Tuesday, October 21, 2008 | Filed in:
Label:
reaksi
Malam tadi, aku tukar-tukar saluran TV dan terberhenti sekejap di TV9 bila ternampak Ustaz Zahzahan. Kemudian, scroll news di bahagian atas TV tu lah yang menarik perhatian aku.
"Mawi bakal berkahwin dengan Ikin, apa kata Ina Naim dan Diana Rafar? nantikan dalam......"
Aku terus tukar siaran, tak mampu membendung kemeluatan pada TV9 walaupun ada muka Uztaz Zahzahan di TV tu.
Kalau aku jadi Ina Naim aku akan jawab begini pada media:
Saya dah bahagia berkeluarga. Saya dan Mawi adalah sejarah. Apa yang berlaku dalam hidup dia tak ada kena mengena dengan saya lagi. Begitu juga sebaliknya.
Kemudian aku akan sambung:
Saya minta media tolonglah jangan merendahkan martabat kalian. Carilah berita yang lebih penting untuk khalayak. Cerita-cerita semacam ini tak membawa apa-apa faedah pon kepada negara dan masyarakat. Sampai bila media mahu menawarkan cerita sampah? Bukan itu saja, ini boleh mengundang fitnah. Dan anda semua bertanggungjawab penuh, saya berlepas tangan.......................................................................
Tapi kalau aku menjadi aku dan berada disituasi Ina Naim, aku akan tanya balik:
Kenapa awak tanya saya soalan ni? apa kena mengena dia (Mawi) dengan saya sekarang? Apa hak saya nak memberi komen tentang hidup dia? Awak tak ada kerja lain selain mencari lubang-lubang fitnah? Kalau awak jadi saya apa akan awak jawap? Awak tak nampak ke saya bahagia dengan kelaurga saya sekarang?Kenapa tv Malaysia kurang sangat siarkan berita-berita mengenai hal-hal ekonomi? benarkan kita tidak terjejas? Kenapa tak ada forum-forum khusus bincangkan kekhuatiran terhadap krisis ekonomi?
Akhir sekali aku akan tanya:
Apa prinsip kewartawanan yang awak pegang? Awak wajib malu dengan A Samad Ismail, A Rahim Kajai, Keris Mas dan wartawan seangkatan kereka - mereka semua tak pernah duduk dalam dewan kuliah berhawa dingin tapi mereka didik masyarakat dengan isu dan pemikiran. Kemudian awak dakwa diri awak sebagai wartawan moden sedangkan kewartawanan awak sangat kuno. Sekian terima kasih!
This entry was posted on 6:17 PM
and is filed under
reaksi
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 corat coret:
fuh.. kalau lah semua artis macam akak ni.. hehe..
beza betul ina naim ngn akak. kalau la ina naim memikirkan masalah negara..hermmmmm
cik sengal;
... Michele rambut karat tros tobat dan jadi programmer huhu
wawa;
manalah kita tahu dia pk ke tak? entah2 dia pk lagi hebat, cuma kita je tak tau :)
awa...blom pernah aku dengar artis cakap gini.....
mmg buang masa betol tv ngan wartawan sekarang...byk lagi berita yg memberi impak besar pada negara...bukannya berita2 sampah gini...pastu recycle banyak kali.
aku pon dah lama rasa meluat apsal duk sibuk tanya ina naim bila mawi nak kawin dgn ikin..ntah ape2..diorg tak pikir ke perasaan org lain..
tanya la soalan lain kalau dah takde berita yg bernas sgt..
neng;
artis jaga hati wartawan la.. mana berani cakap.. btw, ina naim tu tak adalah artis sangat pon haha
yan;
betul diaorg ni tak ada langsung sensitiviti. hormatlah rumah tangga ina dan suhaimi tu. kesian suhaimi tu tak masal je.
awa...tak artis sangat kata ngko...
dia tuh:
penyanyi
pelakon drama
pelakon teater
pengacara
penulis buku
peragawati
dan banyak lagi p yang aku dah lupa...hahahahahaha...
sebot jek nama ina naim..aku mmg teringat 1 kesah dolu2..ehehehe..klu igt2 mesti pecah perot aku gelak..kesah seorang sahabat yg register kat web ina naim..pulak tu kantoi ngan mr pali muahahahaha
neng;
pergghh.. rupanya dasat juga ina naim ni, aku je underestimate dia. alahai sorrylah ina.. :P
- sekarang ada 1 lagi golongan "artis"/"selebriti" yang agak kuat juga populatirinya. mereka digelar BLOGGER hehe.
mala;
aku tak dapat lupalah.. nangis aku bila teringat kiah tu. dalam kita kutuk2 website ina naim yang sengal tu* ada pulak kawan kita yang register. ko ada lagi tak screen shot tu?
*website frust - maaf ya ina, aku maksudkan website tu, contentnya yg sengal, bukan peribadi - lagipon sejak dulu aku memang meluat isu mawi-ina ni - lagi sekali sorry, no personal attack. sejujurnya bila saja ina naim berkahwin, aku jadi respek pada dia sebab dia cepat recover dari mengenang2 masa lampau dan berfikiran lapang tentang masa depan. menunjukkan kematangannya.
disclaimer: aku bukan peminat ina naim dan tak pernah mendaftar pada mana-mana website atau fan club ina naim. sekian. hehe
awa...
pastinya aku bangga punya kawan seperti ko...
tinggi ilmunya...tajam mindanya, petah bicaranya...
^^*** aku makin kagum***^^
3ndrawati;
jgn puji2 sangat, nanti aku lupa diri. semua pujian kembali pada-Nya
aku manusia biasa je. masih pelupa. masih suka ambil ringan sesetengah hal. masih berhutang buku ko yang aku pinjam.. hai.. sampai naik segan dengan ko ni :P
btw, kita biasanya dibentuk oleh persekitaran. Keluarga dan kawan2. In fact, kau antara yang paling lama, 22 tahun ;)
Post a Comment