Kejayaan terbesar aku tahun 2007(Dec) ialah pendakian ke puncak Gunung Berapi Sibayak, Sumatera Utara. Bersama-sama Yatt, Nott dan Ani. Walaupun nyawa tinggal suku, tapi keazaman dan sokongan kawan-kawan yang sabar tu, akhirnya dapat juga aku paksa diri aku ke atas. Dan hasilnya sungguh lumayan. Berbaloi... nanti aku ceritakan bila kesempatan.
Hari ni, sudah 3 Muharram bersamaan 31Dec. Sibayak ialah kenangan 2007. Pencapaian 2008 aku sebenarnya bertitik tolak dari sibayak tu lah. Menentang graviti dengan kecuraman hampir 90 darjah, walaupun pada jalan bertar, membuatkan badan aku yang berat ni lebih berat. Sangat tak 'fit' aku ni. Tapi hal tu berlegar2 saja dalam kepala dan dalam hati. Beberapa bulan selepas tu barulah aku ambil serius.
Kawan2 yang lama tak jumpa.. jangan terperanjat tau! Aku sebenarnya telah mencapai obesiti pada awal tahun ni, Kejap.. itu bukan pencapaian terbesar aku pada 2008. haha
Yep.. yep.. dengan ini aku mengumumkan kejayaan terbesar aku pada 2008 ialah 'sembuh' dari obesiti. Jadi bermula April hingga Oktober aku berjaya turunkan berat sekitar 10kg. Sekarang aku masih lagi berusaha, mahu 'sembuh' dari overweight pulak. Jadi mahu tau ke bagaimana kembara kejayaan aku tu? nanti akan aku kongsikan sedikit2 di blog ni. Aku bagi satu hint dulu - no lapar no cirit! all you need is math!
This entry was posted on 8:13 PM
and is filed under
awa sihat
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
3 corat coret:
hahahha...tahniah atas kejayaan ko mencapai obesiti dan seterusnya membuang obesiti...yg paling best bila dpt buang obesiti tu..
aku dah tau rahsia ko...hehehhe..
math really relates in daily life..
CONGRATULATIONS!!
meh share meh.. azam 2009 ni nak turunkan 10kg lagi.. :)
mekasih yan n yatt.
aku suka guna perkataan sembuh sebab obesiti/overweight ni mcm la penyakit jugak, nak sihat kenala berubat kan ;)
hari ni aku balik awal, new year eve la konon. haha.. aku nak pi gym la.. 5.30 ada kelas aerobic
Post a Comment