Blog Widget by LinkWithin
Rontok - Arenawati


Gambar kanan : Faisal Tehrani dan SN Arenawati. Cilok dari blog Faisal. Halal ya bang..


Pertama kalinya aku kongsikan Karya Sasterawan Negara Arenawati. Istimewanya buku ni pada aku, inilah karya beliau yang pertama sekali aku baca. Terlebih dulu, doa untuk Allahyarham SN Arenawati yang baru pergi menemui penciptanya minggu lepas.

Rontok kisah anak gelandangan, tak punya emak bapa dan rumah. Adik-beradik mereka ialah anak-anak gelandangan lainnya. Watak utama Umar dan Tijah, bagaimana mereka berjuang untuk hidup sehari lagi. Bukan untuk maa depan yang terjamin.

Umar, bertubuh kecil, umur 12 tahun. Bekerja apa saja, untuk upah 10 atau 20 sen. Atau sepotong daging atau lemak, apa-apa saja dia terima. Makan makanan lebihan semalam dari kedai-kedai makan. Tijah lebih tua dari Umar, tapi Umar bertindak sebagai lelaki. Melindung dan mempertahankan Tijah. Dan masyarakat, bagaimana mereka melihat anak2 ini? Sebagai manusia atau sebagai parasit cuma kerana mereka tak punya sijil kelahiran?

Novel ini berlatarbelakangkan Labuan. Ironinya, masih banyak kes-kes anak-anak tidak bersijil kelahiran di Sabah. Yang dikatakan pendatang dari Filifina. Mereka seperti Umar, tidak bersekolah dan tak bermasa depan. Untungnya mereka mungkin ada keluarga.

Ini ialah karya Arenawati yang pertama aku baca. Kau lihatlah sendiri berapa lusuhnya buku ini. Ini cetakan pertama , tahun 1980. Dulu-dulu aku tak mampu punya buku sendiri. Aku baca apa saja buku yang ada di rumah. Ini ialah buku Kakak, dan aku adiknya yang no 5. Umur aku waktu aku baca buku ni? aku pun tak pasti bila tetapi aku belum lagi remaja. Justeru jika adik-adik atau anak-anak kau usik2 buku 'dewasa' kau, jangan halang dan jangan memandang rendah pada mereka! ;)

Sekarang begitu banyak anak baru mendapat status gelandangan di Gaza. Semoga Allah melindungi mereka.


 

4 corat coret:

Marriatyi Morsin said...

maity pun pernah baca buku mcm ni masa umur antara 7-9 tahun. tp maity lupa nama buku dan penulis buku tersebut. Buku2 ni koleksi ayah maity dan dia bg sorg satu anak2 dia utk baca utk elakkan bosan masa dia belajar masters di ukm.

sitinurulhawa said...

wah.. ayah mayti banyak novel lama2 ke? skrg ada simpan lagi?

buku2 lama ni, susah nak cari kat kedai. walaupun buku lama, isinya tetap relevan dgn masa skrg. macam filem p.ramlee

Marriatyi Morsin said...

xtau la dia simpan lg ke x...kena korek dlu sbb mesti dh t'timbus dgn buku2 kitorg adik-beradik. maklumlah buku2 utk 11 org anak lg bnyk dr buku2 ayah tu...
klu ade nnt maity bgtau yek

paxxoor said...

Nk jual ke Tuan?


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki