Seorang kawan, terusik hatinya dengan gelaran pendatang. Isu ini menjadi-jadi. Pon bukanlah isu baru. bukan tak biasa kita dengar orang Melayu marah2 hingga keluar ayat "balik negerilah!" pada bangsa lain.
Aku secara peribadinya tak setuju dengan kedegilan Ahmad tu. Asyik2 pertahankan adat Melayu tak perlu minta maaf kalau tak salah. Dia agaknya terlupa peribahasa Melayu, ULAR MENYUSUR AKAR TAKKAN HILANG BISA. lagi2 dalam Ramadhan ni, sama2lah kita berlapang dada.
kita dah 50 tahun merdeka, tapi masih ramai yg tak boleh terima kenyataan Malaysia ni, negara berbilang bangsa. Masing2 prejudis. Bukan sebelah pihak saja tau! bila aku jumpa orang yang berlebih racistnya hingga mudah sangat mengeluarkan ayat "balik negerilah!" contohnya, aku akan tanya dia balik. Adakan dia punya kawan2 rapat dari bangsa lain? dan biasanya seperti yang aku jangka jawapannya ialah TIDAK. Kerana kalau dia punya tentu dia tak sampai hati berkata begitu.
*Lai Leng salah satu kawan aku dari bangsa lain. Kami pernah main, belajar, makan, tidur dan masak bersama2. Lai Leng suka makan sambal petai dan rendang. Dia ajar aku buat sup kuah Yong Tau Foo dan guna cucuk sanggul macam amoi2. Lai Leng penganut Kristian yang taat. Kami setuju agama perlu dalam hidup dan menolak pegangan free-thingker. Aku hormati pilihan agamanya tapi ini tidak bermaksud aku setuju dengan konsep liberalisasi agama. Bagi aku agamaku, bagi dia agamanya.
This entry was posted on 8:12 PM
and is filed under
reaksi
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
2 corat coret:
aku dah naik nyampah ngan Ahmad tu..konon2 nak jadi HERO MELAYU la tu..hampeh...
pendapat peribadi dia sampai jadi isu besar skrg...rasa marah knp dia n penyokong dia sampai koyak poster ong ka ting dan pijak2..kenapa takde rasa hormat sesama sendiri?...pelik la..cuba kalau org koyak n pijak poster dia..apa rasa?..
pok cik yg koyak poster tu, tak puasa masa tu hehehe..
Post a Comment