Blog Widget by LinkWithin
Bedar Sukma Bisu


Sesetengah orang bila beli saja buku terus sampul elok-elok. Baca pon dengan cermat. Ada orang pantang buku berlipat-lipat.

Aku lain, aku suka tengok buku lunyai. Lebih lunyai, bermaksud lebih banyak emosi dan fikiran yang terkesan dan tercurah semasa membaca. Berapa jauh aku 'masuk' kedalam alam watak-watak dalam cerita. Hey, membaca novel sastera menuntut kepintaran IQ juga tau! Kerana novel sastera bukan sekadar peristiwa.

Kebiasaan aku membaca sebelum mata lelap. Penat meletentang, meniarap, kadang2 sampai bangun terduduk bila teruja. Buku tu kemudian aku peluk atau bertukar jadi bantal kecil pengalas pipi. Tahu2, esok pagi buku dah terperosok di celah bantal. Sebab tulah lunyai hehe. Beberapa hari selepas selesai 1 novel, ayat-ayat akan berlegak2 dalam fikiran. Kadang-kadang terlalu berat aku fikirkan, kesan buku bleh jadi sangat hebat, macam buku yang ini.

Ok, Bedar Sukma Bisu ceritan tentang bedar (kapal laut melayu) - tentu ramai pertama kali dengar perkataan bedar, aku pon sama. Cerita ni berlatarkan Pulau Sukma, kononnya di Terengganu. Waris Ben Qortubi terikat dengan tinggalannya - Bedar Sukma Bisu. Ben Qurtubi berhijrah dari Al-Jazirah (tanah arab) dan akhirnya jatuh cinta pada kekayaan semenanjung emas, kuat dan gemalai laut dan ombaknya dan lemas dalam kelembutan budi dan halus kulit Tengku Fatimah. Novel ini bercerita tentang survival Bedar Sukma ditangan waris-waris Ben Qortubi.

Dan kali ni, bukan ilmu laut, ilmu kayu saja Faisal bentangkan tapi juga ilmu pelancongan, ilmu ekonomi dan kewangan.

Cinta? mestilah ada. Tapi, bukan cinta biasa. Dan untuk kesekian kalinya, hero cerita Faisal adalah seorang perempuan. Dalam cerita ni banyak nama yang pelik-pelik, bukan nama Melayu yang lazim, Wefada, Elamine, Waqeel, Muawiyah, Marwan dan Ben Qortubi.

aku suka quote yg ini- Sepotong hadis tapi tak pulak disebutkan perawinya

Seluruh makhluk adalah tanggungan Allah, dan yang paling dicintai-Nya antara mereka adalah yang paling bermanfaat bagi tanggungan-Nya


p/s
-buku ni lunyai dia lebih sikit, sebelum aku abg aleh dah baca dulu ;)
-buku ni mendapat tempat pertama Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP. Faisal mendahului SN Shahnon Ahmad dan Azizi Haji Abdullah. Aku sangat gembira sebab 3 orang ni top 3 fav aku :D

 

6 corat coret:

Mama Nafis said...

"meletentang" - ni la perkataan paling puitis sekali pernah aku dgr..ekekeke

sitinurulhawa said...

hahaha.. kejap, aku tengah pikir camne gayanya "meletentang" tu..

dasat spell checker ko ni.. huhu

yantie said...

bila la aku nak membaca semula ni..tak sempat la..balik keje dah penat, mlm bila anak tido aku pon cepat2 tido sbb nnt dia akan mintak susu, so aku kena bangun dah...huhuuhuu..

FT ko mmg hebat

sitinurulhawa said...

ko dah bnyk baca paper work, jurnal etc.

aku pon skrg lebih bnyk mengulit laptop dr buku. tp org kata kalau dah passionate tu, bila datang gian memang tak boleh nak tahan2. haha.

td,masa lunch singgah ke MPH kejap. Banyak betul yang diidam tapi keluar dengan rasa sakit hati pasal tak dapat beli apa-apa. Budget ketat sgt bulan ni. lagipon aku nak simpan untuk "hadiah teristimewa" bulan depan :)

yantie said...

"hadiah teristimewa"???

sitinurulhawa said...

hahaha tak lama dah ni ;)


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki