Blog Widget by LinkWithin
Serangan Balas - KLIBF 09 - Pusingan Kedua

AKU telah bercahaya :)

Hari sebelum ke Pesta Buku adalah hari yang meletihkan. Balik kerja lewat, bergegas pulak ke hospital melawat Alin, dan tidur jam 2.30pagi. Keesokkannya kira-kira 6.30pagi bertolaklah dari JB ke KL dengan Kak Ani. Kami menyiggah Air Hitam, menjemput Ajar dan Intan.

Apapun, yang lebih memenatkan bukan perjalanan yang jauh tu, tapi bila melihat ramainya umat manusia bersesak2 di PWTC. Nak memilh buku pon berselit2. Bila dah mula membeli, aduhhh macam nak putus jari. Pon dalam penuh2 tangan, masih juga mahu pusing ke sana sini. Aku seronok, banyak buku menarik yang aku tak jumpa di kedai buku di sini. Ada jugak, buku2 lama yang aku rasa dah hilang (biasanya orang pinjamla.. tak reti nak pulang), jadi nak la beli yang baru. Buku Imam - SN Abdullah Hussien. Berapa kali aku ambil letak, ambil letak, ambil letak. Seronoknya berpesta buku. Tambahan, sejak beberapa tahun ni, telah banyak penerbit2 yang fokus pada buku2 Bahasa Melayu. Macam PTS, Galeri Ilmu, Telaga Biru dan banyak lagi lah. Gerai Telaga Biru sentiasa sesak. Apataknya, penulis2 Telaga Biru ramai yang bertaraf celebriti, Ust Zahzahan, Ust Zaharudin, Ustz Bahiyah, Dr Fadilah Kamsah, Hm Tuah dll. Dan waktu pesta buku begini memang masa yang sesuai kalau nak bertemu penulis kegemaran kita.

Selesai menghabiskan ratus yang pertama di Gerai Telaga Biru, seorang kawan menalifon.
"Kau buat apa kat PWTC?"
"Pesta buku lah!"
"Dah dapat apa kau cari?"
"Aku baru je mula ni, baru 1 gerai"
"Haa??... kau nak cari buku apa? cepat2la cari kemudian datang jumpa aku kat sini"
"Emm... adalah bnyk juga buku aku nak cari, lepas tu nak tgk2 jugak buku2 lain yang menarik. Banyak lagi gerai nak singgah ni".
Dia diam tak faham. Akhirnya mengalah yang kami tak dapat berjumpa. Aku lagilah tak faham, takkanlah dia tak faham yang aku ni datang begini jauh takkan lah sebab nak cari 1 biji buku saja? Mestilah kena berbaloi dengan duit minyak, tol dan saman speed trap hahaha. Ada jugak rupa2nya kawan aku yang pelik tengok orang shopping buku. Apa dia ingat perempuan cuma pandai shopping baju dan kasut saja? Cheeehhhh..

Aku mulakan serangan di tingkat dua, kemudian turun ke bawah mencari geria PTS. Sewaktu di gerai PTS, aku mula keletihan. Lihat orang macam berebut je buku2 tu semua, padahal punyalah banyak buku atas meja. aku pon dah menggigil 1 badan. Tapi aku mahu gagahkan juga ke gerai Ameen Pubh. Terbayang2 buku Ketupat Cinta berautograf FT yang yan tayang2 di blog dia. Dengan semangat 'Serangan Balas' aku pon naik semula ke tinggkat dua.

Dah lama pon sebenarnya ingin sangat berjumpa Faisal Tehrani. Ingin tu membara-bara setiap kali selesai baca karya dia. Biasalah, banyak betul pertanyaan2 yang timbul dalam kepala aku. Sebab tu, biasanya selepas selesai satu buku, aku akan luang masa pulak dengan pak cik google. Tanyalah apa-apa yang patut. Contohnya tentang peristiwa, tokoh atau lokasi latar pada cerita tu. Kesiankan aku? ikut hati nak tanya terus dengan FT, tp cuma dapat tanya pakcik google je haha. Aku selalu seloroh dangan yanti, kalau aku jumpa FT, aku nak tenung muka dia, aku nak hack kepala otak dia haha. Selalu terfikir, apalahh (macammana) yang dia fikirkan?

Ingin ingin ingin sekali aku berbual2 bukan kosong dan bersoal jawab dengan FT. Ala.. macam watak2 dalam novel2 dia tu. hehe.. tapi tentu tentu lah aku ni tak hebat berhujah dan jahil dalil. Ilmu cetak, membaca pon amatlah kurang (berbanding FT la, bukan berbanding korang! haha). Satu cara nak hack kepala otak orang pandai melalui bual2 lah, betul tak?

Dan sebenarnya.. eh.. silap plak :P. Dan akhirnya FT pon dah ada depan mata. Aku yang keletihan, minta izin duduk haha. Orang lain berdiri je di sisi meja. Sengaja biarkan orang lain potong barisan, sajalah nak berlama-lama sikit haha. FT bertongkat haritu, muka pon nampak cengkung. "Sakit kaki" katanya. Bila bercakap tentang PPSMI, bukan main bersemangat lagi FT, dah tak macam orang sakit. Sayangnya otak aku kalah dengan keletihan. Satu apa pon aku tak ingat nak tanya. Akhirya berbual begitu-begitu sajalah. FT pelawa berehat dulu di situ sebelum balik, tapi aku rasa tak tahan dah berada di PWTC tu, toleh sana orang, toleh sini orang, tak toleh pon orang (tp yg ni srg tak pening lak aku tgk haha). Aku rasa nak blink!blink! terus sampai rumah. Lagipon ada saja orang datang mahu berjumpa FT. Seganlah aku duduk berlama-lama kat situ. Dan kami pon minta diri. Lepas tu sempat pulak ke gerai Telaga Biru, rasanya ada Uts Zahzahan & Ust Bahiyah, tapi mereka belum sampai. Pukul 5 nanti ada sessi bersama Habiburrahman.. aduhai.. kenapalah lewatnya. Tak sanggup nak tunggu lagi, kami pon balik.

Esoknya, dalam perjalanan balik ke JB (smlm kami balik BP), aku pon mula lah ingat tentang nyemah mulya, tentang primbon jawa, tentang betik, tentang ulul albab dan tentang2 lainnya yang aku mahu tanya pada FT. Hadoiii sakit hati + kecewa. Aku telah di sabotaj oleh diri sendiri. Apapon, dapat berjumpa FT tentulah sesuatu yang amat menyenangkan :)

................................................
Mula2 macam pelik je FT bila aku sebut nama Teja. Nama zaman lama lah katakan haha.. FT siap eja dulu tu.

"Teja ni maksud dia.. remang remang senja"
"Iye?" Teja muncul sebelah aku, tersengih2. Aku halau Teja, kacau daun!
"Kalau ikut bahasa melayu lama, kalau ikut mana Tun Teja, nama sebenar dia Khadijah"
"Emm.. memang Khadijah pon nama dia"
Senyum je FT :)
................................................

" Teja, bk ko hrg dabel tau sbb FT sign ;) ". Aku hantar Teja SMS hahaha

 

7 corat coret:

Marriatyi Morsin said...

perghhhh siap halau teja lg tu :p
kuat betul aura teja, kat mana3 dia berseri3...tp cahay ko tu lg kuat awa.
mesti sengih ko tu x hilang lg kan awa...

yantie said...

Jahat la diri ko ni awa,sabotaj ko..bila la plak ko nak rungkaikan semua pertanyaan yang banyyyyaaaaakkkk tu....

tp aku yakin (hahhaha) ko tgh bergemerlapan bercahaya bersinar sbb at least boleh tgk FT senyum...kekekke..eh bukan F4 ye..

sitinurulhawa said...

mayti, yantie, skrg ni bukan sengih2 lagi dah.. aku bantai gelakk je. tiap halaman kat Ketupat Cinta tu ada je la yg nak digelakkan.. aku dok bayangkan FT masa menulis, dia gelak tak ek? hahaha..

Marriatyi Morsin said...

siap bayangkan FT masa time menulis...kronik..kronik...
awa ko rasa FT jenguk x blig ko nih?

Teja said...

Mity, walau kemana korang pegi, aura aku mesti ada membontot korang...ha ha ha.....aku suka!!!!

Teja = khadijah.....pandainya abg FT ko awa.....apa2 pun, ko menang sket la....dpt tenung dia puas2 w/pun x dpt hijack otak dia..keh keh keh...

3ndrawati said...

awa.. tahun depan, sblm g pesta buku, singgah amik aku kat bp ye.. :)

sitinurulhawa said...

mayti.. haha kronik ke? ko kena baca Ketupat Cinta tu barulah faham. BTW, aku follow karya2 FT ni dah lama. Dari zaman sekolah2 dulu. FT penah tersesat kat blog aku ni, lama dah, 2 thn lepas. Dia pon x ingat.

teja.. ko nih, mana ada aku tenung dia. takbek buat fitnah :P.

3ndra.. bleh2.. kalau panjang umur murah rezeki + habis dah baca buku2 ni aku pi la haha


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki