Blog Widget by LinkWithin
Sang Pemimpi itu seorang Simpai Keramat

Apakah yang ada dalam kepala kita sebaik saja kita terfikir tentang mendapatkan pendidikan tinggi? kemampuan kewangan? Kemampuan untuk menghabiskan pengaian lazimnya menjadi perkara kedua, malah kemampuan untuk tamat pengajian dengan cemerlang boleh saja jadi perkara entah nombor berapa. Tetapi hal nombor satu adalah D.U.I.T. Lalu oleh kerana kita hidup dalam negara yang agak beruntung, dengan mudah kita dapatkan pinjaman atau biasiswa. Mana-mana iklan IPTA atau IPTS pasti ada barisan tambahan 'PINJAMAN PTPTN DISEDIAKAN'. Lalu kita rasa lega. Alhamdulillah, adik-adik & anak-anak kita dapat meneruskan pelajaran. Realitinya, bukan semua calon yang memohon itu benar-benar memerlukan pinjaman. Namun, err.. kalau kita boleh dapat duit lebih, mengapa tidakkan? Bukan perlu membayar terus. Hutang boleh ditangguh 3 atau 4 tahun kemudian. Dengan duit lebih tersebut, bukan setakat keperluan asas, adik-adik kita mampu bermotor atau berkereta kekuliah, dan mempunyai talifon bimbit dan segala gajet canggih. Adakah kita pernah terfikir, berapa hutang yang tertanggung di bahu adik-adik kita saat mereka tamat belajar? Adakah ini baik? Adakah tidak ada jalan lain.

Sang Pemimpi dapat memberi kita jawapan. Asal kita berani bermimpi, semuanya mungkin ;)

....................................................................

RINGKASAN SANG PEMIMPI

Kalau Laskar Pelangi ialah kisah Ikal semasa kanak-kanak, Sang Pemimpi meneruskan cerita ketika Ikal remaja. Berjauhan dari keluarganya, Ikal ditemani Arai sepupunya yang diangkat oleh keluarganya setelah menjadi yatim piatu. Arai bagi Ikal lebih abang dari abang, Arai adalah pelindungnya, pendokongnya dan sekutunya dalam apa juga hal. Lebih dari itu, Arai sang simpai keramat (sebatang kara) adalah Sang Pemimpi kelas pertama.

Disertai oleh Jimron, rakan mereka yang juga sebatang kara. Gagap dan penggila kuda. Bertiga mereka menyewa bilik di 30km dari rumahnya untuk bersekolah di SMA Negeri Bukan Main - lucukan? kenapa namanya begitu? hehe bacalah sendiri ;). Bertiga juga mereka bekerja sebagai kuli ngambat - pekerjaan mengangkat ikan dari bot nelayan ke pasar yang dimulakan jam 2 pagi setiap hari. Persahabatan 3 orang itu amat mengesankan. Jimron yang gila kuda, tempang dan tidak secerdas Ikal dan Arai, namun punya jiwa yang besar yang tulus. Jimron seperti Harun - dialah menjadi asbab Ikal dan Arai dapat meneruskan mimpi. Tanpa Jimron dan tanpa kudanya, Ikan dan Arai mungkin saja jadi gelandangan di tanah Jawa.

Sang Pemimpi cumalah 200 lebih halaman. Buku yang ditangan aku ini adalah cetakan ke-19, dicetak pada Mei 2008 manakala cetakan pertama berlaku pada Julai 2006. Andrea nampaknya senang menulis tanpa perlu jalan cerita yang mengikut jalur masa. Setiap bab yang dilabel sebagai Mozek ini seumpama kepingan-kepingan puzzle yang akan bercantum kemudian. Sesetengahnya seperti Mozaik 'Tuhan Tahu, Tapi Menunggu' dan 'Afganistan' kita akan jumpa lebih lewat - dalam buku seterusnya - Edensor. Jadi jelas, Sang Pemimpi an Edensor adalah penulisan yang terancang bukan 'kemalangan seperti Laskar Pelangi'. Namun, jika kau tidak meneruskan membaca Edensor selepas ini,mozaik-mozaik itu tidaklah mengurangkan kualiti cerita dalam novel ini.

Satu bahagian dalam buku yang aku suka lihat ialah halaman dedikasi :). Dan buku ini Andrea tujukan untuk ayahnya. Tertulis -

Untuk Ayahku Seman Said Harun
Ayah Juara Satu Seluruh Dunia

Ah.. aku sekali lagi cemburu. Dalam LP, dia menganggkat habis2 bunda gurunya. Dalam Sang Pemimpi dia sanjung tinggi ayahnya. Bangganya menjadi ayah Ikal. Ayah yang pendiam tapi penuh pengertian. Mozaik Baju Safari Ayahku khusus untuk ayahnya - awas! kau mungkin terharu. Mozaik Sunggai Lenggang pula adalah cantumannya - awas! kau mungkin menangis!

Buku ini juga menampilkan dua watak guru, Pak Mustar yang keras - sesuai dengan portfolionya sebagai Guru Disiplin. Walaupun Pak Mustar ketara kejampada muridnya namun, dia tetaplah guru sejati - tetap mahu muridnya berjaya - inilah yang selalu tidak dapat difahami pelajar. Dan Pak Balia yang menjadi idola Ikal dan Arai. Pak Balia telah memaku dalam kelapa mereka bahawa satu hari mereka perlu belajar ke Perancis dan mengelilingi Eropah dan Afrika!

Seperi LP, Sang Pemimpi juga punya cerita-cerita tentang masyarakat. Mozaik pertama menceritakan insiden Ikal,Arai dan Jimbron dikejar Pak Mustar dari sekolah ke Pasar Ikan - sebenarnya itulah pengenalan pada latar tempat cerita ini. Kawasan Pasar Ikan, pelabuhan dan masyarakat yang berada disekelilingnya. Semua terdampar di situ dalam satu bab yang dramatis. Seterusnya watak Bang Zaitun, iaitu simbolik muzik dalam masyarakat Melayu sekaligus pendeta cinta. Diselitkan juga watak 'pemberita' atau 'juru gosip kampung'.

Ada satu kisah tentang KFC yang mencuit hati aku. Anak kampung dan KFC - aduhh.. aku pon pernah jakun seperti mereka hahaha


PERTEMUAN ANTARA LASKAR PELANGI DAN SANG PEMIMPI

Di akhir LP, Ikal menceritakan bagaimana dia terperangkap dalam kerja sebagai pengasing surat di pejabat pos. Ketika dia tidak tahu mahu berbuat apa lagi untuk masa depannya, dia membaca satu iklan tentang biasiswa oleh EU untuk belajar di Eropah. Maka Ikal pon berusaha jungkir balik untuk mendapatkan biasiswa tersebut.

Di Sang Pemimpi, diceritakan lebih jelas tentang pekerjaannya di pejabat pos dan juga beberapa pekerjaan yang dilalui sebelumnya. Proses temuduga juga diceritakan panjang. Susah payah dia berusaha untuk kejar mimpinya dan mimpi Arai sekaligus membawa mimpi Jimron - belajar di Perancis dan keliling Eropah dan Afrika!

SANG PEMIMPI DI LAYAR LEBAR!!!!!!!!

Aku pun senyum lebar ketika menulis ini. Ya, seperti Laskar Pelangi, Sang Pemimpi juga difilemkan. Oleh penerbit dan pengarah yang sama, Mimi Lesmina dan Riri Reza. Mereka baru selesai pengambaran di Belitung dan sekarang diteruskan di Jakarta dan Bogor. Tayangan perdana dijadualkan semasa Festival Filem Indonesia, Disember nanti. Masuk panggung 17 Disember 2009.

Oh! siapakah yang telah beli tiket terbang ke Jakarta Januari tahun depan?
hehehehe.. Ikal dan Arai!!!!!! tunggu aku di Jakarta!
Halaman FB tentang filem Sang Pemimpi [klik sini]

AKHIRAN

Cerita Sang Pemimpi tidak habis setelah mereka tamat sekolah kerana mimpi mereka adalah belajar ke Perancis dan mengelilingi Eropah dan Afrika! Mereka akhirnya ke Jakarta dengan menumpang kapal ternak - kapal laut yang membawa ternakan dan bahan pertanian dari Pulau Belitung. Dengan berbekalkan wang terkumpul dari kerja sebagai kuli ngambat selama 2 tahun, mereka terus berjuang untuk belajar di Universiti. Ketika akan berangkat, Ibu Muslimah berpesan, 'Jangan pulang selagi tidak bergelar sarjana'. Beberapa tahun selepas itu, barulah mereka pulang dengan ijazah penuh syukur kerana dapat menyelesaikan kuliah sarjana muda dengan sepenuhnya berdikari - tanpa pinjaman, biasiswa atau dokongan kewangan dari orang tua. Dan bila pula mimpi ke Eropah dan Afrika itu jadi kenyataan? Jawapannya dalam novel seterusnya - Edensor. Aku akan kongsikan esok! ;)


.....................................................

Selalu kita mendengar kekhuatiran orang tua tentang beban anak-anak. Anak-anak tidak patut dibebani dengan masalah kewangan khuatir mengganggu pelajaran mereka. Ya.. jika masih kanak-kanak itu jelas memang benar. Tetapi bagaimana dengan anak-anak yang sudah beberapa tahun remaja? Pernahkah kita terfikir, kita terlalu memanjakan anak-anak muda sekarang? Kita menahan mereka supaya cepat matang?

'Budak-budak sekarang manja - semua nak suap!' ini keluhan biasa pensyarah, betul tak kawan2 pensyarahku? Aku belum lagi berjumpa dengan ibu bapa yang menolak kemudahan PTPTN, dalam masa yang sama, ibu-bapa dan anak sama-sama berusaha membiayai pengajian si anak. Dan itu berlaku dengan satu kesedaran - anak itu tak harus menanggung beban hutang sebelum mampu membayarnya.

Sultan Muhammad Al-Fateh naik takhta pada umur 19 dan menawan konstantinopel pada umur 21! Marilah jadikan remaja kita hebat seperti dia. Kalau dapat sehebat Ikal dan Arai pon sudah cukup beruntung!

 

6 corat coret:

Bb Hussain said...

wah..mahu terbang ke jakarta pula yer..bagus bangat..heheh..

Marriatyi Morsin said...

awa betul la pelajar3 skrg ni sangat mewah. tersangat mewah. bayangkan seorang pelajar mempunyai henpon model baru 3G sebanyak 3 biji? aku lihat kwn3 aku yg lain, masih ade yg m'gunakan henpon jenis biasa3 (org panggil henpon cap ayam). ok, senang cerita ayah n mak aku pon m'gunakan henpon cap ayam. kata mereka yg penting dpt ckp kat telefon tu atau bg mesej kat anak3.
adik3 aku, start yg no.6 hingga skrg semuanya tak dpt bantuan pinjaman. bukan ayah dan mak aku kaya, tapi kata mereka (org yg menguruskan adik3 aku tak layak). hasilnya mak ayah aku adalah pemberi biasiswa tetap kepada 3 org adik aku di U dan 2 org anak3 di sekolah. alhamdulillah aku dan adik3 yg dh bekerja boleh membantu sikit.
mak aku kata tak perlu mohon ptptn. biar mak susah sikit...

Marriatyi Morsin said...

opps aku nk sambung lg...klu adik3 aku main3 jugak time blajar ni, mmg aku nk jotos dorang

sitinurulhawa said...

betulah mayti, aku setuju sgt, tabikla kat mak ko.

masa belajar dulu aku tak ada pon pegi shopping beli2 baju ke kasut ke. turun jb pon jarang. makan KFC pon jarang. duit utk hidup je. pernah gak 50sen tahan dalam purse 2 minggu. tp sebab dok rumah sewa, makan kat rumah.

aku rasa kalau dah masuk u tu, pegi buat kerja part time cuci pinggan pon tak apa. biar diaorg belajar bertangungjawab pada diri sendiri.

sok, kalau anak aku buat perangai tak reti diuntung, aku baling buku ni kat muka dia haha

sitinurulhawa said...

bb, kebetulan yang menyenangkan. tapi kita pegi 8 Jan, harap2 la masih tayang lagi :)

Marriatyi Morsin said...

awa...harus ko baling buku tu kat dorang klu dorang buat perangai...

hmm..btul gak dlu nk pi makan kfc pun teramat la jarang sekali. nk masuk kedai tu pon mcm segan3..aku pernah bayar duit tmbg bas dr air itam ke senai guna duit 5 sen sbb aku mmg kehabisan duit sgt. konduktor bas tu tgk aku dgn muka pelik..nasib baik time tu duit 5sen masih laku.


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki