Blog Widget by LinkWithin
Muhammad SAW; insan teladan sepanjang zaman

Kebetulan pulak kita menyambut Rabiul Awwal sekarang. Cantik betul timing hehe.

Dari tajuk pun kita dah tahu, buku ni, buku sirah Rasulullah. Tapi ini bukan sirah yang kita biasa baca. Tak ada cerita tentang gajah Abrahah, nazar Abdul Mutallib, anak panah Abdullah, mimpi Siti Aminah dan cerita2 lazim kita dapat tiap kali baca buku sirah nabi, atau dengar ceramah sepanjang Rabuil Awwal.

Buku ini tentang "KISAH HIDUP NABI SERTA PEPERANGAN DIZAMANNYA". Bagi yang tertanya-tanya bagaimana pandangan dan sikap Islam terhadap peperangan, inilah buku yang sesuai dibaca. Bukan saja kisah, tetapi kisahnya diulas dengan terperinci menjadikan buku ini tebal dan padat. Sebab tu dah sebulan aku ulit buku ni, tapi tak khatam2 lagi.

Aku kira buku ini sebenarnya buku politik (sila lihat politik sebagai subjek dan cabang ilmu, kalau kau masih jumud, nyah kau dari sini!). Inilah kisah politik Nabi. Kenapa penulis memilih subjek perang? Mungkin kerana ketika perang lah keadaan politik paling kritikal bagi sesebuah negara. Dan siapakah yang paling wajar kita contohi kalau bukan Nabi Muhammad? Perbuatan Nabi Muhammad ialah sya'ariat. Apa kau rasa kita tak mungkin berperang lagi? Ya, mudah-mudahan, aku juga sangat harap begitu. Tapi tak bermakna ajaran Nabi tidak lagi relevan. Masih sangat relevan dalam banyak situasi. Ada perang ada damai, buku ini ada kedua-duanya :)

Pun begitu, tidak semua perang dicatat dalam buku ini. Antara perang yang dibincangkan ialah Perang Ahzab/Khandaq, Perang Khaibar, Perang Muktah, Perang Hunain. Selain itu, ada juga cerita tentang damai iaitu Perjanjian Hudaibiah, pembukaan kota Mekah, Strategi dakwah Nabi dengan menghantar duta dan surat2 Nabi untuk pemimpin kerajaan2 luar.

Dua dari perang diatas, iaitu Perang Khaibar dan Perang Muktah. Ialah peperangan antara tentera Muslimin dengan bangsa Yahudi kerana mereka meludah perjanjian yang telah dipersetujui. (Sinis sekali. Cuba kau ingat berapa kali Israel meludah perjanjian damai Pelstine? Yang terbaru, dia terus membedil Gaza padahal persetujuan gencatan senjata baru beberapa jam disetujui. Semoga Allah melaknat mereka)



.........................Sedikit tentang penulis................................

Aku telah tahu lama dulu, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat ialah seorang penulis aktif dan disegani. Prof Emeritus Sasterawan Negara Shahnon Ahmad sangat mengagumi karya Nik Aziz sampai kan ada satu ruang khusus dirumahnya yang menempatkan koleksi karya Nik Aziz dan diberi mana "Pustaka Tok Guru". Agak memalukan bagi diri aku, inilah pertama kali aku membaca buku karangan beliau. Sekiranya semua ahli party pimpinan beliau membaca dan menghayati ilmu yang beliau kongsikan, PAS akan sekuat HAMAS di Gaza.

Mengimbau 1998. Ketika orang Malaysia mula ghairah ke caramah-ceramah politik, aku pon selit2 juga mengikut abang-abang aku. Sajalah nak tahu apa yang dikecohkan dan bagaimana rupanya ceramah politik sampai polis tak kering tangan. Tapi malam tu aku balik dengan sedikit keliru, adalah aku telah pergi ke ceramah politik atau kuliah tafsir? Penceramahnya tak lain tak bukan ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Malam itu beliau kuliahkan 7 ayat surah Al-Fatihah. Tak ada langsung cerita politik. Sebut nama Anwar pon tak. Pelik aku.

Aku lihat dia sebagai tokoh dan orang berilmu. Kalau kau mahu baca buku dia, harus kau akui itu walaupun pandangan politik kau tak sehaluan. Sebab kita mahu keberkatan dalam menimba ilmu. Dan yang menyampai ilmu adalah guru. Sekian

 

5 corat coret:

dhan said...

memang awa... bagi aku walau apapun fahaman politik yg kita pegang... tp sekiranya apa yg dibawa itu memberi faedah dan kebaikan ia wajar diteladani...

yantie said...

Nabi Muhammad SAW cth bagi segala cara hidup..baginda seorg genius...aku tak abih lg baca pasal genius Muhammad SAW..

ps:/ dulu pernah sekali aku baca tazkirah petikan dr buku Tn Guru Nik Aziz, ada yg kata aku PAS...konfius, aku just nak kongsi ilmu tp dipandang serong...mana ada pemimpin yg sudi kongsi pasal persediaan mati?..mujur lah ada Tn Guru

sitinurulhawa said...

dhan, org malaysia ni terlalu emosional. tp org PAS pon tak ramai yg baca buku Nik Aziz ni. pokok pangkalnya mmg tak suka membaca hehe

yan, org mcm tu berfikiran sempit.

btw, Nabi Muhammad tak mengamalkan politik bangsa atau suku. Dalam Perang Khandaq, Salman Al-Farisi (org Parsi/Iran) adalah tokoh penting. Kemudian, orang2 Yahudi pon diterima tinggal diMadinah (asalya mereka pelarian) dengan perjanjian. Keselamatan mereka terjamin, mereka dapat tanah dan dilindungi oleh kerajaan Islam Madinah. Mereka diperangi kemudiannya bukan sebab mereka Yahudi, tapi sebab mereka khianat.

kita ni nama je dah jadi muslim sejak lahir, tp tak sudah2 racist

Anonymous said...

cik awa, aku pun dah beli buku tu. bulan lepas. cara penyampaian dia menarik. tp sampai la ni x abis2 lagi...
masa aku baca tu, rasa cam nak harapkan pemimpin skrg ada sifat Muhammad SAW, jgn harap.. ntah2 citer pasal perang2 ni pun dia org tak tahu.
Thankx to Tn guru sbb berjaya membukukan hasil yg tak ternilai dgn harapan generasi skrg lebih memahami Muhammad SAW

sitinurulhawa said...

adalah bid, tu penulis yg ko baca tu. aku harap adalah pelapis yg mcm dia gak. berilmu dan memberi ilmu :)


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki