Blog Widget by LinkWithin
Semangat Ogos dan Satu Malaysia

Semalam ialah hari kebangsaan bagi republik Singapura. Ada banyak hal yang boleh dikatakan tapi ada dua hal yang menarik.

1. Mereka berulang-ulang ucapkan Selamat ulangtahun Singapura! / Happy birthday Singapore!. Aku cemburulah pulak. Tiap kali 31 Ogos datang, kita tak boleh ucap Happy Birthday Malaysia! sebab 31 Ogos bukan hari tertubuhnya Malaysia. Pulak tu lebih menyedihkan, hari bersejarah 16 Sept tak pernah disambut (kecuali tahun lepas - itupon penuh dramatik - drama politik)

2. Perdana Menteri Singapura seperti tradisi selama ini, membuat ucapan dalam 3 bahasa. Pertama Bahasa Melayu, kemudian Mandarin dan akhir sekali Bahasa Inggeris. Alangkah bagusnya kalau Perdana Menteri kita dapat berucap dalam bahasa-bahasa kaum utama di Malaysia. Tentu rakyat yang mendengar dapat meresap seresapresapnya semangat Satu Malaysia.

nota sipi: Dengar cerita PM Singapore celik Jawi. Sesiapa yang rasa diri dia Melayu tapi buta Jawi baiklah rasa segan dengan Encik Lee

 

4 corat coret:

teja said...

dorang mmg semangat betul... sambut merdeka sambut betul2...tgk kat baju merah putih tu pun dah meremang bulu roma aku...nampak betul dorang tu bersungguh2...menjiwai... klu kita..takat kat mulut jek...pas pekik2 merdeka abis gitu jek..hu3..

sitinurulhawa said...

kenapa ek.. aku selalu rasa nak tgk parade diaorg, tp tak pernah rasa nak tgk parade kita huhuhu..

tak payah parade atau baju la teja, promo kat tv pon awal2 kita dah kalah. diaorg promo gila2 punya. tak kalah promo movie harry porter

aku rasa dari lahir sampai skrg ni sambutan kat dataran merdeka tu sama jek. baju seragam perbarisan je yg diaorg tuko keh3. masa kecik2 aku suka mini parlimen. skrg dah tak ada.

Haikaliium said...

kat History channel (astro ) beberapa hari nie ada documentary psl sejarah singapore, byk jugak la fakta yg baru bg aku, maklum la, dulu2 belajar sejarah main2...sedih mengenangkan cara Temasik jatuh ke tangan Stamford Raffles tp yg lebih menarik perhatian aku ialah mcm mana diorg bangkit setelah dihalau dari Malaysia oleh Tunku.

sitinurulhawa said...

che din, aku dah cari dan download dr youtube documentary tu. tp belum tengok lagi. singapore 'dihalau' ek? tak de pon cerita halau menghalau tu dalam buku teks sejarah kita. dan bagaimana singapura jatuh ke tangan raffles adalah bukti sultan dan raja juga manusia biasa. daulat sultan melayu tak mampu lawan liciknya inggeris.

aku rasa sebagai bukti semangat 1 malaysia dan kempen pilihanraya mendatang, kemungkinan besar Najib akan istiharkan 16 sept sbg cuti umum ;)


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki