Blog Widget by LinkWithin
Cabaran 1515

Pemandu lelaki selalu memandang rendah pada pemandu perempuan. Begitu juga pembaca lelaki (walaupun ramai lelaki tak suka membaca haha). Mereka selalu menganggap perempuan cuma suka baca novel. Dan novel maksudnya cerita-cerita yang tiada maksud apa-apa kecuali emosi. Ya, dalam cerita tentu ada pengajaran, tapi mungkin mereka rasa novel tak cukup ilmiah.

Novel biasa dikategorikan kepada dua kumpulan besar. Novel pop dan novel sastera. Pembaca novel sastera sangat kurang sebab ramai orang tak faham tentang sastera. Aku ingin tuliskan tentang ini bila kesempatan.

Ayat-ayat sinis seperti, "Kau ni, apalah... asyik-asyik baca novel" atau "Aku tak baca buku-buku macam kau baca" atau "Kau baca.. buku apaaaa...." biasa dah aku dengar.

Ini termasuklah dari kawan-kawan rapat macam Wak Leh, Yadi, Azlan dan juga Fresh. Aku pernah berbincang dengan Azlan tentang ini. Akhirnya dia setuju dengan aku. Pembaca ada banyak jenis. Bukan semua orang boleh faham semua buku. Dan setiap pembaca ada kecenderungan masing-masing yang perlu kita hormati. Tetapi ya, aku suka galakkan kawan-kawan mengenal sastera. Dan aku bukan hanya membaca novel, tapi novel sasteralah yang aku gilai.

Lelaki-lelaki yang tak pernah ke rak 'Novel Melayu' ni lupa, betapa belum ada seorang pon perempuan pernah menang gelaran Sasterawan Negara. Apakah Prof Emeritus Shahnon Ahmad, Arenawati, Keris Mas, A Samad Said, Abdullah Hussien, Usman Awang tergamak untuk menghasilkan novel tak berilmiah?

Makanya, aku mahu mencabar Wak Leh dan Yadi untuk baca buku dibawah ni. Karya penulis muda saja, bukan sasterawan negara pun. Azlan aku kecualikan, dan Fresh.. oh.. penat aku kena jadi kamus dia nanti haha

Pemenang Pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002, kategori novel remaja.
1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman.
Dan buku ini, sangat popular di google Rajin-rajin pilih link yang kau suka!

 

0 corat coret:


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki