Blog Widget by LinkWithin
Impian Palestine

Aku naikkan balik entry ni (entry asal: 8/20/07),
Bacalah! dengan nama Tuhan, semoga kita tahu bersyukur!! Randa Ghazi, jauh lebih matang dalam menilai isu Palestine berbanding usianya ketika menulis buku ini. 15 tahun! Aku ingin sekali tahu bagaimana remaja berusia 15 tahun ini kemudiannya menghadapi tentangan dan kontroversi yg lahir selepas bukunya. Pelajar IPT kita, aku sendiri pon belum tentu dapat mengupas dan berbincang tentang isu jihad, iman, hak, patriotisme, kasih sayang dan cinta seperti yang beliau lakukan dalam buku ini. Akhirnya air mata tumpah juga


'Mereka tidak lain hanyalah tentera-tentera miskin yang memikul senjata kecil dan membawa sedikit kereta-kereta kebal untuk bertempur. cuba lihat lawan mereka, orang-orang Palestin. Mereka adalah pembunuh yang haus darah.. dengan senjata-senjata yang dilengkapi dengan teknologi tinggi berada di barisan depan pasukan pemberani. Peralatan-peralatan canggih yang proses pembuatannya begitu rumit. Apa itu? Batu?'
...................................................

'Ibumu.. mana dia sekarang?! Apakah menyenangkan bagimu kalau aku kirimkan anakku mengejarnya sambil membawa senjata di tangannya? Apakah menyenangkan bagimu anakku mengusir dari rumah dan mengancam hidupnya?!'
.....................................................

" Dan janganlah engkau sekali-kali menyangka orang yang terbunuh(yang gugur shahid) pada jalan Allah itu mati,(mereka tidak mati)bahkan mereka adalah hidup(secara istimewa) di sisi Tuhan dengan mendapat rezeki" (Ali-Imran[3:169])


AMARAN!: Jika engkau berpandangan sempit tentang cinta. Menafsir cinta seperti dalam lagu-lagu pop. Menganggapnya cumalah tuntutan emosi dan seksual. Engkau akan temui banyak watak-watak homoseksual dan cinta bersegi-segi dalam buku ini.

 

4 corat coret:

Anonymous said...

Assalamualaikum wrt..
awa...ko mmg tak berubah suka jer baca novel ilmiah..

best tengok blog ko..cantik n berInformasi..'fikiran di luar kotak'hehehe..

yantie said...

Thanks awa atas perkongsian...

Sebenarnya byk buku yg ko kongsi yg gerakkan hati aku nak beli n baca...dan mmg dah byk pon buku2 tu aku beli, BERBALOI!!!

sitinurulhawa said...

yati yg mane ni ek? lama dah komen ni, tak perasan plak.

sitinurulhawa said...

sama-sama yan,

kegembiraan kalau dikongsi baru bermakna. buku pon sama ;)


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki