Blog Widget by LinkWithin
Rindu Andalusia

Aku kemaruk novel sejarah. Sama ada novel sejarah dengan watak yang sebenar seperti Siri novel Sejarah Islam karangan Abdul Latip Talib atau novel yang berlatarbelakangkan tempat dan zaman tercatatnya sesuatu sejarah.

Tajuknya, 'Rindu Andalusia' saja cukup untuk menarik minat aku memilih buku ini antara buku2 lain dirak. Ringkasan pada kulit hadapan tertulis
'Meyingkap penindasan sebuah keluarga muslim di granada setelah empayar muslim runtuh. Porak peranda. Hancur tidak berbentuk..'

TERSENTAP!.. mulanya aku sangakakan ini tentu cerita tentang zaman kegemilangan Islam di Andalusia. Rupa2nya kisah zaman kejatuhan. Manusia memang lebih suka mengingat hal2 yang manis. Berapa ramaikah antara kita yang tahu sejarah pahit manis bangun jatuhnya Islam? Kita tahu Islam pernah gemilang, Islam menaung 1/3 dunia. Tetapi kita(akulah tu) tak begitu ambil tahu perit dan payahnya semasa membangun apalagi semasa meruntuh.

Kemaskini:
Sebelum ini aku baca Tariq bin Ziyad - Di Andalusia (Sepanyol) - Syahid atau menang. Itulah awal Islam datang ke Andalusia. Dan buku ini adalah saat akhir Islam tumbang.

Kisah Rindu Andalusia bermula dengan Boabdil el Chico 'menggadai' rakyatnya dan kunci2 kota AlHamra melalui perjanjian terbuka dan rahsia dengan raja dan ratu Katholik. Raja dan pemimpin berpindah dengan selamat manakala rakyat ditinggal kekeliruan. Dengan itu bermulalah kerumitan dan penderitaan umat Islam Granada. Bermula dengan perampasan masjid, pembakaran kitab hinggalah pemaksaan menganuti Agama Kristian yang akhirnya menjadikan amalam Islam bahkan bercakap dalam bahasa arab pun adalah satu jenayah! Seolah2 lahir sebagai seorang Arab adalah satu dosa! Tragedi demi tragedi dari pembakaran kitab hingga ke pembakaran manusia hidup2 sebagai hukuman. Sesungguhnya iman menuntut bayaran yang mahal sekali waktu itu. Ramai yang bertahan, ramai juga yang kecundang.

Ceritanya sekitar kehidupan keluarga Abu Jaafar;Ummu Jaafar, Ummu Hassan, Saleemah, Hassan. Kisah keluarga itu berkembang dengan kehadiran Abu Mansour, Naeem, Said dan Mariama. Kisah pertemuan, perpisahan, percintaan dan perjuangan. Kisah2 meruntun jiwa, mereka menduakan muka. Mereka menyembunyikan iman, bahasa, budaya malah kitab-kitab untuk 'kebenaran' terus hidup dikampung sendiri. Malah mereka rela dibabtiskan, bertukar nama dan mengunjugni gereja saban minggu. Bermacam2 perasaan timbul ketika kembara buku ini. Kadang cemas, kadang suka, kadang geram, kadang gelihati, kadang sedih, kadang hairan, kadang kecewa.

Buku ini berakhir dengan tragedi. Bukankah tragedi 'runtuhnya' Islam masih berlangsung hingga sekarang?

Buku ini adalah terjemahan versi Bahasa Indonesia. Pengarangnya ialah Radwa Ashour, seorang profesor kesusasteraan Inggeris di Mesir. Membacanya perlu sedikit sabar, keterangan suasana terutama rekabentuk bangunannya agak terperinci. Oleh kerana ia asing bagi kita jadi susah sedikit untuk dibayangkan. Bertuah aku kerana Jawaku, maka perkataan2 seperti bocah, jagal,sabuk,sumpek tidak janggal bagi aku. Namun banyak juga perkataan yang asing. Makanya sila rujuk pada glosari dimuka2 penghabisan. Mudah-mudahan kesabaran engkau berhasil dan mudah2an engkau akan dapati kesabaran itu sangat berbaloi.


 

9 corat coret:

Qimy said...

perlu utk kita baca kan..baru tau hidup ni x semuanya suka. aku nak try baca satu hari nanti. mari kita tgk buku mana yg kenaaa!

Marriatyi Morsin said...

jom qim kita membaca...
awa betul la kita lebih suka ingat perkara yg kita suka shj. (aku la tu)

Haikaliium said...

Jom kita pakat baca sama2. Sgt perlu utk kita kenalpasti kesilapan kita & bangkit semula. Mgkin kita cuma blh main peranan yg sgt kecil utk bina semula tamudun Islam, tp mgkin itulah bekalan yg berguna utk kita di akhirat nnti.

sitinurulhawa said...

Sebelum ini aku baca Tariq bin Ziyad - Di Andalusia (Sepanyol) - Syahid atau menang. Itulah awal Islam datang ke Andalusia. Dan buku ini adalah saat akhir Islam tumbang.

http://limatahun.blogspot.com/2008/10/tariq-bin-ziyad-syahid-atau-menang.html

sitinurulhawa said...

kawan-kawan.. jommmmmmmmmmmmmmmmm!!!!!!!!!! ;)

che din, aku harap usaha kecil aku kongsikan buku2 kat sini memberi manfaat pada kawan2 dan sesiapa lah yg baca blog ni

mamajannah said...

salam,
wa..
nak share..overview, Ini Sejarah Kita
start dari zaman kegemilangan hingga zaman kejatuhan Islam. Dan bagaimana Eropah pada awalnya zaman gelap dan Islam ketika itu sangat gemilang boleh dirampas dengan mudah. Dimanakah silapnya dan dimana kekuatan yang perlu dibina semula.
http://dakwah.info/main/index.php/ini-sejarah-kita

sitinurulhawa said...

yati, terima kasih. aku mmg tercari2 sumber lain.

dalam Rindu Andalusia. Rakyat telah digadai oleh pemerintah. Rakyat tinggal menderita sedangkan pembesar2 lari awal2 lagi

Anonymous said...

salaam. awin baru je beli buku rindu andalusia ni... walaupun terlambat berabad-abad... tengah baca... hehehe... pernah baca novel hijaab wali tak? an english islamic novel. tapi tu bukan novel sejarah ler.

sitinurulhawa said...

awin jangan risau, tak ada lambat atau lapuk dalam sastera. buku yg bagus boleh saja hidup beratus tahun dan tetap relevan ;) buku bukan seperti muzik pop atau fesyen. novel salina saja masih dicari orang. sama juga filem2 p ramlee, sinis nya masih tetap menyengat isu semasa - lama lepas dia meninggal dunia pon.

selamat membaca!


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki