Blog Widget by LinkWithin
Hadiah Hari Jadi ku

Tahun lepas, aku hadiahkan diri sendiri buku terjemahan 'Pengembaraan Ibn Battuta'. Itulah hadiah paling istimewa pernah aku beri pada diriku - waktu itu. Tahun ini aku mengambil masa lebih panjang untuk berfikir, apa yang aku mahukan untuk hadiah hari jadi ke -30.

Aku berfikir-fikir, apa yang aku mahukan sebagai tanda kematangan hidup? sebagai tanda aku punya hidup boleh aku pamerkan sebagai - hidup yang baik'. Mulanya aku mahu memberi diriku sebuah kereta baru, kemudian aku mahu pergi berkembara. Oh.. apa kata ke Tanah Suci? Kemudian, Yatt keluar dengan idea gila. Yang sebenarnya kami cuma cakap-cakap kosong saja. Tapi idea Cik Sengal tu terpantul2 dalam tengkorak kepala aku setiap masa. Tetapi untuk itu, aku perlukan banyak biaya dan masa.

Ketika memulakan blog ini, aku berazam mahu mencapai menjadikan hidup aku lebih berguna dalam masa lima tahun. Aku ada rancangan dan keazaman. Tetapi seperti tayar kereta, bila lama-lama berjalan melanggar batu dan lekuk, tekanan angin pun berkurang, allignment dan balancing pon lari kalau tak diservis. Dan kini, masa lima tahun makin hampir, aku kadang-kadang lupa apa yang aku azamkan beberapa tahun dulu.

Berminggu-minggu aku termenung memikirkan cara mencari biaya untuk idea gila Cik Sengal. Akhirnya, dengan ilham yang Allah kurniakan, tercetuslah 95% angan-angan dan 5% perancangan yang aku harap dapat memberi penyelesaian. Dalam proses menukar angan-angan menjadi perancangan, aku mula melihat jalan yang aku terokai beberapa tahun dulu, mula kurang semaknya. Aku dapat lihat silau matahari dari celah-celah daun. Dan habuk telah masuk ke mata aku tanda angin telah muncul kembali.

Aku rasa kembali semangat 'Kembara Kejayaan Awa'.

Dan akhirnya, aku menolak untuk menerima kereta baru. Dan seperti anjuran Cik Sengal - cukup2lah kita berjalan tahun ini. Mari kita menabung duit. Terima Kasih Yatt!

Aku berpaling 180darjah. Dari mahukan hadiah yang menyelesakan lagi hidup aku yang sedia selesa ni, aku memilih hadiah yang akan memberikan hidup baru yang penuh cabaran. Lalu aku memilih pakaianku, bersedia untuk keluar dari ruang keselesaanku.

Oleh kerana, aku mahukan hadiah terlalu istimewa untuk hari jadi ke 30. Sebagai tanda hidup aku berkembang sesuai dengan usia. Maka inilah dia, hadiah termahal dan tersusah untuk direalisasikan pernah aku beri kepada diri sendiri. Aksendiri. Aku memilih untuk memulakan kembali 'Kembara Kejayaan Awa' :)

Hari ini, 11 Zulhijjah, ialah hari lahirku menurut kalendar Hijrah :)

 

4 corat coret:

Marriatyi Morsin said...

awa kadang2 apa yg kita rancangankan selalu jarang menjadi kenyataan. kadang3 apa yg kita rasa satu repekan itu, satu kejayaan bila dapat dilaksanakan..

tahniah atas pembukaan studio balqis

Qimy said...

tahniah awa..tumpang bangga..bila la agaknya aku nak sampai studio ko..

Teja said...

W/pun terlambat drpd geng tetingkap komen kat sini, tp dengan bangganya korang.....jeng3...aku dah rasmikan studio Cik Awa ni....siap wat ukur sempadan segala ruang lagi...he3..

Qim ngan mity, sila jeles ngan aku tau.

Cik Awa, selamat maju jaya!!!

sitinurulhawa said...

aku sayanggggggggggg korang :)


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki