Blog Widget by LinkWithin
Kesan Parsi di Bangkok dan presiden kecil yang bersuara lantang

Tak habis lagi nak cerita pasal Parsi dan Bangkok ;)

Sebenarnya sewaktu kami sampai dipintu gerbang Grand Palace kami sudah amat keletihan. Ada pengawal yang memantau pakaian pengujung. ramai mat2 dan minah2 saleh tak lepas piawai kod pakaian utnuk masuk ke Grand Palace. Tapi ada kedai untuk membeli seluar atau skirt labuh di situ. Lebih kurang 200 meter dari intu gerbang, barulah berjumpa kaunter tiket, 350 bath untuk pelancong dan percuma untuk warga Thai. Melangkah saja ke kompleks istana, kami disambut dengan bau dupa. Penjual kuntum teratai tak putus2 menyambut duit dari pembeli yang berpusu-pusu. Pantang jumpa tempat untuk berteduh, kami pon duduk. Kompleks istana dipagari tembok yang terlukis padanya ilustrasi2 yang membayangkan kehidupan istana masa silam. Kami berjalan dan berjalan. Aku dan Yatt cuba mengenalpasti binaan-binaan yang terdapat dalam komplks tersebut berdasarkan lakaran peta yang disertakan dengan tiket masuk tadi. Matahari betul2 atas kepala dan udara semacam tak bergerak. Betul-betul panas. Kompleks pon pehun dengan pelawat.

Bila berjalan, aku selalu berganding dengan Yatt, Nott pulak dengan Oly, mcm automatik gitu haha. Tapi kami jarang berjauhan pon. Tapi sepanjang di sana aku sebilik dgn Oly dan Yatt dgn Nott :).

Kemudian, aku terlihat 1 binaan, sekali pandang macam masjid. Pelik juga, dalam kompleks yang penuh dengan patung2 dan pagoda ni, ada pulak bangunan yang ada ciri2 arkitek Islam. Kecuali identiti Thai pada bumbungnya dan 2 patung penjaga di pintu masuk, yang lain2 betul2 mcm senibina Islam. Aku ambil gambar sambil lalu saja, sebab penat + panas = tak selesa.


Lepas balik sini barulah aku tanya pak cik google. Rupa-rupanya, orang2 Parsi sudah sampai ke negara gajah putih sejak zaman kerajaan Ayutthaya lagi. Kesannya dapat dilihat di Atutthaya sendiri.

Perhatikan pintu yang menajam ke atas, pintu wat2 lain biasanya berbentuk segi empat.


------------------- cerita sisi ----------------------
Presiden Iran, Ahmadenejad kelmarin mengegarkan sidang PBB bila berkata israel adalah ‘rejim paling kejam dan kuat menindas’. Juga Holocaust cuma alasan untuk menzalimi rakyat Palestin. Wakil2 negara EU telah keluar dewan sebagai tanda protes (nampak sgt diaorg bela israel). Rakyat Iran, seperti dijangka menyokong penuh presiden mereka (bila tentang menentang US & Israel, seluruh Iran akan melupakan berpezaan politik dan mengeluarkan suara yang sama - hebatkan?)
Obama sendiri berkata dia akan memboikot sidang tersebut. Kawan2 yang masih menyanjung Obama cuma kerana ada Hussien pada namanya, sedarlah. Berhentilah berharap Obama akan bawa penyelesaian pada konflik barat-Islam.

 

6 corat coret:

Marriatyi Morsin said...

awa hr tu pegi kedai buku aku tgk bc buku tntg obama. dan sempat jugak aku baca tntg status hussein pd nama dia tu. benar bapanya seorang islam dr kenya. tp berpisah dgn mak dia masa dia kecik. mak dia kawin baru (org islam indon) dan dia pernah tgal di indon. tp dr apa yg aku bc..dan kesimpulan secara rawak (kesimpulan longgar aku..) dia "rasanya" bukan seorang islam. dia pun sbnrnya menafikan dia adalah orang kenya sbb dia membesar di US. dan awal lg mak aku pernah ckp...pilih la sape2 saje pemimpin US, tetap mereka akan menyokong israel...

Marriatyi Morsin said...

awa ade x ko tgk or nmpk monument laksamana cheng ho kat sana?

sitinurulhawa said...

aku sedih sebab ramai muslim masih berharap tinggi pada obama untuk dia selesaikan krisis islam - barat. kenapa nak harap pada dia pulak lahaiii..

ada patung muka cina tp diaorg kata itu patung marco polo haha

Marriatyi Morsin said...

marco polo mata cepet...heheheheh

yantie said...

aku sejak hari pertama keluar gambar obama dptkan sokongan israel, langsung tak harap apa2...

Jika benar ada bukti berlaku Holocaust, maka Eropah yg perlu bertanggungjawab bg tanah utk israel, bukan Palestin...sila cari sape org israel skrg...mereka kebanyakkan bukan asal dari Bani Israel..

Bb Hussain said...

Hi Awa..tak sempat nak mengomen aritu tentang your trip to Bangkok.. Bestnyer..bila la nak pg ke sana ni..

Aku salute dengan Presiden Iran, Ahmadenejad ni..Berani..Obama tu hidup pun dah terlalu jauh dengan Islam..so tak perlulah diharapkan lagi penyelesaiannya tentang konflik barat-Islam..


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki