Blog Widget by LinkWithin
Panggilah apa saja - fanatik atau obses, mereka ialah orang2 yang aku kagumi :)

1. SN Prof Shahnon Ahmad
2. Azizi Hj Abdullah
3. Faisal Tehrani

Tiga orang penulis kegemaranku.

Takrif aku tentang buku yang baik - Kita mula baca dengan fikiran yang kosong, tetapi bila kita membacanya - kita tak akan dapat berhenti berfikir! walaupun setelah TAMAT ;)

Buku paling aku suka - Detik-detik diri di daerah daif - Shahnon Ahmad. Cerita zaman kanak-kanak beliau sendiri. Aku telah baca entah berapa kali. Tanpa jemu - seolah-olah aku duduk didepan datukku mendengar dia berlipur-lara tentang masa kecilnya. Polos, jujur dan ikhlas. Jadi tak pelik kalau aku juga jatuh cinta dengan Laskar Pelangi. Yang terus membuat aku tanpa tangguh2, meneruskan Sang Pemimpi, Edensor dan Mariamah Karpov. Aku sudah selesai Mariamah Karpov seminggu lalu, tapi Ikal (watak dalam buku-buku tersebut) masih tak mahu keluar dari tengkorak kepalaku. Ah.. malu pulak nak beritahu - aku sebenarnya sedang mengulang baca Laskar Pelangi. Buku itu betul2 sedap untuk dinikmati. Aku buang sedikti rasa bersalah pada buku-buku lain yang menunggu untuk aku baca.

Maka dengan ini aku ishtiharkan pengarang kegemaranku no-4, Andrea Hirata ;)

Mulai esok hingga jumaat, aku akan kongsikan khazanah-khazanah yang aku jumpa dalam Tetralogi Laskar Pelangi - hingga ketika aku membaca buku terakhir - Mariamah Karpov; sesuatu yang ganjil telah berlaku pada diriku. Satu hari satu buku dan tamat pada hari Jumaat, Insyallah.

Aku rasa inilah caranya supaya Ikal keluar dari fikiranku :). Oh ya, aku mungkin melihat dari sudut-sudut yang lain - bukan ringkasan atau ulasan tentang buku-buku tersebut.

 

6 corat coret:

yantie said...

aku takde spesifik penulis yg aku gemar, biasa aku pilih buku yg blh bg manfaat utk aku..biasanya yg buat aku berfikir..buku2 tu akan pengaruhi aku tiap kali lepas baca..

biasa dlm seminggu tu rasa mcm diekori apa yg aku baca...kena stop membaca kejap..baru aku kembali ke alam maya..masa abih baca ketupat cinta, gaya cakap (monolog) aku terpengaruh dgn ketupat cinta...klasik abissss...

skrg aku terpaksa letak tepi dulu semua buku2..rasa sedih jugak, tapi aku kena concentrate belajar ni dulu..hajat mlm nak membaca, tapiiii..aku ada komitmen utk layan anak aku, setel rumah..huhuhuhu

sitinurulhawa said...

macammana monolog ala2 ketupat cinta tu? apa tiap pagi bila kau berdiri depan cermin kau kata - 'alahai rambutku mengerbang rosmah sahaja, tapi kulit mukaku licin-licin toyo!'

hehehahahahhehe.. gelak beso aku masa tulis ni :P

Bb Hussain said...

awa..best erk Tetralogi Laskar Pelangi ..pinjam boleh..hehehhe..
aku gemar John Grisham punya buku..yer betul kata-kata kau..kita tak akan berhenti berfikir salaupun setelah tamat membaca..

sitinurulhawa said...

tanya aku mestilah aku cakap best! hehe. buku aku versi Indonesia, ada bnyk perkataan pelik. kalau nak boleh saja ;)

bb, kadang2 aku rasa fasa lepas membaca tu lebih seronok dari waktu membaca :)

Anonymous said...

Saya pun meminati ketiga-tiga penulis tersebut termasuk a.hirata. Dan sekarang sudah mulai jatuh cinta dengan karya Hamka. Hehe.

sitinurulhawa said...

pak hamka agamawan dan penulis hebat. lapis 1 kisah cinta, lapis 2 kisah masyarakat, lapis 3 falsafah.

dalam 1 novelnya - lupa pulak yg mana - saya banyak belajar tentang erti rumahtangga bagi seorang perempuan jawa - kemudian saya lebih memahami emak saya

apa pendapat sharom?
ramai orang kata Habiburrahmah menulis seperti hamka. tapi saya berpendapat, novel2 habiburrahman masih tebal elemen popnya. bnyk tertumpu pada jalan cerita berbanding latar (keadaan masyarakat dsb). Mujur, elemen2 islamika menyelamatkan Habiburrahman dari menjadi novelis cintan-cintun murahan


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki