Sebab Faisal Tehrani letak komen pada entry aku, aku pon jadi insaf dan macam bersemangat nak rajin-rajinkan diri menulis di blog ni.. hahahaha
Encik Faisal, u really make my day :D
Sekarang aku sedang mengulit buku terbaru Faisal, Bila Tuhan Bebicara. Aku memang mudah terpengaruh dengan apa yang aku baca. Buku ni betul-betul buat aku kecut perut. Apataknya, hujung tahun ni, aku dah rancang nak jalan-jalan ke Medan. Nak tengok Danau Toba, nak ke Pulau Samosir yang besar sama dengan Singapore, nak tgk gunung berapi (neraka?) kat Brastagi. Penat aku berangan dengan Yatt. 6 hari, Janice dah janji nak bagi cuti, kalau tak cukup, boleh ambik advance. Haha
Tapi kalau ..kalau ..kalau apa yang dikata Sahlan tu betul-betul berlaku macammana? Tak dapat aku bayangkan.. ini lebih seram dari cerita susuk. Lebih gempar dari bom di Bali. Tak mahu fikir!!!!! Aku doa saja semuanya ok.
Kalau aku pandang dari positifnya, tentu bila aku kesana nanti aku dapat hayati dan hargai apa yang akan aku alamai (waktu dalam bot, aku mesti terbayangkan magma yang menggelegak di dasar toba.. heii takutnya!!). Kalau masatu, ditakdirkan Tuhan berbicara? Oh.. kena selalu-selalu dekat dengan Dia.
Kalau tak kerana hendak ke Toba pu, aku kecut perut juga. Selak je blind office ni, jelas-jelas Singapore beberapa KM je dari sini. Singapore hujan ke tak ke pun boleh anmpak dari sini. Kalau Singapore tenggelam, apa JB tak terhakis sikit pon? Huh!! tak dapat nak bayang. Kalau Singapore tenggelam, kompeni ni pon jadi sejarah je lah.
Kalau Yatt dan Nott baca buku tu, agaknya diaorg pon kecut perut nak pegi. But, payment has been made. Lagipun, lambat lagi.. dan aku ni ntah apa-apa. Ini semua salah Sahlan.. err Faisal
This entry was posted on 7:56 PM
and is filed under
awa baca
,
hujung minggu
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
3 corat coret:
Awa,
Kita semua boleh dimatikan pada bila2 masa..cuma kita tak tau.. Bak kata Dr Fadzhilah Kamsah, "Saya pasti sudah melalui zaman muda, tapi awak belum pasti dapat lalui zaman tua"..
So pokok pangkal kene igt maut sentiasa ikut kita, cuma tunggu masa yg pasti kita tak tahu..
Solat taubat la selalu (ni aku seru utk aku jugak ni yg agak liat nak solat sunat)
Satu lagi kan..Kita ni JGN SOMBONG..ada diploma ke, degree ke, master ke, phd ke, prof ke..semua SAMA (aku ceduk ayat Dato')
betullah yan..
ye lah, manusia sama je ada lebih ada kurang.
tak hensem ke, tak cantik ke, tak apa.. asalkan baik hati (ni status YM aku skrg, ditujukan utk seseorang di seberang tambak dan sesiapa yang berkenaan) huhu.
terima kasih ingatkan aku
Post a Comment