Blog Widget by LinkWithin
Ketupat Cinta



Dulu2 Cinta Rendang Kasturi, sekarang Ketupat Cinta pulak daahhh. Tak perlu lagi perkenalkan pengarangnya ;)

Bagi emak emak, kakak kakak dan pencinta dapur, Ketupat Cinta adalah buku resepi tanpa gambar
Bagi pencinta Bahasa Melayu, Ketupat Cinta bukti kaya, indah dan seronoknya bahasa kita :D
Bagi penggali sejarah,Ketupat Cinta adalah buku sejarah yang tak pernah terungkap
Bagi pengekor sitcom2 politik dan isu semasa Malaysia, Ketupat Cinta adalah satira yang sinis dalam lucu (amat-amat lucu)
Dan walau dari segi mana pun kita nikmati Ketupat Cinta, akhirnya kita akan jumpa satu yang merangkum semua - agama.

Pada awal novel, disertakan kata-kata hikmat dari Saidina Ali - tiada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian. Ambil masa dan nikmati setiap ayat. Sedappppppppp sekali rasanya cicici....
30 bab, semuanya dinamai dengan judul resepi. Aduhh.. buku ini memang bisa buat kita lapar. Ibarat karung musang berjanggut. Lebihnya, karung Ketupat cinta bukan ada bahan2 masakan saja, siap2 dengan cara-cara memasak lagi!

Disebalik watak2 dalam Ketupat Cinta dapat ditemukan banyak watak-watak disekeliling kita dari ahli politik hingalah artis popular - datuk siti, faizal tahir, fasha sanda, bunga cinta lestari dan ramai lagi. Mak cik Musalmah Lebar pon tumpang sekaki. Angkasawan negara Dato Sheikh Muzaffar pon ada juga sebagai orang kayangan cicici. Juga lagu-lagu popular yang selalu singgah di telinga kita. Nananera - Erra, Awan yang terpilu - Ning, Rama rama - Ella. Inilah, yang selalu menjemput senyum, senyum kambing. Ingat! baca dengan perhatian. Nama-mana yang pelik dalam Ketupat Cinta juga kalau diperhatikan ialah nama nama biasa yang dipelikkan. Munira Kurin (Maya Karin?), Daun Lestari Citra Sikler (Bunga Cinta Lestari Sinclair?) cicicici

Kita suka sekali dengan ungkapan2 macam derhaka rasol, gelojoh nuar, angguk acip, goncang inul.. cicici sungguh2 lucu dan sinis. Tapi maaflah, kalau kamu tak ikuti gelombang isu semasa Malaysia, mungkin tak gelak cicicici sekerap kita, tiap mukasurat ada saja yang kita nak gelakkan. Kita terlalu kuat berimaginasi agaknya, sampai anjing Paramesara terkehel tulang punggung pon kita gelak membayangkan.

Ketupat Cinta dianyam dengan Bahasa Melayu lama, bertalarbelakangkan pula zaman Sultan Alaudin dan Parameswara. Tapi bila diselit dengan elemen-elemen moden sungguh2 mencuit hati. Cuba kamu bayangkan Parameswara menyebut dengan pongah "Civiliazation Hindu". Cuba kamu bayangkan kereta lembu pun ada model, cicici.. macammana tu? Kita biasa dengar Hang hang berkata Ciss!! tapi Parameswara dalam Ketupat Cinta suka menyebut Cettt!!.. cicici.. serupa macam Cik Sengal.

Dalam sinis politik, keletah Paramesara dan isteri-isterinya dan orang sekeliling yang asyik mengundang gelak cicici. Ada banyak ilmu yang dikongsi pengarang. Ilmu masak memasak sampailah ke ilmu tauhid. Ada yang disampaikan santai, ada yang disampaikan serius dengan dalil dan perbincangan(ini lah ciri khusus novel faisal yang aku suka). Jika benar2 mahu menggali seterusnya Faisal sediakan rujukannya bersama; nama kitab, bab dan mukasurat. Bagi firman, dinyatakan surah dan ayat.

Begitu banyaknya kita dapat temui dalam Ketupat cinta, tapi sampailah ke penghujungnya, sebiji ketupat pon kita tak jumpa. Dan kalau, kalaulah.. faisal tersesat di blog ni, ini dia kita cadangkan hidangan Sambal Godok sesuai dimakan dengan ulam-ulaman ;)

Kamu pelikkah, kenapa kita asyik ketawa cicici bukan hahaha? Cicicici... Kena baca barulah tau! ;)

*** Ketika kita menaip ini di Tv9 sedang diiklankan Akademi Memasak tajaan Babas diberi nama Akademi 1001 Rasa. Adakah hadiahnya selumayan Madrasah Makan zaman Parameswara? Kereta Lembu rekaan terbaru, wang seribu dinar, sepuluh persalinan pakaian, menyertai rombongan diraja Parameswara ke negeri China dan biasiswa untuk mengaji ilmu masak memasak. Paling penting, adakah pelajarnya akan diuji soal2 falsafah sebalik masakan ketika ujibakat sepertimana di hadapi oleh Pandan Pudina Seraiwati binti Ahmad, Munira Kurin dan Daun Lestari Citra Sikler. Adakah juri2 mereka sehebat Dato' Musa Al Kadzim dan Dang Shakuntala a.k.a Tun Halimah?


Ketupat Cinta dan kontroversi.
Ketupat Cinta mula disirikan di Harian Metro sejak Januari 2009. Sebab itu banyak sinis-sinis politik dalam anyamannya. Maklum saja waktu itu kan bahang PRU sudah mula dirasa. Ala-ala macam kempen pilihanraya pon ada. Dr Maza (bekas mufti perlis), telah menulis surat mengatakan Faisal telah mempromosikan ajaran Syiah, menggunakan hadis palsu dan menipu. Beliau merujuk pada bab Bubur Ratapan Assyura. Aku berlepas diri dari mengatakan hal yang aku tak arif; Syiah dan Hadis. Lagipun, Dr Maza sendiri tidak nyatakan dengan tepat mana satukah hadis yang palsu yang dirujuk Faisal. Memang asyik diulang2 tentang ahlul-bait; kalau itu yang dimaksudkan dengan jarum syiah.
Selitkan - Temuramah Ummuhani Abu Hasan dengan FT -FT Betul bermazhab Syiah?

Okey, di bawah ni cuma kata2 2 sen ku. Tak ada maksud nak berlawan dengan sesiapa lagi2 ust Maza yang tinggi ilmu agamanya

Kalau tentang penipuan dalam Ketupat Cinta, ia bukan saja ada pada bab Bubur Ratapan Assyura. Memang banyak 'penipuan' yang Faisal sengaja adakan. Ini memang style dia. Fakta dan fiksi bercampur2. Perlulah kita jadi pembaca yang pintar (general statement je ni ya.. bukan tuju pada ssiapa). Kalau nak di kata asal usul bubur assyura adalah tipu, asal usul ayam buah keluak dan roti canai juga aku kira satu penipuan. Ada banyak peristiwa terjadi pada hari Assyura. Kita disunatkan berpuasa. Bubur Assyura yang kita buat setiap 10 Muharram itu selalu dikaitkan dengan selamatnya bahtera Nabi Nuh berlabuh (bubur assyura tu bukan adat Melayu je ke?). Rupa2nya ditarikh yang sama mencatit satu sejarah yang pahit. Sejarah kan tetap sejarah, dah terpalit tak boleh nak diubah2. Sejarah punya banyak muka (kata Faisal). Meminjam teks dari Ust Hasrizal saifulislam.com; Kita tidak jujur pada sejarah lantas kita dan umat susah hendak belajar dari sejarah (Ms 38:Rindu Bau Pohon Tin - Sikap Terhadap Sejarah). Entahlah, aku pon tak pasti adakah hanya dengan mengenang sejarah tragedi karbala kita boleh bertukar kepada mazhab syiah. Setakat ini saja, aku berlepas diri dari membincangkan hal yang aku sendiri jahil.

Siri Ketupat Cinta di Harian Metro akhirnya diberhentikan. Bab-bab terakhir Ketupat Cinta semakin serius, senyum2 kambing dan dan cicicici berkurang. Mungkin suasana masa ia di tulis agak tegang. Sempat juga pengarang muatkan 1 bab untuk menjawab kontroversi ini. Apapun, aku kira kerana kontroversi inilah penerbitan novel Ketupat cinta dipercepatkan - hikmahnya mungkin?.

 

15 corat coret:

Qimy said...

aku pon belepas diri dr mengkomen novel yg aku lom baca kui3..

CikSengal said...

hihihi.. ehh.. cicici.. tetiba cik sengal terselit skali.. :p ada tokoh wat novel sendiri ni pasnih.. :)

Marriatyi Morsin said...

cicici....gelak aku baca blog ko kali ini. dan sepertimana qim, aku pon berlepas diri dr memberi komen buku yang aku belum baca...cicicici

sitinurulhawa said...

aduhhh... terpost entry yang tak lengkap.. mlm tadi internet sengal, ingat fail. gambar pon belum letak

lepas tu nak kongsikan jugak - temuramah Ummuhani Abu Hasan dengan FT ttg isu syiah mensyiah ni
http://ummuhani.com/?p=733

sitinurulhawa said...

qim & maity, tak yah le komen buku tu, komen le komen aku huhu

cik sengal - ada darah parameswara ke? cicicici

yantie said...

ciciicicici..nak tahu lebih lanjut kena la baca ciciicicici ni...

aku teringin nak jumpa dato' musa...kenapa la die taknak sgt2 makan sotong, sotong tu sedap!!!..

org terengganu paling suka mkn sotong...hehehehe...sotong goreng tepung tu mkn mcm mkn goreng pisang kat tempat lain tu haa...pegi je di belakang airport trg, melambak2 org jual sotong celuk tepung (org trg panggil)...ciciciicicici

sitinurulhawa said...

ciciccici.. org non-muslim pon cakap babi tu sedapppp yang amat.. selsema pon selsemalah.. janji sodappp.. ekekeke

baru aku tau mazhab nahafi tak makan seafood.

lagi satu.. asal usul sungai melaka tu satu penipuan kan? mmg nak kena budak faisal nih

sitinurulhawa said...

Sambung skit ttg tipu dalam buku2 FT. FT mmg terkenal dgn muatan fakta dlm novel/cerpennya. Jelas menunjukkan dia selalu buat kajian mendalam sebelum menulis. Fakta2 sains misalnya, boleh diselitkan dalam cereka novel dengan bersahaja.

Penipuan2 dalam ketupat cinta sangat mudah dikesani berbanding penipuan dalam 1515. 1515 cerita tentang Melaka, jadi ramai salah anggap ialah ialah buku sejarah, tp sebenarnya ia masih karya sastera. Selepas selesai 1515, aku habiskan bnyk masa mencari jejak nyemah mulya dari sumber internet. Tapi aku kecewa, akhirnya aku berkeputusan untuk membaca semula 1515. Baru mukasurat pertama saja aku dah nampak penipuan faisal. Cettttttt.... geram sungguh.. rasa nak cekik2.

dengar2 cerita ada pelajar menggunakan fakta auta dalam 1515 untuk jawab soalah peperiksaan sejarah. dan ada ahli sejarah bertanya FT ttg rujukan yang dia gunakan untk hasilkan 1515 (1515 gunakan footnote utk letak rujukan).. cicici kalau berbanding dengan 2 org ni, aku tak adalah teruk sangat kan?

yantie said...

weh perumpaan ko org non-muslim tu lain la dgn sotong yg sedap tu...tak puas ati ni...yg tu sah2 haram...sotong haram ke?...

kekekkeke

sitinurulhawa said...

yoohaa! yan.. dalam mazhab hanafi, sotong haram dimakan - mungkin dato musa berhazhab hanafi, sebab tu tak makan sotong. dia tak nak makan bukan sebab tak sedap, tapi sebab hukum.

samalah dgn kita, kita tak makan babi sebab hukum, walaupon non-muslim kata sedappppppppppp hingga menjilat hidung (sebab selsema)

Marriatyi Morsin said...

awa aku sokong kawan ko..perkaitan antara babi dan sotong agak keterlaluan sbb dalam islam (x kira mazhab apa pun), babi hukumnya haram... tp dlm islam hanya mazhab hanafi je haram...begitu jugak dgn cara sertu dan juga perlakuan solat. setiap mazhab ada perbezaan tp yg penting kita menyembah Allah, Tuhan yang Esa. sekian...
(ini pendapat aku je, cicicici)

Teja said...

cis..........cicici plak.... hua......x sabo sungguh aku nak rembat buku ni....sotong goreng tepung..peberet anak aku tu :p

p/s : jgn terkejut pas ni korang dtg umah aku, aku jamu masakan ikut resepi yg FT tulis dlm ketupat cinta ni....keh keh keh...cepat2...sapa nak hadiahkan aku buku ni...;)

sitinurulhawa said...

mayti,yanti..eh.. 2-2 ti plak :P
maafkan aku yang kurang sensitif. aku ni dah terbiasa, bagi takkulan haram, tu haram mcm babi. sebab kawan2 cina selalu tanya. rasuah haram? harammacam mana? akunak bagi senang diaorg faham, aku jawab haram macam babi

teja.. aku nak request.. bengkang kentang

Marriatyi Morsin said...

cik awa...maaf mu ku terima cici..
tetiba teringat MIL aku tny nape x leh makan babi...aku mcm terkedu nk jwb mcmn...

Anonymous said...

fre naked pics [url=http://imgfave.com/nude_celebrity] nude tape[/url] nakedpictures


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki