Rancangannya hujung minggu ini aku mahu cuci beranda. Aku beli getah paip 15 meter sebab tiada paip di depan rumah, sumber air harus dari sinki. Tapi air keluar malas-malasan. Tekanan rendah. Aku basahkan lantai ruang tamu dulu. Debu-debu degil. Sudah disapu sudah divakum tetap ngeres di kaki. Tiba-tiba hujan pun turun selebat-lebatnya.
Aduhai.. bila kerja sudah bermula, paling pantang ialah berhenti. Sebab aku berpotensi besar untuk tidak menyelesaikannya. Dan guruh pon berdentum lagi. Dari dalam rumah aku lihat air mencurah-curah dari talang yang bocor, separuh beranda yang tak berbumbung hampir bersih dibasuhi hujan. Tiba-tiba aku tersentak! Aduh.. bodoh betul, ini hujan rahmat mencurah-curah aku masih mahu mengeluh!
Aku bergegas mencari baldi, bertudung seadanya dan keluar rumah. Kereta aku undurkan sampai keluar pagar. Ya Allah yang maha mendengar, kau dengar keluhanku tentang air paip yang lesu sekarang kau kurniakan aku air laju tidak berhenti. Maha suci Allah! Air dari talang bocor aku tadah dengan baldi, sekjap saja sudah penuh. Aku siram lantai depan pintu. Aku tadah air lagi, aku seronok bukan main. Rumput2 kecil yang tumbuh di rekahan simen habis aku cabut. Kad-kad along yang berserakan pon aku pungut. Sudah tak boleh di sapu kerana basahnya. Orang yang lalu lalang mungkin rasa aku gila apa menyapu dalam hujan-hujan lebat begini. Tapi mereka tak tahu aku menyapu dalam kesyukuran :)
Kerja ku selesai bila hujan berhenti :)
This entry was posted on 6:55 PM
and is filed under
hujung minggu
,
motivasi
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
7 corat coret:
Dia lebih tahu apa yang kita perlukan, dan kita seharusnya mesti tahu menggunakan apa yang akan/telah diberikan.
hahahaha... memudahkan keje tul... Tuhan memang tau tahap kemalasan ko... hehehehe
main hujan nampak.. :D
jijah.. seronok, ubah yang negatif jadi positif. hasilnya mengujakan :)
han, tak ada yang kenal aku lebih dari Dia ;)
yatt, tp lupa nak jengok ada pelangi tak lepas hujan tu :)
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..
Awa... dah macam bahasa novel dah....
eksperimen, kak su ;)
Post a Comment