Blog Widget by LinkWithin
Akhirnya Chong pergi jua

Tak tahulah macammana aku akan hadapi kebosanan. Mala cuti bersalin dan Chong akhirnya pergi jua. Dah 4 tahun, masa untuk dia tukar angin. Tadi masa sibuk2 nak keluar makan, aku tengah bertetingkap, dia tanya. "Dah bagi tau blom (dekat kawan2) I last day hari ni?"
Hahahaha tau2 je dia aku selalu ngumpat dia. Ahaks..

Masa mula2 kerja di sini, aku sorang2 je minah, yang lain amoi & aboy. Pertama kali makan tengahari di Pondarosa (ada majlis apa tak ingat). Dia la, tukang ambilkan lauk masuk pinggan aku (dia ingat aku tak reti guna chopstick la tu..cett) lepas tu siap terangkan apa yang dimakan + siap bagi tau jangan risau, ini semua halal punya. Cehhh.. aku tak banyak cakap masa tu, baru minggu pertama kerja.

Dulu, masa kami parking kereta di Jalan Sulaiman, biasanya kami balik beramai2. Tunggu menuggu. Kalau aku balik lambat, Chong lah biasanya yang menuggu. Janice pon selalu pesan, kalau boleh jangan biar aku atau Mala jalan seorang sebab depan kawasan parking tu kedai todi yang sibuk dalam sunyi. Hal2 kecil(tunggu menunggu & jalan 10 minit bersama2 sambil layan dia tengok amoi cun) macam tu lah, yang mengikat hubungan baik kami di pejabat ini.

Kehilangan jugak ni Chong tak ada. Mulut dia memang penyeri office. Dia sangat2 ringan tulang kalau bab tolong menolong ni. Dari hal2 kerja sampailah hal2 luar kerja. Minggu lepas aku mengadu mesin basuh rosak. Dia tanya apa yang rosak. Lepas tu dia kata "U nak hantar rumah technition(saya) ke nak technition datang rumah?". Senang je kan? tak payah mintak tolong pon, sendiri dia tawar diri. Paling terharu waktu aku sorang2 kesakitan perut yang amat sangat kat rumah. Dari pukul 3 pagi tertonggeng2. Akhirnya pukul 8 pagi aku talifon Chong. "I sakit, boleh tolong hantar pergi klinik tak?". Dia tak tanya pon sakit apa. Terus jawab "Ok, U tunggu kejap lagi I datang". Masa di klinik, aku fikir mesti orang sangka aku ni bibik. Apa yang kau fikir, bila sekeluarga bangsa cina (suami isteri dan sepasang anak2) membawa seorang perempuan melayu ke klinik?

Lepas ni, hal2 kerja tak dapat la mintak tolong kat dia lagi. Tapi hal2 luar kerja boleh lagi. Contohya kalau pengecas bateri henfon aku tertinggal kat kg, boleh je aku berjalan selang 5 rumah dari rumah sewa aku dan teriak, Chong! nak pinjam charger seminggu!

Chong.. tak akan aku lupakan, sebab aku masih ada hutang dia 4 dolar (SGD) haha..

 

9 corat coret:

Faizal R said...

susah nk cari kawan mcm tu skrg

Teja said...

tengok tajuk cam saspen jek....ha ha ha..........

At least ko dah tau kawan yg mcm mana Chong ni.....mesti Chong pun bangga ada kawan macam ko...Awa chantek....pasni ko buli la pulak pengganti Chong tu nanti...ha ha ha....

tp seb baik still berjiran lg....boleh gak dating2 ngan dia bila ko rindu....bkn setakat bg pinjam charger jek, silap2 Chong tlg carikan jodoh utk ko..keh keh keh......

Qimy said...

heh suka saranan teja tu..chong carikan jodoh utk awa hik3..

slalunya bangsa asing gak yg leh harap..mana anak3 bangsa kita yg ngaku hero sgt tu..kalo kita call jgn harap laa nak layan kui3..

dhan said...

wei Qim.. xsumer tau... masa aku xde ape2pun ngan superman.. dia still tlg aku mcm2 tau.. siap panjat tangki air sbb bebola rosak.. hahaha...
Kalau awa dpt jodoh cina adalah danial nak bercengcong cengcong masa reunion kuikuikui

Marriatyi Morsin said...

kedengaran nama somiku disebut3...
awa aku yg mcm sedih chong nk pindah tmpt keje sob sob...nasib baik ade si botak tmpt ko lps geram kan cik awa chantek...

Qimy said...

aa rehan,

yg melayu ni kebykkannya la kalo tolong pon ada udang disebalik mee hik3..kalo dah befamili nak tlg awa, jgn harap. kalo tlg pon mau kena bebel ngan bini sendiri..ada perang brg dapur lak tu kui3..

Yin Hasni said...

Entry yg sayu pernah aku bc....
Pulau pandan jauh ke tengah, gunung daik bercabangn tiga, hancur badan di kandung tanah, budi baik dikenang jua......

aku x khatam lg kamus peribahasa tu lg so aku kc pantun yg biasa2 je ea....

sitinurulhawa said...

faizal.. selamat dtg:) btol mmg susah nak jumpa. tp aku tak cari pon. ku sangkakan faizal musa tadi ahaks..

teja.. bukan takat pinjam charger je teja oii.. pinjam tangga pinjam kerusi (masa open house raya), pinjam harddisk, pinjam keta, pinjam duit, pinjam kad mcD anak dia pon aku penah haha

qim.. mamat melayu ni suka perasan lah qim, aku pon tak mo la melibatkan diri dlm lubang2 fitnah ni :P. mentang2 aku lom kawin, diaorg asik ingat aku nak ngorat diaorg.

han.. superman tu mmg la sepadan dgn namanya.. superman hehe

mayti.. ko plak yg sedih hehe.. aku tak sedih pon. bosan jek :P
malam ni pon aku dah janji nak lepak kat mamak ngan dia, bnyk plak nak gossip haha. janji mlm td tp lepak sgt br blk dr kg. aku bantai tido.

yin.. eja pon salah "bercabangn" hehe

sitinurulhawa said...

eheh.. tak de sape pon tegur aku makan McD? hehe


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki