Blog Widget by LinkWithin
Rindu Bau Pohon Tin


Rindu bau pohon tin, bukan ditulis asalnya untuk buku. Ia adalah koleksi entry2 di saifulislam.com yang berkaitan dengan kembara Ust Hasrizal semasa menuntut di Universiti Mu'tah Jordan. Koleksi entry2 blog yang dibukukan dipangggil orang sekarang blook; blog + book?

Oleh kerana ia adalah susunan entry2 blog, maka ceritanya bukan mengikut alur masa tetapi mengikut subjek, isu dan peristiwa. Walaubagaimana pun, susunannya kemas. Dari kisah mula2 samapainya Ust Hasrizal ke bumi Jordan/Israk/Syam. Aku tak puas sebenarnya, mesti banyak lagi kisah2 bumi Syam yang menarik dan boleh dikongsi. Pada bahagian ke-2 buku, kembara beliau ke Qatar yang diakhiri dengan ayat - Perjalanan ke tanah arab kali ini, menyembuhkan rinduku pada bau pohon tin.

Cemburunya.. Ust Hasrizal dari remaja sudah pandai menghayati ilmu dan perjuangan. 18 tahun sudah pandai menjejak ilmuan, mencari alim ulama. Aduhh.. malu pula aku, umur 18 apa ya yang aku dapat ingati? errr... waktu itu zaman kegemerlapan Siti Nurhaliza, orang selalu buat2 tersalah sebut nama aku. Duduk dirumah saja menunggu keptusan SPM. Berkeras nak bekerja tapi abah tak izin. Kemudian mula pengajian di UTM. Hidup ku hampir garis lurus.

Berada di lokasi perang Mu'tah, diapit oleh makam2 para shudada terutamanya 3 panglima yang shahid; Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah. Dan tidak sampai 100km dari Masjidil Aqsa. Memang patut sesiapa yang berada disana punya semangat juang yang penuh. Beliau sempat merasai zaman transformasi Jordan; sebelum dan selepas 'Perjanjian Damai' antara Jordan dan Israel. Diceritakan dalam bab Mimbar Jumaat Yang dikhianati. Sedikit tentang Palestine dalam Agar Kaumku beringat2.

Aku teruja sekali dengan susasana kelas diuniversiti seperti yang di ceritakan. Pensyarah selalu mencabar pelajar. Memanglah seramm.. tapi seronok pula bila dipaksa berfikir dan mengeluarkan fikiran sendiri. Aku pernah juga merasai suasana kelas macam tu, kelas Ust Hasanudin (syariah) dan Kelas ayah mayti. Pendek kata macam2 kisahlah, yang lucu, yang kecewa, yg bersemangat ada belaka.

Diingatkan, buku ini ialah himpunan enrty blog, jadi babnya pendek2. Malah terlalu pendek - sampai aku rasa tak puas membaca. Buku ini, lebih mendatangkan banyak soalan berbanding menjawab persoalan.

Aku baca buku ini 2 kali. Kali pertama, baca secara teratur dari kulit kulit, kali ke dua, baca tebuk2.

................................................
Aku hampir2 terlupa, jika bukan Mayti yang mengingatkan. Dulu2 tiap2 hari aku menunggu bas di bawah pohon tin. Bukan di Jordan, tapi di UTM skudai. Tapi tak perasan pulak daun tin berbau harum. Agaknya dah bertukar dengan bau asap kenderaan kot? hehe.
Bila cerita tentang tunngu bas, teringat pulak PM Dr Mat Noor, semoga tabah dan cepat2 sembuh!

 

6 corat coret:

LydiaRosli said...

awa...
mana satu pokok tin kat utm tuh?
nak tahu gak

Homestay Kuala Terengganu said...

Pm Md Noor mcm mana? Dah sedar ke?

sitinurulhawa said...

ekekeke.. aku tiba2 teringat mlm td, pokok tin ke pokok zaitun ek.. ala pokok2 kat tepi D05 tpt kite tgu bas dolu2

pm dr mat noor dah sedar tp masih dihospital - ini berita last week :P

yantie said...

oooo...pokok tin la tu...sbb buah die bijik kecik2 dlmnye...eh zaitun ke?...

mana nak perasan bau wangi, duk sibuk bergosip...kekekke..ye la time tu mana la kita terpikir nak menghayati kejadian sekeliling...hehhee

sitinurulhawa said...

yan dlm gossip2 pon bila nampak ke bas abg bob cepat2 kite meluru. dulu kite bnyk skill ek,

skill jalan laju (ko ingat tak? ko la eksperimen gaya jalan laju haha),
skill rebut naik bas.
skill terjaga dr tido dalam bas bila sampai rumah secara automatik.
skil meredah hujan tanpa payung, skil panjat dan turun tebing,
skil kejar bas sambil pakai bedak (shima) dan betulkan tudung,
skil jerit suruh bas tunggu

hehe good old days ;) rindu plak

Marriatyi Morsin said...

aku rasa itu mmg pokok tin. kadang3 orang panggil buah ara/fig (klu xsilap). pokok zaitun tu buahnya orang buat minyak masak tu. buah tin tumbuh hampir di pangkal pokok.


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki