Blog Widget by LinkWithin
Sultan Muhammad Al Fateh Penakluk Konstantinopel


Adohai.. lama baru berkesempatan update blog :)

Turki, salah satu tempat yang aku nak pergi lawat. Salah satu sebabnya, hari2 tengok selat Tebrau, nak tengok selat Bhosphorus pulak hehe. Selebihnya mahu melihat sejarah di sana. Sayang Baghdad hancur dibom Amerika, Baghdad juga padat dengan sejarah kegemilangan tamadun Islam.

Sultan Muhammad Al-Fateh, baru berusia 21 tahun semasa menawan Kota Kontantinopel (Istanbul) yang dikuasai oleh Raja Kontantine dari kerajaan Rom. Sejak zaman Nabi lagi, kerajaan Rom memusuhi Kerajaan Islam Madinah. Raja Rom waktu itu telah mengoyak2 surat yang dikirim Nabi Muhammad SAW. Dan selama beratus tahun selepas itu, Kerajaan Rom kerap kali menjadi ancaman kepada kerajaan Islam yang semakin berkembang luas.

Diceritakan Rasulallah SAW mengatakan Kota Kontantinopel hanya akan dapat ditawan apabila wujudnya pemerintahan dengan pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.
m/s 6

“Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan”. [HR Ahmad bin Hanbal, Al-Musnad 4/335]

Kriteria pemilihan tentera bukan saja dari kemahiran ilmu perang, tapi mereka disaring dengan 3 syarat utama
1. Tak pernah meninggalkan solat wajib 5 waktu
2. Tak pernah meninggalkan solat sunat rawatib
3. Tak pernah meninggalkan solat sunat tahajjud

Subhanallah.. tentera2 yang baik mudah mendapat pertolongan Allah

Oleh itu banyak usaha dilakukan bermula seawal zaman Saidina Ali(34H), Muawiyah(84H), Sultan Sulaiman(91H), Khalifah Harun Al-Rashid(165H),Sultan Beyazid(1391,1397,1400M). Dan akhirnya Kontantinopel jatuh ke tangan Sultan Muhammad Al-Fateh pada 20 Jamadil Awal 857H bersamaan 29Mei 1435Masehi.

Salah satu kisah peperangan ini yang terkenal ialah muslihat Sultan Muhammad Al Fateh melayarkan kapal perang didaratan. Merentasi gunung dalam 1 malam

................................................

Lelaki Turki 21 tahun.. hmmm bagaimana kau bayangkan orangnya? Merah.. putih.. tinggi.. tegap.. orang Turki biasanya lawa-lawa :). Macammanlah rupa Sultan Muhammad al Fateh, dia naik takhta pada usia remaja 19 tahun. Ambil masa 3 tahun sebelum menawan Gereja Aya Shopia yang kemudian ditukar fungsi sebagai masjid. Beliau kemudian menitahkan pembinaan Istana Topkapi yang terkenal. Sampai sekarang, Istanbul menjadi ibu negeri Turki.

Hm... apa aku buat masa umur 19 tahun? baru terkedek-kedek mengenal dunia kampus. umur 21 tahun? belum pon sudah pengajian. Aduhaii.. kalau lah kita jadi remaja seperti baginda.

 

6 corat coret:

Marriatyi Morsin said...

betul la awa...aku pun umur 19 tahun masih mintak duit mak ayah...21 tahun pon sama

sitinurulhawa said...

tu lah Mayti, sayang pulak, banyak masa muda hilang hu ha hu ha macam tu je. Kita ni termasuk orang2 yg rugi agaknya. Insafff..

Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka menyeru kepada kebenaran dan menyeru kepada kesabaran. (al-Qur’an)

sitinurulhawa said...

nak tambah: Sultan Muhammad Al-Fateh memastikan rakyatnya adalah rakyat yang baik dengan kualiti berikut:

1. Tidak menipu dalam sukatan timbang
2. Orang kaya mengasihi orang miskin
3. Orang miskin masih bersyukur dan redha.
4. Tetamu dihormati

Marriatyi Morsin said...

awa ckp pasal sukatan penimbang ni...hr tu aku beli buah, pakai timbang la...tp aku nmpk mcm xcukup berat, tp penjual tu kata dh cukup...aku malas nk ckp ape3 la...aku bayar je..biar tuhan yg menentukan

sitinurulhawa said...

kalau org buat kat kita, kita halalkan je la (kekdg hangin gak..:P).. tp jgn kita plak buat kat org sudah.

z.i.l said...

Ankara jadi ibu negeri Turki sejak zaman Attaturk.


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki