Blog Widget by LinkWithin
Yang Puasa dan Yang Tak Puasa

Apa pandangan kawan-kawan tentang akak akak yang selamba beli makanan (bungkus) waktu makan tengah hari?

Kawan-kawan kisah tak akak-akak yang tak puasa tu makan-makan di dalam pejabat? Atau yang sorok2 kat tangga? atau surau?

Aku secara peribadinya seganla nak pegi beli apa-apa walaupon roti atau McD kat bawah tu. Walaupun semua muslim tahu akak-akak tak puasa sebab uzur syarie, tapi ramai bukan muslim tak tahu dan tak faham. Jadi akak-akak tolonglah jaga jangan sampai agama kita terdedah pada fitnah. Kalau orang sekeliling macam kawan sepejabat, boleh la kita terangkan.

Oleh sebab pejabat aku ni 1MALAYSIA, adalah orang yang puasa dan orang yang tak puasa. Padahal sebelum aku tak pernah ada orang puasa dalam ini kompeni. Tapi bila bulan puasa sampai tau pulak mereka-mereka ni tentang hal-hal puasa.

Beberapa bulan sebelum Ramadhan... Chong akan tanya.. berapa hari lagi hutang puasa?
Waktu Ramadhan, tiap2 hari Chong tanya.. puasa tak hari ni?
Kalau sampai masa tak puasa, tiap-tiap pagi Chong akan tanya.. dah sarapan belum? Nak I belikan McD ke?
Bila sampai waktu tengah hari, Chong tanya lagi, nak tapau apa-apa tak?

Lepas cuti raya, Chong tanya.. buat open house tak? hehehe

Walaupun Chong hari-hari tanya, tapi kalau tak kritikal tahap kelaparan aku ni, aku bohongkan saja dia. Aku belasah makan kurma je. Tak kuasa nak kecoh-kecoh. Janice dengan baik hatinya, secara khususnya beri arahan pada pembantunya untuk 'tolong mana-mana patut'. "Kalau nak makan apa-apa, suruh Chin beli". Aku pernah usung Janice pergi beli roti dan susu. "Kalau tak puasa makan la, nanti sakit perut, tak boleh buat kerja". Tu la yang Janice selalu pesan selain suruh balik awal. Sama ayat dengan mak aku ni. Mak aku selalu kata "Siapa tak puasa patut buat kerja lebih (masak & mengemas rumah waktu nak raya la.. letih woo) sebab boleh makan, tak ada alasan selain malasss"

Makan di pejabat? aku tak ada masalah sebab tak ada orang lapa dalam pejabat ni kecuali Mala, tp kami saling memahami.

Hmm... Chong dah tak adalah sekarang.. jadi soalan rutin tu pon dah tak ada :|. Dalam hal ni, kenapa aku rasa lelaki bukan Islam lebih memahami dari lelaki Islam ek? Dan kenapa aku lebih segan dengan lelaki Muslim dalam hal ni? Kan patutnya mereka lebih memahami. Tapi menurut Alin, diapon hari-hari dapat soalan yang sama dari Ravi. Tapi rakan lelaki Muslim pulak sebaliknya, kutuk2 akak-akak yang makan sorok2 kat tangga. (Tak tau kenapa la dia lalu tangga? bukan biasa naik lif ke?)

 

8 corat coret:

Marriatyi Morsin said...

awa...somi aku pon kata klu x pose makan je la...xyah malu3 dpn dia...pastu mgu lps MIL aku tlg kt rmh aku, dia tny x makan ke? aku kata puasa..then dia tny..x lapar ke...heheh

teja said...

Jap2, ni cite pasal akak2 makan nyorok2 ke cite pasal ko rindu ngan chong???? keh3

Bab yg sapa x pose kena keje lebih tu aku setuju sangat!!!! x de alasan nak bermalas2...lain le klu dia pun ala2 puasa gak x makan x minum...tp tgk jugak keadaan...ada yg bila time dia cuti tu, melepek jek, 1 keje pun x leh buat, lg kesian!!!! Tension o... emosi x stabil ;P

sitinurulhawa said...

mayti, kalau daniel merajuk sebab ko makan, ko kenalah buat 'Perjanjian Ramadhan' heheh

teja, tak de maknanya nak rindu2, chong pon selalu gak gegor pagar umah aku. bukan ko je yg tau gegor hehehe. skrg aku tak cilok wireless mamak. slow sebab ramai org guna, aku cilok wireless chong hehehe janji FOC ;)

Azam Titan said...

ishk ishk...tak patut tu... betul kata awa tu..mcmana pun kena la hormat bulan ramadhan... walaupun tak boleh puasa..tp kan boleh dpt pahala menghormati ramadhan...bukan setakat hormat kat bln puasa je..tp hormat pada kawan dan org sekeliling...

yg pasal lelaki muslim tu kurang paham...aku pun no comment..mungkin lain orang lain caranya...

Qimy said...

aku biasa kalo coti, nak bli makanan kena bawak anis..wat kaber line..har3..

x sume laki non muslim memahami..aku dulu boss jepang siap angkat kening jumpa kitaorg dlm stor mkn time bulan pose..last3 personally tanya aku, x pose ke..aduss, camne nak jawab tu oi..

Qimy said...
This comment has been removed by the author.
sitinurulhawa said...

qim n azam,

kalau bukan muslim tu diaorg bukan tak faham, tp diaorg tak tau. kalau kita terangkan tentulah diaorg faham.

yg muslim tu pon dah besar panjang, tak kan lah setakat tgk kita minum dah goyah. faham2 je la. tak payah nak tanya, tak payah nak kecoh. hal ni natural

pada pendapat aku, kita tak mau makan dikhalayak ramai tu sebab tak mau terjadi fitnah pada agama kita. sebab orang yang nampak tu tak semestinya tahu.

Tentang hal2 dalam agama, kadang2 kita kena cerita pada kawan2 bukan Islam. Aku cerita kat opismate, siapa2 yang boleh tak puasa, orang sakit, mengandung, musafir etc. Aku cerita jugak, semua yang tinggal kena ganti balik. Sama jugak sembahyang, aku cerita jugak kalau kita musafir, 5 waktu boleh jadi 3 waktu.

Banyak hal diaorg rasa pelik - macam minum arak kena sebat - itu bukan tak faham, tapi tak tau. Aku cerita juga hukum sebat ikut syariah macammana - aku ikut ayat senanglah, macam denda budak sekolah, bukan seksa macam civil tu. Diaorg ditakut2kan dengan hal ni. Banyak salah faham dari orang Islam sendiri - lagi2 menteri2 yang tak sekolah agama tu.

yantie said...

ala wa, aku pernah nampak ada kakak selamba mkn kat food court di jusco, tak yah cari tangga2 pun akak tu...kekeke..tak malu

*eh ko nak jd penulis kan?..aku rasa ayat mereka-mereka tu salah kot dlm BM, check la semula kot2 skrg dah boleh pakai mereka-mereka..seigt aku masa belajar dulu mereka mewakili ramai jadi tak blh pakai mereka-mereka...hehehehe..


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki