Blog Widget by LinkWithin
Bunuh membunuh

Ada banyak hal aku nak kongsikan di blog ni. Kewujudan blog ni sebagai tanda aku masih hidup dan bertindakbalas dengan persekitaran :)

Malam tadi, aku tiba rumah jam 8.15 malam. Seluruh taman gelap gelita. Aku dan Alin keluar semula dan pulang jam 10.30, tapi masih gelap gelita. Jam 11.15 barulah letrik menjalar semula. TV di bawah terpasang dengan sendiri. Aku pun turun, tonton TV sekejap. Jam 12, basuh cawan2 yang tersisa dalam singki. Kemudian, telinga aku menangkap nama "Mohd Ali Rustam" di sebut. Kemudian nama "Khairi Jamaludin" dan "Khair Toyo". Aku teringat tentang desas desus pertuduhan politik wang yang aku baca siangnya di blog Zulkifli Nordin.

Aku menonton TV kembali. Persoalan yang ditimbulkan wartawan: Kedua-dua Ali Rustam dan KJ membuat kesalahan yang sama - politik wang. Tetapi mengapa Ali Rustam digugurkan kelayakan untuk bertanding di perhimpunan agong UMNO akan datang, sedangkan KJ cuma diberi amaran?

Apa yang tersirat dikepala kau (jawapan soalan tu), sama dengan apa yang tersirat dikepala aku :)

Tapi encik terhormat yang menjawab soalan tu lebih bijak, dia beri 1 perumpamaan. Ringkasnya begini:
"Kalau ada dua kes pembunuhan, 1 kes, dia tikam sekali, 1 kes lagi dia tikam 20 kali secara kejam, takkanlah hukumannya tak sama. Tak kan tikam sekali dan tikam 20 kali nak hukum sama?"

errkkk... ayoyo.. ini olang tua sudah nyanyok ka? kalau membunuh, 1 kali tikam ka, 20 kali tikam ka, bom ka, kalau sabit kesalahan tetap gantung juga dia punya hukum. Kalau ini macam punya perlaksanaan hukum, masalah rasuah (politik wang konon! rasuah lah!) dalam UMNO sampai kiamat pon tak selesai. Kalau ya pon, bagi la contoh perbandingan kesalahan orang curi durian jiran yang jatuh kat laman dia dengan orang pecah rumah.

Kebetulan pulak, malam tadi aku bacaan aku sampai di bab "Golf" dan "RM1, Tak Mengapa" dalam buku Travelog Dakwah. Penulis ceritakan tentang tabiat kaki2 golf yang suka bertaruh. Walaupun cuma seringgit selubang, judi tetap judi, haram tetap haram, dosa tetap dosa.

Dan pagi tadi, melalui radio, aku dengar yang Pak Lah sekarang berada di Jakarta.
Dalam kepala aku.. "Oh, patut la.. kesian menantu babah"
Adakah apa yang tersirat dikepala AKU, sama dengan apa yang tersirat dikepala KAU? :)

 

10 corat coret:

Qimy said...

setakat ni sama la kot hikhikhik..

KESIAN....

Marriatyi Morsin said...

aku tau berite ni masa somi aku blk keje smlm...dia bc dlm oskabar cine...pastu gi mkn mlm dlm brite tb pon mentioned perkara yg sama...pastu somi balik, dia pi bc dlm internet pasal ni (dlm bhs cine gaks)...
aku cuma komen...politik kini wang..politik kini xsama mcm poiltik org dulu3...skrg cuma mau pangkat dan kuasa..

Anonymous said...

aku benci politik malaysia...ntah aper2

Bb Hussain said...

emm..aku pun semalam tgk berita tu..kelakar gak dengar kes tikam menikam tu..apa la yg difikirkan pun aku tak tau..teringat pulak aku ajar Moral studies kat students WOU. Kalau dia merasuah RM50 ke RM500 ker..ia tetap dikira tidak bermoral. emm..nampaknya org tua tu kena kena masuk kelas aku ni..hahahah..

sitinurulhawa said...

qim: tunggu je lah babah balik :)

mayti & mai: benci pon, tak boleh nak buat apa2 kecuali yg kita zahirkan kat peti undi. benci pon, ini lah corak sejarah negara kita :)

bb: pok cik tu gabra kot. hehe. WOU tu kelas apa? pok cik tu bukan calang2 org tu. Kalau betul2 diaorg ni benteras rasuah dalam UMNO ni, aku tertanya2 siapalah yang tinggal untuk layak bertanding. Ini, semua org dari pucuk sampai akar umbi semua tau. Orang luar cam kita pon tau.

Anonymous said...

Awa : aku x tau nak komen apa....

Aku x minat politik...sakit kepala aku....baik aku layan masak kat dapur...he he he....

dhan said...

awa: akupun same cam ko.. kengkadang org camtuh yg pecah belahkan parti.. bukan setakat kita sbg pengundi je xske.. tp org dlman pun menci sbb dia xbyk duit nk bg duit... :p

Bb Hussain said...

awa..WOU tu Wawasan Open Uni..aku part time tutor kat situ..heheh

sitinurulhawa said...

teja: ko tu sakit sebab lain tu, bukan sebab manusia2 pelik dlm politik ni kan? haha

dhan: semua org tau 'kisahnya', siapa 'pengarahnya' siapa 'penulis skriptnya' siapa 'protagonis' dan siapa'antagonis'

Haikaliium said...

hmm...klu dah sarkas mmg mcm tu..sume nk kena ada upah..bru sarkas blh jln...heheheh...
masalah politik wang dlm UMNO nie dh peringkat kanser kronik...dari pucuk pimpinan smpai ke bahagian...
even org UMNO sendiri dh admit perkara nie rujuk http://www.asyrafwajdi.com/blog/?p=58
For me, we have to do something, negara kita adalah tanggungjawab kita. Perjuangan politik sekarang bukan lagi perjuangan politik biasa tapi perjuangan amar makruf nahi munkar...


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki