Blog Widget by LinkWithin
TOL the Movie!


Kerajaan hari ini mengumumkan kadar tol di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan dinaikkan akan dinaikkan antara 0.68 sen dan 50 sen.

Bukan, bukan hari ini, itu berita semalam. Berita hari ni lain, berita hari ni kata kerajaan tarik balik keputusan kenaikan tol. Aduh.. beruntung kita punya kerajaan yang mengerti masalah rakyat. Dan kerajaan kita sentiasa mahu mendengar suara rakyat. Rakyat kata tak mahu! tak mahu! mereka pun batalkan. :). Sekalung tahniah aku ucapkan pada kerajaan Malaysia.

Dan bila berita sebutkan, KERAJAAN HARI INI MELULUSKAN, siapakah dalam kerajaan itu? bunian kah? Semalam kerajaan luluskan, hari ni pulak.. beratur menteri dari yang bapak sampai ke anak, buat muka sesal. Oh.. ini tak patut berlaku, ini tak selaras dengan rancangan ransangan ekomoni waktu kemelesetan. Oh.. itu, Oh..ini. Errr yang umumkan semalam tu kerajaan Venezuela kot. Kira diaorg ni selamatkan kitalah ni.

Okey, benarlah kata Dato Dr Fadhilah Kamsah, orang yang lahir awal Nov memang ada daya firasat tinggi :D. Memang aku dah jangka semuanya, cuma meleset sikit dari segi masa. Aku sangkakan, seawalnya Mac nanti. Bila hari persidangan Agong Umno mendekat. Atau paling lambat April, bila kempen pilihanraya kecil Perak berlangsung. Tapi meleset betul sangkaan aku. Semalam umum hari ni dah tarik balik :)

Sapa lah tulis storyline dgn skrip yang hampeh ni. Pelakon pulak lebih kayu dari Yusri KRU. Kalau buat cerita mcmni, David Teo pun boleh bankrupt. Ramai orang taubat terus tak nak masuk panggung!

 

7 corat coret:

Anonymous said...

AWa....aku ingat ada movie baru baru tadi...ceh tertipu aku!!!!

Persoalan yg sama dlm pala hotak aku ni dari dulu....KERAJAAN tu sapa????

Anonymous said...

KERAJAAN boneka ayah LAH yang lebih hebat dari KERAJAAN langit ayah PIN. hehehehhe...

Qimy said...

hikhikhik..x tahan ngan statement yati tu..

sitinurulhawa said...

Teja.. dunia ini ibarat pentas, dan kita adalah pelakonnya cheewaaahh!!

Dalam konteks ni, kerajaan ialah sekumpulan orang yang duduk disebelah kanan yang dipertua dewan rakyat dalam dewan rakyat. Sekumpulan lagi yang dok belah kiri, disebut pembangkang.

Yati n Qim.. kalau kerajaan pak lah puppet (seluruh kabinet dan MP?) sapa puppeteer nya ya?

yantie said...

aku gelak terkehkehkehkeh semlm..apa punya lawak la...

masa kabinet setuju tol naik tu Pak Lah lelap ke?..pahtu baru sedar..."eh naik ke?..sian rakyat, kena kaji semula ni.."

ala biasa la ni, nak pilihanraya kan..create an issue..then they solve it, so they are hero rakyat!!!

sitinurulhawa said...

yan, diaorg ni tak de strategic thingking. buat keputusan tak de research agaknya. asik2 buat statement pastu tarik balik.

tp kan hal tol naik ni, tak yah buat research pon kita boleh agak reaksi rakyat camne. saje je diaorg tu nak bermanja2 mintak perhatian hehe

yantie said...

diorg tak tau research tu mende kot..bak kata Hisham tukartiub "free ke? Ada jual kat jusco tak?"...kekekke


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki