Pagi tadi ada la gegar sikit. Ada juga orang-orang turun ke lobi. Tapi aku tak ada rasa apa2 pon. Kerja macam biasa je.
Aku tak berada di meja ketika mesej ni muncul di skrin
alahai.. takkanla teruk sangat kualiti bangunan kat Malaysia ni. Goyang sikit nak runtuh. Orang Acheh selalu kena gempa pada diaorg mcm guruh je. Kita ni bukan gempa pon, tempias sikit je.
Nah! kalau tak puas hati, tengokla sendiri. Sihat wal afiat je Puteri Pan tu ha.. air kolam dia pon tak tumpah keluar:P
Ini menguatkan lagi teori MELAYU KUAT BERCERITA sila klik utk cerita lanjut.
This entry was posted on 8:58 PM
and is filed under
reaksi
,
Tanjung Puteri
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
6 corat coret:
Ini gegar baru skit, peringatan tuhan kepada manusia yang alpa...renung2kn dan slamat beramal..
Cam kenal jek worang itu??? x tanya plak flet aku ni goyang ke tak???he3
mohd, terima kasih atas ingatan :) & selamat datang
teja,
warong mana? ada nampak warong ke dalam gambar tu? goyang tak teja flet ko?
hmm...klu betul2 puteri pan pac tu runtuh, tak tau la mcm mana havoc nye bandar JB nie...
che din, kalau puteri pan runtuh, aku jadi mamarazzi - rakam video, pastu aku posting kat blog. pastu blog aku akan jadi glamer, rating naik mencanak2 hehehe
kalau puteri pan runtuh, semua yg sekitar ni pon kena evacuate jugak la. menapakla turun tangga sampai bawah. 7 hari 7 malam org bersihkan runtuhan tak habis. hari2 masuk berita. aku pon hari2 masuk TV sebab aku sengaja lalu belakang reporter yg tgh buat lintas langsung
sambung lagi..
oleh sebab org malaysia suka cerita sensasi.. lepas tu akan timbul bnyk cerita.. sebab runtuh: bala dari Allah sbb dlm hotel ada org buat maksiat, management hotel tak amanah. Tak lupa kata2 terakhir dan kelakuan pelik mangsa2 runtuhan.
sebulan lepas tu akan heboh cerita hantu tilam, hantu cadar, hantu chef hotel dan mcm2 lagi
harian metro dan kosmo tambah page sebab tak muat nak buat coverage. aku pulak, sibuk layan pertanyaan dalam blog dan FB tentang keadaan kat tempat kejadian. aku jadi blogger tersohor!! saharil hasrin sanin pon tabik spring kat aku hehehe
untuk tayangan raya tahun depan, prof razak mohidin akan buat filem ttg Puteri Pan runtuh. antara wataknya, pelanggan tetap hotel: datuk yang simpan perempuan. pekerja hotel yang GAY. manager hotel yang pecah amanah. Dan aku sebagai narator, sebab aku menyaksikan runtuhan dari tingkap opis aku.
ini komen plg best aku pernah buat :D
Post a Comment