Jalan sesak yang teramat. Pemandu teksi seorang pak cik lewat 50an aku kira. Orangnye berkulit cerah dan tidak kurus. Pemandu teksi tidak melalui jalan biasa, ketika melalui Democracy Monument, dia membelok ke kiri. Pakcik teksi menunjuk sebelah kiri jalan dan berkata "mob! mob" (aku dengar mok, tapi yatt dengar mob haha). Kami semua menumpukan perhatian ke kiri. Ramai orang bersimpang siur seperti ada pesta.
"Apa ni? kenapa jalan tutup?.....Pasar Malam kottttt..." Aku bersoal sendiri dan menjawab sendiri hehehe.. Nott cepat2 setuju. haha
Muka Pak Cik teksi macam tak puas hati, seolah-olah faham yang kami sudah salah faham. "Mob, mob... lepastudiateruscakapthai yangtentutentukamitakfaham dankamijadipening. Siapdengantangan2sekalipakciktumemberipenerangan." Muka kami masing2 berkerut. Kereta bergerak perlahan.
"Eh.. red shirt lah!" Ujar Oli. Barulah kami perasan, semua orang di kawasan itu memakai baju merah. Beberapa meter di hadapan dapat dilihat orang2 berjual beli t-shirt merah di tepi jalan.
"OOOooooooooo....Taksin?" Aku menyoal pakcik teksi
"Aaaaaaaaaaa.... Taksin, Taksin.." Gelak kecil pakcik tu, muka dia cerah serta merta, puas hati akhirnya kami memahami. Serta merta aura tegang dalam teksi tadi mengendur. Hahaha
"Taksin.. pakciktuteruscakapentahapadaaaaa". Aku pon apa lagi.. cepat2 ambil gambar, rasa diri wartawan Al-Jazeera pulak :P. Ini perlu dibloggkan haha
Beberapa meter dihadapan sekumpulan polis jalan iseng-iseng. Mungkin baru habis giliran. Cool je polis kat sini, tak ada water cannon pon :)
Gambar terakhir, diambil pada hari terakhir, ketika kami baru selesai makan di gerai bersebelahan Biro Pelancongan Bangkok di jalan Phra Athit. Alhamdulillah, Allah yang mengaturkan dan memudahkan perjalanan kami. Bangkok mula kecoh pada hari kami bertolak balik. Semasa kami di sana keadaan aman damai dan langsung tak ada huru hara. Sekarang pemerintah mula ambil tindakan tegas pada penunjuk perasaan. Bangkok sudahpun darurat.
This entry was posted on 6:21 PM
and is filed under
awa jenjalan
,
reaksi
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
8 corat coret:
gambar yang last tu priceless.. semua orang kat sini risau kalau kita tak dapat balik. hehe..
sanam ma! sanam ma! (jangan lupa aksi tunggang kuda ye..) hahaha..
awa apasal ade perkataan yg bersambung3? anyway aku lah antara kawan3 ko yg risau pasal ko...
betul la pengalaman ko tu betul3 berharga
iseng3 tu hape?
sbb mity risau aku pon jd risau hik3..
mentangmentangbarubalikbangkok tulispunmcmtulisanthai... mainsambungsambung...heheheh...
lepas seminggu ko balik thai dah bergolak semula...tu masalah negara x pernah dijajah...agaknye...
Syukur ko n geng dah balik tanpa sebarang masalah. Masa aku sms ko tu aku tengah tengok berita.
Takde ayat yang paling sesuai kecuali Alhamdullillah ko dah balik dengan selamat.
yatt.. kisah pakcik teksi ni akan bersambung haha..
mayti.. perkataan yg bersambung tu umpama tulisan thai lah. mcm cik dein ckp tu la.. haha. Mayti, ko kawan pertama yg aku SMS bila sampai je kat Senai, masa ko call tu aku tgh solat kat airport sana, perasan ada missed call masa dah boarding.
qim.. iseng2 tu = santai
cik din.. diaorg pernah kena jajah lama sblm kita, tp bukan dgn kuasa barat. Kita ada belajar ni subjek sejarah tp dah lupa. Kerajaan lama diaorg, Ayutthaya, kena jajah ngan Burma. Lepas merdeka dr Burma, barulah tertubuhnya kerajaan modern Thai ni. Kerajaan Siam ni kaya dan kuat . Tahun 1897 dan 1907 King Chulalongkon telah melawat negara2 Eropah. Matlamatnya menjadikan Siam setaraf dengan negara Eropah yang sakan pergi ke benua sebelah sini. Kalau berbanding kita, mmg jauh ketinggalan, masa 1957, Tunku nak pegi England pon orang kita tong tong derma duit.
yin dan kawan2.. terima kasih atas keperihatinan kalian.. sayang jugak korang kat aku ek ;)
heheheh...patut la aku punye sejarah takat kredit je....
Post a Comment