Perkara yang aku tangguhkan sejak dari pagi tadi. Kononnya mahu menanti waktu yang paling ideal. Aku pandang jam pada skrin komputer. Alamak! 2.15 dah. Hmmm.. aku terlewat, Yanti sudah pun berlepas ke Jepun, tak sempat pun nak mengucapkan selamat jalan.

Hmmm... patutlah aku tiba-tiba teringin makan epal fuji.

Terpinggir di tanah air sendiri

Melihat upacara sambutan besar-besaran ulangtahun kemerdekaan negara ke-50 di televisyen, aku rasa terpinggir. Apakah sambutan ini untuk warganegara Malaysia atau untuk warga beberapa parti sahaja? Habis mana letak duduknya aku yang tak berparti ini?

Okey... aku faham apa propaganda maksud yang mahu disampaikan. Malaya dimerdekanakan oleh 'mereka'. Merekalah pejuang sebenar kemerdekaan. Harus kita bersyukur pada mereka kerana memerdekakan kita, memberi kita keamanan dan kesenangan hingga hari ini. Jangan kita berani menderhaka. Susah kalau negara kita dijajah kembali seperti dulu. Pilihanraya sudah dekat

Keterlaluankah kalau aku katakan, sambutan kemerdekaan besar-besaran ini adalah sebenarnya kempen pilihanraya terbesar yang pernah diadakan? kalau berbanding dari segi impak dan volume penonton, ini mungkin kempen termurah sebab ia di jayakan penuh gilang gemilang dengan duit rakyat kerajaan.


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki