Blog Widget by LinkWithin
Dalam Mihrab Cinta - Novelet Pembangun Jiwa

Terima Kasih Alin! Buku ni hadiah dari Alin sempena bday aku 13 hari lepas. Ini buku ke3 Habiburrahman yang aku punya. Pertama ialah Ayat-Ayat Cinta, aku beli lamaa dulu - 2 tahun lepas kot. Yang kedua ialah Pesona Cinta Cleopatra. Aku belum kongsikan disini.

Dalam bulu Ayat-ayat cinta aku tak dapat cari gaya Prof Hamka dalam penulisan Habiburrahman seperti yang dinyatakan oleh beberapa komen pembaca. Tapi buku ni ada gaya Prof Hamka. Gaya kesederhanaan ayatnya sama tapi Prof Hamka lebih dalam menerangkan suasana budaya disekeliling watak & lokasi. Contohnya dalam Merantau ke Deli jelas diterangkan pertembungan budaya Jawa dan Minang dan bagaimana ia jadi salah satu isu yang membawa ujian pada rumahtangga watak2. Cerita2 Prof Hamka juga sarat dengan emosi.

Habiburrahman (dalam buku ini) ceritanya terus pada watak. Tak banyak penerangan tentang suasana sekeliling. Pengajaran terus pada cerita, tak banyak berfalsafah. Dan tak ada teka-teki. Ringkas dan mudah difahami, mungkin sebab itu ramai yang senang membaca karyanya. Ceritanya melunjur dari awal hingga akhir. Macam air mengalir saja bila membaca. Tak ada tekanan. Emosi watak tak begitu ketara. Tak banyak kelakuan watak yang membayangkan emosi. Jadi aku pon tak terbawa-bawa emosi. Kesannya nyata, buku ni tak renyuk pon haha

Dalam Mihrab Cinta ada 3 cerita

1. Takbir Cinta Zahrana - Cerita dilema andartu, Zahrana dalam memilih jodoh. Dilema memilih jodoh yang sesuai sedang umur dimakan hari. Sejujurnya, aku ada juga dilema begini, tapi datang kadang-kala saja kalau digesa2. Sekarang.. aku cool.. hehe. Ceritanya agak predictable (atau aku dah boleh jangka gaya penulis?) Sebelum habis cerita ni, aku dah dapat agak kesudahannya.

2. Dalam Mikhrab Cinta - Kisah anak muda yang menjadikan dendam sebagai motivasi untuk berjaya. Bagaimana membalas dendam tanpa membalas kejahatan. Aku suka ayat "kalau berbuat dosa boleh nekad, kenapa berbuat perkara baik saja tak berani untuk nekad?"

3. Mahkota Cinta - Kisah perantau dari Indonesia ke Malaysia. Lokasi cerita sekitar ibu kota KL. Ada beberapa kesilapan yang ditulis dalam buku ini yang sebenarnya bukanlah silap sangat tapi mungkin disebabkan kurangnya kajian pada sosio-budaya lokasi cerita (Malaysia). Contohnya bangsa Cina dirujuk sebagai orang China. Yang aku kesalkan, buku ini diterbitkan semula di Malaysia tapi tiada pembetulan dibuat. Bagi pembaca Malaysia, pengajaran penting yang kita dapat ambil ialah, bukan semua pendatang dari Indonesia tu buruh miskin semata-mata. Walaupun mereka bekerja sebagai buruh. Sesetengah mereka mempunyai pendidikan lebih tinggi dari kita, tapi tidak begitu bernasib. Antara kita dan mereka, walau pergi ke tempat yang sama, tapi jalan kita lurus sedang jalan mereka bengkang bengkok dan berlekuk sana sini. Makanya, selepas selesai cerita ini, aku rasa sangat bersyukur.

 

2 corat coret:

3ndrawati said...

awa.. aku k beli gak novel nih.. aku baru je abis baca Ketika Cinta Bertasbih (episod 2)

sitinurulhawa said...

aku pon nak beli ketika cinta bertasbih tu, hari ni popular start sale :)


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki