Blog Widget by LinkWithin
hadiah teristimewa

Sempena ulangtahun kali ini, hadiah dari siti nurulhawa untuk siti nurulhawa :)

Bertahun diidamkan, dari cetakan pertama, sekarang dah cetakan ke4. Tebal 900++. Kalau baca sehari 5ms, 6 bulan baru habis. Macam nak mengatam Quran plak.

Senarai kandungan.

Permulaan bab.

Kau, tergiur tak tengok teks yang penuh ni? Aku.. sangat2.. tak sabar nak hadam satu-satu. Tapi membaca kena sabar, baru dapat nikmatnya.

Setiap hujung bab ada nota.

Peta2 sebagai lampiran

Index nama dan item. Nama bnyk samaaa je, pening gak bila baca

Agaknya inilah buku yang tak akan aku lunyaikan. Nak baca pon kena buka habis macam menadah kitab. Walaupon, gigil2 nak belini.. RM 250. Buku paling mahal pernah aku beli. Tapi aku rasa puas.

RM250 utk satu mesin masa yang dapat bawa kau kembara hampir seluruh dunia ke 700 tahun lepas, tak mahalkan? hehe

 

12 corat coret:

yantie said...

RM250 utk 700 thn yg lepas..murah la tu...kalau RM700 baru mahal..

buku ni pasal ape?...

LydiaRosli said...

awa....
geram lak aku nengok.
kalau aku kan...baca nota kat akhir bab jer...
tak sempat nak baca habis tuh...
tapi sikit2...lama2 pun habis gak.
aku nih cerewet sikit..
kalau ayat susaha nak paham...lagi la aku malas nak baca...
ayat biar terang!
rm250??? berbaloi sangat!

LydiaRosli said...

OO..hadiah harijadi yer...
awa...sama la..
setiap kali harijadi aku..
aku akan bershopping buku!
tapi zaimi yang bayar la...
:)

sitinorafizah said...

kagum la aku gan ko, mybbkan aku rasa mcm nak pegi library la, nak gi pinjam buku...hehehehhe

sitinurulhawa said...

Ini full translation buku 'Rihlah Ibn Battuta'.Orang2 barat dah bnyk yang kaji pengembaraan Ibn Battuta ni yg lebih lama dan lebih jauh dari Marco Polo. Terjemahan ringkasan ada bnyk bahasa antaranya bahasa German, Perancis, Inggeris,Sepanyol. Tapi terjemahan penuh cuma ada Perancis dan Melayu je setakat ni.

Ibn Battuta jelajah ke kerajaan2 Islam masa tu tahun 1300++ Masehi. 200 tahun sebelum kerajaan Melaka. Dia sampai ke India, China, Maldives. Semuanya ada kerajaan Islam. Kalau tengok peta, dia ada singgah Sumatera. Tapi aku belum baca bab tu. Kembara dia 30 tahun, mula umur nak masuk 22. Asalnya nak pegi Mekah buat haji lepas tu terus pegi merantau.

National Geographic pon ada buat research ttg ni. Photographer /journalist yang buat research ni peluk Islam. Tapi aku tak pastilah,dia tertarik dengan Islam dulu ke menyebabkan dia kaji Ibn Battuta atau sebaliknya.

Dekat Dubai ada 1 mall sempena nama Ibn Battuta. Mall tu dibahagi pada 5 bahagian dan dihias ikut tema2 pengembaraan Inb Battuta. China, India, Persia, Egypt, Tunisia, Andalusia

wiki: http://en.wikipedia.org/wiki/Ibn_Battuta

sitinurulhawa said...

yantie;
apesal ko dah tak pakai yanzzt ek, aku mesti nak tertaip yanzzt haha

kalau 700 aku mintak ko donate separuh leh tak? haha

neng;
nota tu cam foot note, kalau baca nota je tak paham cerita. btw, buku ni tak yah baca ikut chronology. Cerita dia pendek2. Boleh baca cilok2. Mcm baca Quran, asik2 baca Yaasin, asik2 baca Ar-Rahman. hehe

Ini satu lagi buku yg seumpama ni, tapi tak pasti pulak kandungannya, yg ni murah RM40 je
http://www.ujanailmu.com.my/pd_pengembaraan.cfm

Best la ko! ada org bayokan(tiru gaya kawan upin ipin :P)

siti jijah;
aku suka buku, tapi yg peliknya aku ni bukan kaki library, sebab aku tak bleh duduk diam. kalo membaca aku suka gaya bebas haha. kalau gi meminjam je ok. library kat utm dulu sejuk sgt utk aku. haha best tak alasan?

yantie said...

oooo buku ni yg promonya dlm mhi dulu tu kan...mase kita tgh wat master...yg ko ckp idaman ko..

mcm best buku ni..kalau aku ada kekuatan utk baca buku semula aku nak beli jgk le....

LydiaRosli said...

awa...
aku tak mintak banyak dari laki aku...
dia belikan aku buku dah cukup baik...
dia temankan aku belek buku kat kedai pun dah bonus tuh....
hahahaha....

CikSengal said...

wowwwee.. bestnya. harga berbaloi dengan isi kandungannya. dah balut ngan sampul plastik belum? hehe.. kena betul2 jaga ni..

3ndrawati said...

awa... indahnya buku itu...
mungkinkah aku pun kan memilikinya satu hari nanti..(pastuh .. ada plak ke masa aku nak khatamkannya?.. hehehe)
happy belated birthday.. semoga terus sukses & happy

sitinurulhawa said...

kawan2 sekalian;

Buku ni terlalu tebal dan dengan komitment masa yang semakin terhad memang agak mustahil utk kita terus2an menatap sampai habis. Tapi kalau buku dah ada kat tangan, keinginan utk baca tu mesti adakan?

Membaca kena bersabar, kalau tak sabar, tak merasalah nikmatnya. Dah baca kena hadam, kena proses dengan otak dan simpan dalam hati.

Kalaupun ambil masa setahun, 2 tahun atau 3 tahun atau 5 tahun sekalipon, tak apa. Orang kata yang lebih penting ialah perjalanan bukan destinasi.

Jom kita kuatkan semangat utk membaca ni, semoga kawan2 sekalian dapat mendidik anak2 yang cintakan buku dan ilmu ;)

sitinurulhawa said...

yanzzt;
ingat pon ko ek.. akhirnya termakbul idaman aku hehe

cik sengal;
blom sampol pon lagi..

3ndra;
terima kasih :)


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki