Blog Widget by LinkWithin
Nyai Sadah Dalam Kenangan (1909-2007)

7 Muharaam 1428,Nyai Hajah Musahadah bt Alwee, akhirnya meninggalkan kami. Nyai yang terakhir antara saudara-saudaranya. Kami merelakan pemergian dia dengan rehda. Pemergian nyai tidak kami sesali. 98 tahun! Dia ratu pada keluarga besar kami, 4 generasi. Waktu aku lahir, 10 tahun selepas dia menunaikan haji, nyai sudah lama hidup sebagai ibu tunggal. Bertahun-tahun kami melihat nyai menua dan kembali kepada fitrah kanak-kanak. Dia pun sedar itu, bila nyanyuknya hilang.

Nyai Sadah, adalah perempuan biasa. Dia tidak meninggalkan harta yang banyak, tiada pingat, pangkat dan kedudukan yang boleh dikenang. Dia ialah orang biasa yang menghabiskan umurnya di satu ceruk bumi Allah ini. Yang selalu berjuang untuk hidup, yang merasa zaman pelarian, zaman kolonial Inggeris, zaman Jepun, zaman darurat, zaman Dato Onn, zaman Tunku sampailah zaman Pak Lah. Pada hari pemergiannya, aku telah melihatnya sebagai individu yang sangat berjaya.

Walau sekaya mana seseorang, ketinggi mana darjatnya di dunia ini, seluas mana kuasa dan pengaruh, tak akan dapat menandingi apa yang dinikmati nyai pada hari pemergiannya.

Seusai nyai pergi, urusan mandi dan kafan, dipegang anak-anak dan menantu perempuan. Bergotong royong, anak dan menantu yang masing-masing sudah beruban, memberi khidmat terakhir pada seorang ibu. Sungguh nyai bertuah, tangan anak-anaknya yang memberi belaian terakhir.

Kemuadian, solat terakhirnya diimami oleh anak lelakinya sendiri, dan doanya di baca oleh anak lelakinya yang lain. Perjalan terakhir di bumi ini menunggang kenderaan cucunya, diiringi oleh anak, cucu dan cicit terus mereka selesaikan khidmat akhir mereka pada nyai tua berumur 98 tahun. Nyai walaupun tua tetapi tak pernah dia tak terbela.

Itulah nyai yang suka tersenyum dan bercerita, walaupun dia tua, tetapi kasih sayangnya mampu menghimpun anak, cucu dan cicit penuh rukun. Aku asyik terfikir-fikir. Sekiranya umurku panjang, dikurnia anak dan cucu seumpama nyai, adakah aku mampu menjadikan mereka anak-anak soleh dan solehah supaya mereka dapat menyudahkan urusan terakhirku nanti?

Ya Allah, tempatkan mereka (yai2, nyai2, buyut2 ku) dalam lindungan rahmat Mu.

 

0 corat coret:


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki