Blog Widget by LinkWithin
Certot: Laskar Setanggi

Dari kiri; aku (sedang sakit mata), Sabrina, Badek, Awin, Amir dan Een
Depan; Nenny dan Yan


"Sab, aku tak tahan! aku nak pegi tandas la" Aku bisik pada sab. "Aku nak ikut!" Ujarnya laju. Aku pandang dia, dia beri muka keyakinan padaku. Sudah 10 minit aku menganggung seksa. Seperti 1000 rama-rama Brooke mengepak-ngepak dalam perut. Tegang dari ubun-ubun sampai ketumit. Bertuanya ada kawan yang memahami, sentiasa bersama senang dan susah.



.........10 minit sebelumnya..........

Masa berbaki 15 minit sebelum kelas tamat. Che Mie padamkan lampu projektor. Huh! Tak semena-mena perutku mula bergelodak. Makmal komputer itu terbahagi 3 baris dengan setiapnya dua meja bergandingan. Lantainya playwood yang dipasang tinggi sekaki dari lantai asal untuk tujuan pengkabelan. Dan entah bijak pandai mana yang membuat lantai tersebut, strukturnya tak kukuh sehingga bila berjalan lantai berbunyi kreok-kreok. Kadangkala bila waktu ramainya pengguna makmal, bunyi lantai lebih bising dari bunyi mulut. Berjalan sesopan unta pun tetap lantai bernyanyi. Aku duduk dilajur kedua barisan paling kiri. Berganding dengan Sabrina. Tiada pelajar di depan kami. Di barisan tengah selari kami ialah Badek dan Een. Yanti dibelakang Badek dan Nenny duduk dikanannya.

Zaman itu pensyarah masih menggunakan slaid plastik dan projektor cermin. Monitor masih petak-petak besar dan CPU berdiri adalah model baru. Semuanya tak putih tak kelabu tak kuning. Disket 3.5 inci masih sangat relevan. Itulah mulanya cerita ini. Dari disket-disket hitam dan satu berwarna kuning yang bertumpuk di atas meja Che Mie itu.

Disket kuning tu kepunyaan Nenny. Mulanya aku sangkakan dia guna disket warna sebab dia memang suka menjadi perhatian. Rupa-rupanya ada muslihat lain. Che Mie telah menutup buku, "Sekarang kita lihat demo tugasan". Aku terus berdebar-debar. Aku sangat percaya pada gerak hati, kalau aku berdebar luar biasa, adalah hal yang tak kena akan terjadi. Che Mie bermuka lembut dengan janggut sejemput. Sayangnya sejuk senyum Che Mie langsung tak membantu. "Kita buat cabutan bertuah!" Ujar Che mie lagi. Che Mie pandang seluruh kelas. Aku pandang Sab, Sab pandang aku kelat. Aku pandang Badek, Badek pandang aku payau. Aku pangang Nenny, Nenny pandang tepat pada disket kuning atas meja Che Mie. Een dan Yanti buat-buat sibuk pandang desktop monitor yang berlatar biru. Kami semua tahu, bahana kalau-kalau Che Mie mancabut disket kami.

Tugasan kami membina satu aplikasi mudah mirip Ms Paint. Aplikasi tersebut harus mampu melukis bentuk-bentuk 3D geometri asas. Dan bentuk-bentuk itu juga harus boleh ditranslasikan dengan translasi-translasi mudah. Penskalaan, putar, pantulan, gerakkan dan salinan. Sejujurnya, kami masih dalam kejutan budaya.
Semester pertama dalam major Komputer Grafik. Masuk kelas Pemperosesan Imej kejutan budaya, masuk kelas Grafik Lanjutan juga kejutan budaya. Sungguh-sungguh banyak kejutan dalam dua minggu kuliah. Dan inilah tugasan pertama yang diberi Che Mie pada hari pertama kelas. Rupa-rupanya semua pensyarah pon memberi tugasan pada hari pertama. Manalah kami tak terkejut! Pensyarah-pensyarah itu semua tahu, kami sudah 3 bulan tak berjumpa. 2 minggu kami belum tentu habis bercerita kisah-kisah klasik dan mistik sepanjang cuti, tapi mendadak kami diberi tugasan. Manalah kami punya cukup masa!

Che mie dengan penuh bergaya, mengambil salah satu disket dari timbunan disket-disket. Aku nampak Nenny tersenyum. Pelik, cuma Nenny saja yang tak berwajah tegang. Sab aku lihat separuh pucat. Badek asyik-asyik garu kura tangannya. Een asyik-asyik betulkan tudung, Yanti pula main-main dengan pen. Aku sendiri berdebar tak keruan. Kali pertama demo tugasan didepan kelas."John Lim!" Che Mie pandang John. 500 ekor rerama Brooke keluar dari perutku. John dengan sengih-sengih bangun. Sempat John membetulkan rambutnya. John kedepan dan melakukan demo. Wah!!!! aku kagum dengan John.

Hari itulah mulanya aku kenali John. Dia mula bermain dengan komputer sejak kanak-kanak. Menulis aturcara Basic pertama kali semasa 9 tahun! Semasa tingkatan 4, dia menjual perisian semacam buku latihan peperiksaan pada kawan-kawan sekolah. Untungnya dia tak lokek dan tak sombong. Selalu bersedia menjadi guru tak rasmi. Cuma satu hal saja yang aku selalu geram dengan dia. Dengan bermodalkan A1 dalam subjek Bahasa Melayu SPM, dia selalu merasa diri pakar bahasa - tak pernah mahu kalah dalam memilih perkataan - walaupun selalu kedengaran janggal. Suatu hari dia menelifonku cuma untuk memberitahu dia keberatan memanggil aku Hawa, dia mahu panggil Siti. Katanya lagi nama Hawa tak bagus. Aku desak alasannya, dia kata esok dia akan beritahu sebabnya. Esoknya, dia bawa aku ke hujung kelas lalu dia berkata, "Tahu tak? Hawa tu..." Dia menghulurkan dua tangan terbuka kepadaku, laksana seorang putera mengalu-alukan seorang puteri. Aku senyum. Dia terus menggerakkan tanggannya hingga menunjuk satu objek hampir kuboid yang terlekat di bahagian atas dinding. "Seperti Hawa dingin!". Aduhhh..

Zzzzzzzzzzztttttttttttt............ sambung balik cerita asal ;)

John dengan bangganya menunjukkan hasil inteleknya. Canggih, bukan saja tranformasi-transformasi asas, malah John memberi lebih dari apa yang diminta. John memberi warna pada objeknya, boleh pilih warna multak atau warna gradient. Ada pula kesan cahaya pada objek supaya jelas kesan 3D. Huh! Menyesal pula aku tak segera beli buku OpenGL. Maklumlah, zaman tu untuk capaian internet masih perlu beratur panjang. Perlu cop mengecop. Kalau berduit bolehla ke Cyber Cafe, RM5 sejam. Lagipun, baru 2 minggu kuliah, manalah ada duit! Yang banyak cuma alasan, percuma lagi!

John selesai, Che Mie senyum puas hati. Kawan-kawan senyum cemburu. Melihat prestasi John yang sangat cemerlang, aku tak dapat bayangkan jika aku yang terpanggil kedepan. Musibah besar! Tiba-tiba kulihat muka che Mie jadi sangat menakutkan. 500 ekor rerama Brooke masuk kembali keperut ku, setiap ekor membawa satu kepompong yang sedia untuk menetas sebagai rerama dewasa. Ketika dia mencapai disket lain, aku rasa seolah-olah merasakan Che Mie sengaja membuat gerakan perlahan. Masa separuh beku. Aku tak senang duduk. Jantung berdetap sangat laju, mungkin lebih 160 per minit. Ahhh.. aku tak dapat lagi menahan tekanan. Cik Mie berlakon seolah-olah dia adalah tetamu VIP yang mencabut hadiah utama sebuah kereta. Seolah-olah dia di pentas utama yang berhias indah. Seolah-olah dia diapit dua gadis genit yang seorang memegang kotak cabutan dan seorang lagi memegang replika kunci kereta. Nyatanya, hanya dia yang seronok dengan keadaan itu. John duduk bersandar tak acuh. Sekeping disket telah ada di tangan Che Mie. Aku lihat Nenny senyum lagi. Ishhh.. makin aku tak faham dengan Nenny. Inilah kemuncak paling seram - ketika nama hendak disebutkan, sampai berdiri bulu tengkok. Macam menunggu hukuman maut dari hakim saja. 500 kepompong menetas serentak. Mulut Che Mie bergerak tapi seolah-olah tak berbunyi. Sebenarnya otakku yang secara psikologinya tak sanggup mendengar suara Che Mie lalu menghantar signal pada telinga supaya menuli.

"Amir Hamidi!" Ahhhhh...... aku separuh lega. Persembahan Amir adalah yang paling ditunggu-tunggu. Bermula dari hari itu hingga tamat semester, Amir sentiasa mengagumkan. Che Mie tak pernah kering air mulut memuji Amir, itu Amir, ini Amir, cuba jadi macam Amir, seganlah sikit dengan Amir. Amir, Amir, Amir. Amirlah buah hati semua pensyarah. Amir sangat ajaib. Sekiranya diri Amir boleh diterjemahkan dengan lagu - lagu When You Say Nothing At All adalah paling cocok untuknya. Sangat-sangat aku mahu menyaksikan Amir mempersembahkan keajaipannya, tapi aku tak mampu mengulangi saat-saat tadi. Cemas bukan main-main. Dalam keadaan cemas bukan main itulah, aku dapat idea paling genius! Ternyata Sab sedia mendokong aku. Kami menunggu waktu paling sesuai.

Ketika Che Mie dan seisi kelas sedang mengkagumi Amir, kami senyap-senyap bangun. Badek memandang kami, "Mana?" dia berbisik. "Tandas!" aku menjawab dengan mulut tanpa suara. "Nak ikut!" Badek sedia untuk berdiri. "Tak boleh! ramai sangat nanti Che Mie perasan!" Agak kuat sebenarnya bisikan Sab. Aku jadi khuatir. Badek seperti budak kecil yang terpaku kerana dimarahi guru pertama kali. Dia akur lalu duduk kembali. Aku dan Sab berjalan separuh laju. Lantai makmal mengkhianati kami. Kreok-kreok tak menentu. Canggung saja bunyinya. Janganlah Che Mie tahan kami, aku doa berulang-ulang dalam hati.

10 minit "menyorok" dalam tandas, aku dan Sab kembali ke makmal dengan muka pura-pura tak bersalah. Aku merayu pada Che Mie untuk ambil semula disketku. Aku janji akan hantar semula dalam masa 3 hari. Sungguh-sungguh malu kalau Che Mie lihat hasil kerjaku yang jauh dari sempurna. Nenny melintasiku, aku memandangnya tegang dan pelik. "Itulah, lain kali pakai disket warna, tak payah debar-debar tunggu Che Mie baca nama!" ujar Nenny sambil ketawa.

Lagu dari penyanyi kegilaan Nenny; Ronan Keating

Cuba teka, berapa umurnya?

Aku jalan2 di YouTube dan jumpa video ini. Jom teka berapa umur budak ni ;)

Penulis 3 buah novel fantasi.



Ini video pertama dari 10 pecahan. Seronok juga Kick Andy ni. Aku harap dulu Ally Iskandar buat rancangan macam ni la, tapi samaaa je, asyik2 jemput artis. Hmmmm... tak guna belajar tinggi.. opsss...

MONEY CAN'T BUY

Kalau bercerita tentang jalan-jalan. Soalan lazim ialah - berapa RM telah terhabis?

Kalau dah kemaruk macam aku dan Yatt, sengkek-sengkek pon tetap kami pergi jua. H1N1? tawakkal sajalah. Hehehe. Memangnya semasa kami ke Bali masing-masing poket kering. April lepas berhabis ke Bangkok, Jun mahu ke Bali pula. Yatt baru saja baharui insuran dan cukai jalan. Aku sendiri belum bergaji bulan itu. Kami adakan saja seada-adanya. Abid saja yang berduit banyak, mungkin. Sebab ini adalah kembara eksperimennya. Berapa pun kos yang dikeluarkan, aku harap kami akan pulang dengan kenangan2 dan pengalaman2 berbaloi.


Dan akhirnya, apa yang kami dapatkan ialah banyak perkara yang tak ternilai. Lagi-lagi pengalaman mendaki gunung Batur.

Bertolak jam 4 pagi. Sejuk yang teramat. aku cemburu melihat Budi cuma bert-shirt lengan pendek. "Dingin?" tanyanya, cuba memprovokasi. Sedangkan aku berbalut muka hingga ke paras hidung. "Sangat!" Jawabku dan dia ketawa senang. Berhenti subuh di pertengahan jalan, dalam gelap dan tak sedar betapa sempit dan dekatnya tempat bersujud dengan tebing curam. Melihat fajar saddiq dan bersolat subuh itu adalah pengalaman spiritual yang tak pernah terbayangkan. Bila melalui semua waktu turun, Kadek bertanya "Ingat tak tadi dimana solat?" Wah!! gerun betul tempat tu kalau solat dalam terang.

Oleh kerana asyik berhenti, kami tak sempat ke puncak sebelum matahari terbit (6.30 pagi). Tapi tetap dapat menyaksikan pemandangan matahari terbit yang sangat indah. Priceless!

Selepas melihat matahari terbit, aku secara automatik memperlahankan langkah - tak tercapai niat utama melihat matahari terbit dari puncak. Pon kami tetap mahu teruskan juga. "Mahu turun, kalau mahu turun sekarang ya bisa!" provok Kadek. Sejak jam 6 pagi henphone ku asyik berbunyi, alarm. suara Effa menyanyi lagu Wonder Pets! dan berulang setiap 10 minit (tas(beg) aku dibawa Kadek jadi aku malas nak berhenti semata-mata mahu mematikan alarm). Akhirnya Kadek hafal lagu Wonder Pets!


Bila sampai di atas, sekali lagi. Priceless!

Inilah yang aku suka sebutkan, leburkan sedikit duit (mungkin juga bukan sedikit) untuk mendapat sesuatu yang tidak ternilai!

Selain pengalaman naik gunung, ada cerita lain yang Priceless! cerita tentang hidup.

SUSAHNYA HIDUP

Pernah aku nyatakan pada seorang kawan, 'Dalam banyak2 hal kehidupan, duit adalah hal yang paling senang didapati'. Kawan ku itu terkejut dengan kenyataan melulu aku. Bongkak sungguh bunyinya. Aku terangkan, 'Kawan, bumi Allah ini luas, melatalah mencari rezeki, rezeki Allah ada dimana2!'

Asal timbulnya kenyatan mengejut ini ialah dari satu soalan rutin 'Bila akan aku berkahwin? Bagaimana kalau aku berjodoh dengan orang yang sederhana? Tidak berharta dan tidak berjawatan?'. Lalu itulah jawapanku, 'Kawan, aduhai adakah kau sangka aku belum berkahwin kerana menunggu calon yang hebat serba-serbi? Rumah dan kereta besar? Kalau soal harta, aku mampu insyaallah mencari sendiri mengikut kehendakku' dan aku sambung lagi dengan kenyataan awal tadi - 'Dalam banyak2 hal kehidupan, duit adalah hal yang paling senang didapati'

Tetapi realitinya, bukan semua manusia mudah rezeki perutnya. Budi, pemandu arah kami ketika pendakian Gunung Batur. Percakapannya lancar tanda otaknya cerdas, fasih Bahasa Inggerisnya dan banyak pengetahuannya tentang hal-hal sekitar sehingga aku senang sekali berbual2 dengannya. Aku tak menyangka dia baru berumur 17. Sejak umur 15 tahun dia menyewa bilik dan duduk berjauhan dari keluarga, bekerja sebagai pemandu arah untuk menanggung sekolahnya. Menurutnya, kalau mengharap pada orang tuanya maka mustahil dia dapat terus sekolah.

Ibu warung pula sehari-hari memanjat gunung mula jam 2 pagi. Bertemankan seekor anjing, nenek 3 cucu berumur 45 tahun itu sudah betah dingin puncak gunung. Memanjat gunung yang curam dan licin ini cuma untuk membuka warung demi sedikit rezeki. Mukanya comot kerana dapurnya adalah dapur kayu. Malah menurut Kadek, kanak2 mereka sejak 10 atau 12 tahun sudah pandai mengambil upah mengangkat barang2 dagangan warung dan kayu api ke puncak. Kadek sendiri kelihatan 10 tahun lebih tua dari umurnya, apa lagi kalau bukan kerana kesan kesusahan hidup. Dan mbak2 yang mengurut kami petang selepas turun dari gunung juga tak kurang susah hidupnya. Tak pernah pakai baju baru dan tak pernah sampai ke Den Pasar yang cuma 2 jam saja perjalanan.

Orang-orang seperti mereka, yang kelihatan lusuh, tidak penting, hidup hari ini cuma untuk hari ini, tidak bercita-cita, tak jelas masa depannya. Adalah pejuang-pejuang dalam dunia mereka sendiri.

Itulah hidup.. dan aku amat-amat bersyukur.. amat-amat bersyukur.. amat-amat bersyukur.. betu-betul bertaubat

UMAR BIN ABDUL AZIZ - Peribadi Zuhud Penegak Keadilan


Seperti dinyatakan dalam kitab Klasik Ringkasan Sejarah Kerajaan Bani Umayyah, Khalifah Umar Abdul Aziz ialah satu-satunya khalifah Daulah Bani Umayyah yang paling merakyat manakala kahlifah2 lainnya hanya layak dipanggil raja.

Buku ini tidak disusun mengikut kronologi masa tetapi dibahagikan kepada 4 bahagian:
i. Biografi Umar bin Abdul Aziz
ii.Keperibadian dan kisah-kisah Umar bin Abdul Aziz
iii.Khutbah-khutbah Umar bin Abdul Aziz
iv. Surat-surat Umar bin Abdul Aziz

Cerita didalamnya ada yang sependek seperanggan ada juga yang makan 2-3 mukasurat. Bahasanya agak payah difahami jika baca tidak dengan kesabaran, mungkin kerana buku ini adalah terjemahan. Dibahagian belakang dinyatakan bahawa buku ini mengandungi beberapa episod sejarah perjalanan hidup Umar bin Abdul Aziz yang terdapat dalam pelbagai manuskrip di beberapa muzium an perpustakaandi Timur Tengah dan Eropah.

Berikut ialah beberapa episod menarik dari buku ini.

SEBELUM MENJADI KHALIFAH

Sebelum menjadi Khalifah, Umar bin Abdul Aziz hidup dalam kemewahan. Beliau lahir dan dibesarkan di Madinah. Oleh kerana dia tidak mengikut ayahnya yang berpindah ke Mesir(untuk menjadi Amir), Abdul Malik bin Marwan, khalifah ketika itu yang juga pak cik sebelah ayahnya memerintahkan elaun 1000 dinar kepada Umar bin Abdul Aziz setiap bulan.[nilai syiling dinar kini lebih kurang 5ribu sekeping. 5000x1000=5m]. Umar bin Abdul Aziz bila bejalan akan terbau harum minyak wanginya dari kejauhan. Rambutnya terurai rapi dan indah. Sarung jubahnya dibiar meleret dan jalannya melenggang. Dia popular dengan gaya jalannya itu. Kalau seliparnya rosak, dia akan terus membuangnya, jika hambanya mengambil selipar itu(untuk dibaiki) dia akan marah. Sutera berharga 800 dirham masih kasar padanya. Meskipun begitu, dia tidak pernah melakukan perbuatan tercela yang berkaitan dengan perut, kemaluan dan pemerintahan.


KETIKA MENJADI KHALIFAH

Sejak menjadi khalifah, Umar bin Abdul Aziz meninggalkan kehidupan mewah kerana takutnya dia dipersoalkan di hari pembalasan kerana amanah pada harta rakyatnya. Gajinya sebagai khalifah ialah 200 dinar. Setiap hari, belanja untuk keluarganya makan cuma 2 dirham. Bajunya cuma 8 dirham tetapi bila dia mengusap baju itu dia masih berkata 'Alangkah bagusnya..'. Pada suatu ketika dia terlambat kemasjid untuk bersolat Jumaat sehingga ramai jemaah mencelanya, sebenarnya bajunya dicuci dan dia tidak ada baju lain untuk dipakai. Malah, Umar tidak mampu mengumpulkan biaya untuk dia menunaikan Haji. Walaubagaimanapun, dia berjaya mengkayakan rakyatnya hingga tiada siapa yang berhak menerima zakat. Seluruh baitul-mal digunakan untuk menolong orang miskin, sakit dan ibn sabil (anak yatim sebab peperangan), membantu rakyat menyelesaikan hutang dan melepaskan pajak, mengembalikan harta yang dirampas secara zalim oleh pemerintah terdahulu dan memberi setiap orang buta seorang pembantu khas.

Suata hari seorang wanita Iraq datang kerumah Umar bin Abdul Aziz. Oleh kerana tiada pengawal yang berkawal dirumahnya, sesiap saja boleh datang berjumpa khalifah. Ketika perempuan itu datang, Fatimah (isteri umar) sedang menjahit pakaian lalu menyambut kedatangan tetamunya. Ketika mereka sedang bercakap-cakap, datanglah Umar keperigi disisi rumahnya. Dia mengambil air dari perigi dan membasuh lantai rumah yang berdebu. Sambil dia mengambil air, dia asyik melirik pada Fatimah. Wanita Iraq itu pon berkata kepada Fatimah 'Tutuplah dirimu lebih rapat, kulihat pembantumu ini sering menjeling kepadamu'. Lalu Fatimah menjawab 'Dia bukan pembantuku, dialah Amirul Mukminin'. Aduhaii.. khalifah disangka pembantu, betapa sederhananya penampilan Umar bin Abdul Aziz.

Sejak dari dahulu, bani Umayyah menikmati kemewahan yang dikurniakan dari Khalifah mereka. Tetapi ketika Umar bin Abdul Aziz memerintah, beliau memotong pemberian yang biasa mereka dapati. Malah segala harta rakyat yang mereka dapati secara zalim (melalui khalifah terdahulu) juga dipulangkan semula kepada tuannya. Ini menyebabkan bani Umayyah tidak suka kepada Umar. Suatu hari mereka menemui Umar untuk mengambil pemberian dari Umar, tetapi Umar hanya memberi 10 dinar saja pada mereka. Meraka marah kerana tidak berpuashati, lalu Umar berkata 'Aku habiskan satu malam memohon ampun kepada Allah untuk memberikan kamu 10 dinar ini'. Bani Umayyah mencela diri sendiri kerana mengahwinkan ayah Umar; Abdul Aziz bin Marwan dengan cucu Saidina Umar Al Khattab yang terkenal tegas dalam pemerintahan.

AKHIR PEMERINTAHANNYA

Setelah kematian pembantu setianya; Sahal(saudaranya), Abdul Malik(anaknya) dan Muhazim(hambanya) beliau berdoa supaya Allah segera menjemputnya. Beliau akhirnya wafat kerana diracun. Sebelum wafat, dipanggil orang yang meracunnya malah memaafkannya. Beliau memerintah cuma selama 2 tahun 4 bulan tetapi membawa kesenangan pada rakyatnya.

Anugerah

Dari Han untuk Che Awa Chantek? hehehe.. macam ni tak payahla aku pegi SPA, masin mulut kawan-kawan ni chanteklah aku. Jadi tips untuk berjimat zaman-zaman gawat ni, banyakkanlah pujian sesama kita. Terima Kasih Che Han Kaya. Kirim salam pada Che Nafis suami penyayang :)

Meriahnya Bahasa Indonesia

Sepanjang di Bali, kami mendapat permainan baru. Di mulakan oleh Yatt a.k.a Cik Sengal. Hari pertama ketika dalam perjalanan jalan-jalan ke Berdugul, Yatt melontarkan soalan. "Kak Awa, cuba teka apa maksud CAPRES?". "CAPRES?....... capres... entak ek, kalau cepres aku tau la he he" jawabku.

"CAPRES.. calon presiden!" Yatt senyum menang. "Ha??.. macammana tu?" Sebelum Yatt sempat menerangkan, kami melintasi papan iklan gergasi dengan tema merah. Padanya tercetak gambar besar Megawati Sukarno Putri, berbaju merah terang. Di bawah Megawati tertulis 'CAPRES'. Di samping Megawati ialah seorang lelaki dan 'CAWAPRES' tertulis dibawah gambarnya."Ha.... calon presiden! hehehe.. CAWAPRES tu apa pula ek?" "Calon wakil presiden kot, macam timbalan gitu". Kreatif sungguh Indonesi.

Dan sepanjang di sana beberapa singkatan yang menarik kami pelajari, antaranya;
PILPRES = PEMILIHAN PRESIDEN
PUSKESMAS = PUSAT KESIHATAN MASYARAKAT
BANDARA = BANDARAYA UDARA = LAPANGAN TERBANG

Dan paling menarik ialah singkatan-singkatan yang kami temukan di McDonald. Kami ketawa kuk kik kuk kik semasa beratur, sampai mengalir air mata melihat papan menu. Kemudian macam orang jakun, kami sibuk ambil gambar papan menu tersebut.

Kita disini tak pernah temukan Bahasa Melayu untuk 'Value Meal' tapi kayanya orang indonesia mereka terjemahkan jadi Paket Hemat dan di pendekkan menjadi PaHe hehehehe. Ada pula hidangan bernasi maka dinamai Paket Nasi dan kependekannya ialah PaNas. Paling lucu ialah Paket Pengin iaitu Semacam 'chicken foldover' bersos salsa yang PEDAS yang digandingkan dengan float yang DINGIN maka dinamai Pengin.


Ketika membelek-belek alas dulang yang mempunyai maklumat nutrisi, kami temukan BURYAM. "BURYAM ni apa pulak?" seperti biasa Yatt yang bertanya. Dan seperti biasa, aku berlagak seperti professor bahasa. Hampir bertemu kening aku memikir. "Ha!!! buryani ayam!"
Meledak ketawa kami hehehehe.. ada ke briani ayam di McDonald?

Setelah pulang Yatt memberi soalan yang sama pada kawan pejabatnya. Dia dapat jawapan yang lebih logik. BURYAM ialah BURGER AYAM. hahahaha...

Aku pun, tak mau kalah, aku cuba kepintaran kawan pejabatku. Mangsanya ialah Chen. "Chen, tahu tak, orang Indonesia suka singkatkan istilah yang panjang-panjang. Contohnya BANDARA ialah BANDARAYA UDARA iaitu lapangan terbang. Cuba teka, apa maksud BURYAM? Klunya McDonald"

"BURYAM... BURYAM... BURUNG AYAM???"

Aku ketawa sampai keluar air mata

Natrah / Maria Hertogh

Kisah Natrah / Maria Hertogh pernah membuat aku resah gelisah. Klik sini. Kisah hidupnya penuh tragis sejak kecil hinggalah dewasa. Walaupun dia berketurunan Belanda, dia tersebut dalam sejarah 3 negara di Asia Tenggara; Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Sekarang, dia sudah kembali pada penciptanya. Maria adalah bukti Muslim mampu bangkit mempertahankan maruah agama Yang Maha Pencipta. Walaupun Natrah sendiri akhirnya tewas. Dan masyarakat Muslim di nusantara ni semakin lesu. Kita terima toleransi agama, tetapi semua hal ada batasnya.



Hujan Rahmat :)

Rancangannya hujung minggu ini aku mahu cuci beranda. Aku beli getah paip 15 meter sebab tiada paip di depan rumah, sumber air harus dari sinki. Tapi air keluar malas-malasan. Tekanan rendah. Aku basahkan lantai ruang tamu dulu. Debu-debu degil. Sudah disapu sudah divakum tetap ngeres di kaki. Tiba-tiba hujan pun turun selebat-lebatnya.

Aduhai.. bila kerja sudah bermula, paling pantang ialah berhenti. Sebab aku berpotensi besar untuk tidak menyelesaikannya. Dan guruh pon berdentum lagi. Dari dalam rumah aku lihat air mencurah-curah dari talang yang bocor, separuh beranda yang tak berbumbung hampir bersih dibasuhi hujan. Tiba-tiba aku tersentak! Aduh.. bodoh betul, ini hujan rahmat mencurah-curah aku masih mahu mengeluh!

Aku bergegas mencari baldi, bertudung seadanya dan keluar rumah. Kereta aku undurkan sampai keluar pagar. Ya Allah yang maha mendengar, kau dengar keluhanku tentang air paip yang lesu sekarang kau kurniakan aku air laju tidak berhenti. Maha suci Allah! Air dari talang bocor aku tadah dengan baldi, sekjap saja sudah penuh. Aku siram lantai depan pintu. Aku tadah air lagi, aku seronok bukan main. Rumput2 kecil yang tumbuh di rekahan simen habis aku cabut. Kad-kad along yang berserakan pon aku pungut. Sudah tak boleh di sapu kerana basahnya. Orang yang lalu lalang mungkin rasa aku gila apa menyapu dalam hujan-hujan lebat begini. Tapi mereka tak tahu aku menyapu dalam kesyukuran :)

Kerja ku selesai bila hujan berhenti :)

PPSMI akhirnya


Harap - harap belum terlambat sangat nak ucapkan terima kasih tok menteri. Dan tahniah pada pejuang bahasa.

Semoga kita semua diberkati Allah hendaknya :)

Yang ku idam-idamkan

Novel Laskar Pelangi, boleh didapati hampir di mana2 kedai buku di sini. Tapi aku memilih untuk menunggu akhir Jun. Aku mahu punyai buku Laskar Pelangi yang asli, versi Bahasa Indonesia. Makanya, ia termasuk dalam salah satu rancangan jalan-jalan ke Bali.

Alhamdulillah, aku dapat membeli kesemua 4 siri dalam tetralogi Laskar Pelangi. Satu obsesi? ya, barangkali begitulah. Aku memilih novel Laskar Pelangi Edisi Kulit Tebal. Harganya dua kali ganda (dua kali lipat kata indonesi) berbanding edisi biasa. Buku-buku Indonesia relatif murah berbanding dengan novel disini. Mungkin sebab kualiti kertasnya.

Selain Tetralogi Laskar Pelangi, buku2 lain yang aku angankan, tidak aku dapapti. Trilogi Granada, Bayang2 Pohon Delima, Atlas Perjalanan Nabi Muhammad SAW. Raknya sudah kosong mbak - maksudnya buku itu sudah kehabisan - agak lucu rak buku tak ada yang kosong, tentulah sudah ditempati oleh buku lain, ya tetapi begitulah cara mereka menjawab. Jawapan yang sama juga aku terima ketika mencari DVD filem Laskar Pelangi.

Berikut ialah senarai buku yang aku beli, penulis dan harganya dalam rupiah.

Tetralogi Laskar Pelangi - Andrea Hirata
1. Laskar Pelangi Edisi Kulit Tebal - 138k
2. Sang Pemimpi - 49k
3. Endesor - 44.5k
4. Maryamah Karpov - 79k

5. Panggil Aku Kartini Saja - Preomadya Ananta Toer - 55k
6. Bumi Manusia - Preomadya Ananta Toer - 80k
7. Hussain: Sang Ksatria Langit - Muhsin Labib - 49.9k
8. Melodi Kaki Langit - Najib Kaelani - 39k
9. Isabella: The true story - Maulana Mohammad Saeed - 49k


Aku dah lama ingin membaca karya2 Preomadya Ananta Toer.Bumi Manusia dan Panggil aku Kartini Saja antara yang aku pernah baca ulasannya di Internet. Hussain ialah cerita tentang cucu Nabi Muhammad SAW. Kalau di sini, sangat susah berjumpa buku begini kerana ia pasti dikaitkan dengan Syiah dan kelihatan lebih menakutkan untuk dibincangkan melebihi taboo perbincangan tentang sex. Melodi Kaki Langit, aku beli kerana ditulis di situ kisahnya mirip kisah Sakti, mantan gitaris S07 - yang digilai aku dan kawan2ku satu waktu dulu. Dan terakhir ialah Isabella. Buku ini aku pernah baca semasa sekolah rendah - mungkin 20 tahun lepas. Aku teruja sekali dapat beli buku Isabella ini.


Untuk Kak ani, aku belikan Laskar Pelangi dan Isabella. Dia juga teruja. Tak sudah2
membelek - tak sangka ada lagi buku ni, ujarnya berkali2. Dan untuk buku-buku ini aku belikan 1 beg khas - tambahan sebenarnya - kerana beg aku sudah tak muat lagi :P

Hari hari libur di Bali :)


Papan tanda di Jalan Legian, Kuta


Sebelum ke bali aku asyik berdebarr je, lagi2 Ina cancel last minute, tak jadi pergi gara2 UITM tak bagi pelajar dan staff ke luar negara. No komen, padahal dah puas aku kutuk UITM haha. Biasalah, dah jadi tabiat Malaysia agaknya, kalau ada masalah ambil cara paling mudah untuk atasi. Malam sebelum pergi aku sapai termimpi2 terlepas flight. Aku suspen juga sebab H1N1 makin menjadi2 pula, seperti yang diberitakan di TV. Tapi khabarnya Bali masih terkawal. Sehari sebelum aku pergi, 2 orang yang masuk ke Bali telah dikuarantin. Tapi semunya dah diatur, tiket ni pon dah lama dibeli, tambahan lagi aku batalkan tiket balik dan beli tiket baru sebab nak bercuti lebih lama. Manalah aku nak batalkan, bukan orang kaya pon, senang2 nak burn duit saja2.

Akhirnya sampai juga ke Bali, dah lama berangan dengan Cik Sengal. Tiba di Bali malam jadi esoknya baru mulakan eksplorasi. Mula2 bingung juga, tapi bila dah nak balik ni rasa tak puas pulak hehe. Memang jadual ketat, tak cukup hari sebenarnya. Apapon, angan2 utama aku nak naik Gunung Batur tercapai juga. Dapatlah aku abadikan satu lagi kenangan dan pencapaian bermakna dalam hidup. Bagi orang macam aku, dapat kepuncak gunung yang tak berapa tinggi seperti Batur tu pon perlukan aku mencabar habis keazaman diri. Tak sia2 aku pegi gym hehe. Walaupon ambil masa lebih panjang dari orang lain hehe.. itu pon dah seronok sangat Alhamdulillah. Nanti aku cerita selanjutnya.

Ada banyak pengalaman menarik sepanjang disini. Esok dah nak balik, rasa sedih la pulak :(


Di puncak Gunung Batur, 1771meter dari aras laut. Dibelakang ialah Tasik Batur dan Gunung Abang, yang seperti berbayang2 tu ialah Gunung Agung.
Gunung Agung boleh juga dilihat dari Pantai Nusa Dua.

Muka penat gila, senyum pon tak ikhlas. yatt pake selipar bidan terjun.
sampe juge kite ke atas kadekkk!! hehe. Kadek ialah jurupandu yang iring kami ke atas. Ada seorang lagi namanya Budi. Seronok aku borak2 dengan dia. Muda sangat baru 17 tahun, dah 3 tahun jadi jurupandu untuk biaya sekolah sendiri.


di Uluwatu, seram tak? hehehe sejak naik gunung ni, macam dah hilang pulak gayat aku ;). Tengok tebing ni memang mengujakan, buih2 ombak memutihhh saja. Subhanallah.

Lain2 gambar menyusul kemudian ya.. lihat di FB sajalah nanti :)


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki