Selesai makan, aku dan mala menyinggah di pasaraya UntungOrangramai. Aku bukan peminat epal tapi entah kenapa aku tiba-tiba terluir melihat epal fuji yang berloggok di atas para. Aku pegang. Agak sejuk. Sebiji epal fuji, RM 1.60.
Epal fuji pada tangan kanan, pisau kecil pada tangan kiri. Jadinya aku menyuap dengan tangan kiri. Tentu emak marah kalau lihat aku begitu. Aku tak pandai memotong dengan tangan kanan dan terlalu malas untuk memindahkan potongan epal dari tangan kiri ke tangan kanan. Potong dan gunakan pisau menyudu epal ke mulut.
Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Perkara yang aku tangguhkan sejak dari pagi tadi. Kononnya mahu menanti waktu yang paling ideal. Aku pandang jam pada skrin komputer. Alamak! 2.15 dah. Hmmm.. aku terlewat, Yanti sudah pun berlepas ke Jepun, tak sempat pun nak mengucapkan selamat jalan.
Hmmm... patutlah aku tiba-tiba teringin makan epal fuji.
This entry was posted on 2:13 AM
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
1 corat coret:
eh..aku tak jumpa pon epal fuji kat sana...
aku jumpa mangga sedap...montel, isi die mantap...aku jumpa tembikai...bapak segala tembikai..kekekeke..
org jepun bagitau kat Kumamoti pusat penghasilan tembikai n padi..padan la sepanjang jln aku nampak pokok padi..tapi di tanam dgn kemas dan teratur...pokok padi betul2 tepi jln...mmg diorg menggunakan tanah sepenuhnya..maklum la kawasan gunung takleh pakai tanah, takut volcano...
nnt la lain kali citer lagi..pose ni, terliur plak terigt mangga n tembikai..:D
Post a Comment