Blog Widget by LinkWithin
Semangat Ogos dalam negara kita yang kecil

Hari ni dah 4 Ogos. Kalau tahun lepas-lepas sejak bulan 7 lagi TV dah meriah dengan promosi sambutan Bulan Kemerdekaan yang bermula Ogos. Sekarang, semua orang macam terlupa je. Negara kita yang kecil ni, sekarang sangat sibuk dan agak kelang- kabut. Negara kita yang kecil ni, kalau ada isu sensasi sikit boleh jadi macam nak bergegar Banjaran Titiwangsa dan Kroker.

Politik Malaysia makin hari makin hangat, impak dari stunami politik yang memuncak pada pilihanraya lepas masih belum suam malah makin panas. Krisis kepimpinan [lepas 4 bulan pilihanraya masih merayu kepercayaan rakyat, sadis!]. Minyak naik mendadak. Krisis makanan dan harga barang berlarutan. Inflasi. Belum selesai kes amoi Monggolia dan C4. Timbul pulak cerita sodom.

Politik, C4, minyak, inflasi dan sodom berulang-ulang, melingkar tak keruan, berpintal-pintal, ruwet.

Bulan 8 ni, ada beberapa perkara yang jauh lebih menarik dari perbarisan hari kebangsaan.
16/8 - Penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh
24/8 - Pilihanraya kecil Permatang Pauh
25/8 - Pembentangan belanjawan

Seterusnya rakyat menuggu pengumuman penurunan harga minyak pada 1 September seperti dijanjikan. 1 September juga umat Islam mula berpuasa. Sebulan kemudian hari raya. Aku jangkakan waktu inilah waktu krisis makanan dan harga barang meruncing. Macammanalah agaknya rakyat nak menghadapi krisis ini agaknya. Kalau ikut track record menteri2 kita yang tak berapa bijak tu, bila dah ada krisis barulah sibuk nak mesyuarat cari penyelesaian. Aku tak yakin pun mereka ada fikirkan tengang gunung berapi yang sedang menggelegak ni [krisis harga barang menjelang perayaan], sebab sekarang pon mereka dah sibuk lobi sana sini menjelang pemilihan parti Oktober nanti.

Semua kita berjuang untuk survival diri. Semua kita...

 

0 corat coret:


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki