Blog Widget by LinkWithin
Cinta Granada : Tragedi yang berlarutan




Salam Aidilfitri ;)

Walaupun masih ada rasa bersalah pada tumpukan buku-buku yang belum sempat dibaca, aku tak dapat menahan dari membeli Cinta Granada. Aku seakan mahu melompat ketika terlihat nama Radwa Ashour, setelah aku teliti benarlah, buku ini adalah sambungan dari Rindu Andalusia. Rindu Andalusia yang aku beli ketika PBAKL April lepas adalah buku pertama dari Trilogi Granada. Terbitan Telaga Biru namun ia adalah buku terjemahan dengan teks Bahasa Indonesia. Kerana terkesan dengan Rindu Analusia, aku mencari Trilogi Granada ketika di Bali [Hasil shoppingan buku di Bali], tapi tak berjaya mendapatkannya. Alhamdulillah, dah tiba buku ni di Malaysia.


Rindu Andalusia bermula dan berakhir dengan kematian. Saleema menyaksikan Abu Jaafar meninggal kerana terseksa batinnya melihat kitab-kitab di bakar. Seperti Deja-Vu, kisah ini berakir dengan Saad, yang mati berdiri melihat isterinya Saleema di bakar hidup-hidup.


Kisah keluarga malang ini berlanjutan dalam Cinta Granada, isi rumah Abu Jaafar yang dulu penuh kini cuma dihuni oleh Hassan, isterinya Mariama dan cucunya Ali. Mariama, menantu Ummu Hassan yang dulu kebudak-budakan diangkat menjadi tunjang kisah ini. Mariama menyaksikan pemergian dan kematian seorang demi seorang penghuni rumah tersebut. Naeem telah kembali dari perantauan menyertai 3 beranak itu di rumah Abu Jaafar. Namun, baik Hussien, Mariama mahupun Naeem, mereka semua sudah tua, sudah menginjak 70-an. Hassan telah lumpuh. 3 orang tua yang hampir pikun dan selalu bergaduh tentang hal remeh dan kebudak2kan selalu membuat seorang anak kecil kebingungan dengan tingkah mereka. Kanak-kanak itulah, Ali, anak Hussien dan Aisyah yang ditinggal pergi untuk menjadi gerila dipergunungan Andalusia. Pada Ali mereka tumpahkan kasih sayang. Memanjakannya dan menceritakan kisah-kisah dongeng. Naeem, selalu bercerita tentang orang-orang mulia, Abu Jaafar, Said dan Saleema - tanpa Ali mengetahui merekalah leluhurnya.


Hassan, mengajarkan cucunya Ali huruf-huruf Arab secara rahsia. Memang segala-gala tentang Arab apalagi Islam perlu dilakukan dengan rahsia. Generasi muda langsung tidak kenal huruf Arab (sama nasib dengan Jawi?). Kitab-kitab Arab terus diharamkan. Larangan lama tentang pengharaman budaya Arab dan Agama Islam diperketatkan kembali. Bahasa, pakaian, budaya semua menjadi kesalahan. Islam yang mereka amalkan hanyalah yang terpasak pada ingatan mereka, seperti yang diajarkan oleh orang tua mereka. Mereka tiada kitab tempat merujuk, Ilmu juga tidak dapat berkembang. Pintu-pintu rumah perlu dibuka seluas-luasnya pada hari raya, Khamis dan Jumaat untuk memastikan mereka tidak melakukan ibadah dan budaya-budaya berkaitan agama. Jauh sekali untuk mempunyai masjid, beribadah dirumah dan berpuasa pon perlu menyorok. Para wanita dilarang memakai hijab sehingga mereka terpaksa memberi alasan, tudung kepala mereka hanyalah adat tidak berkaitan dengan agama. Nama Arab tak boleh digunakan, tiada identiti agama pada nama. Kemuncaknya ialah pengusiran penduduk. Oleh kerana bimbang dengan kebangkitan revolusi dan gerakan gerila, pemerintah mulanya mengusir para pemuda kemudian sekalian penduduk dipindahkan dari Granada ke Cordova. Dalam perjalanan pengusiran yang menyayat hati inilah, Mariama yang umurnya mencecah 80 tahun, telah tidak mampu berjalan, diampung oleh cucunya, meninggal dalam pelukan Ali. Doa Mariama untuk dikebumikan mengikut syariah tidak termakbul.


Ali telah lari lalu kembali. Dia tidak dapat menahan cintanya pada Granada. Sehingga bilakah mereka mampu bertahan? Adakah generasi muda keturunan Arab di Granada masih mahu mempertahankan tauhid mereka? Atau lebih rela menjadi barua Castile untuk kesenangan hidup? Bagaimana sikap Ali terhadap watak baru yang muncul dari diri kawan lamanya?

...............................

Aku teringat banyak hal ketika menikmati buku ini. Aku tertanya-tanya, adakah apa yang berlaku di Granada ada kesamaan dengan musibah yang menimpa Melaka 1511? Di Granada, Masjid bertukar menjadi Gereja. Bukankah tapak A Famosa yang kamu selalu agung-agungkan dan menjadi icon sejarah negara dibina di atas tapak sebuah masjid? bukankah Melayu Islam dulu menggunakan huruf Jawi yang dipinjam dari huruf Arab, tapi kini kita menggunakan huruf rumi yang dipinjam dari huruf Latin? Lalu bagaimana itu boleh berlaku? Adakah sama seperti tragedi-tragedi di Granada? Walau dalam buku teks sejarah sekolah kita menyatakan Benggali putih itu datang kerana rempah, tetapi fakta yang tidak boleh disangkal mereka datang membawa misi Agama. Oleh kerana Melaka telah diiktiraf sebagai 'Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESCO', maka A Famosa selama-lamanya tidak boleh diruntuhkan, maka selama itu kita melihat titik hitam lagi berdarah Kerajaan Melayu Islam Melaka. Puji bagi Allah dengan rahmatnya. Walaupun beratus tahun kita dijajah, nenek moyang kita masih dapat mengekalkan akidah hinggalah kita mewarisinya dari mereka. Apalah nikmat yang lebih besar dari iman dan Islam?

Ketika membaca kisah pengusiran mereka dari Granada, aku terbayang Palestine 60 tahun lepas. Ketika rakyat Palestine diusir dari tanah mereka untuk diberi kepada Israel. 60 tahun lepas dan kini mereka masih pelarian. Mereka meninggalkan rumah, tanah, kedai dan masjid mereka.

Bahagianya kita, sebulan kita ber Ramadhan, sambung lagi sebulan ber hari raya. Tak ada siapa yang larang. Masjid kita besar-besar dan mewah. Cuma kita je belum tentu sayang pada masjid-masjid kita. Kau kira, pada hari terakhir sebelum Portugis membedil Melaka, adakah penduduk Melaka meyangka masjid mereka akan runtuh dan tak terbangun sampai bila2? Namun bila ia terjadi, ramailah yang merinduinya.

Aku selalu segan pada Lai Leng, dia penganut Kristian yang taat. Banyak berbakti pada gerejanya. Aku, apakah yang aku sumbangkan pada masjid selain duit-duit kecil sekali sekala? Malu nak mengaku, sejujurnya, tak ada apa2 pon. Tunggu tua macam mak kot, baru hati nak lekat ke masjid. Kawan-kawan, tolonglah aku.

 

9 corat coret:

along said...

Awa, along pun banyak hutang ni, ada jugak novel yg masih berbalut plastik...nhtah bila nak bace...hehehe

sitinurulhawa said...

salam along,

cubala langsaikan sikit2 :) kesiann buku2 tu.

sitinurulhawa said...

dalam cerita ni, diaorg bnyk guna lavender. kat halaman tanam lavender, mlm2 tidur bau lavendar. lepas tu kat celah2 lipatan baju letak lavender... bestnya, dah la aku suka lavender. terbayang2.. mula la nak berangan bersandar kat tingkap menghirup bau lavendar, mcm nenek mariama ;).

Life Of Aku said...

salam syawal .... terima kasih atas ucapan eidulfitri di blog saya ....

sitinurulhawa said...
This comment has been removed by the author.
sitinurulhawa said...

LOA, sama2, saya suka gambar rumah kg awak :)

sitinurulhawa said...

pembetulan sikit,

A Famosa didirikan di atas tapak Istana Melaka, batu2nya dari robohan Masjid. Err.. masjid tu dalam kompleks Istana ke tak ek? hmm tak ingat, kena bukak buku dulu

Amalina Ismail said...

menarik ni...
penulis indonesia ye tu?
insya Allah akan dapatkan...saya juga peminat buku...
lebih2 lagi novel berunsur sejarah...

sitinurulhawa said...

salam amalina,

penulis asal orang mesir tapi buku ni terjemahan ke bahasa indonesia. kalau boleh cari dulu buku pertama, rindu andalusia. selamat membaca ;)


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki